Rabu, 8 Ogos 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Raja Berfoya - Layakkah Mereka Bergelar Ketua Agama?

Posted: 07 Aug 2012 08:52 PM PDT


Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng'amin'kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.

Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Baca ceritanya di sini

Zambry Kadir Beli 3 Buah ‘Nissan Fuga Hybrid’ Berharga RM350.000 Sebuah

Posted: 07 Aug 2012 06:23 PM PDT

Kereta rasmi baru: PAS Perak desak BN beri penjelasan

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta 'Nissan Fuga Hybrid' untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Persoalan juga timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak 'patriotik'?



Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak 'patriotik' kerana telah membeli 16 buah 'Toyota Camry' dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?

Adakah juga Datuk Seri Zambry menepati janji mahu berbelanja secara berhemah yang pernah dilontarkan juga kepada Datuk Seri Nizar ketika itu?

Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?

Kami mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat.

Dan penting juga adakah ianya dibuat secara terus pembelian tersebut atau sebaliknya?

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.


Haram, Berdosa Undi DAP.. Undi MCA Ok..!!

Posted: 07 Aug 2012 04:55 PM PDT

Ular Dalam Semak Umno


KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.


- utuseks


'Soi Lek, jangan hina Islam'
FMT Staff
| December 11, 2011

Wira Perkasa memberi amaran kepada Presiden MCA supaya jangan campur urusan Islam dan hukum hudud.



PETALING JAYA: Wira Perkasa Malaysia memberi amaran keras kepada MCA dan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta semua pemimpin bukan Islam supaya berhenti dari menghina Islam dan hukum hudud.
"Biar isu hudud di tentukan oleh orang Islam sendiri. MCA jaga kaum kamu, dalam masa yang sama kita sebagai Tuan di negara ini tidak pernah mempertikaikan agama-agama kamu," tegas ketuanya Irwan Fahmi Ideris dalam satu kenyataan media hari ini.

"Tolong jangan campur urusan Islam. Soi Lek, jangan kamu "menjadi duri dalam daging", "gunting dalam lipatan". Parti MCA ini telah gagal pada Pilihan Raya Umum ke 12 tempoh hari, sepatutnya kembalikan kepercayaan kaum kamu.


"Kepimpinan Wira mencabar MCA tunjukkan kekuatan kamu, bukan membuat kenyataan yang menghina Islam," katanya.


Ujar beliau, "harus di ingat Perkasa mempunyai pengundi-pengundi di seluruh pelusuk negara, kita akan pastikan calon-calon yang mengguris perasaan orang-orang Islam akan tumbang pada PRU yang akan datang."


Sebelum itu, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar mengucapkan 'tahniah' kepada Umno kerana memberi lesen dan permit kepada 'anak angkat' mereka, Soi Lek untuk terus mencerca Islam.


Kata-kata sinis tetapi cukup tegas itu ditujukan oleh ahli parlimen Pokok Sena itu kepada Umno yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang 'sepi tanpa suara' apabila Islam diperlekehkan oleh rakan sekutunya dari MCA.


Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyerahkan satu memorandum kepada Soi Lek pada 9 Disember lalu di Wisma MCA mengulangi gesaan agar Presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataan yang menghina Islam itu.


Soi Lek dalam satu kenyataannya menyifatkan pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi Malaysia serta merupakan hukum undang-undang yang zalim.


Beliau juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menakutkan para pelabur asing untuk datang melabur di negara ini dan menyebabkan kemunduran ekonomi.



Benarkah MP PKR Kuala Langat Halau Isteri Pada 1 Ramadan?

Posted: 07 Aug 2012 08:04 AM PDT

Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor.

Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam Pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.


Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang Mak Andam.

Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu....!

Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka. Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar.


Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan yang baik dengan Zuraidah....

Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan menolong. Manakala dengan Faizah pula, dia galakkan supaya bernikah dengan Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.

Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.


Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.

Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga Ahli Parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan, Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa...

Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tugas tugasnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.

Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin...!

Dalam perbualan telefon tersebut, Ahli Parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata " AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA...."

Apa yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.

Selepas suaminya enggan menjemputnya di Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Malang sekali, mereka juga enggan!

Akhirnya anak sulung Halimah datang juga menjemputnya. Namun apa yang memelikkan Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari pulang ke rumahnya di Banting.

Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya...!

Dalam keseluruhan cerita Halimah, disinilah saat yang amat-amat menyedihkan....

Satu perkara yang tak terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma.... Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR...!!



Setibanya di rumahnya Halimah terkejut apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau masih mampu bersabar....

Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar.....

Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya, disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek akal.

Halimah terasa bagaikan dipanah halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan cadar milik orang lain....!

Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya, bertambah mengejutkan..!!

Halimah mendapati pakaiannya yang disimpan dalam almari berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain.... Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.

Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah....

Beliau turun ke bawah dan menuju kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana melihat terdapat seorang 'pembantu rumah' didapurnya. Sedangkan sepanjang hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah sesekali pun mereka ada pembantu rumah.

Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah.

Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.

Tidak terfikir dek akal yang waras bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat beliau masih hidup dan mereka belum bercerai....!!

Mengikut maklumat yang kami dapat, sikap anak-anak Halimah juga turut dikesali. Kebanyakan mereka telah dewasa dan dapat berfikir dengan waras. Tetapi oleh kerana sikap pentingkan diri dan bernafsukan wang, mereka tinggalkan ibu mereka berjuang terkontang-kanting seorangan.

Mereka selalu berpesan kepada ibu mereka jangan lakukan itu atau ini kerana nanti abah tak bagi duit.

Kepada anak-anak Halimah, kalian semua tolong ingat, syurga di bawah tapak kaki ibu. Duit bapa kamu tidak akan membawa kamu ke syurga.

Puan Halimah sekarang sedang berjuang di Mahkamah Syariah bagi menuntut haknya. Namun beliau tidak ada wang untuk mendapatkan khidmat peguam. Beliau kini hidup dalam keadaan tertekan. Sudilah sekiranya ada pihak-pihak pertubuhan wanita atau mana-mana NGO boleh membantunya.

Sumber - Sel-13.com
Berita berkaitan :
http://www.sinarharian.com.my/nasional/mp-kuala-langat-saya-tak-pernah-halau-isteri-saya-1.73738
http://www.sinarharian.com.my/semasa/sebutan-kes-cerai-ahli-parlimen-kuala-langat-ditangguh-11-jun-1.44832


Kerajaan Bantu Polis, Polis Bantu Kerajaan - Najib

Posted: 07 Aug 2012 07:38 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.

"Kita berbaiah sesama kita. Kalau kerajaan bantu PDRM, PDRM akan bantu kerajaan dan negara.

"Kita sama-sama bantu untuk bawa negara ke arah yang selamat, harmoni dan masa depan yang cemerlang," katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga PDRM di Kuala Lumpur.


Turut hadir sama ialah Ketua Polis negara, Tan Sri Ismail Omar.

Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri kira-kira 5,000 warga PDRM.

Selain itu, Najib juga berkata kerajaan juga akan sentiasa membantu PDRM sekiranya badan keselamatan itu berada dalam kesusahan.

Jelasnya, walaupun keadaan kewangan yang terbatas, sokongan terhadap PDRM perlu diteruskan.

"Saya nak katakan bahawa saya senang hati sebab saya nak tahu keadaan sebenar, kalau polis dalam keadaan susah, kerajaan tak boleh pandang ringan.

"Apa yang saya harap, tuan-tuan faham, kerajaan ada juga kekangan kewangan yang ada juga batasnya. Dalam keadaan tertentu, kita harus menyokong PDRM untuk lebih berjaya lagi," kata Najib lagi.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan sumbangan kepada beberapa anggota polis antaranya polis yang cedera semasa menjalankan tugas pada perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka.

http://www.malaysiakini.com/news/205727


Cerita Tentang Pimpinan Pakatan Perak Yang Bangang Nak Mampuih...

Posted: 07 Aug 2012 06:42 AM PDT

Rebel dalam DAP Perak
Oleh: MSK

Katakanlah aku ahli DAP dan jadi Pengerusi untuk satu cawangan. Macam mana kalau aku buat satu program majlis makan malam untuk mendapatkan dana untuk Pilihanraya? Lagi best, kawasan Parlimen aku bukan kawasan DAP tapi kawasan PKR. Dan DUN didalam Parlimen tu pun tak ada satu pun yang ditandingi oleh DAP.

Kalau susah nak bayangkan..ambik contoh Parlimen Lumut. Parlimen …PKR bertanding. DUN Pangkor juga ditandingi oleh PKR manakala DUN Pasir Panjang diwakili oleh PAS. DAP langsung tak bertanding tapi aku sebagai Pengerusi DAP cawangan cuba menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana untuk pilihanraya. Sudah pasti PKR tak ada masalah. Sebab aku buat untuk depa. PAS juga dah tentu seronok sebab aku tolong depa.


Tapi masalahnya, aku Pengerusi DAP cawangan dan nak buat program untuk kutip duit macam ni kena minta kebenaran dari DAP negeri. Patutkah DAP negeri luluskan program aku?

Kalau DAP negeri mempunyai semangat Pakatan Rakyat, aku tak nampak ada masalah. Lagi pun DAP negeri bukan payah keluar duit satu sen pun. Sebaliknya, DAP negeri akan dapat kredit dan boleh dijaja kesana sini bahawa DAP bersedia membantu parti-parti dalam PR walau kat mana saja!!

Atas semangat itu, aku pun terus buat persediaan sementara kawan-kawan lain uruskan formaliti mendapatkan kebenaran dari DAP negeri. Tempat lain buat majlis makan malam..tak payah tunggu kebenaran. Buat saja dulu kemudian baru bagi tau.



Tiba-tiba..bila semua persiapan dibuat. Tiket dah dijual. Makanan pun dah ditempah..DAP negeri tak bagi kebenaran!! Apa citer?

Pasai apa tak bagi buat? Apakah kerana DAP Perak tak mau bagi ahlinya buat program untuk parti lain?



Tak mengapa… Oleh kerana DAP Perak tak mahu memberikan kebenaran.tak apa la.Kita jangan pakai nama DAP sebaliknya kita pakai nama lain. Kita namakan program tersebut "Majlis Makan Malam anjuran Komiti Gerakkerja Pilihanraya DUN Pasir Panjang."

Dan oleh kerana yang akan bertanding dalam PRU nanti ialah PKR untuk Parlimen Lumut dan PAS diPasir Panjang, kita buat dengan PAS dan PKR. Ahli-ahi DAP yang nak membantu, kita buat atas nama Pakatan Rakyat, bukan atas nama DAP.

Tapi bila guna nama Pakatan Rakyat, kena la bubuh bendera DAP sekali. Tak kan Pakatan Rakyat ni diantara PAS dengan PKR saja. Yang ni pun tak boleh ka? Apa nak jadi dengan DAP Perak ni? Mampuih pi kat depa la. Bukan takat arahan dari negeri..malah DAP Kebangsaan pun digunakan untuk menggagalkan program ini.


Majlis pun dijalankan seperti yang dirancangkan. Tapi ada pulak orang Ngeh yang pi tampal notis kat pintu masuk dewan bahawa program ini diharamkan oleh DAP. Bukan setakat notis,keluar kenyataan akhbar supaya majlis itu dihentikan dan penganjur diminta memulangkan balik duit yang sudah dikutip. Tak cukup dengan notis dan kenyataan akhbar, beribu sms dihantar kepada orang Lumut jangan hadir ke majlis ini!!

Yang menariknya, orang yang bagi duit pun tak mau duit depa balik. Depa tetap mahu majlis itu diteruskan! DAP Perak kata program tersebut haram, tapi DAP Lumut kata..mampuih pi.

So, malam tu kita pakat ramai-ramai supaya jangan ada sapa-sapa yang pakai baju DAP. Ahli DAP pun tak boleh pakai baju DAP. Sebaliknya, pakai baju lain. Malam tu semua orang boleh pakai baju PKR, jeket PAS atau apa saja..kecuali lambang DAP sebab DAP negeri kata itu program haram.

Tak boleh jugak!!

Untuk menggagalkan program tersebut, DAP negeri telah memberitahu semua kepimpinan PKR dan PAS Perak supaya jangan hadir dalam majlis tersebut. Itu program haram.

DAP negeri juga memberitahu ahli-ahlinya supaya jangan hadir ke program tersebut.

Tapi bukan ahli-ahli DAP saja, Speaker DUN Selangor dari DAP dan ADUN Sekincan dari DAP buat tak tau saja arahan DAP Perak. Rafizi juga datang malam tu. Kepimpinan PR Lumut semua hadir malam tu. Malah sekitar dua ribu orang hadir malam itu untuk membantah arahan DAP Perak.


Sayang..program yang cukup meriah itu dibuat untuk membantu PAS di Pasir Panjang. Tapi tak ada seorang pun pemimpin tinggi PAS yang hadir. DAP Perak mengharamkan majlis tersebut, tetapi pemimpin DAP Selangor pun buat tak tau sebab depa tau, pengundi lebih berharga dari Ngeh dan Nga.

Rafizi jadi Superstar malam tu. PKR tak payah buat apa-apa..tapi seluruh tumpuan dapat kat PKR. Yang teruk buat kerja ialah orang DAP dan PAS.

Aku tak mau la nak kata pemimpin bangang. Tapi kalau Ngeh dan Nga itu lebih penting dari pengundi sendiri..yang tu aku kata bangang.


Sumber - http://mediaperak.com/2012/08/06/rebel-dalam-dap-perak/


98% Rakyat Malaysia Terima 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'

Posted: 07 Aug 2012 05:21 AM PDT



KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang dicadang Pakatan Rakyat iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" berbanding tema "Kelantan Menerajui Perubahan" yang diputuskan kerajaan negeri sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami merujuk kepada kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengenai Tema Hari Kebangsaan.

"Pihak Sekretariat Pakatan Rakyat dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengambil tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" sebagai tema Hari Kebangsaan ke 55 disamping tema Kerajaan Negeri iaitu "Kelantan Menerajui Perubahan"," kata Setiausaha Eksekutif, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek.

Petang tadi, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan semua ngeri Pakatan Rakyat akan menggunakan tema sama seperti yang dicadang Pakatan Rakyat kecuali Kedah dan Kelantan yang telah membuat keputusan lebih awal.

Bagi Negeri Kelantan, mesyuarat kerajaan negeri telah memilih 'Kelantan Menerajui Perubahan', dan Kedah pula dengan tema 'Terus Berbakti'.

Bagaimanapun, terbaru Kelantan telah memaklumkan bahawa mereka juga akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Selain tema, kesemua empat negeri Pakatan ini juga akan menggunakan logo Merdeka yang sama yang akan dimumkan Ketua Pembangkang pada Khamis ini.


Tiada ulasan: