ANAK SENGAT |
TAKKAN LE RAKYAT TERLALU BODOH... Posted: 19 Aug 2012 06:22 PM PDT Sah umnO terperangkap sekali lagi dalam isu hudud. Sibuk sibuk kononnya DAP tentang hudud, seluruh "agamawan upahan " berkokok bahawa PAS mesti keluar dari pakatan kerana DAP tentang hudud, tapi semuanya bisu dan tuli bila MCA berulang kali menentang hudud. Secara konsistennya, MCA melalui ketuanya di Selangor mengistiharkan akan menghalang hudud dan negara Islam dilaksanakan di Malaysia, malah menyeru pengundi Selangor menolak Pakatan Rakyat bagi menghalang terlaksananya hudud dan negara Islam. Tak tahulah, apakah kacamata yang digunakan oleh umnO dan MCA memang berbeza?. umnO melihat jika Pakatan Rakyat menang, maka Malaysia akan jadi negara kristian, MCA pula tengok, kalau Pakatan Rakyat menang, maka Malaysia akan jadi negara Islam...???? Sapa bodoh??? sapa buta??? sapa hilang akal??? Saya tak fikir ada rakyat Malaysia keterlaluan bodohnya sampai tak boleh menilai situasi yang bercanggah. Untuk pengetahuan, bagi yang terlupa.... umnO dan MCA datang dari kelambu yang sama,... tentunya masa nak tidur mereka berpeluk dan berbincang panjang tentang kerja esok... Macammana bila keluar kelambu nada mereka berbeza??? mungkinkah keduanya sedang mengingau??? Saya tak berminat untuk bertanya ke mana perginya Abdullah Saamah, Harusani dan Fathul Bari kerana saya mengenali secara konsisten, mereka hanya " cari makan".... jangan disalahkan mereka... Namun rakyat yang celik sewajarnya tahu dan dapat menilai perkara ini secara waras... Tun Mahathir...???? beliau boleh berkata apa sahaja kononnya ingin hudud sedangkan semua tahu Mahathir adalah penghalang nombor wahid Hudud di Kelantan dulu...Kini beliau tiada kuasa... bercakap macam orang Gila talak yang merasakan masih berkuasa... pendek kata... semua ucapan Mahathir adalah hampas yang tak boleh mengubah apa apa... Terima kasih kepada MCA kerana secara jelas mempertahankan prinsip yang dikongsi bersama umNO secara terbuka... Biar rakyat menilai betapa tiadanya pemimpin umNO yang bersemangat menentang DAP dan menyeru PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat telah bisu dan hilang kejantanan mereka.... |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan