Khamis, 2 Ogos 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta & 2 Motorsikal

Posted: 02 Aug 2012 12:31 AM PDT

Kuala Lumpur - "Tolong jaga anak saya baik-baik," itulah pesanan terakhir Allahyarham Siti Noor Edayu Roslan, 26, kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya, Mohd Hafeeze Mohd Hanafi, 30, maut dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU3, Keramat, di sini, pagi semalam.

Gambar: Di sebelah adalah gambar kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat semalam. Kanak-kanak kecil ini bernama Mohd Hanif Hafezee dan baru berumur 2 tahun.

Bapa Allahyarham Siti Noor Edayu, Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil, berkata dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir anaknya setelah dimaklumkan oleh penjaga cucunya.

Menurutnya, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.

"Kali terakhir kami sekeluarga berbuka puasa bersama pada Isnin lalu, Allahyarham ada memberi sejumlah wang untuk diadakan majlis kenduri pada hari raya Aidilfitri," katanya.

Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Mohd Hanif Hafeeze berusia dua tahun.

Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, Hafeeze bersama Edayu Roslan (gambar) yang hamil tujuh bulan, baru menghantar anak sulungnya di rumah pengasuh.

Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Edayu yang berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat di Cheras.

Kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang oleh sebuah bas semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, berkata mangsa dirempuh bas yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.

"Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu," katanya.

Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Hafeeze maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

"Kita masih menyiasat kejadian tersebut. Ia berkemungkinan berpunca daripada kegagalan sistem brek bas terbabit," katanya.

Beliau berkata, mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, saksi Saiful Azhar Ismail berkata, kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.

Menurutnya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan itu.

"Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta jenis Mercedes, lalu merempuh motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya.

Menurutnya, kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.










berita:sinar harian
foto:ondscene.my

MAFREL Atau SPRkah Yang Tidak Berkecuali?

Posted: 01 Aug 2012 10:32 PM PDT

Mafrel tak diberi akreditasi SPR, didakwa tak berkecuali

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak memberi akreditasi kepada badan Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) sebagai pemantau pilihan raya berikutan banyak aduan diterima daripada parti-parti politik yang mendakwa badan itu tidak bersikap berkecuali.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata Mafrel juga gagal mematuhi sepenuhnya syarat SPR termasuk tidak menyerahkan laporannya selepas dilantik pada pilihan raya umum 2008.

Mengenai pelantikan NGO untuk memantau bagi memastikan kelancaran pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, sembilan NGO di Sarawak - empat daripadanya di Miri, tiga di Kuching dan dua di Sibu - telah dikenal pasti kerana mereka memenuhi syarat SPR iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti dalam menjalankan kerja mereka.

Beliau berkata SPR memberi keutamaan kepada NGO setempat kerana mereka lebih arif dengan sensitiviti dan adat resam setempat tetapi pemerhati asing juga akan dijemput, terutamanya daripada negara anggota Asean.

Wan Ahmad memberitahu pemberita demikian selepas memberikan taklimat kepada pemimpin parti-parti politik dan wakil media mengenai pilihan raya Umum Ke-13, yang boleh diadakan bila-bila masa antara sekarang sehingga Jun tahun depan.

Sementara itu, Wan Ahmad mengingatkan parti-parti politik bahawa calon pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas akan lucut kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya Parlimen akan datang di negeri ini jika mereka
gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan pilihan raya mereka kepada SPR.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik untuk memeriksa perkara itu dengan SPR untuk mengelak mencalonkan atau memilih sesoerang yang tidak layak sepertimana ketetapan dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya.

"Sekarang ini, kita (SPR) mahu maklumkan kepada orang ramai terlebih dahulu bahawa jika seseorang itu gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan itu, dengan itu mereka tahu akan akibatnya," katanya.

Turut hadir Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan beberapa anggota SPR.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata walaupun Sarawak mempunyai 1,051,190 pengundi berdaftar, menjadikannya yang keempat terbanyak daripada segi jumlah pengundi selepas Selangor, Johor dan Perak, dianggarkan kira-kira 300,000 pengundi yang layak masih belum berdaftar untuk melaksanakan hak mereka untuk mengundi.- Bernama

Ulasan GB

SPR lansung tidak ada akreditasi malah tidak layak lansung untuk memberikan akreditasi kepada pihak lain.

Ini kerana bukan sahaja banyak aduan dari parti politik, malah aduan dari rakyat berbentuk perhimpunan besar bernama BERSIH sebanyak tiga kali yang menuntut pilihanraya BERSIH DAN ADIL di dalam negara ini membuktikan SPR sebuah badan yang tidak berkredibiliti dan tidak dipercayai untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Penipuan demi penipuan terbongkar tetapi SPR tetap tidak bersikap berkecuali malah menambah dan melakukan segala macam taktik dan teknik untuk memenangkan UMNO BN!

Bukan tuduhan, tetapi banyak bukti-bukti telah diberikan, kalau tidak masakan rakyat sanggup menempuh segala cabaran dan halangan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH yang dituduh haram. Namun akhirnya kebenaran itu jelas, BERSIH tidak haram mengikut keputusan mahkamah pada 24 Julai lalu.

Rakyat kini hanya ada Tuhan sebagai tempat bermohon agar digagalkan segala perancangan dan perencanaan SPR & JPN melaksanakan penipuan mereka di dalam pilihanraya akan datang ini seterusnya menghukum mereka yang terlibat dengan sewajarnya. Amin Ya Allah!

Kes Syaleza: Berita Yang Boleh Disiarkan - Polis Telah Rekod Keterangan 5 Individu

Posted: 01 Aug 2012 08:06 PM PDT

Shah Alam – Polis sudah mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah, berkata lima individu itu ialah tiga jiran mangsa dan dua lagi juga kakitangan stesen televisyen berkenaan.

"Keterangan yang kami peroleh akan digunakan untuk membantu siasatan serta proses pengumpulan bukti berhubung kes itu.

"Selain itu, mungkin ada beberapa saksi lagi yang kami akan panggil dalam masa terdekat ini untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini.

Syaleza Jaffar, 31, ditemui mati oleh suaminya di bilik tidur rumah itu dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam Isnin lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Mohd Adnan berkata, tiada tangkapan baru dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu kini direman sehingga 6 Ogos.

Mengulas mengenai senjata yang diguna untuk membunuh Syaleza, beliau berkata pihaknya tidak menemui apa-apa senjata atau bahan bukti yang mungkin diguna dalam kejadian itu.

"Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengumpul maklumat terperinci termasuk mengenalpasti motif sebenar kejadian," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA




JUS1 Atau WWW1 Yang Terlibat Dalam Kemalangan?

Posted: 01 Aug 2012 05:31 PM PDT

Petikan dari artikel Konspirasi Satria Neo WWW1 kemalangan? - Blog Malaysia In Crisis

- Warga internet kecoh lagi dengan kisah Kesultanan Johor, kali ini apabila sebuah kereta Satria Neo yang didakwa bernombor WWW1 terlibat dalam kemalangan. Ada yang mendakwa itu hanyalah taktik untuk menukar nombor WWW1 ke kereta mewah milik Sultan Johor yang lain.

- Walaupun TMJ telah menafikan kereta Satria Neo yang terlibat dengan kemalangan tempohari adalah bernombor WWW1, tetapi ramai warga internet yang masih yakin itu lah kereta yang terlibat dengan kemalangan. Hinggakan timbul cerita konspirasi nombor plat WWW1 dialihkan ke sebuah lagi Satria Neo milik Sultan Johor. Dikatakan Sultan dan kerabatnya mempunyai beberapa buah kereta Satria Neo.

- Jika betul WWW1 yang terlibat dengan kemalangan, mengaku saja lah. Mengapa perlu dinafikan dan sorok fakta sebenar? Takut rakyat akan mengata Sultan Johor kena tulah Datuk Seri Nizar ke? Bukan apa, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Tak kan lah orang pertama yang melaporkan kemalangan tersebut seorang yang buta huruf, tidak tahu membaca antara WWW1 dan JUS1!



Facebook "Kami Bersama Rafizi" Dilancarkan, Ramai Kecam Penahanan Rafizi

Posted: 01 Aug 2012 10:31 AM PDT


Sebuah laman Facebook bernama "Kami Bersama Rafizi" dilancarkan oleh para penyokong Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli petang tadi. Setakat ini sudah lebih 700 orang LIKE laman FB tersebut.

Rafizi yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi. Beliau telah dibebaskan dan diikat jamin berjumlah RM15,000.

Beliau dijamin oleh Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kes ditetapkan pada 10 September nanti.

Pihak pengendali laman Facebook tersebut memberikan tiga perkara yang harus diketahui umum:

1) Cara pihak polis & Bank Negara MENYERBU rumah Rafizi pagi ini adalah tidak munasabah langsung, sedangkan suami Shahrizat pun tidak dilayan sebegitu.

2) Tuduhan terhadap Rafizi adalah untuk MENDIAMKAN beliau yang dalam proses mendedahkan penyalahgunaan kuasa PM Najib

3) "Najib, rakyat memerhatikanmu"


Sementara itu, ramai pemimpin-pemimpin termasuk tokoh agama mempersoalkan penahanan dan pendakwaan Rafizi diantaranya termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tangkapan Rafizi sebenarnya adalah untuk menututup penyelewengan Umno BN.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi.

Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atas Rafizi sebagai tindakan terdesak mereka yang bakal kehilangan kuasa.

Sementara AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, segala janji transformasi Najib adalah pembohongan apabila mendakwa Rafizi hari ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam twitternya menyebut: "Tidak pelik jika pencuri telur didakwa, cuma pelik di dalam masa yang sama pencuri ayam, kambing, kerbau dll bebas berkeliaran.


LINK FB : "Kami Bersama Rafizi"


Pasangan Kekasih Tak Sedar Gelagat Dirakam

Posted: 01 Aug 2012 05:23 AM PDT

Kulim - Mungkin terlalu asyik dibuai cinta, sepasang kekasih lingkungan 17 tahun tidak sedar gelagat mereka dirakam lensa Sinar Harian kira-kira jam 3.16 pagi di parkir motosikal sebuah restoran makanan segera, di sini.

Gambar: Gelagat pasangan remaja ini dirakam sekitar jam 3.16 pagi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih yang juga Pegawai Khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Elyas Saad berkata, fenomena itu sering dilihat lokasi terbabit termasuk di sekitar Kulim menjelang subuh.

Namun, timbul kehairanan apabila ketiadaan remaja itu di rumah tidak langsung menjadi kebimbangan ibu bapa mahupun penjaga mereka.

"Sekarang ini anak lebih banyak habiskan masa di luar bersama rakan sebaya dan tidak bersama keluarga. Ramadan ini ibu bapa seharusnya menjalinkan hubungan baik dengan anak dan Tarawih bersama-sama.

"Malangnya semua ini tidak berlaku kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan aktiviti sendiri hingga lupa tanggungjawab terhadap anak," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian difahamkan oleh pengadu yang mengenali pasangan berkenaan, kedua remaja terbabit sering berduaan di sudut sunyi lokasi restoran tersebut.

Elyas berkata, sehingga kini pelbagai perlakuan jenayah termasuk ragut, samun dan pergaduhan dilaporkan berlaku dan remaja yang sering menghabiskan masa mereka melepak di restoran makanan segera lebih mudah menjadi mangsa.

Menurutnya, selain itu ada kes kalangan kanak-kanak berusia sembilan tahun, di sini terlibat jenayah, berpunca daripada kepincangan rumah tangga dan sikap ibu yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.


"Misalnya penggunaan motosikal merupakan keperluan, tetapi ibu bapa hari ini membeli motosikal kepada anak mereka tanpa menyedari anak mereka itu tidak mempunyai lesen. Ini bukan sahaja membahayakan orang lain malah ia turut membahayakan diri anak mereka.

"Pantaulah ke mana anak kita berada dan dengan siapa mereka berkawan. Bagi remaja perempuan kita harus ingat perlakuan rogol sering berlaku dimana ia melibatkan suka sama suka," katanya.

Menurutnya lagi, ibu bapa harus menerapkan ilmu agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. -SH

Peniaga Jadi Buta Kena Gas Pemedih FRU Dapat RM150,000

Posted: 01 Aug 2012 03:33 AM PDT

Kota Bharu – Seorang peniaga yang mata kanannya buta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata semasa rusuhan perlawanan bola sepak di luar Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada 2009, hari ini mendapat ganti rugi RM150,000.

Gambar: Ibnati Solihatul Nuri melihat kesan kecederaan pada mata suaminya, Mohd Huzaifah yang kini terpaksa pakai mata palsu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan jumlah ganti rugi itu selepas mendapati plaintif, Muhammad Huzaifah Muhd Noor, 22, berjaya membuktikan kecederaan parah di mata kanan yang dialaminya adalah akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata yang dilepaskan pihak defendan atau ejen-ejennya.

Beliau berkata, selain keterangan daripada saksi pihak plaintif, rakaman video oleh seorang saksi bebas yang juga penonton perlawanan bola sepak itu, menunjukkan berlakunya tembakan peluru gas pemedih mata ke arah gerai plaintif.

Berdasarkan rakaman itu, plaintif rebah sejurus tembakan itu dilepaskan dan beliau kemudian dipapah oleh orang ramai.

MUHAMMAD Huzaifah menunjukkan mata kanannya yang buta dan digantikan dengan mata palsu.

Bagaimanapun, Hakim Ahmad Zaidi berkata pihak defendan yang hadir di tempat kejadian bukan bertujuan untuk mencederakan plaintif tetapi untuk menyuraikan rusuhan yang berlaku selepas perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan itu.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM20,000.

Pada 6 Ogos 2009, Muhammad Huzaifah menamakan pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ASP M.Sathasivam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Plaintif menuntut rugi am, ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM10 juta selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif diwakili peguam Marwaliz Mahmud manakala kesemua defendan oleh Peguam Persekutuan Rohaiza Zainal.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Huzaifah dari Kampung Pasir Tok Kambing di sini, yang ditemani isterinya Ibnati Solihatul Nuri Mat Taib, 22, berkata beliau bersyukur dengan keputusan itu setelah menunggu sekian lama. – Bernama

Tiada ulasan: