WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
HINA ISLAM, JANGAN DITANYA KEPADA BANGSAT-BANGSAT INI Posted: 19 Aug 2012 08:15 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PENGERUSI MCA Selangor, Datuk Donald Lim secara terus terang menentang sebuah negara Islam dan memberikan amaran kepada rakyat Selangor jika mereka tidak mahu kepada Negara Islam termasuk Hukum Hudud, mereka mesti mengelak dari mengundi PR di dalam PRU akan datang. Kenyataan beliau ini tidak menghairankan kerana Umno tidak pernah menunjukkan minat untuk menegakkan Islam, justeru itu memang sesuai MCA duduk sekelambu dengan Umno. Kenyataan Pengerusi MCA itu jangan ditanya kepada seekor lebai malang di Kelantan yang baru-baru ini memberi hukum 'Kafir Harbi' kepada DAP, sudah tentu lebai malang ini akan berkata MCA berhak berkata apa jua terhadap Islam kerana MCA adalah sekutu Umno. DAP lain, kerana DAP adalah sekutu PAS dan PKR dan PAS atau PKR tidak pernah menyumbang kepada pondok lebai malang ini duit sebanyak RM 2 Juta. Itu bezanya. Usahkan Hukum Hudud, cita-cita Kerajaan Selangor untuk mengasingkan tempat duduk di antara lelaki dan wanita di dalam panggung wayang ditentang hebat oleh pemimpin MCA ini. Usaha Kerajaan PR Selangor itu dianggap satu tindakan Islamisasi oleh Kerajaan Negeri dan ini amat tidak disukai oleh MCA. Apa komen Umno ? Apa pula fatwa oleh Harussani? Jamil Khir atau Mashitah sudah bisukah? Lebai malang dari pondok Kelantan itu sudah kekenyangan kah sehingga menjadi ular sawa senyap bila perut telah diisi? Wahai Hassan Jati, mengapa diam sedangkan Selangor itu negeri yang kawasannya kamu wakili? Apa khabar pula Us Nasha? Perlukah PAS keluar dari PR dan duduk sekelambu dengan Umno dan MCA? Usahlah ditanya kepada balaci-balaci ini kerana mereka semuanya bangsat belaka. |
Posted: 18 Aug 2012 11:38 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DI DALAM lepak Google semalam, DS Anwar sekali lagi tegaskan untuk bersara dari politik sekiranya PR gagal di dalam cita-citanya untuk merampas Putrajaya dari Umno/Bn. Aku yakin kenyataan DS Anwar itu ikhlas dari lubuk hatinya walaupun beliau amat yakin di dalam PRU kali ke 13 nanti rakyat akan menolak Umno/Bn secara total. Apa pun kenyataan yang dibuat oleh DS Anwar samada ianya dianggap sebagai perang psikologi sekalipun, rakyat tetap istiqomah untuk menukar kerajaan kali ini. Samada DS Anwar bersama kita atau tidak, musuh kita tetap sama iaitu rejim Umno/Bn. Di dalam sembang-sembang bersama rakan-rakan dan saudara mara ketika bertemu selepas Solat Eidil Fitri pagi tadi, rata-rata mereka tidak lagi sabar menanti PRU agar riwayat Umno cepat dikuburkan. Di dalam ertikata lain, tanpa DS Anwar pun Umno tidak akan boleh bernafas lega lagi. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan