Rabu, 22 Ogos 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mendapat Hidayah Semasa 'Mati'

Posted: 22 Aug 2012 01:31 AM PDT

Kuantan - "Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya 'sudah mati' malah rekod perubatan tertera pengesahan itu," kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu.

Gambar: Mohd Fadhil menceritakan kisah 'luar biasa' yang membawa kepada pengislamannya sejak 12 tahun lalu.

Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapanmenuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa.

"Saya disahkan 'kembali sedar' dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu," katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.

Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya.

"Ternyata ada rahmat di sebalik kemalangan yang 'meragut' nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya," kata bapa kepada empat anak ini.

Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga.

"Kehadiran 'lelaki' itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya 'koma'," katanya.

Menurutnya, kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan 'berhijrah' sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun.

"Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula kekuatan. -SH

Politik Sabah: BN Bakal Tumbang Di semua Kerusi Majoriti KDM & Cina

Posted: 22 Aug 2012 12:13 AM PDT


Pilihanraya Umum Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.

Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.

Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.

Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.

Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.

Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.

Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.

Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.

Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.

Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.

Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.

Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.

Kawasan tersebut ialah;

N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037

Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.

Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ABDULLAH


Banjir Kilat Di Ibu Kota, Kereta Ditenggelami Air

Posted: 21 Aug 2012 09:43 PM PDT


Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan berlaku kesesakan lalu lintas, selain beberapa kenderaan ditenggelami banjir. - Foto Abdullah Yusof/BH

Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan berlaku kesesakan lalu lintas, selain beberapa kenderaan ditenggelami banjir.

Antara kawasan lain dilanda banjir ialah Segambut, Taman Kolam Air dan Kampung Kasipillay di Sentul serta Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di ibu negara.

Banjir kilat di Segambut turut menyebabkan menjejaskan sambutan Aidilfitri penduduk di beberapa kampung di situ apabila rumah mereka digenangi air.

Hujan lebat yang bermula jam 3 hingga 5 petang itu, bagaimanapun tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dan keadaan kembali pulih kira-kira jam 6 petang.



KL 'panik' sekejap

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat menyebabkan sejumlah kenderaan ditenggelami air berikutan hujan lebat petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) bomba dan penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian banjir daripada orang awam sekitar jam 4 petang, semalam.

"Beberapa jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Sentul, Jinjang dan Chow Kit dikejarkan ke lokasi banjir kilat," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, antara kawasan dinaiki air ialah berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Segambut, Kampung Lekuk Kelapa Segambut, Masjid Ubaidiah Segambut, Kampung Kasipillay dan Taman Kolam Air Sentul.

Harian Metro turut difahamkan, lokasi lain yang turut dilanda banjir kilat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Rahmat off Jalan Ipoh dan Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, air di semua lokasi itu surut beberapa jam kemudian dan tiada mangsa dipindahkan. Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi memaklumkan pihaknya juga ada menerima panggilan banjir membabitkan Kampung Ladang Segambut dan Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Bagaimanapun, lalu lintas terkawal dan hanya beberapa kenderaan mengalami kerosakan diberi bantuan.
-hm


[U-TURN] MCA Kedah Nafi Sokong Hudud Setelah Ditekan Soi Lek, UMNO Melopong!

Posted: 21 Aug 2012 07:33 PM PDT

MCA Kedah hari ini menafikan laporan Sinar Harian yang mengatakan mereka menyokong undang-undang hudud dilaksanakan sekiranya PAS bergabung dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, kenyataannya telah diputarbelitkan oleh wartawan Sinar Harian.

"Itu sama sekali tidak benar. Saya menerima panggilan telefon dari wartawan Sinar Harian yang mahukan respon saya tentang kenyataan Tun Dr Mahathir terhadap kerjasama PAS dan Umno untuk pilihan raya akan datang dan apa pendirian MCA dalam hal ini.

"Saya menjawab jika ada parti mahu menyertai Barisan Nasional (BN), ia perlu mendapat sokongan dari pucuk pimpinan BN dan menerima perlembagaan BN."

"Tetapi pendirian MCA dalam hal ini sangat jelas. Kami tidak menyokong hudud.

"Jadi perkara terbaik bolehlah merujuk terus kepada presiden (Chua Soi Lek)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Beliau berkata laporan Sinar Harian "berbeza" dengan kenyataannya.

"Saya sebagai pengerusi MCA sudah beberapa kali membantah PAS Kedah mengenai hukum hudud.

"Niat PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu kita sudah nampak, apabila semasa sambutan tahun baru, mereka mengarahkan lelaki dan wanita diasingkan.

"Dan adalah sangat tidak tepat jika mengatakan kita menyokong hukum hudud sebab kami lantang mengkritik isu ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak menyebut tentang DAP.

"Ya, saya tidak menyebut apa-apa tentang DAP. Saya rasa DAP yang menyokong hudud kerana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hanya mendiamkan diri.

"Hanya Karpal Singh sahaja yang bersuara," katanya apabila ditanya tentang DAP.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini pengerusi MCA negeri Kedah itu dikatakan menyokong hudud kerana "secara rasionalnya hudud tidak melibatkan orang bukan Islam."

Chong berkata beliau tidak tahu bagaimana kenyataan beliau boleh diputarbelit.

"MCA negeri sentiasa mengikut arahan dari ibu pejabat, dan kami tidak menerima hukum hudud untuk dijadikan undang-undang di negara ini," katanya. -TMI

LAPORAN SEBELUM INI

MCA Kedah setuju hudud

ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.

Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.

"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR.

Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.

Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.

"MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat.

"Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.

Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam.

Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR.

"Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya.

Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud.
-SH



Ulasan GB

Ramai percaya Pengerusi MCA Kedah itu telah menerima tekanan daripada Presiden MCA, Chua Soi Lek supaya menarik balik kenyataannya terhadap hudud. Ini berdasarkan kepada jawapannya sendiri:

"Jadi perkara terbaik bolehlah merujuk terus kepada presiden (Chua Soi Lek)," katanya

Chua Soi Lek bersama anaknya Chua Tee Yong yang mengugut UMNO bahawa MCA akan keluar BN jika hudud dilaksanakan.





p/s Amacam pencacai UMNO? Kalau Karpal dituduh kafir harbi, bagaimana pula kedudukan Chua Soi Lek dan anaknya itu? Tak harbikah mereka berdua itu.

[HOT] Akhirnya, Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak!

Posted: 21 Aug 2012 05:03 PM PDT

Kuala Lumpur – Selepas menafikan cerita yang tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar.

Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya.

Namun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.

Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.

"Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega," kata NK.

Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.

Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.

Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.

Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya.

"Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.

"Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri," katanya.

Sumber: Mynewshub

Ulasan GB

Blog GB juga pernah menyiarkan berita mengenai Norish Karman yang melahirkan anak. Ada juga yang mencemuh langkah GB menyiarkan berita berkenaan kerana kononnya ia mengaibkan.

GB tetap berpegang kepada hukum kebenaran & keadilan dan kini hukum itu berjalan dengan sempurna dimana ia membantu memperteguhkan hatinya untuk memperakui "kebenaran".

"Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega," kata NK.


Biarlah yang sudah itu sudah dan bermohon ampunlah kepada Allah apabila kita melakukan kesalahan dan dosa kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





LGE Tertarik Ajaran Islam Tentang Doa Pemerintah Adil, Org Berpuasa & Org Yang Dizalimi

Posted: 21 Aug 2012 08:36 AM PDT

DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak golongan yang rasuah dan menyalah guna kuasa sepertimana menjadi tradisi UMNO-BN.

DAP juga percaya bahawa keamanan hanya boleh tercapai dengan persefahaman, kebenaran, keharmonian dan nilai murni antara kaum, mengecapi kemajuan dan menitikberatkan keadilan untuk seluruh rakyat .

Demikian amanat penting buat seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan rasmi Hari Raya Aidilfitri DAP Kebangsaan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Menurutnya, beliau amat tertarik dengan ajaran Islam yang ada menyatakan mengenai tiga golongan yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.

"Jadi inilah sebabnya kerajaan PR berusaha dengan bersungguh-sungguh memberi komitmen untuk menjadi kerajaan yang adil agar doa para pemimpin Islam yang berada dalam perjuangan PR diterima, khususnya agar masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai." Ujar beliau.

Justeru katanya, dalam usaha menegakkan keadilan, pemimpin PR terpaksa menghadapi banyak fitnah dan tomahan jahat seperti fitnah skandal seks yang terjijik dan juga fitnah sebagai petualang yang mencetuskan tragedi berdarah Mei 13.

"DAP yakin bahawa di kalangan seluruh rakyat yang beragama Islam maupun yang bukan Islam dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil.
"

"Itulah sebabnya rakyat semakin muak dengan fitnah skandal seks yang cuba dibabitkan terhadap pimpinan PR atau ahli keluarga mereka sehingga rakyat tidak percaya lagi."

Turut disentuh Gun Eng ialah mengenai filem "Tanda Putera" yang disifatkan sebagai rasis dan percaya bahawa ia merupakan usaha terbaru memburuk-burukkan DAP.

"Filem "Tanda Putera" ini cuba mengaitkan saudara Lim Kit Siang sebagai berkelakuan tidak senonoh dan menjadi pencetus tragedi Mei 13 di Kuala Lumpur walaupun beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan amat menyedihkan lagi apabila filem ini telah ditaja oleh Kementerian Penerangan dan mendapat publisiti meluas media dan cybertroopers UMNO serta khbar Utusan Malaysia."

Selain memainkan isu perkauman, isu agama juga sering digunakan pihak UMNO-BN yang boleh menimbulkan kebencian dan ketegangan.

"Sebelum ini Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sering diserang dan dilabelkan sebagai anti-Islam, kemudian DAP juga dituduh mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara Malaysia.

"Walaubagaimanapun, tomahan dari laporan Utusan Malaysia ini telah disahkan palsu dan tidak benar sama sekali oleh pihak polis." Jelas Guan Eng.

Sungguhpun begitu kata Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang akan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang menyebarkan fitnah terutamanya terhadap Utusan Malaysia dan UMNO.

Beliau menegaskan bahawa usaha PR menentang mereka yang rasuah dan zalim tanpa mengira siapa pun samada kaum atau agama malah usaha murni ini memberi harapan cerah kepada negara.

"Adakah rakyat Malaysia mahu mengulangi gejala kerugian RM1,000 bilion daripada wang haram yang mengalir keluar daripada Malaysia dalam tempoh masa 10 tahun ini?" soal beliau.

"Pilihan rakyat Malaysia adalah jelas iaitu di antara ideologi ketuanan UMNO yang penuh dengan fitnah, kebencian, keganasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menganiayai rakyat ataupun sebuah negara berprinsip dan bersatu padu berdasarkan prinsip kebebasan, kebenaran, keadilan, mengeratkan hubungan silaturahim dan kebajikan untuk semua."

Di akhir kenyataannya, Lim Guan Eng mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin." – roketkini

Isu Hudud: Letak Syarat, Mahathir Tidak Ikhlas - Presiden ABIM

Posted: 21 Aug 2012 05:18 AM PDT

Shah Alam- Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud adalah pandangan tidak ikhlas dan merendah-rendahkan hukum Islam itu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak memberikan kesan merealisasikan pelaksanaan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri.

"Sekiranya hudud dilaksanakan, ia tidak perlu apa-apa alasan dan syarat kerana ia mesti dilaksanakan seutuh dan setulennya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Menurutnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

"Pelawaan tersebut bukan dari pemimpin Umno tetapi daripada bekas pemimpin Umno. Pas tak perlu menghiraukannya," katanya. -SH

Tiada ulasan: