Biaqpila |
- PTPTN: BERTOLAK ANSUR DALAM MENIPU
- Ibu Potong Kemaluan Bayinya Kerana Inginkan Anak Perempuan
- Reka isu bukti Umno takut dengan perpaduan Pakatan – Anwar
PTPTN: BERTOLAK ANSUR DALAM MENIPU Posted: 23 Aug 2012 01:00 AM PDT DEY MACHA!!! JANGAN JADI BANGANG KELULUT LA KALAU BAYAQ RM50 SEBULAN TAPI INTEREST RM60 SEBULAN SAMPAI MAMPOIH PUN TAK HABIH HUTANG KAH! KAH! KAH! 1MALAYSIA JANJI MASYUK RAKYAT DIKELENTONG PEMIMPIN DIUTAMAKAN PTPTN: Bayar balik pinjaman walau RM50 sebulan 22 Ogos 2012 TEMERLOH- Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sepatutnya mempunyai masalah membayar balik pinjaman kerana mereka boleh berbuat demikian pada kadar serendah RM50 sebulan. Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik. "Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberikan peringatan supaya pelajar yang berhutang dengan PTPTN dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Katanya PTPTN kesal kerana ada peminjam yang sudah mendapat pekerjaan namun bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman, tetapi juga tidak mengendahkan notis peringatan. Sehingga Februari lalu, PTPTN memberi pinjaman kepada 1.95 juta pelajar membabitkan peruntukan RM43.6 bilion. Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga Februari lalu juga seramai 1,201,726 pelajar telah membuka akaun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) membabitkan simpanan sebanyak RM598.22 juta. -Bernama SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Ibu Potong Kemaluan Bayinya Kerana Inginkan Anak Perempuan Posted: 22 Aug 2012 09:00 PM PDT Kejam,jahat,zalim,tak berperikemanusiaan dan tak tahu nak kata apa lagi pada perempuan macam ni yang sanggup menyeksa anaknya sendiri.. Jiangsu – Gara-gara terlalu inginkan anak perempuan, seorang ibu muda sanggup bertindak kejam dengan memotong alat sulit bayi lelakinya yang berusia lima bulan. Xiao Meng, 23, kini dihukum penjara lima tahun. Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, pada bulan Ogos tahun lalu, ibu mertuanya yang terdengar suara bayi berkenaan menangis, telah terkejut selepas mendapati alat sulit cucunya itu dipotong oleh menantunya dengan menggunakan gunting. Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera. Menurut doktor, bayi itu selamat dan boleh membuang air kecil secara normal selepas rawatan dijalankan di Shanghai. Namun doktor memaklumkan adalah mustahil baginya untuk memberikan zuriat apabila dewasa kelak. Sementara itu, di mahkamah, Xiao Meng mengaku telah membeli gunting dan memotong kemaluan anaknya itu hanya kerana dia ingin memiliki anak perempuan. . Dalam pada itu, suaminya, Zhan berkata, sejak bayi lelaki mereka, Yaya dilahirkan, Xiao Meng sering bercakap seorang diri `saya berharap dia adalah bayi perempuan'. Zhan turut memaklumkan, Xiao Meng tidak menyukai anak lelaki kerana mereka akan membebankan ibu bapa yang terpaksa membelikan rumah dan mencarikan isteri. Xiao Meng juga, katanya selalu menampar bayi mereka namun dia tidak begitu mempedulikannya kerana menyangka Xiao Meng mengalami tekanan selepas melahirkan bayi mereka. busuk.org ijoks2009 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Reka isu bukti Umno takut dengan perpaduan Pakatan – Anwar Posted: 22 Aug 2012 06:00 PM PDT PERMATANG PAUH 21 Ogos: Kekuatan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP menakutkan Umno BN hingga parti pemerintah itu mereka-reka isu bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Menegaskan ia taktik Umno BN menjelang pilihan raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno sengaja mereka-reka isu bagi melaga-laga pemimpin Pakatan. "Jika ia terjadi, mereka akan mula menyusun strategi bagi meranapkan sokongan kuat terhadap Pakatan "Pelbagai bentuk isu akan mereka mainkan. Ini termasuklah agihan dan kedudukan kerusi dalam pilihan raya," kata Ketua Pembangkang itu. Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman di Taman Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam. Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pimpinan PAS dan DAP. Menyatakan keakraban perpaduan KEADILAN-PAS-DAP akan menjatuhkan Umno BN, Anwar berkata, Pakatan tidak akan mengikut tarian parti pemerintah itu. Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan supaya tidak mudah melatah dengan isu yang dimainkan Umno BN, sebaliknya memelihara kekuatan sedia ada. "Apabila kita tidak melatah, isu yang mereka timbulkan akan mati dan berlalu begitu sahaja," katanya. KD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan