PAS dijangka membincangkan isu kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu mungkin menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini agenda rasmi mesyuarat itu pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 1masih belum dimaklumkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kemungkinan (perkara itu) kita akan bincang. Sudah tentu (ahli jawatankuasa biro) akan ditimbulkan perkara itu," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Nasharuddin (kiri) yang juga ahli parlimen Bachok dalam laporan TV3 dan Utusan Malaysia sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud.

Pengerusi DAP Karpal Singh juga dilaporkan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kenyataan Nasharuddin yang mendakwa peguam terkenal itu seorang yang anti Islam kerana menentang hukum hudud.

Bagaimanapun, Nasharuddin yang ahli Majlis Syura PAS mempertahankan kenyataannya dan sedia berdepan Karpal di mahkamah.

Sementara itu, dalam ceramahnya malam tadi, Mohamad menganggap wujudnya perbincangan mengenai hukum hudud khususnya di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu merupakan "satu perkembangan yang sihat dan baik".

NONE"(Kalau dulu nak) laksana hudud, (ada tuduhan akan) busuk sungai Kelantan. Banyak tangan (dilempar ke situ). Batu tak boleh buat jalan (kerana hukuman rejam).

"Tapi sekarang ia menjadi perbincangan antara kaum, semua agama. Ia satu perkembangan yang sihat.

"(Hukum hudud) bagi orang Islam sensitif... (Kalau) Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik. Tapi bila orang Islam tolak hudud, kita tak kata apa," katanya.

Sambil membaca petikan kiriman SMS daripada seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang menyatakan "Islam menyatukan kita" , Mohamad menganggap perbincangan tentang hukum itu di kalangan bukan Islam memperlihatkan "satu perkembangan yang baik" berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Perdebatan (hukum) syariah (jadi perbincangan) semua kaum... (Ini) satu perkembangan baik, ia jadi perbincangan ilmiah sekarang," katanya.