Rabu, 8 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


Lekehnya pecacai UMNO, fitnah buta tuli, bukti macam longkang

Posted: 08 Aug 2012 03:00 PM PDT


Oleh Adil Mat Selamat

Kerana menganggap minda orang Melayu masih di takok lama seperti benak mereka, para pecacai UMNO dan pelampau kaum di alam maya internet semakin ghairah melempar batu sembunyi tangan terhadap DAP dan Pakatan Rakyat.

Seperti memijak agama dan membuang adab sopan Melayu, golongan pelampau ini sudah tidak kenal etika kewartawanan, apatah lagi politik yang bermoral, dalam usaha jijik mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum lain.

Bukti-buktinya jelas dengan tulisan yang amat berbahaya dan bersifat menghasut yang mereka paparkan di alam internet. Antaranya:.

1. medan-info-kita.blogspot.com
Tuduhan ini memetik ucapan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin, (bekas ahli PKR yang kini bersama dengan pertubuhan perkauman Perkasa) yang memfitnah Lim Kit Siang melalui putar-belit kenyataan daripada laporan Kertas Putih Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berhubung rusuhan 13 Mei 1969..

2. parpukari.blogspot.com
Juga memetik dari sumber yang sama iaitu MAGERAN dengan diputar-belit juga serta ditambah sedikit tentang sejarah penubuhan DAP yang turut dipalsukan hakikat sebenar..

3. Peraktoday.com
Juga memetik dari sumber MAGERAN dengan tokok-tambah yang jelas bohong.

4. kerajaanrakyat.blogspot.com
Laman ini menggunakan rencana, olahannya jelas sebagai satu karangan fiksyen dengan copy and paste gambar serta kenyataan-kenyataan umum dari pihak yang tidak diketahui siapa, di mana, bila dan bukti kewujudan kenyataan ini.

Tukang fitnah berkokok bohong, yang tiada diadakan, yang ada ditiadakan

Kebebasan bersuara amat kita raikan, ia mesti bersifat terbuka dan adil secara saksama. Namun bagi mereka yang bekerja semata-mata kerana kebencian dan diupah, maka kebebasan itu tiada ada ertinya lagi. Apatah lagi mereka-mereka ini tiada asas politik moral atau dan tiada kefahaman kepada demokrasi sejagat, telah menggunakan kebebasan ini untuk memfitnah dan menipu.

Jika kita lihat dakwaan yang kononnya disertakan bukti dari MAGERAN, rupa-rupanya bukti itu juga adalah satu dakwaan. Maksudnya sebagai contoh, "saya mendakwa saya ada bukti". Ini cukup melucukan kerana dakwaan ada bukti itu hanya dakwaan perkataan sedangkan dokumen asli laporan MAGERAN itu sendiri tidak dipaparkan dan diterbitkan kepada umum.

Maknanya para pecacai ini menganggap tidak ada orang Melayu khususnya yang akan baca laporan penuh Kertas Putih dan akan percaya kepada apa sahaja fitnah yang mereka cipta. Begitu rendah sekali pandangan mereka kepada kaum sendiri.

Jika ikut dakwaan mereka, tragedi 13 Mei ini adalah satu kes besar yang melibatkan keselamatan negara tetapi peliknya bukti dokumen pun tidak disertakan kecuali dipetik sana-sini untuk menghalalkan fitnah mereka.

Kita ingin menasihatkan puak-puak ini supaya bersikap berani kerana benar seperti pakar ekonomi PKR, Rafizi Ramli, yang mendedahkan skandal lembu dan kondo NFC yang bukan sekadar mendakwa berlaku penyelewangan tetapi juga menyediakan bukti-bukti lengkap.

Inilah contoh politik yang betul dan perjuangan yang ikhlas. Tapi malang di Malaysia, pihak yang mendedahkan kemungkaran dan mengemukakan bukti pula yang kena dakwa.

Memang sifat tukang fitnah sukar diubah. Mungkin itu sudah darah daging mereka. Namun, bagi pembaca dan penonton, terutamanya orang Melayu, di sinilah pentingnya amalan Islam dan budaya Melayu, yakni berhati-hati dan sentiasa was-was dengan berita dan laporan yang disangsikan.

Sepatutnya perlu diselidik dahulu apabila menerima tulisan dan catatan para pecacai UMNO, khususnya dengan memastikan bahawa dalam apa-apa kenyataan (dan fitnah) mereka mestilah:

* Ada bukti, dokumen, surat, laporan penuh yang sahih dan tidak dipertikaikan;
* Siapa dan apa serta kelayakan orang yang membuat tuduhan;
* Siapa dan apa serta bagaimana orang yang kena tuduh;
* Tempat, tarikh, waktu dan bila tuduhan dibuat serta dikatakan berlaku; dan
* Apa jenis rekod dan dokumentasi yang mewajarkan tuduhan dibuat.

Jika tidak ada semua itu, ia hanya bererti pecacai UMNO tersebut cuma mampu berkokok bohong. Seperti perbuatan rejim Nazi pada 1930-an dan 40-an dahulu, mereka telah mencipta pelbagai fitnah untuk menyemarakkan rasa benci kaum kulit putih Jerman kepada kaum-kaum lain dianggap bertaraf rendah atau sesetengahnya dianggap sama taraf dengan binatang seperti kaum Yahudi, kaum kulit hitam dan kaum Asia.

Dalam propaganda jijik mereka, yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan, yang tiada diadakan, yang ada ditiadakan. Ini jelas dengan sikap pecacai UMNO yang giat memfitnah DAP dan Lim Kit Siang berhubung tragedi 13 Mei yang sengaja berniat untuk membakar hati orang Melayu supaya membenci kaum lain di Malaysia.

Dakwa sesuka hati

Semua dakwaan ini bersifat sentimen. Mereka menggunakan sejarah penubuhan DAP untuk mengabsahkan bahawa DAP ejen Cina, ejen komunis walaupun umum mengetahui ia adalah dakwaan palsu.

Sedangkan mereka ini tidak sedar bahawa UMNO sendiri sewaktu pra-Merdeka telah bekerjasama dengan penjajah British untuk menghapuskan perjuangan nasionalis Melayu Islam seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Hizbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Malah UMNO juga bersekongkol dengan British untuk melumpuhkan gerakan petani dan pekerja pelbagai kaum di Tanah Melayu sbeelum Merdeka dahulu.

Para pecacai siber pro-UMNO ini, sama ada yang diupah dengan mengunakan wang rakyat hasil kutipan kerajaan atau mereka yang behati busuk benci kaum lain, tidak pula dibekalkan dengan sebarang bukti sah untuk menegakkan benang basah mereka.

Akhirnya setakat yang mereka mampu hanyalah mencipta fitnah serta memetik kenyataan Ahli-Ahli Parlimen yang diketahui rasis dan assibiyah sikap mereka yang turut tidak menyediakan bukti kecuali memutarbelitkan fakta-fakta yang ada.

Jadilah Melayu yang bermaruah dan berani

Kita ingin sekali melihat bukti dan dokumen yang sah dari agensi kerajaan dan dengan bukti itu mungkin boleh digunakan untuk menegakkan kebenaran yang laung-laungkan oleh puak-puak ini. Kita mahu fitnah berpuluh-puluh tahun ini diadili di muka pengadilan, biar semua rakyat tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik peristiwa berdarah 13 Mei.
Justeru, kita nasihatkan para pecacai siber ini supaya memaparkan sepenuhnya semua laporan rasmi dan sah berhubung tragedi 13 Mei 1969 tanpa disunting atau dipuarbelitkan. Biarlah pembaca terutamanya orang Melayu menjadi saksi kepada apa yang benar dan apa yang palsu.

Biarlah semua orang tahu, melalui dokumen dan laporan yang sah, bahawa rusuhan 13 Mei 1969 melibatkan anasir-anasir komunis, parti-parti pembangkang dan pemerintah termasuk Gerakan dan UMNO sendiri, serta tragedi malang itu mengorbankan banyak nyawa dari semua kaum, malah laporan MAGERAN mengesahkan bahawa kaum Cina yang paling ramai menjadi mangsa pembunuhan.

Sehingga hari ini kerajaan Malaysia masih belum dapat mencari punca kejadian serta siapa yang bertanggungjawab. Janganlah para pecacai cuba menimbulkan ketegangan kaum dengan cerita rekaan mereka yang boleh menghancurkan keharmonian dan semangat setiakawan yang ada pada hari ini.

Bagi mereka yang berotak, cubalah tanya diri sendiri, jika benar Lim Kit Siang adalah dalang 13 Mei, kenapa kerajaan tidak pernah mendakwa beliau di mahkamah? Malah mungkin ramai yang tidak sedar bahawa apabila Kit Siang ditahan di bawah ISA pada 1969, beliau tidak pernah disoal siasat tentang 13 Mei. Rekod dan dokumen penahanan beliau barangkali masih ada dalam simpanan pihak berkuasa Malaysia.

Bagi pihak yang menfitnah ini, kita beri satu jalan yang mudah untuk mereka buktikan dakwaan mereka. Jika mereka bermaruah dan berani, desaklah parti pujaan mereka UMNO untuk meminta kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja yang bebas dan berkecuali untuk menyiasat secara menyeluruh ke atas semua pihak dan agensi/pihak berkuasa demi merungkai misteri 43 tahun ini.

Kita juga ingin nasihatkan elit-elit UMNO yang ada, gunakanlah wartawan yang lebih berwibawa berbanding pecacai siber longkang yang tidak beretika dan tidak tahu apa yang sedang mereka perbuat ini.

Atau sekurang-kurangnya mungkin masih ada beberapa blogger pro-UMNO yang jujur dan ikhlas memperjuangkan ideologi parti mereka. Mungkin atas kejujuran mereka, UMNO tak perlu keluarkan satu sen pun untuk khidmat sukarela mereka, kecuali membekalkan dokumen dan laporan rasmi sebagai hujah, dan bukannya fitnah, maki hamun dan jiwa longkang yang ada pada mereka yang lain itu. – Roketkini.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

GADIS DIROGOL 5 ORANG "PENCEGAH MAKSIAT"

Posted: 08 Aug 2012 10:15 AM PDT



Dirogol lima lelaki menyamar jadi pegawai cegah maksiat

KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.

Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.

"Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.

"Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa," katanya, semalam.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.

"Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.

"Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir," katanya.

SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

ANWAR DI GOOGLE HANGOUT 17 OGOS INI

Posted: 08 Aug 2012 12:00 AM PDT


Anwar di Google Hangout, cuba dapatkan sokongan orang muda

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia "celik teknologi" yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia.
Program "Borak Bersama Anwar" chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan.

Halaman Facebook dan Google + sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber.

"Ahli-ahli politik telah menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang pertama di negara ini," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menjadi tuan rumah bagi Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya. Forum itu, dilakukan dalam bentuk sambungan video dan soalan video YouTube.

Halaman Facebook dan Google + menerangkan program "Borak Bersama Anwar" sebagai acara Google Hangout dengan pemimpin "de facto" PKR merangkap ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui Youtube.

"Kami menggalakkan orang ramai untuk menghantar soalan video mereka melalui Youtube dan berkongsi pautan pada Facebook atau laman acara Google Plus. Kami juga akan menyemak nota dan soalan-soalan anda untuk menentukan topik kami untuk malam itu.

"Jika kami mendapati soalan-soalan anda menarik, anda akan dijemput untuk menjadi salah seorang panel kami dan akan bersama disiarkan secara langsung. Terima kasih, dan kami berharap untuk bertemu anda di program Borak Bersama Anwar," kata satu kenyataan yang disiarkan di kedua-dua halaman.

Laman Facebook adalah di sini manakala halaman Google + pula adalah di sini dengan #BorakAnwar sebagai hashtag rasmi laman Twitter.

Sumber dari PKR memberitahu, Anwar akan mengumumkan program Google Hangout dalam sidang akhbar Khamis ini, di mana beliau dijadual untuk bercakap tentang logo Merdeka Pakatan Rakyat (PR) da


Anwar Ibrahim: Mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830 pengikut di laman Twitter, berbandingkan PM Najib, yang mempunyai 1,135,529 tanda suka di Facebook dan 801,833 pengikut di Twitter.

The Malaysian Insider juga difahamkan, PKR merancang untuk membeli pengiklanan dalam internet untuk acara tersebut, satu langkah kedepan dalam pengiklanan politik di negara ini, dengan peningkatan penggunaan orang muda dalam ruang siber untuk mencari berita dan mengisi masa lapang dengan menonton di Youtube dan Vimeo.
Tapak YouTube Malaysia telah dilancarkan pada awal tahun ini dan dilawat sebanyak 2 juta sehari dengan pengguna menghabiskan purata 30 minit satu sesi, menghampiri hampir dua juta penonton yang menonton program yang paling popular di Malaysia pada waktu prima iaitu Buletin Utama TV3 pada setiap lapan malam.

Usaha Putrajaya untuk liputan internet yang lebih menyebabkan kadar penembusan bagi isi rumah meningkat kepada 62.9 peratus pada yang pertama suku tahun ini daripada 62.3 peratus pada tahun 2011, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bulan lepas. Malaysia mempunyai kira-kira 6.69 juta isi rumah.

Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat sebagai mempunyai kelebihan dalam ruang siber berbanding BN tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gabungan pemerintah telah berkembang kehadiran portal berita pro BN dan peningkatan penyokong mereka dalam laman Twitter.

Walaupun kehadiran yang meningkat di internet, kempen pro-BN dipanggil "Saya Pilih Malaysia" telah menguasai gelombang udara dan ruang iklan perdana di stesen televisyen milik kerajaan dan swasta, serta surat khabar yang dikawal oleh Umno dan MCA. Kempen ini memetik kata-kata pengarah eksekutif syarikat berkait kerajaan dan penulis blog pro kerajaan.

Anwar yang tidak diberikan peluang di media arus perdana telah menggunakan Internet untuk menyampaikan mesej akan tetapi, kehadirannya dalam talian Internet masih lagi kurang berbanding pesaing beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semakan di laman pemantauan media sosial www.socialbakers.com pagi ini menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 tanda suka di Facebook dan 801,833 pengikut di laman Twitter berbanding Anwar yang mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830 pengikut Twitter.

Pengikut-pengikutnya berharap acara di Google Hangout akan mengembangkan pengikut Anwar di kedua-dua laman Facebook dan Twitter.

"Kita perlu mendekati golongan muda kerana terdapat kira-kira tiga juta pengundi pertama dari 12 juta pengundi berdaftar," kata seorang pegawai PKR kepada The Malaysian Insider, sambil menambah "Google Hangout hanya salah satu daripada cara kita akan gunakan untuk mendapatkan untuk lebih mengenali orang-orang yang menghabiskan banyak masa di dalam siber".

TMI


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Misteri Kepala Terbang Di Kedah

Posted: 07 Aug 2012 07:00 PM PDT


Kejadian ini berlaku di Gunung Inas, Kedah di mana kepala terbang setinggi 3 meter berjaya di rakam. Tapi yang peliknya kejadian kepala terbang atau penanggal yang berjaya dirakam ini berlaku di waktu siang..

Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas, di sini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya.



Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung Padang Tembak berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.

Menurutnya, ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.

"Bagi wanita berfungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat",katanya.

Ramli berkata, pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika keluar mencari makan.

"Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan dalam hutan. Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya ditempat lain.

"Pada waktu malam, lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia." katanya.

Rosli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.

"Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.

"Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan, tanglung boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan," katanya.

Menurutnya, ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali mereka.

"Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah dirungkaikan.

"Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan." katanya. – Sinar Harian

Sinar Harian

penpatah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BIAQPILA 4 TAHUN

Posted: 07 Aug 2012 06:04 PM PDT

DEY MACHA!!!
HARI NI 8.8.12 GENAP 4 TAHUN BLOG BIAQPILA BERADA DIPERSADA MAYA.
UNTUK REKOD BLOG INI DILAHIRKAN PADA 8.8.08
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG YANG DIHORMATI SEKALIAN.
MENGIKUT DATA LEBIH 5 JUTA PELAWAT TELAH BERADA DI SINI SEJAK 4 TAHUN LALU.
SEKALI LAGI DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN JITU TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.


TEMA SAMBUTAN UNTUK TAHUN INI ADALAH 1TELOQ JANJI DITAKUTI
KAH! KAH! KAH!


KEPADA PENGIKLAN YANG TELAH BANYAK MEMBANTU SUMBER DANA UNTUK BLOG INI
KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DI ATAS SOKONGAN YANG TELAH DIBERIKAN.

AKHIR SEKALI,SEMOGA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN TERUS MELEKAT DI SINI.

SEKIAN TERIMA KASIH DAUN KETUM.


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: