Biaqpila |
- Tips Mendapatkan Bayi Kembar
- Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan
- Karpal masih menari ikut rentak yang UMNOBN mahukan?
- Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian
Posted: 21 Aug 2012 07:19 AM PDT wo0o0o0! aku sendiri pun tak tahu sebab apa aku buat topic ni, kalau korang baca pun, korang mesti pelik kan? laki plak excited tentang ni. Jangan gelak plak kat aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa topik ni jugak yang aku pilih,tapi tak salahkan kalau kita nak anak kembar kalau di izinkan, alhamdulillah. mari kita tengok tips-tips yang boleh diguna pakai atau sebaliknya . Kahwin dengan pasangan kembar atau berketurunan kembar. Bhahaha jawapan tipikal. xD Selain daripada berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung saat masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi. Anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi. Selain itu, si ibu yang makan pil untuk kesuburan pun akan mempunyai risiko mendapat anak kembar yang tinggi. Sebab itu ada sesetengah ibu yang tak mengandung-ngandung, alih alih dia mengandung anak kembar 5. Dah macam kucing pula. Tidak. yang itu bukan tips yang saya nak sarankan. Ini tips paling mudah. Logik. Dan telah dilakukan penelitian. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu! 3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur sehingga meningkatkan risiko kita untuk mendapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Cepat beli susu sekarang juga! Makanan Masa Kecik-kecik dulu. xD Maksud ubi itu masaklah ubi rebus ke, bukan beli kerepek ubi Pringles pulak. -_- Eh lagi satu. Tips makan ubi, kentang dan susu bukan sahaja bagus untuk mendapatkan anak kembar, tetapi salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tak ada rezeki nak beranak!. Sapa yang tak nak anak kembar wey, kalau aku pun nak jugak anak kembar walaupun belum lagi kawin -.-" . Rasa diri ni sangat-sangat bertuah. Tapi korang tau tak, memiliki anak kembar ni bukan semudah yang disangka. Bagi pompuan la, laki nak buat ape nye. Anak kembar mungkin mengundang kehamilan berisiko 1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa. 2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama. 3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus. 4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat. 5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir. 6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain. 7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds. 8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis. 9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil. 10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa. 11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar. 12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah. 13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit. 14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat. 15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil. 16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal. 17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi. 18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat. 19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar. 20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak. erylife KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan Posted: 21 Aug 2012 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang. Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama dan berlagak juara pembela agama nombor wahid. Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini. "Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. "Tiba-tiba Tun Mahathir ajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, Mahathir lupa bahawa sahabat Umno, MCA merupakan penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini. Beliau berkata, kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam. Katanya lagi, pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum Islam supaya jangan menyokong PAS. "Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah MCA yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor," ujarnya. Sebab itu, kata Idris kalau pemimpin MCA bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam. Jelasnya, hampir 40 tahun PAS berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam. "Jika dulu kita dengar mereka mengatakan jika laksanakan hukum Islam akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara. "Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung," katanya. Sekarang, ujar Idris sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada tuduhan hudud PAS. HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Karpal masih menari ikut rentak yang UMNOBN mahukan? Posted: 20 Aug 2012 06:00 PM PDT Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Samada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, ironinya ia bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan Rakyat terutama PAS yang terpaksa berdepan tempias hujan api (bukan air) kelancangan mulutnya lantang mengkritik suatu yang telah mendasari perjuangan PAS iaitu; 1) Hak Islam sebagai agama persekutuan untuk melaksanakan sistem dan syariahnya, termasuk hukum hudud. 2) Menolak kepalsuan Islam sekular yang dijunjung oleh umno memisahkan Islam daripada pemerintahan. 3) Terbaru, mula mempertikaikan keupayaan syariat Islam untuk menjamin keselamatan dan keadilan untuk rakyat. Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama PR juga untuk tidak memanaskan isu-isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti, sepatutnya Karpal Singh menghormati hak keramaian, bukan hak individu. Bukankah PAS setia pada hak itu dengan mempromosikan secara bersama perjuangan menentang kezaliman dan korupsi pemerintahan BN, di samping mengelak berbicara mengenai dasar parti-parti rakan, dengan mengambil dan memberi hak untuk setiap parti berbicara dan berkempen untuk dasar masing-masing? Samada kritikan beliau itu adalah atas premis mempertahan sekularisme negara, atau jahil, atau keras pedal, atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra ugama Islam dan undi Melayu. Saya hairan, sehebat Karpal Singh, masih menari ikut rentak yang umno dan BN mahukan?! Secara peribadi, jika saya pengundi di kawasan beliau, saya tidak perlu berfikir dua kali untuk tidak mengundi beliau, walaupun saya akan mengundi selainnya yang tidak sepertinya yang mungkin menggantikan beliau. Betulkah DAP selesa tidak perlukan undi Melayu? Atau itu hanya mimpi-mimpi orang tua yang semakin garang? Saya rasa masih memilih yang kedua. sumber KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian Posted: 20 Aug 2012 03:00 PM PDT Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin terpaksa melupakan hasratnya untuk melawat suaminya pada hari raya ketiga esok - tarikh yang ditetapkan pihak penjara untuk membuat lawatan. Noorliza mendakwa Hoslan dikurung selama 14 hari bermula 14 Ogos lalu kerana didakwa berkaitan satu kes yang berlaku di dalam penjara. Selain itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Noorliza berkata, beliau ke penjara Kajang pada 16 Ogos bersama adik iparnya selepas dimaklumkan mengenai perkara itu. "Akak tak pasti (Hoslan dipukul). Akak tak sedap hati, akak pergi ke penjara. Tapi pegawai penjara beritahu dia (Hoslan) dikurung di bilik berasingan. Bila akak nak pergi tengok betul ke sama ada dia dipukul, mereka tak benarkan," kata Noorliza, 43. "Selepas akak kira, 14 hari dia dikurung, maknanya akak tak boleh jumpa semasa hari rayalah. Pegawai tu kata lagi, kalau nak jumpa kena buat rayuan. Tapi kebanyakan pejabatkan tutup sebab raya, macam mana nak buat rayuan," katanya. Selepas tidak dibenarkan berjumpa Hoslan, Noorliza bersama adik iparnya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. "Akak dengan anak-anak ingat nak melawatnya di penjara esok. Tapi dah jadi macam ini, esok jugalah kami balik kampung naik keretapi. "Memang rasa terkilan. Anak-anak dah balik dari asrama. Mereka balik memang nak jumpa imam. Tapi dah jadi macam ini, kita tak boleh lawan undang-undang," kata Noorliza sambil menahan sebak. Tarikh lawatan seterusnya Noorliza untuk berjumpa Hoslan adalah pada 2 September akan datang. Hoslan sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila melempar selipar ke arah panel hakim - tindakan yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menjatuhkan hukuman dilaporkan berkata, tempoh itu adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan. Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun. Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak. Ketika ditemui Malaysiakini minggu lepas, di Taska tempat dia bekerja, Noorliza, 43, berkata beliau dan anak-anak tidak pulang beraya ke kampung pada Aidilfitri kali ini kerana ingin melawat suaminya pada hari raya ketiga. Noorliza yang berasal daripada Sungkai, Perak berkata, beliau akan beraya di Kuala Lumpur sehingga hari raya ketiga. Pada hari raya keempat pula Noorliza berkata, beliau bersama anak-anak akan pulang ke kampungnya dan kemungkinan menaiki keretapi. Menurutnya, ini adalah pertama mereka beraya tanpa imam Hoslan. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan