DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Boleh Pun Hajah Rosmah Tutp Aurat dengan Sempurna
- Hudud: DAP Sedia Bermuzakarah dengan PAS
- Tangan Mangsa Eksperimen Mercun Buatan Sendiri Hancur, Ada Sesiapa yang Berani Mencuba?
- [Wajib Baca] Antara Contoh Realiti Suasana di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara...
- [PANAS] Mahkamah Rayuan Kekal Bebaskan Atlet yang MENGAKU Bersalah Merogol Remaja Bawah Umur
- Anak Enggan Urus Jenazah Bapa, Hanya Kemaruk Harta
- [Gambar] Hajah Rosmah Khatam al-Quran dengan Jambul Terdedah, Di Mana Suara Ulama Muda, Ulama Tua, Tuan Mufti?
- Selepas Penat Membeli Belah, Bersahur Berahi di Hotel Bajet???
- [Wajib Baca] Isu DAP Kafir Harbi, Apa Pandangan Ustaz Haron Din, Dr MAZA, Ustaz Hadi Awang, Dr. Maszlee Malik....?
[Gambar] Boleh Pun Hajah Rosmah Tutp Aurat dengan Sempurna Posted: 13 Aug 2012 06:00 AM PDT Kalau di Tanah Suci Hajah Rosmah boleh menutup auratnya dengan sempurna, mengapa susah sangat dia menutup aurat di luar tanah suci. Mengapa sudah dia menutup aurat ketika membaca al-Quran di sini? Siapa nak jawab? Haji Najib? Tuan Mufti? Ulama UMNO? atau tuan empunya diri? | ||||
Hudud: DAP Sedia Bermuzakarah dengan PAS Posted: 13 Aug 2012 05:18 AM PDT [SH] SHAH ALAM - DAP sedia bermuzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih kepada ahli DAP tentang Islam, terutama hukum hudud. Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu. "Komponen kita berbeza dengan Umno yang tidak hirau dengan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) sama ada MIC, MCA, mahupun parti komponen di Sabah dan Sarawak. "Saya mahu tahu adakah persetujuan parti-parti lain diminta oleh Umno bagi mengisytiharkan negara Islam secara unilateral? Bagi saya, kenyataan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan pendirian Pas yang juga dihormati dan diiktiraf oleh DAP," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, walaupun berbeza pendapat mengenai sesetengah isu, perjuangan PR atas dasar bersama dan prinsip sejagat seperti kebenaran, ketelusan, kesaksamaan dan demokrasi akan terus dipertahankan. Kelmarin, Abdul Hadi menegaskan DAP berhak menyatakan pendirian berkenaan hudud, termasuk tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum Islam itu. Namun kata Abdul Hadi, Pas akan terus berusaha jelaskan kepada pemimpin DAP, termasuk Pengerusinya, Karpal Singh, tentang prinsip keadilan dalam undang-undang jenayah Islam itu. Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, DAP menghormati syariah dan hudud yang dibawa agama Islam kerana ia adalah sebahagian daripada agama itu. "Kita menghormatinya, malah nilai keamanan dan kebaikan dibawa setiap agama perlu dihormati agama lain. DAP hormati asas agama yang dibawa mana-mana agama," katanya. P/s: Cantik!!! | ||||
Tangan Mangsa Eksperimen Mercun Buatan Sendiri Hancur, Ada Sesiapa yang Berani Mencuba? Posted: 13 Aug 2012 02:00 AM PDT [SH] KOTA BHARU-Padah bermain mercun! Dua remaja cedera parah dengan salah seorangnya hancur di bahagian pergelangan tangan kanan selepas terkena serpihan mercun buatan sendiri ketika menyalakan bahan letupan terbabit di padang Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjung, semalam. Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku ketika kedua-duanya yang dipercayai bekerja sebagai pengangkut barang di kawasan terbabit, menyalakan 20 biji mercun bola yang diubah suai dengan diletakkan dalam sebuah bekas. Akibat tindakan mereka itu, Mohd Shahril Affendi, 20, hancur di pergelangan tangan kanan manakala Mohd Ahmad Ismail, 19, melecur di bahagian badan dan kabur kedua-dua mata kiri dan kanan. Kedua-dua dua mangsa dikejarkan pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan. Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil, namun mengalami kecederaan parah. "Kini mangsa dirujuk di unit kecemasan hospital sebelum dipindahkan ke wad biasa. Dipercayai kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pangkal Dalam, Pasir Mas," katanya. Bagaimanapun kedua-dua mangsa enggan ditemubual ketika Sinar Harian cuba mendapatkan mereka di wad kecemasan terbabit. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dari pihak hospital. "Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 selain dipenjara lima tahu atau dikenakan denda RM 10,000. "Saya nasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak melanggar undang-undang kerana bermain mercun bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang lain kerana ia bakal mengundang kejadian yang tidak diingini," katanya. Kejadian terbabit merupakan kes keempat di negeri ini, selepas kejadian di Gua Musang, Pasir Mas dan Rantau Panjang. P/s: Seumur hidup cacat! | ||||
[Wajib Baca] Antara Contoh Realiti Suasana di Negara Paling Selamat di Asia Tenggara... Posted: 13 Aug 2012 12:00 AM PDT Beri amaran lepas gagal curi [HM] RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini. Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu. Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya. "Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah. "Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran," katanya ketika ditemui, kelmarin. Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka. Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu. "Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi. "Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan," katanya. Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya. P/s: Malaysia selamat? Penjenayah datang dengan niat merompak tanpa merasa gentar dan takut. Dalam masa yang sama kita diuar-uarkan bahawa negara ini diiktiraf sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara. Tanya diri sendiri: Siapa yang sediakan data statistik jenayah di negara ini? Siapa yang dapat untung jika...? | ||||
[PANAS] Mahkamah Rayuan Kekal Bebaskan Atlet yang MENGAKU Bersalah Merogol Remaja Bawah Umur Posted: 12 Aug 2012 10:53 PM PDT [Bernama] PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur. Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman. Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel. Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009. Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya. Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan. Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu. Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin. P/s: Gila. Keadilan "dirogol" hanya kerana pesalah seorang atlet yang kononnya "mempunyai masa depan yang baik". Adakah hakim tidak memandang kesan yang ditanggung oleh remaja tersebut? Mampukah dia hidup secara normal selepas dirinya dirosakkan oleh atlet tersebut? Gila! | ||||
Anak Enggan Urus Jenazah Bapa, Hanya Kemaruk Harta Posted: 12 Aug 2012 08:45 PM PDT
[HM] JOHOR BAHRU: Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini. Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam. "Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu. "Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi," katanya, semalam. Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua. "Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung," katanya. Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan. "Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga," katanya. Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh. "Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh," katanya. Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya. Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Warga Emas Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas anjuran Yayasan Lace Motor. Hadir menyampaikan sumbangan baju dan biskut raya pemilik Yayasan Lace Motor, Datuk Rokiah Omar dan Pengurus Lace Motor, Datuk Yahaya Jaafar. Sementara itu, anak perempuan warga emas itu ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa arwah bapanya. | ||||
Posted: 12 Aug 2012 07:02 PM PDT
Berita Berkaitan: [Bernama] PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini. Rosmah bersama lima rakannya khatam al-Quran yang dibimbing Ustaz Subki Othman. Pada majlis yang sama, Rosmah menyampaikan sumbangan al-Quran Braille kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia. Beliau turut menyampaikan duit raya, hamper dan baju raya kepada 60 anak-anak yatim dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat dan Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi. Najib dan Rosmah kemudiannya berbuka puasa bersama kira-kira 500 tetamu, termasuk warga kerja Kementerian Kewangan, anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan anak-anak Permata. P/s: Cuma nak ingat ulama, tuan mufti...tanggungjawab anda berat di dunia ini...anda juga bakal menjawab pelbagai soalan di akhirat nanti. Tahun lalu, Hajah Rosmah juga menunjukkan jambul dalam acara yang sama. Rasa-rasanya tidak kedengaran suara ulama atau tuan mufti yang makan gaji atau mesra kerajaan BN menegur tindak-tanduk isteri PM kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna ketika membaca ayat suci al-Quran. Ironinya, apabila ada isu yang dikaitkan dengan DAP atau Pakatan Rakyat, mereka tanpa disuruh berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan membela kerajaan BN dan menggunakan hujah dangkal mempertikaikan Pakatan Rakyat. Terbaru, isu mengundi DAP dan mempertahankan MCA yang kononnya tidak memudaratkan Islam. | ||||
Selepas Penat Membeli Belah, Bersahur Berahi di Hotel Bajet??? Posted: 12 Aug 2012 06:13 PM PDT [SH] KUALA LUMPUR - Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam. Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi. Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk. "Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas," katanya. Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah. "Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta," katanya. P/s: Langsung tidak malu kepada Allah SWT! | ||||
Posted: 12 Aug 2012 05:32 PM PDT Kafir Harbi Tidak Wujud Selagi Tidak Tertegak Negara Islam - Haron Din [TVS] Tidak wujud istilah penggunaan 'kafir harbi' selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din. Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara. Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam. Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan. "Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar. "Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud," katanya. Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik. Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah. Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi. -TVS Hadi: Laporan 'haramkan' DAP satu kerja jahat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata laporan Utusan Malaysia yang "mengharamkan" orang Islam daripada mengundi DAP adalah cubaan jahat Umno untuk terus kekal memerintah. "Ini kerja dan cara jahat. Biar gaduh biar perang janji kita (Umno) perintah lagi," katanya ketika mengulas berita muka depan Utusan dua hari berturut-turut berhubung perkara itu. Menurut Hadi, akhbar itu sengaja mengabaikan kerjasama yang terjalin di antara PAS, sebuah parti berasaskan Islam dan DAP selama ini apabila menyiarkan berita itu. "Ada perkara berbeza ada perkara yg sama (antara PAS dan DAP). Kita berjaya teruskan perjuangan dengan resolusi yg diterima PAS, PKR, dan DAP. "Tetapi media Umno sengaja ketepikan persefahaman ini dan timbulkan pergaduhan," kata Hadi sewaktu berceramah di Taman Melewar malam tadi. Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyakatakan keyakinannya bahawa PAS akan memerintah Putrajaya bersama Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian dengan mengaitkan gelombang kebangkitan parti berasaskan Islam lain di Timur Tengah yang menurutnya akan turut merebak ke seluruh dunia. Seperti pemerintah negara Timur Tengah lain yang ditolak rakyat, masanya juga akan tiba buat Umno yang sekian lama memisahkan agama daripada pentadbiran negara, kata Mohamad. "Umno kuat tapi dah sampai tarikh luput. "Akhirnya sekarang kita tidak dengar lagi orang memisahkan politik dan agama," kata Mohamad Sabu. PAS: DAP tak pernah bawa hudud ke mahkamah [MK] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan. Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam. Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi. "Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak. "Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah. "Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu. 'Kafir harbi' umpama lampu hijau untuk membunuh [MK] Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi. Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh. Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan. Di zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam. Pengkelasan Abdullah Sama'ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya. Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. 'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam. 'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP. Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP. Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah. Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum. Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama. - Dr Maszlee Malik merupakan seorang pensyarah di UIAM. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini. P/s: Halalkah orang Islam mengundi UMNO jika...sambung di sini, sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan