Selasa, 21 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ikan Yang Sangat Berharga

Posted: 21 Aug 2012 07:33 AM PDT


Ikan Bahaba Cina atau Giant Yellow Croaker ini beratnya 176 paun dan bernilai £ 1.700 / paun telah berjaya ditangkap oleh seorang nelayan , di luar pantai Fujian minggu lepas.

Jika dihiris ke dalam bentuk filet standard bahaba 'n' cip ini akan mencapai kos sekitar £800 harga borong dan lebih mahal lagi di pasaran tempatan.

Nelayan bertuah itu memberitahu akhbar tempatan dia melihat ikan itu terapung di permukaan dan dia hanya mengambilnya.

Seorang penjual ikan tempatan membayar tiga juta yuan (£ 300,000) kepadanya selepas berlaku bidaan yang sengit. Beliau berkata akan menggunakan durian runtuh itu untuk membeli bot baru.

Ikan jenis ini boleh membesar hingga lebih 6ft panjang dan boleh mencapai berat lebih daripada 220lb.

Ia amat berharga kerana 'pundi berenang' nya digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk mengubati penyakit jantung dan paru-paru.

Ikan ini adalah dalam kritikal kerana hampir pupus kerana dipancing dan oleh pencemaran di kawasan pembiakannya.

Tiada ulasan: