MIMPI SENJA |
- Apa motif tayang TANDA PUTERA [filem yang memfokuskan kepada tragedi 13 Mei] dikala negara diambang PRU 13
- EDISI PERABIH DUIT RAKYAT oleh Menteri Najib - Sebuah Motosikal Chopper dari Amerika US150 ribu, kata Najib nak promosi negara kata Yen Yen nak tarik pelancong ...
- “Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square"
- Janji diCapati ....hahaha kata Samy Vellu dalam Twitternya, hampa mai tengok
- Dihasut murtad ketika berbuka
Posted: 02 Aug 2012 09:26 PM PDT Tanda Putera Mampu Cetus Rusuhan Kaum Sebuah filem bertajuk 'Tanda Putera' mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum. Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau. Peristiwa 13 Mei adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air. Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu. Separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas). Pengkritik menyoal kenapa filem ini diterbitkan di ambang negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April 2013. Motif filem ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah pemerintah Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis. Sebagai satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina dan etnik-etnik yang lain. Mesej Umno mudah: "Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu." Kuasa politik Jika orang-orang Melayu tidak bersatu di bawah 'payung' Umno maka orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan negara ini. Kuasa politik orang Melayu akan hilang, terpinggir dan orang-orang Melayu akan hidup merempat di tanah air sendiri. Maka dicipta cerita bahawa jika orang-orang Melayu berpecah, parti DAP yang didominasi oleh orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan di negara ini. DAP dituduh telah diresapi oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah diresapi pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang membawa unsur keganasan. Suasana kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau menasihati orang-orang Cina supaya memilih parti yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik di negara ini, jika mereka mahu terus berkembang maju dalam perniagaan. Keadaan ini diburukkan lagi oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan api perkauman dan mencipta suasana kebimbangan di kalangan rakyat, terutama di kalangan orang-orang Melayu. Namun rakyat di negara ini tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT dan media baru mula sedar. Generasi baru Generasi baru tidak lagi memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau keturunan tertentu. Sentimen perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi pemikiran mereka. Seperti rakyat di negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor Tengah, mereka bersatu atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan menolak penindasan, kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa pihak pemerintah. Hakikat inilah yang dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk itu. Tidak pernah dalam sejarah, Umno begitu takut untuk menghadapi para pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya berdasarkan prestasi pilihan raya umum 2008. Buat pertama kali mereka hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, walaupun Perak berjaya dirampas kembali. Tetapi Umno tidak akan berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti menerbit filem 'Tanda Putera' ini, termasuk filem dan video lucah dan porno bagi menyambung tali hayat politik mereka yang tinggal 'nyawa-nyawa ikan'. - FMT |
Posted: 02 Aug 2012 06:04 PM PDT MS - Apa kejadah nak buat dengan Motor ni? Nak promosi negara kot mana Najib ooii? Kan Msia dah ada F1 dan MotoGP Tak kan ada orang nak mai Msia semata-mata nak mai tengok chopper tu .... Ni mesti la ada HARAMJADAH mana yang proposed yang jadi org tengah suruh beli motor ni, depa bole masyukkkkk... macam Razak Baginda dalam kes Scorpene. Aku tak nampak apa-apa faedah pun untuk rakyat, Lihat gambar di atas neh. Tue apa? Orang panggil chopper. Aku panggil motor besar. Lagi selesa panggil motor besar dari chooper. Okey sekarang lupakan isu nama dan gelaran. Meh kita lihat isu neh lebih detail. Kita akan cakap pasal fakta disini. Mari kita fahamkan apa kaitan wang rakyat dengan motor besar neh. 1. Motor neh dibeli guna wang rakyat. Korang leh baca kat utusan sendiri disini. Sila fahamkan bila dia tulis begini ; Aku tak faham najib meroyan pasal apa. Benda neh under pelancongan. Apa kena mengena dengan menerokai industri permotoran? Dia ada plan buat RnD ka? Takda. Kilang motor? Takde. So apa maksud dia menerokai industri permotoran hanya dengan menjadikan motor neh sebagai bahan pelancongan ? Aihh.. aku harap dia tak fikir yang rakyat malaysia neh adalah bebal2 belaka.. or sekurang2nya pembaca utusan adalah bebal2 belaka.. 2. Benda neh under kementerian pelancongan. Boleh dilihat bila utusan tulis begini ; 3. Chopper neh sekarang ada sebiji. Dan harga dia usd USD150,000.00. 4. Apa tujuan chooper 1malaysia neh? Meh aku story sikit ; - Untuk masuk rancangan discovery channel bagi 2 episode. - menjadi pameran dalam bilik pameran 5. Apa kebaikan kepada malaysia? Menurut ng yen yen chopper neh nanti akan menarik pelancong ke malaysia. Jangan gelak dulu. Tolong jangan gelak. Aku percaya takde orang kat dunia neh nak melawat satu2 negara untuk melihat chopper. Siyes. Chopper bukan benda unik. Ia ada di mana2 sekarang neh. Dalam tv luar tv benda tue dah selalu tengok. Ya, tak dapat dinafikan size dan reka bentuk maybe berbeza2, tapi still benda tue bukan benda unik sehingga mendorong satu2 orang nak datang ke malaysia semata2 nak melihat chopper. Tolong faham, aku bukan nak kritik sebarangan. Kalau nak dijadikan pameran aku takley nak kata apa lah. Keputusan dah dibuat, barang dah siap, duit dah keluar. Yang aku boleh tolong tambahbaik kat sini ialah apa kata sewakan chooper tue. Maksud aku untuk dibawa round2 macam kuda. Sekali pusing rm5. Lebih kurang gitu lah. Daripada jadi bahan pameran = besi berkarat kan. At least dapat gak rakyat malaysia merasa naik chopper kan? Cuma kalau nak kata ia boleh menarik pelancong masuk ke malaysia, siyes aku cakap, itu jawapan sasau. Tolonglah faham. Nak mempromosikan malaysia sebagai destinasi pelancongan, kena perbanyakkan benda unik dan berbeza bukan apa yang dorang ada, kita buat sekali. Strategi yang ng yen2 guna neh sangat salah. Untuk menarik pelancong malaysia aku tak nafikan, ada kelebihan disini, teringin gak aku nak pegang2 benda alah tue selalu tengok orang punya, nak sentuh2 tak berani satgi kena sound sesia jek. Tapi nak tarik pelancong luar? Aku cakap itu strategi bodoh. Namun yang paling aku kesalkan sekali ialah nama chooper neh. Still lagi nak kaitkan dengan nama 1 malaysia. Cukuplah chooper malaysia jek. 1 tue tak perlu wujud. Berapa lama lah sangat najib jadi piem di malaysia neh. Bila dia berambos apa jadi dengan slogan2 dia? Turut sama berambos ma. Piem lain kalau betul masih bien akan cipta slogan baru, kalau pr pun sama, slogan baru. So takpayah nak satu malaysia sangat lah weh. Fikir panjang oke. BERITAHANGAT |
“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square" Posted: 02 Aug 2012 03:37 AM PDT RM200,000, sebuah banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar Harakahdaily, 02 Ogs 2012 KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar), yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak. Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau. Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh. Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan. Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat. Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib. Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar. Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva. Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa. Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh. "Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek," kata Suresh kepada Bala. Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan. Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi. Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan. Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak. Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square. "Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya. "Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya," jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh. Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak. Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya. Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India. Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair. Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri. |
Janji diCapati ....hahaha kata Samy Vellu dalam Twitternya, hampa mai tengok Posted: 02 Aug 2012 12:29 AM PDT SILA KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS Samy Vellu secara terang sudah mula membelasah kerajaan UMNO 1M'sia pimpinan Najib Razak. Slogan Janji DiTepati jadi bahan gurauan beliau. Dalam twitternya beliau berkicau dengan mengejek slogan Janji DiTepati dengan Janji DiCapati. Omak kau |
Posted: 01 Aug 2012 11:37 PM PDT GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara. Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba. Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat. Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa. "Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya 'kamu berpuasa ya?' dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan bercerita waktu bersahur dan berbuka. "Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa. "Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling menyampuk untuk menjawab soalan 'mat saleh' berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Hampir 15 minit berlalu menceritakan ibadah berpuasa umat Islam, lelaki asing terbabit menanyakan soalan yang agak mengejutkan Mohd Noor dan rakannya yang lain. "Kenapa kamu perlu percaya kepada tuhan kamu? Mari percaya kepada agama kami," kata lelaki berkenaan tanpa ragu-ragu. Agak lama bercerita mengenai agamanya, lelaki berkenaan seolah-olah menyampaikan dakyahnya dalam keadaan yang amat halus dan seolah-olah memujuk. Namun, Mohd Noor Farid dan rakannya cuba mematikan perbualan dengan alasan mahu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib segera. Menurutnya, ia adalah kali pertama kejadian sebegitu berlaku ketika dia berkunjung ke pusat membeli-belah. "Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan kita berada dalam bulan Ramadan dan seolah-olah mereka bebas dan tidak menghormati kita yang beragama Islam. "Tindakan perlu diambil memandangkan mereka bukan penduduk negara ini dan hanyalah pelancong, sudah begitu berani mendekati dengan cara sedemikian rupa, nasib baik saya bersama kawan-kawan, jika berseorangan bagaimana," katanya. Bukan itu sahaja, melalui tinjauan dalam laman sesawang Facebook, Sinar Harian menemui seorang pengguna yang juga anggota sukarelawan berkongsi gambar yang disyaki dua pelancong asing sedang menyampaikan ceramah agama kepada seorang lelaki Melayu Islam. Gambar yang dirakam sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling itu mendapati dua lelaki bangsa asing sedang berbual dengan pengayuh beca yang sedang berehat. Melalui laman berkenaan, pengguna Facebook Asti Toba berkata, gambar berkenaan dirakamkan semasa mereka menjalankan program mengumpul data golongan gelandangan. Namun, tiba-tiba terdengar perbualan dua 'pelancong' dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah. "Apa yang mengejutkan saya, dua 'pelancong' itu tadi memberikan ceramah agama, bukan agama Islam sedangkan pakcik berkenaan ialah orang Islam. "Dipercayai mereka ialah ketua agama dan menyamar sebagai pelancong, malah dia juga menyogok pakcik berkenaan dengan RM50 dan berkata, 'Muhammad tidak betul," katanya. Itu antara cerita yang dikongsi Asti dan tidak ketinggalan dia juga sempat memberi nasihat kepada penduduk Pulau Pinang supaya berhati-hati. Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pandangan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Salleh Man Mat Aji. Salleh Man berkata, setakat ini dia masih tidak menerima sebarang aduan mengenai kes sedemikian. Menurutnya, namun tidak dinafikan Jabatan Mufti Pulau Pinang ada menerima beberapa risalah penyebaran agama yang diedarkan kepada orang ramai. "Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia berlaku semasa bulan Ramadan bulan yang amat suci buat umat Islam. "Bila ada perkara sebegini sememangnya menggusarkan kita dan sekiranya terdapat aduan dari orang ramai boleh segera ke Jabatan Mufti kerana di sana ada bahagian yang akan menguruskan aduan sebegini," katanya. Beliau juga menegaskan terdapat enakmen yang diperuntukkan sekiranya mendapati sememangnya ada pihak yang cuba memesongkan akidah umat Islam secara terang-terangan. "Kita memang boleh ambil tindakan namun wajah individu berkenaan perlu dikenal pasti supaya dapat membuat pencegahan, dan saya ingin nasihatkan kepada umat Islam di negeri ini supaya ambil langkah berjaga-jaga. "Tambahan lagi sekarang bulan Ramadan, pelbagai ujian yang datang dan kita perlu hadapi dengan baik dan tidak terpesong," katanya. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan