WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
BIARKAN MCA DAN DAP SAJA BAHAS SOAL HUDUD JIKA UMNO TAKUT Posted: 21 Aug 2012 01:32 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BN semakin pening sekarang. Orang kata tiada kerja mahu cari kerja. Menjelang PRU, maka pemimpin Umno/Bn mula main isu Hudud. Nah, sekarang isu ini jerat diri sendiri dan semakin terserlah bahawa Umno tidak pernah serius dengan Hudud. Baru-baru ini Pengerusi MCA Selangor sudah beri amaran kepada rakyat, jika tidak mahu hukum Hudud dilaksanakan maka rakyat kena tolak PR. Sebelum itu, Presiden MCA sendiri pernah sebut hukum Hudud boleh bawa negara ke belakang. Najib pun pernah sahkan bahawa negara ini tidak akan laksanakan hukum Hudud. Cakap Najib ini kita lebih yakin kerana mustahil Najib mahu hukum Hudud sedangkan hukum asas iaitu menutup aurat pun Najib gagal perintahkan ke atas isterinya untuk ditaati. Hukum Hudud jauh sekali. Terbaru, Pengerusi MCA Kedah pula di dalam Sinar hari ini membuat kenyataan mrnyokong Hudud. Patut dipuji kenyataan itu walaupun apa jua nawaitunya. Apa yang penting ini menunjukkan bahawa hukum Hudud ini semakin diminati untuk dibahaskan. Sepatutnya hukum ini menarik minat pemimpin Umno dan semua pemimpin Islam untuk membahaskannya. Beranikah Umno untuk berbahas atau muzakarah di dalam isu ini? Jawapannya mudah. Semenjak bila Umno berani? Oleh kerana pemimpin Umno dayus untuk berbahas atau muzakkarah di dalam isu Hudud ini maka pemimpin Non Muslim yang berani tampil membawa isu ini. Karpal Singh menolak Hudud berlandaskan Perlembagaan. Chua Soi Lek menolak Hudud kerana bimbang negara mundur ke belakang, begitu juga dengan Pengerusi MCA Selangor. Najib pula sebut Hudud tidak akan dilaksanakan. Samada Karpal, Soi Lek atau Pengerusi MCA Selangor tolak Hudud atau menyokong Hudud seperti Pengerusi MCA Kedah ianya tidak membawa hukum apa-apa pun. Sebaliknya jika orang seperti Mahathir dan Najib yang berbelit-belit lidah untuk mencari jalan agar Hudud tidak akan dilaksanakan, hukumnya amat berat sekali. Kecualilah jika mereka satu kepercayaan agama dengan Soi Lek. Kesimpulannya, Umno tidak akan terima Hudud kerana hukum ini akan menakutkan mereka yang kaki merompak dan menyamun hak rakyat. Bayangkan kalau Kak Ijat atau Khir Toyo juga sokong Hudud, tentu tidak masuk akal samasekali. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan