Rabu, 8 Ogos 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ke mana hilangnya wang saku pelajar Kolej Komuniti?

Posted: 07 Aug 2012 09:27 PM PDT

ARTIKEL ini dikirim oleh salah seorang sahabat pembaca kepada MiLo SuaM.

Saudara Pengarang,

Saya adalah salah seorang pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti kursus jangka panjang selama 6 bulan dalam bidang pelancongan. Kolej Komuniti adalah salah sebuah kolej pengajian tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Mulai tahun lepas, pelajar-pelajar Kolej Komuniti di seluruh negara yang ibu bapa merek mempunyai pendapatan kurang daripada RM2500 sebulan adalah layak untuk mendapat bantuan wang saku sebanyak RM250 sebulan, dan dibayar melalui bank kepada pelajar. Sedikit sebanyak ia telah membantu pelajar ini untuk menyara kehidupan mereka di kolej, di samping menggunakannya untuk tujuan rasmi pembelajaran.

Perjalanan wang saku ini lancar pada empat bulan pertama sahaja, yang bermakna bahawa wang saku ini dimasukkan ke dalam akaun pelajar pada waktu yang tepat. Selepas itu ia menjadi tidak tentu arah. Pernah terjadi wang saku pada bulan berkenaan dibayar pada pertenggahan bulan berikutnya. Bila keadaan ini berlaku, ia tentulah menjejaskan perjalanan pembelajaran pelajar, dan sekaligus membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Fenomena ini masih berterusan hingga ke hari ini, malah sejak tiga bulan kebelakangan ini, pelajar tidak menerima sebarang wang saku lagi. Tidak ada penjelasan diberikan, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) menuding jari pada bahagian Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) yang memberikan alasan bahawa geran yang diperuntukkan sudah kehabisan dan mereka masih menunggu kedatangan geran baru yang entah bila akan tiba.

Kolej Komunti menjalankan kursus secara sijil modular. Bermakna setiap kursus jangka panjang (bagi setiap modular), ia mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan. Untuk melengkapkan kursus (pelancongan), pelajar akan mengambil masa selama 2 tahun dan melalui 4 modular kesemuanya.

Manakala wang saku ini pula hanya lancar pada 4 bulan pertama tahun lepas sahaja. Selepas itu ia menjadi kucar kacir dan tak tentu hala. Student ramai yang terganggu, malah ada yang diarahkan keluar rumah sewa kerana tak mampu menjelaskan duit sewa. Yang lebih memeritkan, ada pelajar yang terpaksa berlapar di bulan puasa ini kerana tidak mempunyai wang saku untuk bersahur dan berbuka.

Kami pelajar-pelajar merasa hairan bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Apakah masa depan pelajar perlu dikorbankan demi kelangsungan birokrasi dan karenah pihak kementerian yang tidak peka dengan keadaan di bawah.

Kami meminta supaya perkara ini dapat diatasi segera supaya pelajar-pelajar ini dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna.


Green Badge TG
Selangor

Sent from my BlackBerry®

Undi DAP haram dan berdosa kata pengasas pondok Geting

Posted: 07 Aug 2012 07:10 PM PDT

UTUSAN Merapu datang lagi dengan berita sampah mengarut dan tak masuk akal untuk memperbodohkan orang kampung ayam itek lembu dan kambeng.

Kali ini Utusan melaporkan fatwa baru kononnya dikeluarkan oleh pengasas Pondok Geting, Tumpat yang mengharamkan orang Islam daripada mengundi DAP.

Malah katanya orang Islam juga tidak boleh mengundi PAS, dan KEADILAN yang bekerjasama dengan DAP kerana parti itu menentang penubuhan negara Islam dan Hudud.

Tapi yang lucunya undi MCA dan MIC dibolehkan kerana mereka tidak menentang penubuhan negara Islam dan Hudud kah kah kah [Utusan].



Jika MCA dan MIC tidak menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam, apa kata Umno tubuhkan hukum hudud dan negara Islam, kerana mereka tidak mendapat tentangan daripada MCA dan MIC seperti PAS dapat tentangan daripada DAP kah kah kah.

ReJaM© malas nak cakap banyak, kalau undi DAP dan parti yang bekerjasama dengan DAP (PAS dan KEADILAN) haram dan berdosa, maknanya undi Pakatan Rakyat adalah haram dan berdosa.

Maka majlis fatwa sila keluarkan fatwa dan haramkan rakyat Malaysia beragama Islam mengundi Pakatan Rakyat kerana ia berdosa macam makan babi kah kah kah.

ReJaM© "Satu cakerawala tahu MIC dan MCA tentang Hudud kecuali pengasas Pondok Geting, Tumpat"

Tiada ulasan: