ALHUSSEYN |
- #STOP 114A
- Malaon Pengganti Ibrahim Katak Ini Lagi Hebat Kelentongnya
- Semarak Ramadhan Di Dataran MBI - Satu Nostalgia Pakatan Rakyat
Posted: 13 Aug 2012 09:01 AM PDT Maaf kepada para pengunjung semua. Hari ini hanya ini saja entri sebagai sokongan kepada Hari Internet Blackout yang akan berlangsung hari ini (13 Ogos 2012) bagi membantah Seksyen 114A, Blog ini menghentikan aktiviti nya, bermula pagi ini sehingga pukul 12 malam esok. |
Malaon Pengganti Ibrahim Katak Ini Lagi Hebat Kelentongnya Posted: 13 Aug 2012 12:40 AM PDT Korang tentu ingat lagi Malaon yang pernah yang menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah kepada pelawat-pelawat Facebook Bersih palsu, Bersih 4.0, menunjukkan kegilaan dan kerencatan akal malaon ini. Dua buah kereta ini ialah kereta BMW 530 yang bernilai RM225,000 dan kereta lumba Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta. Kedua-dua kereta ini akan diberi secara percuma kepada pelawat Facebook Bersih palsu yang ke-150,000 dan yang ke-sejuta. Kemudian, malaon ini mendakwa kempen itu terpaksa dihentikan kerana menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam. Ha! ha! Semua orang sudah kena kelentong oleh malaon ini. Apa yang pernah dilaporkan disini telah mendedahkan tembelang busuk malaon ini. Hampeh! Malaon kaki kelentong ini muncul lagi kali ini dengan memberi amaran akan bertindak agresif keatas peserta Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos. Nampaknya malaon ini sudah menggantikan peranan Ibrahim Katak yang sebelum ini dah banyak kali kantoi! Lebih kurang sama autanya. Sama-sama kaki kelentong! Gempak saja yang lebih. Semasa Himpunan Bersih 2.0 yang lalu, Ibrahim Katak telah mengarahkan 50 ribu ahli Perkasa berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa tetapi sekitar 50 orang sahaja yang hadir. Dia sendiri tak nampak kelibatnya. Kemudian sewaktu Perhimpunan 9 Januari lalu,Ibrahim Katak menggerakkan puluhan ribu ahli Perkasa untuk turun berhimpun di Masjid Wilayah bagi berdepan dengan penyokong DS Anwar Ibrahim.Sayangnya, hanya sekitar 30 sahaja yang hadir ... "Kita yang mempunyai 98,000 ahli ...." Begitulah Malaon ini menggertak! Ha! ha! ha!. Dia ingat habis semua teloq orang jadi kecut naik ke dada dengan amarannya itu. Apakah yang mahu dia lakukan? Pukul orang? Mahu bakar macam ikan? Ha! ha! Macam undang-undang kepala bapak dia punyakah? Ugutan-ugutan ekstrim sebegini menunjukan bahawa malaon dan kumpulannya ini memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak Polis. |
Semarak Ramadhan Di Dataran MBI - Satu Nostalgia Pakatan Rakyat Posted: 12 Aug 2012 05:33 PM PDT Tentu korang ingat kemeriahan bulan puasa sewaktu dibawah Pakatan Rakyat 2000 dulu. Pas telah berjaya menukarkan landskap Dataran MBI kepada aktiviti untuk mendapat pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah SW. Setiap malam disepanjang bulan Ramadhan itu, PR menganjurkan Semarak Ramadhan dengan Solat Terawih dan Tazkirah di Dataran MBI. Setiap malam sungguh meriah dan menceriakan dengan kehadiran hampir mencecah 1000 orang. Bergilir-gilir didatangkan imam / ustaz dari luar yang hebat-hebat. Ada ketikanya DS Nizar sendiri yang mengimami solat dan menyampaikan tazkirah. Jangan haraplah Zambry mampu nak buat macam Nizar. Bolehkah kau Zambry? Hanya kelebihan Zambry yang boleh aku ingat ialah bila dia buat sembahyang sunnat ' Dhuha Berjemaah' kat masjid Kampung Melayu yang tak pernah orang buat kerana 'bida'ah' hukumnya di sini. Siap pasang banner ajak orang ramai-ramai hingga beribu-ribu yang hadir ... untuk menyertainya. Aku bukan nak hina Zambry, atau nak angkat Nizar tidak tentu pasal. Tapi nak nunjukan betapa kelebihan Nizar ni banyak yang ada padanya dibandingkan dengan Zambry. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan