ALHUSSEYN |
Semoga Ujian Ini Menjadi Kifarah Kepadanya ... Posted: 23 Aug 2012 07:01 AM PDT Kelmarin, sudah agak tengahari bila aku mengajak isteri ku keluar ke hospital untuk menziarah seorang kawan lama, Zainal Abidin namanya. Sudah dua hari aku bercadang nak pergi, tapi tidak berkesempatan. Ada sahaja halangan. Alhamdulillah, hari ini Allah berikan aku kesempatan ini. Ketika itu cawangan Pas Sungai Rokam ini dalam kawasan Tambun dan markas PAS Cawangan Manjoi merupakan markas Kawasan. Di markas inilah aku mengenali Zainal ini. Sama-sama aktif dan aku selalu ke Manjoi bersama Azhar Rafaee kerana aktiviti sering diadakan di situ. Dan Zainal inilah yang biasanya menyediakan makanan untuk kami semua. Masak gotong royong, tapi dialah Chief Cooknya! Bulan puasa, dialah yang main peranan utama kat dapor. Memang dia ligat buat kerja masak memasak hingga kesatu ketika dia buat katering. Aku tidaklah berapa tahu perkembangan beliau selanjutnya sebab dah pecah kawasan - Sungai Rokam masuk Kawasan Gopeng dan Manjoi terus berada dalam Tambun. Sewaktu aku dan isteri menjengoknya di wad 5B Hospital Besar Ipoh. Keadaannya sangat menyedihkan. Menurut anakandanya, Zairul, bapanya tidak mempunyai sebarang penyakit kencing manis atau darah tinggi. Beliau sakit hampir setahun lebih dan jangkitan kuman pada paru-paru menyebabkan dia terlantar begitu sejak 2 minggu lalu. Sama-samalah kita doakan semoga keluarganya tabah menghadapi keadaan yang getir ini. Allah sangat menyayangi hambanya dan semoga apa yang sahabat kita sedang lalui ini menjadi penghapus kepada dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang, sebab setiap ujian termasuklah tercucuk duri, merupakan kifarah (penghapus) dosa bagi orang beriman.. Menurut Zairun sebentar tadi, kaum keluarganya sedang berkumpul diruang hospital malam ini ... Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid 22) |
Posted: 22 Aug 2012 09:43 PM PDT Ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan keupayaan hukum hudud untuk mengatasi jenayah, Tuan Guru Nik Aziz berkata berbanding undang-undang ciptaan manusia, hudud jauh lebih baik. Jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati, hudud jauh lebih baik walaupun pencuri dipotong tangannya atas kesalahan itu. "Sekurangnya, dia (pesalah) masih boleh bekerja dan hukuman yang diterima, boleh jadi pengajaran kepada masyarakat. Undang-undang Islam sudah semestinya cukup adil. Buat salah, terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan," katanya lagi. Karpal Singh kalau baca kenyataan tuan Guru diatas atau melalui link yang saya letakan itu, tentu beliau tidak berasa nak marah. Beginilah kebijaksanaan orang yang berpengalaman mengulas isu yang sensetif seperti Hudud ini. Tuan Guru tidak membesar-besarkannya dengan spekulasi sebagaimana dua budak PAS tu buat. Sebaliknya Tuan Guru menaruh keyakinan yang positif mengenai hubungan PAS-DAP. Fikir-fikirlah wahai mereka yang suruh Al-Husseyn disekolahkan! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan