BRIGED MP SEGAMBUT |
SIAPA SETUJU NASA DI KELUARKAN DARI PAS? Posted: 27 Aug 2012 06:54 AM PDT Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi. Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu. "Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi. Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat". Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya. Menurut Ahmad lagu, tindakan itu juga boleh mengelakkan BN terus menyerang PAS ekoran kenyataan Nasharuddin yang mahukan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud. PAS Pusat sebelum ini menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharuddin dalam parti memandangkan ahli parlimen Bachok itu tidak lagi menganggotai jawatankuasa Pusat PAS. Sementara itu Harakahdaily semalam melaporkan Setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi Nik Salleh sebagai berkata majlis itu hanya akan membincangkan isu Nasharudin dalam agenda lain-lain hal sahaja "kalau sempat". Manakala akhbar Sinar Harian hari ini pula melaporkan Nik Zawawi sebagai berkata pilihan tindakan terhadap Nasharuddin akan diketahui selepas badan itu bersidang pada 9 September. Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad itu turut menggesa Nasharuddin dapat hadir memberi penjelasan dalam mesyuarat bulanan majlis itu yang dijadual pada tarikh itu. "Itu peluang terbaik beliau beri penjelasan," katanya sambil menegaskan beliau "amat mengenali" bekas ahli akademik itu. Mengulas kenyataan Nasharuddin sebelum ini, Ahmad yakin ia tidak menggugat sokongan ahli akar umbi kepada kerana pemimpin itu didakwa "tidak mempunyai penyokong". |
Anwar: Jika jadi PM, saya tak tinggal di Putrajaya Posted: 27 Aug 2012 02:27 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya dipilih menjadi perdana menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Putrajaya. "Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," katanya dalam majlis rumah terbuka PKR di Bukit Gantang, Perak semalam. "Bil (elektrik) saja mencecah beberapa ribu (ringgit)," katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang gembira dengan ejekan terhadap dakwaan pembaziran BN itu. Kira-kira 2,000 orang hadir dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Simpang. Anwar berkata, sekiranya menjadi perdana menteri, beliau merancang tinggal di rumahnya di Bukit Segambut dekat ibu negara. Menurutnya lagi, beliau juga akan menggalakkan menteri-menteri tidak membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi. "Kekayaan negara adalah rahmat yagn dirakusi oleh sesetengah pihak. Minyak, balak sebenarnya milik kita semua," katanya lagi. "Orang Melayu benar antara yang termiskin. Tetapi terdapat juga orang Cina, India, Kadazan dan Dayak yang miskin. Mereka semua ini juga berhak mendapat bahagian yang menjadi milik mereka." [Baca berita penuh] |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan