DIALOG RAKYAT |
- Selesai Shahrizat, Nong Chik beralih untuk 'menamatkan' Nurul: DENGAN APA JUA CARA!
- DHPP: Tema Merdeka Pakatan lebih patriotik
- PKR umum ubah dasar penghantaran barang melalui kapal untuk turunkan harga barang di Malaysia Timur
- Peguam Anwar, Saiful diminta fail fakta dipersetujui
- Tarikh akhir Shahrizat fail kenyataan saman fitnah
- Lamanweb NFC dirosak penggodam anti-Umno
- Portal MerdekaReview tamatkan operasi
- Pembangkang mahu RCI projek sambungan LRT
- Tiada kes prima facie, kata Peguam Khir Toyo
- Lisa tak tahu penerbit kempen misteri p'raya
- K'jaan gugur rayuan, Ramli dapat ganjaran RM753,000
- Awang Adek saman Harakah RM10 juta
- Phang dakwa AG batu penghalang bagi BN
- PI Bala: Mereka cuba rasuah saya... lagi
- Polis tembak ke bawah jika terdesak - FRU
- Himpunan bantah guna kimia berbahaya 2 Sept
- Saham FGVH jatuh kepada RM5 seunit hari ini
- 20 harga barangan dikawal sempena Aidilfitri
- Umno Kelantan yakin tawan 23 kerusi Dun
- Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
- Umno peralat anak sebar buku politik di sekolah
- Kenapa ungkit kisah sebelum hijrah, soal Aishah
- Polis pukul ketika duduk di kafetaria hotel
- Kemas didakwa tipu tawar kerja, bapa mahu saman
- Hudud: MCA dakwa DAP diam diri
Selesai Shahrizat, Nong Chik beralih untuk 'menamatkan' Nurul: DENGAN APA JUA CARA! Posted: 02 Aug 2012 07:20 AM PDT Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Sejak dakwaan mengejutkan bekas Pegawai Pilihanraya yang bertindak berat sebelah, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah menghantar aduan bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan atas kebimbangan ini mungkin mengancam peluangnya pada pilihan raya umum akan datang. Tetapi sehingga kini beliau belum lagi menerima sebarang maklum balas. Ini telah mengalihkan perhatian kepada Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak popular tetapi bercita-cita tinggi untuk mencabar Nurul untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai yang popular itu. Dahagakan kuasa selepas menjadi menteri Malah, spekulasi bertiup kencang bahawa Nong Chik telah menyalahgunakan kuasa menteri dan bermain kotor untuk memastikan Nurul kalah dalam pilihan raya umum ke-13. Dia dituduh memberi arahan kepada seorang pegawai SPR penyangak - untuk menyokong cita-cita politiknya, akan dilantik untuk mengetuai proses pilihan raya di Lembah Pantai pada pilihanraya yang akan datang, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi. "RNC mungkin seorang yang kecil dari segi fizikal tetapi dia mempunyai ego yang besar dan penuh dengan tipu daya. Dia mahu memenangi kerusi itu tidak kira dengan apa jua cara sekalipun. Orang bawahannya berkata, dia telah banyak menaburkan wang di merata-rata tempat dengan berselindung di sebalik wang 'bantuan'," beritahu pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle. "Mengapa dia harus berpuas hati dengan kuasa dengan tiket sebagai Senator yang mempunyai jangka tetap selama 2 tahun. Selepas itu, dia terpaksa bergantung kepada ketuanya untuk kerjaya politik. RNC telah merasa kuasa sebagai Menteri dan dia ingin memegang jawatan itu untuk jangka masa yang lebih panjang Untuk itu, dia tahu dia perlu mendapat mandat sendiri. Umum mengetahui bahawa Umno telah sibuk mencanangkan bahawa Lembah Pantai sudah berada dalam genggaman Umno. Dari situ, anda boleh membuat kesimpulan sendiri " Dahulu Shahrizat, sekarang Nurul Ini bukanlah pertama kali RNC atau lebih dikenali sebagai Nong Chik dituduh menggunakan muslihat kotor untuk mendapatkan kuasa politik. Bukan sahaja penyokong Nurul mengadu tentang mainan politik kotornya, rakan sekerjanya sendiri, Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Wanita, juga dipercayai telah tersungkur di tangannya. Walaupun menafikan tuduhan, RNC dibelenggu desas desus bahawa dialah orang yang mendedahkan skandal yang akirnya menyaksikan kejatuhan RM250 juta NFC, yang telah menyusahkan keluarga Shahrizat. Suaminya telah disiasat kerana pecah amanah dalam projek ternakan lembu negara, manakala tiga anak mereka belum lagi jelas nasib mereka kerana masih boleh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana penyalahgunaan kuasa dan menyalahgunakan dana awam. Walaupun Shahrizat sendiri tidak didakwa oleh SPRM, kerjaya dan reputasinya kekal hancur. Walaupun segala usaha dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelamatkannya, pemerhati politik yang berpengalaman meramalkan kerjaya politik Shahrizat sudah terkubur. Bagi ramai pihak , kejatuhan Shahrizat sememangnya patut dan hukuman yang telah diterimanya setakat ini belum mencukupi atau setimpal dengan rasuah NFC yang terbongakr setakat ini. Walaupun begitu, penyokong kuat Umno masih terkejut dengan taktik kotor yang dilakukan oleh RNC, yang sendirinya juga pernah dituduh menyalah gunakan kuasa dan memberi manfaat kepada keluarganya melalui cara rasuah. RNC telah menafikan penglibatannya dalam mana-mana kes rasuah tetapi tidak dapat menepiskan syak wasangka bahawa dialah yang membocorkan skandal NFC – bukan untuk melaksanakan pembaharuan atau memerangi rasuah - tetapi untuk menyingkirkan saingan politik. Sesetengah kelompok Wanita UMNO yang pro Shahrizat berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya 'terlepas', namun masih marah pada Najib dan RNC. Ini adalah kerana RNC yang telah berusia 59 tahun tidak mempunyai latar belakang politik yang jelas tetapi telah dipilih Najib sebagai Senator dan dijadikan Menteri penuh pada bulan April 2009 apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi. Terselamat walaupun skandal NFC memalitkan lumpur pada UMNO Seorang akauntan terlatih, RNC dilahirkan di Perak tetapi menerima pendidikan di Sekolah Lelaki Methodist Kuala Lumpur dan kemudian di Victoria Institution sebelum belajar di Maktab Tentera DiRaja. Najib dipercayai telah memilihnya daripada calon-calon lain yang bertanding kerana dia percaya RNC datang dari keluarga politik lama yang mantap - sama seperti dirinya! Mungkin ini juga kenapa RNC, yang juga ketua bahagian Umno Lembah Pantai, tidak terjejas walaupun partinya dikecam hebat atas kes rasuah besar-besaran NFC terbongkar, di mana keluarga Shahrizat, dituduh membeli kondominium dan hartanah mewah yang lain untuk diri mereka sendiri dengan dana awam yang bertujuan untuk membangunkan projek NFC. Sama ada ini telah memberanikannya untuk melaksanakan taktik kotor ke atas Nurul pula masih belum boleh diketahui, tetapi serangan ini mungkin berubah menjadi 'skandal Waterloo' bagi dirinya. Jika serangan tidak menjadi, ia bukanlah sesuatu yang ironis jika Sharizat menjadi orang yang paling gembira, bukannya Nurul. Hanya dengan menipu Pada usia 32 tahun, Nurul bukan menang dari segi umur tetapi dia benar-benar popular dikalangan rakyat di Lembah Pantai tanpa mengira bangsa. Orang Melayu di sana suka akan budi pekertinya yang mulia, kesopanan dan kepintaran politiknya. Orang bukan Melayu merujuk kepadanya untuk penyelesaian kebuntuan negara dengan isu kaum yang telah menjadi kacak kerana politik perkauman dan agama yang diamalkan oleh kerajaan Umno-BN Najib. "Jika RNC mahu menendang Nurul keluar, satu-satunya cara yang dia boleh lakukan adalah melalui penipuan. Sehingga pihak berkuasa yang berkaitan, Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan komen serius yang dibuat oleh Pegawai pilihanrayanya, Nurul dan penyokongnya berhak untuk mempercayai bahawa mereka adalah sasaran RNC," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Tian merujuk kepada pertukaran yang berlaku pada 12 Julai di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di antara Nurul dan Tuan Hj Mohd Najib Hj Mohd, yang telah bertindak sebagai Pegawai Pengurus semasa pilihan raya umum 2008 di mana Nurul tanpa disangka-sangka telah mengalahkan Shahrizat, penyandang asal kawasan itu. 90% daripada "plot keji" untuk mendapatkan kembali Wilayah Persekutuan & S'gor sudah sedia? Perlu diambil perhatian bahawa Mohd Najib juga merupakan Timbalan Pengarah Implimentasi Projek dan Penyelenggaraan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidang kuasa RNC. Menyedari sifat RNC, Nurul telah menggesa dengan menyoal adakah dia sekali akan bertugas dalam pilihan raya yang akan datang lagi. Jawapan Mohd Najib cukup mengejutkan dan bagaikan ancaman secara terang-terangan" Jika saya bertugas, YB tidak akan menang sekali lagi di Lembah Pantai." "Saya rasa terpanggil untuk membuat suatu aduan mengenai kelakuan Pegawai Pilihanraya yang berkenaan kerana dia berkelakuan tidak profesional dan jelas mempunyai sentimen tidak neutral yang boleh membawa kepada kemungkinan penipuan di peti undi jika dia yang bertanggungjawab," Nurul berkata dalam surat aduan bertarikh 16 jul yang dialamatkan kepada Shafie Taib, Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan. "Walau apa jua hubungan politik Pegawai pilihanraya itu, yang bekerja dibawah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, tugasnya adalah untuk mengetuai proses pemilihan. Siapa yang menang bergantung kepada siapa yang dipilih rakyat dan bukannya kemahuannya sendiri. Kenyataan Tuan Mohd Najib menyebabkan saya hilang kepercayaan dalam ketelusan, sikap tidak memihak dan profesionalisma SPR dan saya merasa tiada jaminan bahawa tiada berlaku penipuan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti dibawah pengurusan SPR." Amat mendukacitakan juga, walaupun seminggu telah berlalu, nampaknya Shafie dan jabatannya tidak berminat untuk memandang serius akan aduan Nurul. Ini boleh menjadi bukti bahawa gerak hati Nurul adalah tepat selama ini. Umno dan koncu-koncunya sudah menyiapkan 90% daripada "plot keji" yang dispekulasi dibuat untuk merebut kembali Wilayah Persekutuan dan Selangor dari Pakatan Rakyat. Najib sendiri telah berjanji - "walau apa jua kos" yang diperlukan dengan apa jua cara. Berikut adalah surat dari Nurul kepada Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Shafie Taib Rujukan Anda : Rujukan Kami : PPLBM/P121/PERMOHONAN/12/07/167 Tarikh : 16 Julai 2012 / 26 Syaaban 1433H Encik Shafie bin Taib Pengarah Pilihan Raya Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 3, Bangunan Yayasan Selangor Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur Assalamualaikum wbt. Yang Berbahagia Encik Shafie, ADUAN KENYATAAN DAN SIKAP TIDAK BERKECUALI PEGAWAI PILIHAN RAYA (RETURNING OFFICER) LEMBAH PANTAI 2008 YANG MENGGUGAT KEBERKESANAN PERJALANAN PRU KE 13 YANG BERSIH DAN ADIL Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada tajuk di atas. Pada 12hb Julai 2012 jam 4.15 petang, di perkarangan Bilik Lembaga, Tingkat 29 Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah bertemu dan berbual dengan bekas Pegawai Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai sewaktu Pilihan Raya Umum 2008, iaitu Tn Hj Mohd Najib bin Hj Mohd (yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan DBKL), di mana dinyatakan: Saya: Nanti Tuan akan jaga Lembah Pantai lagi dalam PRU yang akan datang? Tn Hj Md Najib: Tak. Kalau saya jaga, YB takkan menang lagi di Lembah Pantai. Beliau menjawab dengan nada yang amat serius. Beliau kemudiannya memberitahu saya bahawa beliau akan ditugaskan untuk menjadi Pegawai Pilihan Raya di kawasan Parlimen Segambut bagi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Saya berasa terpanggil untuk membuat satu aduan mengenai tingkahlaku Pegawai Pilihan Raya yang dimaksudkan ini, yang berkelakuan cukup tidak profesional dan jelas memiliki sentimen yang tidak berkecuali - yang membawa kemungkinan kepada berlakunya penipuan di dalam perjalanan pilihanraya yang berlangsung di bawah seliaan beliau. Walau apapun fahaman politik bagi setiap pegawai pilihanraya (Returning Officer) yang bertugas di bawah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, tugas mereka adalah mengetuai perjalanan proses pemilihan dalam PRU, yang bergantung kepada pilihanrakyat, bukannya kemahuan peribadi sendiri. Kenyataan yang dikeluarkan Tn. Hj. Md. Najib telah menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada integriti, sikap berkecuali dan profesionalisme SPR dan merasakan tiadanya jaminan tidak berlakunya tipu helah dalam perjalanan PRU ke 13 di bawah tangan SPR. Saya berharap pihak Tuan akan dapat menyiasat isu ini dan satu tindakan tegas diambil untuk mengembalikan kepercayaan bahawa di bawah SPR sedia ada, disertai dengan pilihan Pegawai-pegawai Pilihan Raya yang mampu, dengan tulus hati menjadikan proses pilihan raya yang akan datang benar-benar bersih. "Demi Pilihan Raya Yang Bersih" Sekian. Wassalam.Yang berkhidmat, Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai S.k Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Pengerusi Jawatankuasa Khas Pilihanraya Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 Putrajaya Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7 Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya Dato' Ambiga Sreenevasan Pengerusi Bersama BERSIH 3.0 Datuk A. Samad Said Pengerusi Bersama BERSIH 3.0 Malaysia Chronicles | ||
DHPP: Tema Merdeka Pakatan lebih patriotik Posted: 02 Aug 2012 07:04 AM PDT
KUALA LUMPUR: Tema kemerdekaan yang dipilih Pakatan Rakyat, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' lebih bersifat patriotik berbanding tema ciptaan kerajaan. Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Balendran Balasubramaniam, berkata tema yang dipilih Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat itu tidak memasukkan unsur politik bagi mengangkat kemerdekaan negara. Berbanding tema ciptaan kerajaan 'Janji Ditepati', Balendran berkata tema Pakatan Rakyat menggambarkan semangat perpaduan di kalangan rakyat terbilang dalam satu negara yang telah dimerdekakan. "Tidak seperti 'Janji ditepati', ia hanya bersifat politik semata-mata, yang tidak ada kena-mengena dengan semangat perjuangan kemerdekaan negara," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kerajaan agar mengambil tema Pakatan Rakyat untuk menggantikan tema sedia ada. "Namun, saya percaya mereka tidak akan guna tema Pakatan Rakyat. Tapi, saya harap kerajaan boleh tukar tema lain yang lebih bersifat patriotik," tegs beliau lagi. Semalam, Pakatan Rakyat memutuskan untuk memilih tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-55 menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan. Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said. Jawatankuasa itu turut dianggotai Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatankuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, bekas Pengarah Eksekutif Women's Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun. | ||
PKR umum ubah dasar penghantaran barang melalui kapal untuk turunkan harga barang di Malaysia Timur Posted: 02 Aug 2012 07:01 AM PDT TERKINI PETALING JAYA — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berjanji akan menghapuskan polisi kabotaj yang memerlukan barang hanya dihantar oleh kapal tempatan untuk menjadikan harga kereta dan barangan lain lebih murah di Sabah dan Sarawak. Dasar kabotaj negara dianggap sebagai kontroversi dan sering dianggap sebagai punca kenaikan harga barang di Malaysia Timur. Langkah baru PKR dilihat sebagai dasar Pakatan Rakyat untuk memenangi dua negeri yang telah dianggap sebagai 'kubu kuat' untuk Barisan Nasional (BN). Ketua umum parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam kenyataan medianya hari ini, dasar yang diperkenalkan pada tahun 1980an itu "tidak ekonomik" dan perlu diubah sepenuhnya. "Jika kita perlu ambil barang dari Hong Kong, kenapa perlu ke Pelabuhan Kelang dahulu? Ini tidak masuk akal. "Ini langsung tidak ekonomik kecuali kepada para kroni yang berniat hanya mahu memperkayakan golongan tertentu dengan menaikkan harga barang di Sabah dan Sarawak," katanya lagi. Dia juga berkata Pakatan Rakyat mencadangkan harga kereta diturunkan dengan menghapuskan duti eksais dan melihat semula dasar Permit Yang Dibenarkan (AP) untuk memastikan Sabah dan Sarawak dapat menikmati harga yang lebih murah. Ahli politik dan ketua masyarakat di Sabah dan Sarawak sudah lama menentang dasar kabotaj, dengan mengatakan ini tidak perlu dilakukan untuk mengelakkan jurang ekonomi antara Malaysia Timur dan Semenanjung. Dalam tahun 1980an semua barangan yang dihantar perlu dihantar dengan kapal Malaysia yang menyebabkan kenaikan harga barang dan meningkatkan kos di Malaysia Timur. "Kadang-kala orang di sini (di Semenanjung) tidak menyedari perasaan orang Sabah dan Sarawak tentang apa yang mereka kecewakan. "Mungkin dasar kabotaj adalah relevan pada waktu itu, kerana masa itu tidak ada kemudahan pada waktu itu, tapi ia tidak boleh diteruskan lagi. Ia adalah dasar yang menyebabkan penambahan kos yang menjadikan harga barang semakin mahal," kata Anwar. Bercakap kepada The Malaysian Insider kemudiannya, timbalan setiausaha agung PKR, Darell Leiking telah menerangkan bagaimana harga petrol boleh disamakan di antara Malaysia timur dan Semenanjung, dan harga-harga lain turut boleh disamakan. "Petrol telah ditapis di Semenanjung tetapi harganya sama dengan Malaysia timur. Sementara harga seperti kereta Proton, yang dibina di Semenanjung, tetapi berbeza di Sabah dan Sarawak," katanya lagi. "PKR dan PR mahu menghapuskan dasar kabotaj ini dan ini jelas ini perbuatan sabotaj terhadap orang Sabah," kata Leiking, yang juga merupakan ketua cabang PKR Penampang di Sabah. | ||
Peguam Anwar, Saiful diminta fail fakta dipersetujui Posted: 02 Aug 2012 06:57 AM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengkehendaki peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya memfailkan fakta yang dipersetujui dan isu-isu untuk dibicarakan. Berikutan ini, Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan 12 September untuk pengurusan lanjut kes tersebut. Perkara itu didengar di hadapan Hakim Su untuk pengurusan kes. ini adalah kali pertama kes itu dibawa untuk didengarnya. Anwar telah memfailkan saman fitnah pada 2008 terhadap Saiful berhubung dakwaan liwat yang dibuat bekas pembantunya itu. Ketua Pembangkang itu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu daripada tuduhan meliwat Saiful. Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. Saiful hari ini diwakili peguam Zamri Idrus manakala Adeline Yew mewakili Anwar. | ||
Tarikh akhir Shahrizat fail kenyataan saman fitnah Posted: 02 Aug 2012 06:54 AM PDT Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diberikan masa sehingga esok sebagai tarikh akhir memfailkan kenyataan saksinya berkaitan saman fitnah RM100 juta yang difailkannya terhadap dua pemimpin PKR - Mohd Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Pesuruhjaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera juga mengarahkan pihak-pihak lain yang terlibat dalam kes tersebut untuk turut berbuat demikian esok. Pihak-pihak terbabit bertemu dengan hakim dalam kamar hari ini. Ini merupakan perkembangan terbaru dalam perbicaraan kes tersebut, yang bermula pada hari Isnin, terhadap Rafizi dan Zuraida yang masing-masing merupakan pengarah strategik PKR dan ketua Wanita PKR. Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari ekoran pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai kemelut National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang membabitkan suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Rafizi dan Zuraida pula pada 30 Mac memfailkan tuntutan balas terhadap bekas pemimpin Wanita Umno. | ||
Lamanweb NFC dirosak penggodam anti-Umno Posted: 02 Aug 2012 06:45 AM PDT MALAYSIA KINI Sehari selepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah atas tuduhan mendedahkan akaun kewangan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Datuk Seri Salleh Ismail, lamanweb rasmi NFC digodam.Kandungan laman web dirosakkan dan digantikan dengan mesej anti-Umno yang menyokong Rafizi. Mesej lain menuntut NFC kembalikan kepada rakyat pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan. Terdapat juga imej-imej yang berkaitan dengan pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) dan kartun yang mempersendakan NFC, Umno dan BN. | ||
Portal MerdekaReview tamatkan operasi Posted: 02 Aug 2012 06:43 AM PDT MALAYSIA KINI Portal berita MerdekaReview edisi Bahasa Melayu menamatkan operasinya hari ini selepas genap tiga tahun beroperasi sejak Ogos 2009. Manakala edisi bahasa Cina pula akan berakhir perkhidmatannya pada 31 Ogos depan. Dalam kenyataannya, sidang redaksinya menyifatkannya "keputusan yang berat" selepas gagal membebaskan dari masalah kewangan ekoran penaja tidak lagi menyuntik dana bagi melanjutkan operasi pada Mei 2011. "MerdekaReview dilancarkan pada 31 Ogos 2005, dengan edisi bahasa Cina sahaja. Empat tahun kemudian, MerdekaReview menyediakan edisi Bahasa Malaysia sebagai medium untuk pembaca yang tidak fasih bahasa Cina. "Dengan hanya seorang editor, edisi bahasa Malaysia memberi lebih tumpuan untuk menterjemahkan tulisan yang disiarkan dalam MerdekaReview edisi bahasa Cina, selain laporan aktiviti politik, forum dan wawancara tertentu. "Di samping itu, beberapa orang kolumnis turut menyumbang untuk memperkayakan kandungan MerdekaReview dari masa ke masa. Namun demikian, segala-galanya terpaksa dibubuhkan noktah, apabila MerdekaReview gagal membebaskan diri dari masalah kewangan," kata sidang redaksi itu. Redaksi: Mara untuk kebebasan bersuara Mereka sebelum ini turut mengadakan kempen "Selamatkan MerdekaReview" seperti mengutip derma dan mengadakan kerjasama dengan portal berita Malaysiakini edisi bahasa Cina dengan "pelan langganan bersama" untuk menjana pendapatan. "Namun demikian, pendapatan yang diperolehi daripada pelan langganan gagal menampung semua kos perbelanjaan yang diperlukan untuk meneruskan operasi media ini. "Sepanjang tempoh setahun yang lalu, kami cuba mencari pelabur, penaja dan penyumbang dana sebagai jalan alternatif untuk menyokong dari segi kewangan, namun kami gagal menemui pelabur dan penaja yang sesuai," kenyataan itu dipetik. Portal itu juga berkata, ekoran kekangan kewangan sedemikian, MerdekaReview berdepan dengan masalah mengekalkan pasukan editorial yang asal dan pada masa yang sama gagal menarik orang baru untuk menyertainya. "Saban hari kami berdepan dengan lambakan isu yang perlu diberi liputan, sementara berhempas pulas untuk mencari sumber dana. Keadaan ini berlanjutan, sehingga kami mendapati agak sukar untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti tulisan di MerdekaReview. "Untuk mengelakkan ia terus menjadi beban yang semakin berat, maka kami terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan operasi MerdekaReview," kata mereka. Sidang redaksi juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak termasuk penulis dan pembaca yang menyokong dan memberi sumbangan kepada mereka termasuk Malaysiakini. "Kami memohon maaf kerana gagal meneruskan perjalanan ini. Namun kami mendoakan agar rakan seperjuangan kami terus mara ke depan dalam perjuangan kebebasan bersuara dan pendemokrasian politik," kata mereka. | ||
Pembangkang mahu RCI projek sambungan LRT Posted: 02 Aug 2012 06:41 AM PDT PKR hari ini menuntut penubuhan sebuah suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat penganugerahan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion kepada George Kent-Lion Pacific Consortium. Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, langkah itu perlu kerana perdana menteri enggan menjawab atau menafikan dakwaan campur tangan dalam proses bidaan yang supaya memihak kepada "sekutu rapatnya". Rafizi berkata, perkara itu diburukkan lagi apabila beliau didakwa bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) 1986 semalam untuk perkara tidak berkaitan. Beliau mendakwa, masa beliau didakwa - dalam tempoh 24 jam selepas penganugerahan projek itu diumumkan - mencadangkan bahawa pendakwaan terhadapnya dibuat ekoran dakwaan terhadap perdana menteri. Jika ini benar, kata Rafizi lagi, ini bermakna Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan institusi kerajaan seperti Pejabat Peguam Negara, Bank Negara dan pihak polis. Rafizi semalam ditangkap dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Beliau didakwa bawah Seksyen 97 Bafia yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 juta. | ||
Tiada kes prima facie, kata Peguam Khir Toyo Posted: 02 Aug 2012 06:37 AM PDT Peguam kepada Dr Mohd Khir Toyo berhujah bahawa tuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor itu yang kemudiannya disabitkan terhadap tuduhan tersebut, adalah salah kerana tidak ada kes prima facie terhadapnya. Peguam Datuk Shafee Abdullah (kanan) memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini bahawa bagi tuduhan rasuah selaku kakitangan awam, pihak pendakwa tidak pernah membuktikannya secara meyakinkan bahawa Khir telah melakukannya, dengan berhujah bahawa definasi penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan tidak merangkumi menteri besar. Paling baik, tegasnya, MB adalah eksekutif kerajaan negeri tetapi itu tidak menjadikannya seorang kakitangan awam. Tambahan lagi, beliau mengkritik pihak pendakwa menggunakan undang-undang negeri yang mengawal Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menggambarkan Khir sebagai kakitangan awam kerana dia pengerusi entiti tersebut, berhubung dengan tuduhan di bawah Kanun Keseksaan yang merupakan undang-undang persekutuan. Amalan sedemikian, katanya, mengancam melanggar perlindungan perlembagaan mengenai pemisahan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Khir tidak dianggap sebagai penjawat awam dan pertuduhan itu tidak sepatutnya dibuat terhadapnya. Beliau juga berhujah bahawa hakim terkhilaf dalam menolak nilai pasaran sebagai kayu pengukur untuk menilai harta yang terlibat dalam kes rasuah itu, kerana ini adalah tanda aras sebenar untuk penilaian hartanah. Keputusan hakim itu, katanya, juga tidak tidak mengambil kira bahawa nilai sebuah rumah yang siap sepenuhnya dan berkelengkapan baik sebagai harta pada tahun 2004, tidak boleh sama dengan rangka sebuah rumah tanpa CF pada tahun 2007 apabila Khir membelinya. | ||
Lisa tak tahu penerbit kempen misteri p'raya Posted: 02 Aug 2012 06:34 AM PDT Pelakon Lisa Surihani mendakwa beliau tidak tahu siapa penerbit kempen misteri 'Saya Pilih Malaysia' yang mula kelihatan dalam akhbar arus perdana dan saluran TV nasional bulan lepas. Menurut Lisa, iklan kempen itu ditawarkan kepadanya menerusi agensi dan beliau menerimanya kerana mesej berkenaan hak mengundi daripada sudut demokrasi yang disampaikan iklan tersebut. "Secara jujurnya, saya tidak tahu (siapa penerbitnya). Itu diuruskan pihak agensi. "Bagi saya, saya OK kalau kita kongsi dengan rakyat yang kita punyai hak demokratik dan mengamalkannya. "Itu sebab saya lakukan (terima iklan itu)," kata Lisa sewaktu ditanya tentang penglibatannya dalam iklan itu. Pertengahan Julai lalu, iklan setengah muka dan iklan penuh warna 'Saya Pilih Malaysia' menghiasi akhbar arus perdana dan ditayangkan pada waktu perdana di semua saluran TV utama. Bagaimanapun, iklan itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik. 'Nafi ahli Umno' Mengulas penggunaan perkataan 'keamanan', 'kemajuan', 'kestabilan' dan 'perpaduan' dalam iklan itu yang dilihat senada dengan kempen BN, Lisa menegaskan peranannya hanya menggalakkan penonton keluar mengundi dan bukan siapa yang perlu diundi. "Bahagian saya, saya beritahu mereka (penonton) yang mereka ada kuasa untuk bersuara. Anda ada hak itu, dan gunakannya. "Tetapi, saya tak akan beritahu secara langsung siapa yang anda perlu undi. "Kerana saya sendiri pun tak beritahu siapa yang saya undi," katanya sewaktu ditemui selepas majlis Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bersama menteri di Kuala Lumpur malam tadi. Lisa yang sebelum ini menerima Anugerah Pencapaian Khas Puteri Umno pada hujung tahun lalu juga menafikan tanggapan orang ramai yang beliau merupakan ahli Umno. Malah, beliau juga tidak bercadang untuk berkempen bagi Umno dalam pilihan raya umum akan datang. "Maaf, saya tidak mampu menggabungkan kedua-duanya (politik dan hiburan). Sesetengah orang boleh terlibat dalam dua sektor (politik dan hiburan) tapi bukan saya," kata Lisa. Menurutnya lagi, beliau juga tidak melihat dirinya akan menceburi politik dalam masa terdekat. "Secara jujurnya tidak (akan menceburi politik). Saya berani cakap saya kurang pengetahuan (mengenainya). "Apa-apa yang ada kecenderungan politik, tidak buat masa ini," katanya. | ||
K'jaan gugur rayuan, Ramli dapat ganjaran RM753,000 Posted: 02 Aug 2012 06:29 AM PDT Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini. Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM753, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007. Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya. "Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya. "Saya telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata bekas pegawai tinggi polis itu. Awal hari ini, SPRM menarik balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. | ||
Awang Adek saman Harakah RM10 juta Posted: 02 Aug 2012 06:23 AM PDT
Notis saman itu menuntut ganti rugi RM10 juta dari Harakah dan Harakahdaily sekiranya gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah beliau. Akhbar lidah rasmi PAS itu diberi tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian bermula 30 Julai. Awang Adek menghantar notis saman itu melalui Tetuan Che Mokhtar & Ling kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, dan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong. Enam laporan berita merangkumi tiga berita dalam Harakah cetak yang bertajuk "Awang Adek jerat diri", "Seret Dr Awang Adek ke SPRM", dan "3 minggu untuk jawab skandal BNM". Manakala tiga laporan di Harakahdaily iaitu "Awang Adek, apa hubungan anda dengan Hong Cheong?", "Awang Adek-Hon Cheong: Banyak lagi akan didedah" dan "Awang Adek told to come clean over ties with businessman?". | ||
Phang dakwa AG batu penghalang bagi BN Posted: 02 Aug 2012 06:21 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah digesa supaya menggantikan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara kecuali Abdul Gani secara terbuka menangani senarai panjang dakwaan terhadapnya mengenai penyalahgunaan kuasa. Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang berkata Najib perlu sedar bahawa Abdul Gani adalah liabiliti kepada BN. "Jangan jadi batu penghalang terbesar kepada usaha BN, terutama memandangkan BN cuba untuk mendapatkan matlamat terbaik dalam pilihan raya umum akan datang. "Jika anda (AG) terus berdiam diri, tidak menangani tuduhan-tuduhan serius terhadap anda, ia pasti akan menjadi batu penghalang kepada semua usaha mereka," katanya. Phang mendakwa Abdul Gani (kanan) mempunyai dendam terhadap peguam Rosli Dahlan, mempunyai hubungan rapat dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Tajudin Ramli, yang telah disaisat oleh SPRM berhubung dakwaan rasuah, dan didakwa berpihak dalam perebutan lembaga pengarah Ho Hup Bhd. Phang berkata kerana beliau telah menimbulkan isu-isu di atas sebelum ini, maka beliau telah menjadi sasaran "serangan yang berniat jahat" oleh penulis blog tanpa nama yang beliau percaya telah diupah untuk mempertahankan Abdul Gani. | ||
PI Bala: Mereka cuba rasuah saya... lagi Posted: 02 Aug 2012 06:18 AM PDT EKSKLUSIF Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada Malaysiakini dalam temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya Sarawak pada April tahun lepas. "Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut. Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu. Ia juga sekitar masa temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan. Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. | ||
Polis tembak ke bawah jika terdesak - FRU Posted: 02 Aug 2012 06:16 AM PDT
KUALA LUMPUR: Pihak polis memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa tidak kurang 100 tembakan gas pemedih mata dilepaskan di sepanjang Jalan Raja Laut di Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Pegawai Pemerintah Unit Pasukan Polis Persekutuan (FRU), Supretenden Zahari Yusuf (gambar) berkata, selain daripada gas pemedih mata polis juga melepaskan semburan air kimia bagi menyuraikan peserta kerana menganggap peserta tidak mendengar arahan mereka supaya bersurai. "Saya tak pasti berapa gas pemedih mata dilepaskan tapi tidak kurang daripada 100 tembakan," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini. Zahari berkata, seramai 400 anggota FRU ditugaskan pada hari tersebut dan mereka berkumpul sehari lebih awal di parking bawah tanah Dataran Merdeka. "Bermula awal tahun ini, pasukan kami dilatih 'anger management'. Dalam latihan FRU akan berjemur di tengah panas dan kami akan maki mereka untuk melihat sama ada mereka boleh bertahan atau tidak. "Kami cuba bertindak tidak mengikut emosi tapi kalau ada itu salah individu (polis) itu sendiri," katanya sambil menambah anggotanya tidak terlibat dalam menangkap peserta. Menjawab soalan panel mengenai SOP polis dalam melepaskan tembakan gas pemedih mata, Zahari menjelaskan gas ditembak menghala ke atas. "Kalau keadaan terdesak, baru kami tembak ke bawah," katanya. Beliau turut mengakui tidak menggunakan kain rentang untuk menyuraikan peserta pada perhimpunan Bersih 3.0. "Memang sepatutnya selain daripada arahan bersurai, kain rentang turut digunakan tapi hari itu kami tidak gunakan kerana kain rentang yang sedia ada salah ejaannya dalam bahasa Tamil. Jadi tidak boleh digunakan," katanya. Ditanya pandangan beliau mengenai aduan orang awam bahawa polis melakukan kekasaran ke atas mereka pada perhimpunan tersebut, Zahari menyifatkannya sebagai tidak wajar. "Sebagai polis tidak wajarlah melakukan kekasaran terhadap peserta," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. | ||
Himpunan bantah guna kimia berbahaya 2 Sept Posted: 02 Aug 2012 06:13 AM PDT
KUALA LUMPUR: Satu himpunan besar-besaran membantah penggunaan bahan kimia berbahaya akan diadakan pada 2 September jam 2 petang, di Dataran Raub, Pahang. Himpunan yang dinamakan Himpunan Hijau Raub itu diadakan bagi menuntut kehidupan yang lebih sihat dengan menghentikan proses perlombongan emas yang menggunakan cyanide. Himpunan yang mensasarkan 20,000 penyertaan dari seluruh negara itu akan dimobilisasikan Himpunan Hijau bersama NGO-NGO lain, beserta Pakatan Rakyat. Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata PAS akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai himpunan ini, khususnya di Pahang. Beliau berkata, PAS sememangnya menyokong sebarang tuntutan rakyat, lebih-lebih lagi hak rakyat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. "Terlalu banyak isu alam sekitar berlaku di Pahang. Di Kuantan dengan isu Lynas, begitu juga di Cameron Highland. Isu ini bukan isu Pahang tetapi seluruh negara. Jika kita tidak bersatu, ia akan membawa kehancuran kepada seluruh negara," tegas beliau pada sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, petang tadi. Beliau berkata, rakyat tidak menolak sebarang pembangunan yang dibuat kerajaan, namun menginginkan pembangunan yang memikirkan aspek kesihatan dan kesejahteraan semua pihak. Turut serta pada sidang media itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaaffar; Timbalan Yang Dipertua PAS Raub, Tengku Shahadan Tengku Jaafar; ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai; dan exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu. Lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang beroperasi sejak Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berdekatan, khususnya Kampung Bukit Koman, Raub yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit, kesukaran bernafas dan pelbgai kesan lain ekoran penggunaan cyanide. | ||
Saham FGVH jatuh kepada RM5 seunit hari ini Posted: 02 Aug 2012 06:09 AM PDT
KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, terus mencatat penurunan sehingga RM5 seunit jam 1 petang tadi. Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan. FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook. Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat. Sementara itu, Presiden Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan berhubung kejatuhan itu. Katanya, FGVH yang baru disenaraikan pada akhir Jun lalu dengan harga RM4.55 pernah mencecah pada harga RM5.80 sahaja selepas dua minggu disenaraikan. Namun katanya, selepas itu saham FGVH semakin menurun sehinggalah ke RM 5.00 awal pagi ini. Mazlan turut mengulangi pendiriannya bahawa penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia tidak kena pada masanya dan ramai penganalisis ekonomi turut menjangkakan saham FGVH akan merundum. "Sebenarnya, FGVH tidak wajar disenaraikan pada masa ini, apatah lagi FGVH tidak ada aset di tambah pula anak syarikatnya banyak yang berdepan dengan masalah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Bagaimanapun, beliau tidak berniat untuk 'memulangkan paku buah keras' kepada kerajaan ekoran kedegilan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia. Tegas Mazlan sekiranya pada kadar saham RM5 pada hari ini pecah dan mengalami kejatuhan ianya akan mengundang malapetaka kepada kerajaan dalam tempoh sebulan ini. Ditambah pula katanya, dengan masalah kelapa sawit yang melawas menyebabkan harga jatuh sekali gus akan menggusarkan para peneroka. "Saya bersimpati pada peneroka, mereka jadi mangsa," katanya. Beliau turut melahirkan kebimbangan akan wujud sendiket pembelian saham apabila peneroka mula menjual saham mereka. "Kalau peneroka yang beli melalui MITI, dan mereka diminta jual. Isunya siapa yang beli, kita bimbang cetus sendiket sekiranya pembeli itu adalah orang asing maka pegangan bumiputera akan berkurangan. Inilah yang kita sebut akirnya Felda akan menjadi milik asing,"katanya. Ketika berita ini ditulis jam 4.33 petang saham FGVH direkod pada RM5.05 seunit. | ||
20 harga barangan dikawal sempena Aidilfitri Posted: 02 Aug 2012 06:01 AM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri. Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos. "Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011. Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi, katanya. Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah untuk ayam hidup (RM5.70); ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80); ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60). Daging lembu tempatan (RM22.00); daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00); daging kerbau tempatan (RM21.00); dan daging kerbau import India (RM13.50). Selain itu telur ayam gred A (RM0.35 sen), gred B (RM0.34 sen) dan gred C (RM0.33 sen); kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20); cili merah (RM10.00); dan tomato (RM4.50). Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit sahaja (RM6.00); kacang tanah import (RM6.50), bawang merah kecil India (RM5.00); bawang besar import (RM2.50), bawang putih China (RM7.50), ubi kentang import China (RM3.00); dan ikan kembung (RM12.00). Ismail Sabri berkata senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak terdapat sedikit perbezaan harga. Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip "KPDNKK ADUAN " atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara. Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan menyiasat berhubung aduan kenaikan harga simen sebelum sebarang tindakan diambil kerana simen tidak tertakluk di bawah barang kawalan. "Jika siasatan mendapati kenaikan harga barang itu melampau dan sengaja dinaikkan tanpa alasan munasabah, tindakan boleh dikenakan," katanya. - Bernama | ||
Umno Kelantan yakin tawan 23 kerusi Dun Posted: 02 Aug 2012 05:59 AM PDT KOTA BHARU - Umno Kelantan tetap mempertahankan sasaran merampas 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekali gus menawan kembali negeri ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui usaha itu bukan mudah memandangkan pilihan raya kali ini disifatkan mencabar. "Saya tahu sukar sebab ia bukan satu pilihan raya yang senang, ia cukup mencabar, namun kita perlu bekerja bersungguh-sungguh. "Kalau terlalu yakin kita takut akan alpa dan malas untuk membuat kerja," katanya kepada pemberita ketika majlis 'Makan Colek Bersama Media' bersama pengamal media di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang melahirkan keyakinan Pas Kelantan mampu mempertahankan negeri ini dengan memperoleh majoriti dua pertiga. Bagaimanapun, dalam kenyataan itu Mohd Amar enggan mendedahkan jumlah kerusi yang disasarkan dengan menyifatkan ia sebagai rahsia parti. Sebelum ini, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pernah menyuarakan sasaran untuk menawan 23 kerusi Dun daripada 45 kerusi demi memastikan kemenangan Umno di negeri ini. Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, pemimpin Umno wajar bersatu-padu dan bekerjasama dalam menyelesaikan semua isu berbangkit yang dimainkan pembangkang demi kekuatan parti. Beliau berkata, ketidakpuasan hati terhadap calon yang terpilih pada pilihan raya nanti perlu dihindari, sebaliknya wajar memberikan sokongan penuh terhadap keputusan pucuk pimpinan parti. "Di sini kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak, sebagai pemimpin kita kena ada disiplin dan kesetiaan kepada parti. Kita perlu mula melihat akan keadaan ini dan kena bersatu-padu menyelesaikan semua isu yang pembangkang main," katanya. Dalam pada itu, Mustapa berkata, Umno Kelantan sedang menunggu keputusan terakhir senarai siapa calon yang akan bertanding pada PRU13. | ||
Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey Posted: 02 Aug 2012 05:53 AM PDT SHAH ALAM – Jika sebelum ini heboh mengenai hubungan kurang baik antara Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama Abby Abadi, tetapi gambar Abby bersama Memey dalam persalinan telekung, yang dikongsi dengan peminat mereka menerusi laman twitter semalam, menjawab segala persoalan berkaitan selama ini. Bulan Ramadan mulia namapknya telah menyatukan keluarga ini. Norman yang dihubungi Sinar Harian Online hari ini berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya. "Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga. "Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008. Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama." "Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!" kata Norman lagi. Norman, 36, turut memberitahu sebagai seorang Muslim, dia tidak pernah berhenti dan berputus asa daripada berdoa demi kesejahteraan keluarganya dan sekarang segala doa itu sudah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. dan berharap perkara ini akan berkekalan buat selama-lamanya. Semalam, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej "doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat" dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama. Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu. Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah politik Abby yang semakin serius menceburi bidang itu kebelakangan ini, Norman berkata, dia tidak pernah mencampuri hal itu dan berkata perkara itu adalah hak dan kebebasan seseorang individu untuk menentukan hala tujunya sendiri. "Jika kami bertemu, tidak pernah sesekali saya bertanyakan mengenai perkara itu. Kami hanya banyak berkomunikasi mengenai masa depan dan perkembangan pendidikan anak-anak kami, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania, 7, dan Maria Danisha, 4. "Saya sangat menghargai Abby menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya dan lain-lain hal mengenai dia saya tidak mahu masuk campur kerana itu adalah hak dia," kata Norman. "Kami berdua juga masih dalam perbincangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan mengerjakan umrah bersama mungkin selepas Memey bersalin nanti," katanya. Memey yang kini tiga bulan hamil dijangka melahirkan anak Februari depan. "Anak sulung, Danish sangat teruja mengenai rancangan umrah ini dan tidak sabar-sabar untuk pergi ke sana bersama kedua-dua mama dan mummynya turut serta," tambah Norman. Sementara itu, Memey yang dihubungi Fara Fauzana, deejay Hot FM, menyatakan memang benar mereka berdua sudah berbaik dan semalam mereka berbuka puasa bersama di rumah Abby. Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006. Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu. | ||
Umno peralat anak sebar buku politik di sekolah Posted: 01 Aug 2012 05:17 PM PDT
KOTA BHARU: Umno dianggap sudah kehabisan ikhtiar apabila dikatakan menggunakan anak bagi menyebarkan buku-buku berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno di sekolah. Buku kartun bertajuk "Dari PM Untuk Rakyat" terbitan Gerakan Anak Muda Malaysia dan "Transformasi Najib" tulisan Akmar Hisham Mokhles diedar di sekolah di parlimen Kota Bharu menjelang Ramadan lalu. Seorang bapa yang enggan dikenali mendakwa anaknya diberi tiga buku berkaitan Perdana Menteri dan Umno oleh seorang rakannya. "Anak saya beritahu rakannya itu membawa banyak buku mengenai Najib yang diberi kepada rakan-rakan di dalam kelas. "Pada awalnya anak saya tidak mahu ambil kerana takut dimarahi saya dan ibunya. Namun dia ambil juga dan terus memberi kepada saya setelah sampai di rumah," katanya di sini. Menurutnya buku Dari PM Untuk Rakyat 20 halaman menceritakan dalam bentuk lakaran kartun mengenai program-program yang dilaksanakan kerajaan BN di bawah Najib. Antaranya BRIM, bantuan persekolahan, rumah pertama, Saham Amanah 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat dan pelbagai lagi. Manakala buku Transformasi Najib mengisahkan kehidupan Perdana Menteri sejak dari kecil sehingga kedudukan sekarang. Persoalannya kata beliau mengapa budak sekolah rendah diperalatkan bagi mengedarkan buku-buku kartun mengenai Najib. "Kalau hendak dikatakan buku itu diedar tanpa pengetahuan bapanya, mengapa pula kuantitinya banyak, seolah-olah seperti disengajakan. "Mungkin pihak sekolah dan guru tidak sedar perkara itu. Namun sekolah terbabit sedia dimaklumi sering dikunjungi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh. "Kalau buku mengenai pemimpin kerajaan negeri diedar di sekolah mungkin telah lama geger. Namun pengedaran buku berkaitan Umno hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak sekolah," ujarnya. | ||
Kenapa ungkit kisah sebelum hijrah, soal Aishah Posted: 01 Aug 2012 05:14 PM PDT
Menurut Aishah, tindakan itu kerana tidak berpuas hati pihak berkenaan terhadap mana-mana artis yang telah berhijrah. "Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah. "Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan artis yang telah berhijrah sentiasa dijadikan isu negatif walaupun bulan Ramadan ini. Beliau juga melahirkan rasa kesal apabila sesama Islam mengutuk penghijrahan artis terutama di laman social facebook dan twitter, sedangkan memperkatakan keindahan Islam menjadi tanggungjawab semua pihak. Sambungnya, tidak semestinya golongan ustaz, ustazah sahaja wajib menerangkan kebaikan Islam, sebaliknya semua manusia yang beragama Islam mempunyai tanggungjawab itu. "Ini tidak, ustazah jadianlah, dah nak senja baru nak insaf dan macam-macam lagi,"ujarnya sambil ketawa kecil. Katanya, sepatutnya mereka berikan sokongan pada artis yang telah berhijrah. Menurutnya, beliau sendiripun membuat keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan parti PAS yang membela nasib masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama. "Jadi siapa lagi kita nak tumpang, kalau bukan sebuah perjuangan yang membawa kebaikan dan kebenaran untuk kelangsungan kehidupan yang kekal di akhirat?"ujarnya. Jenama tudung sendiri Menyentuh tentang Abby Abadi (gambar) yang telah ditamatkan kontraknya sebagai duta tudung Alhumaira Cotemporary, beliau menyambutnya dengan tenang dan memahami. Jelas Aishah, ia menjadi hak syarikat itu sendiri untuk membuat keputusan untuk kepentingan syarikatnya sendiri. "Bagaimanapun Abby jangan risau kerana rezeki Allah ada di mana-mana, Allah tidak akan menzalimi hambaNya. "Cadangan supaya Abby mengadakan jenama tudungnya sendiripun satu cadangan yang baik juga…, bagus"ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi. Aishah masih meneruskan rutinnya memenuhi jemputan ceramah sepanjang bulan Ramadan ini. Semalam beliau baru pulang dari memenuhi jemputan di Negeri Sembilan. | ||
Polis pukul ketika duduk di kafetaria hotel Posted: 01 Aug 2012 05:11 PM PDT
Hee Jenn Wei, 25, berkata, polis masuk ke kafetaria dan mengarahkan beliau dan rakannya yang ketika itu memakai baju Bersih supaya mengikut mereka. "Polis itu berkelakuan kasar dan memaksa saya berlari ke Dataran Merdeka. Sepanjang perjalanan saya ditendang," kata beliau pada pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini. Jenn Wei berkata, ketika polis memukulnya di kafeteria, pekerja hotel memaklumkan polis bahawa beliau pelanggan hotel tersebut tetapi polis mengarahkannya supaya diam. Tambahnya, selepas kira-kira 40 minit berada di Dataran Merdeka, polis memberitahu mereka akan dibawa ke suatu tempat tetapi tidak memaklumkan lokasinya. "Bila sampai ke tempat itu, kawan saya beritahu tempat itu ialah Pulapol," katanya. Beliau juga berkata, polis tidak membenarkan beliau menghubungi sesiapa termasuk peguam. "Saya tidak dibenarkan menggunakan telefon. Polis kata, 'kalau saya nampak kamu guna telefon, saya akan campak telefon kamu' dan saya ikut arahan," katanya. Beliau juga berkata, hingga hari ini tidak ada maklum balas mengenai laporan polis yang dibuatnya sehari selepas perhimpunan tersebut. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. | ||
Kemas didakwa tipu tawar kerja, bapa mahu saman Posted: 01 Aug 2012 05:08 PM PDT
BERA: Seorang bapa bertekad mengheret Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ke mahkamah yang didakwa menjanjikan kerja kepada anaknya yang kini terpaksa menanggung malu. Kakitangan Majlis Daerah Bera Johari Ismail, 50, dari Kampung Batu Papan dekat sini, berkata anaknya Akqramah Johari, 22, telah menjalani temuduga sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S 17 pada 16 Ogos 2011 di Kuantan. "Pada 29 Jun lalu saya telah dihubungi oleh seorang pegawai bahagian perjawatan Kemas negeri mengatakan anak saya telah berjaya dalam temu duga dan akan di tempatkan di Parlimen Cameron Highland. "Dengan jelas dia mengatakan surat tawaran akan menyusul pada awal bulan Julai. Bukan kepalang lagi gembiranya anak saya memberitahu rakan-rakannya dan terus meletakkan jawatan sebagai pembantu kedai. "Setelah sebulan berlalu surat tak sampai juga, pada 31 Julai anak saya menelefon pula pegawai berkenaan. Yang memeranjatkan, dia kata anak saya tak berjaya (dalam temuduga) tetapi tidak memberi sebarang alasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Johari yang juga pesara polis berkata, berikutan dengan itu anak keempatnya dari enam beradik itu terpaksa menanggung malu dan sedih setelah kawan-kawan sekerja dan sekampung telah meraikan kejayaan kononnya memperolehi pekerjaan baru dengan kerajaan. Tambahnya, beliau percaya pegawai yang menghubunginya dulu bukan main-main dan menurut sumber yang beliau sendiri selidiki ada kemungkinan jawatan yang sepatutnya diisi anaknya disabotaj oleh pihak tertentu. Sehubungan dengan itu, beliau telahpun membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Bahagian Perhubungan Awam ibu pejabat Kemas Kuala Lumpur bagi memohon satu siasatan demi keadilan. "Saya redha jika jawatan berkaitan Bina Insan itu bukan milik anak saya tetapi demi keadilan dan maruah anak saya, saya terpaksa bertindak supaya perkara ini tidak sewenang-wenangnya menimpa orang lain kelak," tegasnya yang datang bersama isteri dan Akqramah. Akqramah yang ditanya perasaannya, mengatakan malu untuk berdepan dengan orang ramai dan merasa sedih kerana masa depannya untuk terus hidup dipermainkan sebegitu rupa tanpa rasa tanggungjawab oleh kakitangan kerajaan sendiri. Kemas ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bera Musaniff Abdul Rahman yang turut hadir berkata, kes tersebut sebagai satu penganiayaan. "Dia (Akqramah) orang kampung, apabila kakitangan kerajaan telefon sudah tentulah dia akan percaya seratus peratus dan menaruh harapan tinggi. Bila itu pekerjaan tetap sudah tentu dia rasa bangga dan mahu berkongsi kegembiraan denga kawan-kawan. "Tapi apabila terbukti itu satu penipuan tentu dia menanggung rasa aib yang besar dan rasa dipermain-mainkan," katanya. Musaniff berkata, PAS Bera akan cuba membantu kes Akramah ini termasuk cuba mencarikan peguam jika didapati ada unsur penipuan dan tidak telus dalam hal berkenaan. | ||
Hudud: MCA dakwa DAP diam diri Posted: 01 Aug 2012 05:04 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk secara terbuka menjelaskan polisi bersama pakatan pembangkang bagi membuktikan DAP benar-benar menentang pelaksanaan hukum hudud. Chee Heung berkata, DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha Pas melaksanakan hukum Hudud. Dalam kenyataan di sini, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata Lim juga perlu membuktikan bahawa DAP bukan semata-mata menggunakan polisi sama yang dipersetujui oleh parti itu dan Pas sebagai alasan untuk mengelirukan orang ramai dan mengumpan mereka. "Di bawah tekanan, Guan Eng telah menggunakan polisi bersamanya untuk menjelaskan hubungan antara DAP dan Pas, cuba memusing fakta bahawa DAP telah membenarkan Pas melaksanakan hukum hudud. Malangnya polisi yang digunakan DAP menunjukkan ia tidak konsisten dengan butiran dan penjelasan yang diberikan," katanya. Ahli Parlimen Alor Setar itu menambah, jika polisi bersama yang diperkatakan Lim mengenai Buku Jingga, jadi mengapa Kelantan yang diperintah Pas mengenakan larangan tertentu di negeri itu seperti aktiviti judi berlesen dan arak walaupun polisi berkenaan tidak disenaraikan dalam buku itu. "Ia adalah jelas bahawa pakatan tidak berkongsi polisi yang sama dan mereka hanya bersama kerana memerlukan antara satu sama lain dalam bidang politik dan pada masa depan, mereka akan berpecah juga kerana kepentingan politik, meninggalkan rakyat menjadi mangsa kepada cara melulu mereka," katanya. -Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan