Addin |
- Akhbar British "The Guardian" Pecat Penulis Pro Yahudi Zionis Upahan Najib
- Gambar Raya Nih Pasti Tidak Di Siarkan Di TV3, Utusan Dan Berita
- Jom Pakat-Pakat Keluar Parti Syaitan
- PAS Hampir Pasti Tidak Akan Pecat Ust. Nasha?
- Tengku Adnan Pun Dah Pandai Sindir Najib Ke?
- Kejutan!! Azwan Ali Bakal Sertai PKR?
- Gambar Eksklusif Majlis Pernikahan Ustaz Don Daniyal
Akhbar British "The Guardian" Pecat Penulis Pro Yahudi Zionis Upahan Najib Posted: 27 Aug 2012 09:55 AM PDT Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika. Beliau didakwa mempunyai hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web Malaysia Matters (Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pembangkang di negara ini. Dalam satu kenyataan pendek The Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi dari Malaysia itu."Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan," kata Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson. Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush.Beliau melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi juga lagi. Trevino kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain sepertiHuffington Pos.Agensi yang dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu,FBC Media didedahkan membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib telah membayar berjuta-juta pound agar FBC menjalankan "Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa", bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk tiga tahun bermula 2007. Najib juga telah memberi kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide, syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di mata dunia ~keadilandaily |
Gambar Raya Nih Pasti Tidak Di Siarkan Di TV3, Utusan Dan Berita Posted: 27 Aug 2012 08:06 AM PDT |
Jom Pakat-Pakat Keluar Parti Syaitan Posted: 27 Aug 2012 02:54 AM PDT Ahli Umno - Barisan Nasional diseru meninggalkan segera parti itu ekoran kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyamakan kerajaan BN seperti syaitan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. "Kalau bekas presiden Umno pun mengatakan kerajaan BN adalah syaitan, maka langkah paling tepat ialah segera meninggalkan Umno dan berhijrah kepada Pakatan Rakyat," ujarnya. Muhammad turut memetik ayat al-Qur'an Surah Fathir, ayat 6 yang menyatakan syaitan adalah musuh yang sangat jelas kepada umat manusia. Ayat berkenaan katanya, bermaksud "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka." Dalam pada itu, beliau berkata Mahathir sepatutnya berhati-hati dalam membuat kenyataan apabila menyatakan "Malaikat bukan golongan suci kerana turut membuat kesalahan" . Jelas Muhammad, kenyataan tanpa bersandarkan kepada ilmu itu boleh mengelirukan umat Islam. Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul berpendapat Kenyataan Dr Mahathir menjelaskan sikap jahat pimpinan BN yang terlibat dalam amalan rasuah dan salahguna kuasa. Ini kerana katanya, pemimpin yang mengamal rasuah memiliki sifat syaitan, justeru rakyat harus menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang. "Pertama, kita ucap 'terima kasih' atas pengakuan ikhlas Tun itu kerana akhirnya beliau mengakui jua dan menyamakan Umno BN dengan 'syaitan'. "Syaitan ini kita semua maklum sebagai makhluk jahat, zalim, penindas dan gemar merosak keharmonian manusia. "Maka kalau sudah begitu, rakyat wajar tolak setiap calon berlambangkan Umno BN dalam pilihan raya," katanya. Mengulas lanjut, Johari berkata secara tidak langsung Mahathir mengakui kebaikan Pakatan Rakyat, apabila membuat ungkapan "lebih baik mengundi syaitan yang anda kenal, berbanding malaikat yang anda tidak kenal'. ~kd |
PAS Hampir Pasti Tidak Akan Pecat Ust. Nasha? Posted: 27 Aug 2012 02:32 AM PDT SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak akan dipecat daripada Pas kerana tindakan itu sudah pasti akan mencalarkan imej parti itu terutama ketika menghadapi pilihan raya umum ke-13. Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Ahli Parlimen Bachok itu masih mempunyai ramai pengikut terutama daripada kelompok golongan sederhana. "Nasharudin tidak akan dipecat oleh parti. Malah beliau sendiri tidak akan keluar Pas walaupun sehaluan dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali," kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Sinar Harian. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Syura bagi menentukan kedudukan Nasharudin dalam parti itu pada 9 September nanti. Nasharudin sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan supaya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP terus menentang hukum hudud. Awal minggu lalu, media memaparkan gambar Nasharudin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama di Makkah. Nasharudin juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-Pas. Mengulas lanjut, Samsul Adabi berkata, Nasharudin hanya akan keluar daripada Pas bergantung kepada tawaran Barisan Nasional (BN) kepadanya. ~sinar |
Tengku Adnan Pun Dah Pandai Sindir Najib Ke? Posted: 27 Aug 2012 12:00 AM PDT Setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa pemimpin parti itu supaya tidak menjadi penghalang dan melepaskan jawatan mereka sekiranya tidak lagi mampu menjalankan tugas. "Kalau kita tahu dah tak boleh buat, lebih baiklah kita berhenti dan bagi kepada orang lain yang ingin melaksanakan untuk teruskan perjuangan," katanya dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia edisi Ahad. Tengku Adnan menegaskan bahawa kepentingan parti itu perlu melampaui kepentingan peribadi, namun teguran seperti itu tidak termakan oleh sesetengah pemimpin Umno tertentu, katanya. "Saya sendiri telah mendapat pelbagai kritikan oleh kerana teguran yang telah saya lakukan. Ini sindrom tidak mahu terima apa yang kita tegur. "Dia fikir dia sahaja yang betul manakala kebenaran adalah pahit. Apa lagi kebenaran itu akan menggoncang pemimpin tertentu. Maka akan gelabahlah dia macam ketua menteri dan menteri besar tertentu," katanya. Tengku Adnan bagaimanapun tidak menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkannya itu. "Mereka cuba menidakkan kebenaran," katanya lagi yang menjelaskan bahawa beliau menerima maklumat berhubung masalah di negeri terbabit melalui saluran rasmi dan juga saluran tidak rasmi parti. Beliau menegaskan bahawa tegurannya itu bukan disebabkan perasaan benci terhadap pemimpin terbabit, tetapi demi kepentingan parti. ~utusan |
Kejutan!! Azwan Ali Bakal Sertai PKR? Posted: 26 Aug 2012 10:25 PM PDT Dulu ketika perbicaraan kes fitnah Azizan terhadap Anwar Ibrahim, Azwan Ali dilihat menyebelahi Umi Hafilda tetapi kini, sejak berubah dan mengerjakan umrah, Azwan Ali tidak gentar menunjukkan sokongan kepada Azmin Ali - Timbalan Presiden KEADILAN. Tulis Azwan Ali ditwitter yang memapar gambar ini: "Slm. Besday Suprise YB@AzminAli ! Si anak usop bagi buku? The End of Barisan Nasional!" sumber FB..nukilan Abu Luqman |
Gambar Eksklusif Majlis Pernikahan Ustaz Don Daniyal Posted: 26 Aug 2012 06:06 PM PDT Seperti yang kita sedia maklum, penceramah agama terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah pun melangsungkan pernikahan beliau dengan pelajar perubatan dari salah sebuah universiti di Mesir, Husna Zahry Rafie semalam. Ramai yang minta disiarkan gambar pernikahan mereka berdua…mungkin nak tengok macam mana perkahwinan 'ustaz-ustaz' ni kan. So meh layan….kredit to Artmosphere Photography, tahniah gambar korang pun 'mengancam' juga yer ~mynewshub |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan