Anak Sungai Derhaka |
The Guardian pecat penulis pro Israel upahan Najib. Posted: 27 Aug 2012 06:53 AM PDT Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia. Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika. Beliau didakwa mempunyai hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web Malaysia Matters (Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pembangkang di negara ini. Dalam satu kenyataan pendek The Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi dari Malaysia itu. "Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan," kata Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson. Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush. Beliau melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi. Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Pos. Agensi yang dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu, FBC Media didedahkan membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib telah membayar berjuta-juta pound agar FBC menjalankan "Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa", bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk tiga tahun bermula 2007. Najib juga telah memberi kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide, syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di mata dunia - Keadilandaily | ||||
Rumah Terbuka Najib, 80,000 hadir.. tapi Najib terpaksa agihkan bertin-tin biskut percuma.. Posted: 26 Aug 2012 05:30 PM PDT Jika tahun lepas kehadiran bagi rumah terbuka Perdana Menteri di Parlimen Pekan ialah 50,000 orang tetapi pada tahun 2012 ini jumlah yang hadir dilaporkan semaki bertambah. Bulletin Utama TV3 mengumumkan jumlah yang hadir ialah 100,000 orang iaitu pertambahan 1 kali ganda dari tahun lepas, tetapi semakan di web site TV3 angka yang ditulis ialah 80,000 orang. Manakala BERNAMA pula melaporkan 70,000 orang telah hadir ke rumah terbuka Perdana Menteri di Parlimen Pekan. Baguslah kalau macam tu.. kalau jumlah 100,000 yang hadir itu dianggap sebagai menunjukkan sokongan terhadap Najib.. maka Najib tak perlulah berasa gentar untuk membubarkan Parlimen. Ini kerana pada PRU yang ke 12 lalu dari 52,687 pengundi Najib telah perolehi 31,956 undi.. kalau 100,000 yang hadir pada majlis Najib kali ini.. Najib tak perlu khuatir.. Jentera Pilihanraya UMNO Pekan pun tak perlu buat kerja dah.. gerenti boleh menang punyalah.. ini kalau kehadiran itu dijadikan kau ukur sokongan rakyat terhadap Najib.. Tapi yang aku hairan tu... kenapa kebanyakkan yang hadir dilihat menggalas tin-tin biskut untuk dibawa pulang?? Cuba korang tengok video di TV3 di ( SINI ) dan saksikan sendiri berapa ramai yang menggalas tin biskut untuk dibawa pulang.. Kreatif juga pencacai Najib ni ya dalam nak menjadikan ramai yang hadir ke majlis Najib.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan