Isnin, 20 Ogos 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Jangan ungkit lagi tragedi 13 Mei, kata veteran Umno

Posted: 19 Aug 2012 07:58 PM PDT

PETALING JAYA, 20 Ogos — Veteran Umno Datuk Mazlan Harun ingin orang ramai lupakan pertumpahan berdarah 1969, semasa kontroversi politik mengenai filem tempatan "Tanda Putera" — penceritaan tentang tempoh yang paling huru-hara di Malaysia — masih berterusan.

Kontroversi itu boleh mengancam perpaduan negara sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu dipanggil pada tahun depan.

Mazlan, anak kepada menteri besar (MB) Selangor pada masa itu, telah memberi wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider pada minggu lalu berikutan laporan-laporan tentang satu insiden yang dikatakan telah berlaku di kediaman bapa beliau.


Dakwaan kejadian itu telah digunakan oleh beberapa blogger pro-Umno sebagai bukti bahawa pemimpin DAP, Lim Kit Siang, merupakan dalang di sebalik provokasi perkauman yang telah menyebabkan rusuhan 13 Mei, 1969, di ibu kota negara. Musuh politik Lim telah menuduh beliau yang membuat hasutan yang menyebabkan berlaku rusuhan 13 Mei yang berlaku 43 tahun yang lalu, tetapi segelintir ahli penyelidik telah menyalahkan satu perarakan diketuai Umno yang bertolak dari kediaman Datuk Harun Idris, MB Selangor pada masa itu.

Mazlan berkata beliau telah mendengar tentang kejadian tiang bendera yang dikatakan berlaku itu dari seorang bekas timbalan menteri dalam negeri, tetapi berkata diri beliau tidak dapat membuktikan kesahihan kenyataan itu.

"Saya tak mahu cakap pasal benar tak benar tapi saya dimaklumkan oleh seorang bekas timbalan menteri di dalam kementerian dalam negeri (KDN) — nama dia tak perlu disebutlah — yang membaca laporan, ini sensitif laporan ni yang mengatakan Kit Siang kencing (di bawah tiang bendera), dia bacakan.

"Kalau dia bohong saya bohonglah, itu pasal banyak orang mintak, dedahkan semua laporan tentang Mei 13," kata beliau dalam wawancara.

Mazlan juga memberitahu, bekas timbalan menteri KDN itu membaca laporan dalaman polis berhubung dengan tragedi disebut.

"Kit Siang saya tengok dalam blog (beliau), dia buat penafian dia tak ada kat sinilah, dia kat Sabahlah," katanya lagi.

"Mungkin polis mistaken identity (tersilap identiti) saya tak tahulah.

"Tetapi saya dimaklumkan oleh timbalan menteri ini yang Kit Siang kencing dan saya percaya Shuhaimi punya wayang ni berdasarkan pada laporan polis, laporan KDN."
Pengarah filem "Tanda Putera", Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa filem durasi 117-minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.

"Terdapat pendakwaan bahawa terdapat watak seorang pemimpin DAP yang terkenal (prominent) dalam filem ini," kata Shuhaimi ketika sidang media pada minggu lalu.

"Kami ingin menegaskan bahawa tiada watak seumpama itu dalam filem 'Tanda Putera'."
Lim sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan karut dan bohong itu yang telah dipaparkan dalam laman sosial Facebook bagi filem "Tanda Putera" kononnya beliau telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman MB Selangor semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Beliau menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak masuk akal sama sekali kerana beliau tidak berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei hingga 13 Mei 1969, malah sewaktu rusuhan berlaku kerana berada di Kota Kinabalu.

Mazlan juga meminta semua pihak agar tidak mengungkit kembali kisah silam itu kerana tidak adil bagi ayahnya sudah meninggal dunia.

"Orang macam Datuk Harun dah meninggal, dia tak ada 'chance' (peluang) untuk cerita dia punya version," katanya.

"So kalau kita ungkit benda-benda yang orang kata orang yang mati tak boleh jawab, dalam Islam pun kita rasa tak adillah.

"Macam Kit Siang dia boleh jawab, dia hidup, macam Datuk Harun dia tak boleh jawab."
Di bawah serangan blogger pro-Umno yang telah berterusan menuduh Lim menghasut pertumpahan darah pada 43 tahun yang lalu, pemimpin DAP itu kekal berkata bahawa beliau tidak mungkin boleh menghasut rusuhan di ibu kota kerana beliau "tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12, dan 13 Mei pada tahun 1969".

Lim juga telah menceritakan versi beliau melalui laman web video Youtube.
Pilihanraya umum 1969 telah melihatkan perikatan yang diketuai Umno, yang pada masa itu dikenali sebagai Parti Perikatan (Alliance), hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi majoriti buat pertama kali selepas Merdeka.
Kekalahan Parti Perikatan yang memeranjatkan itu kemudian telah diikuti dengan rusuhan etnik yang paling teruk di Malaysia, yang dikatakan telah menyebabkan lebih dari 2,000 kematian.

Lim yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya telah menang di kerusi parlimen Kota Melaka pada tahun 1969.

Sebelum itu beliau hanyalah seorang wartawan dan bekas pembantu kepada ahli parlimen Bangsar, Devan Nair, daripada parti PAP.

Beliau, yang masih seorang ahli politik yang baru, ditahan dibawah ISA selepas berlakunya tragedi 13 Mei selama 18 bulan.

Dalam pilihanraya umum 2008, Barisan Nasional (BN) telah mengalami nasib yang serupa seperti Parti Perikatan (Alliance) dalam pilihan raya 1969, iaitu hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tetapi BN telah berjaya kekal berkuasa kerana telah mendapat undi majoriti.
Rusuhan 13 Mei telah berulang kali dibangkitkan oleh BN untuk memujuk para pengundi supaya terus menyokong barisan pemerintah itu.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan memberitahu orang muda di Malaysia supaya bersatu padu untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan kaum seperti rusuhan 1969 itu.

Kenyataan beliau itu datang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan menjadi pertempuran yang paling sengit di antara BN dan pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Tetapi satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno Sabtu lalu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama

Kristian sebagai agama persekutuan. Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)'."

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menafikan pasukan beliau bertanggungjawab untuk memuat naik (upload) poster tersebut, dan juga telah menarik balik poster itu pada hari sama ia dipaparkan.

Tetapi gambar yang diposkan di Facebook itu telah pun mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna Internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

http://razali01.blogspot.com/2012/08/jangan-ungkit-lagi-tragedi-13-mei-kata.html


Bas Khas Kerajaan Selangor Untuk PRU13

Posted: 19 Aug 2012 05:19 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.


"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri.

-Bernama


Hanya Umno Bebal Saja Yang Percaya Anwar Cakap Macam Nie..

Posted: 19 Aug 2012 09:10 AM PDT



PERUTUSAN KHAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan.


Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri.


Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.


Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.


Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi.


Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.


Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.


Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan.


Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara.


Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan.


Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.


PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana.


Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia. "SEBANGSA SEJIWA SENEGARA"


Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun


Anwar Ibrahim,

Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

17 Ogos 2012.


Berkaitan : Percubaan Menggodam Blog Dato' Seri Anwar Ibrahim


Habislah Anwar Kali Ini.. !

Posted: 19 Aug 2012 08:18 AM PDT



Sempena Syawal tentu Anwar 'meroyan gila' kerana melihat ramainya manusia ke kediaman PM untuk melihat Rosmah secara lebih dekat. Apatah lagi jamuan raya rumah PM bukan calang-calang.

Sebelum PRU12 dulupun Anwar dah meroyan dah… Semasa itu ramai gila yang mengunjungi Pak Lah. Selepas PRU Pak Lah kantoi la!!

"Beribu-ribu membanjiri kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya pada Ahad bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau.

Ribuan orang mula beratur di luar Seri Perdana seawal pukul 9 pagi, yang tiba dari seluruh negara malah dari luar negara bagi menghadiri rumah terbuka tahunan Perdana Menteri di sini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mula menyambut kunjungan orang ramai pada pukul 11 pagi, dan ditemani oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein." -mstarOnline

http://www.ekeleh.com/meroyan-gila-anwar-kali-ini


‘Saya nak isteri saya balik’

Posted: 19 Aug 2012 05:33 AM PDT

REMUK... bahagian depan kereta mangsa hancur selepas bertembung dengan lori ais. Gambar kecil Maisarah.

KOTA BHARU: "Saya nak isteri saya balik," kata Uda Sarimin, 31, suami Maisarah Mohd Ali, 34, yang maut bersama dua anaknya berusia empat dan tujuh tahun dalam nahas ngeri di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Melor, di sini, semalam.


Kesedihan Uda tidak boleh dibendung lagi kerana beberapa jam sebelum kejadian, ketiga-tiga insan tersayang menghantarnya ke lapangan terbang, malah nahas berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang.


Dalam kejadian jam 9.30 pagi, Maisarah yang memandu Perodua Viva dikatakan gagal memotong kenderaan di depannya sebelum bertembung dengan sebuah lori ais yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu mengakibatkan mangsa bersama anaknya, Zakiah Hanim Uda, 4, mati di tempat kejadian manakala anak bongsunya, Rasyidah, 2, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat cedera parah di kepala.

Anak saudaranya, Aisyah Shakilah Mohd Zukri, 7, cedera parah di kepala serta patah kedua-dua kaki dan menerima rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM. Pemandu lori, Adnan Jusoh, 38, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Selinsing, Pasir Puteh selepas menghantar suaminya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

"Setiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di depannya tanpa menyedari sebuah lori datang dari arah bertentangan.

"Mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh lori," katanya.

Katanya, mangsa dan anaknya berusia tujuh tahun maut di tempat kejadian selepas tersepit di kerusi depan, manakala anaknya berusia dua tahun meninggal dunia di hospital dan anak saudaranya cedera parah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, seorang saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, suami mangsa pulang dari Putrajaya ke Kelantan bersama isteri dan dua anaknya untuk menghantar keluarganya berhari raya dengan kereta sebelum terpaksa pergi ke Johor atas urusan kerja pada hari sama dengan kapal terbang.

"Mereka tiba di kampung jam 2.30 pagi dan tidak tidur sementara menunggu sahur.

"Mangsa bersama dua anak dan seorang anak saudaranya menghantar suami ke lapangan terbang sebelum kemalangan berlaku dalam perjalanan pulang," katanya.

Dalam pada itu, suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat HUSM apabila ahli keluarga terdekat, termasuk Uda, datang menuntut mayat isteri dan dua anaknya pada jam 1 tengah hari.

Uda yang kelihatan lemah dan menangis teresak-esak terpaksa diusung dengan kerusi roda sebelum dipapah dan ditenangkan oleh ahli keluarga.

Usaha media mendapatkan komen Uda gagal selepas dia kelihatan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa keluarganya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Azmi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.02 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dengan sebuah jentera dan lima anggota dengan bantuan Bomba Ketereh dan Pasir Puteh.

Harian Metro


Tiada ulasan: