Rabu, 22 Ogos 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Azwan Ali Kecam Umno Dan TV3 Peralat Ibunya Di Aidil Fitri

Posted: 21 Aug 2012 04:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.

Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed
Azmin Ali.

"Hari baik bulan baik? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.


"Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating," tulisnya dalam twitter, malam semalam.

Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

"Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya," tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.

Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai 'jijik'.

"Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin," tulisnya. Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ' Ada aku kisah?' dan 'Amboi amboi amboi…', menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.


Malaysiakini perlu kembali kepada perjuangan asal - Utuseks Malaysia

Posted: 21 Aug 2012 04:25 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Portal berita Malaysiakini dilihat semakin agresif dan tersasar daripada matlamat asal penubuhannya dalam mempelbagaikan pilihan masyarakat negara ini untuk mendapatkan sumber berita.

Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Adnan Hussein berkata, portal berita itu kini dilihat semakin jauh daripada prinsip dan pegangan yang selama ini dilaung-laungkan iaitu mahu menjadi portal berita yang bebas dan seimbang.

Katanya, kebanyakan laporan yang disiarkan Malaysiakini lebih memihak kepada parti pembangkang dan tidak mustahil portal berita itu turut mempunyai agenda sendiri cuba memburukkan imej kerajaan.

"Laporan yang disiarkan seolah-olah mahu menunjukkan apa yang dilakukan kerajaan adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan.


Amaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti

Posted: 21 Aug 2012 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam," ujarnya kepada Harakahdaily.


Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.

"Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?" ujarnya.

Dalam keadaan demikian, kata beliau tidak sedikitpun pemimpin Umno yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut.

Katanya lagi, Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya.

Beliau berkata, Umno yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam.

Tambahnya, selama berpuluh tahun Umno sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam.

Riduan menambah, agak menjengkelkan kerana ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum.

Tambahnya, tetapi apabila MCA secara jelas dan bangga menyatakan pendiriannya menolak sebuah negara Islam, tiada seorang pun ulama Umno yang bersuara.

"Di mana suara para mufti dan ulama dalam hal demikian?" soal Riduan.

Malah, ujarnya Presiden MCA pernah mengugut untuk berpisah dengan Umno jika Umno mahu laksanakan hudud.

"Apakah hukumnya mengundi parti yang secara berterus-terang menolak negara Islam di negara ini?" katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta para ulama Umno mengeluarkan kenyataan dan pendirian jelas berhubung kenyataan terbaru.

Riduan juga meminta para ulama termasuk para mufti menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan pemimpin MCA ini.

"Saya juga mencabar supaya Presiden Umno menyatakan pendiriannya dan memberi amaran keras terhadap MCA, jika tidak pun terus menyingkir keluar MCA dari BN," tegasnya.


Tiada ulasan: