Jumaat, 24 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Azwan Ali tak mahu mengaku Umi Hafilda sebagai adiknya lagi..

Posted: 24 Aug 2012 04:02 AM PDT


Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

 Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan 'Amboi, Amboi, Amboi' melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.

"Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.


Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.

Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.


Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.

"Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.

Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=34941

Mansor nafi gelar Guan Eng 'Angkuh'.. itu kerja jahat UMNO katanya..

Posted: 24 Aug 2012 12:32 AM PDT


Hari ini.. Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.

Semalam..

Kenyataan hari ini..

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menjelaskan bahawa partinya tidak pernah menggambarkan Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sebagai "angkuh, sombong dan tokong" seperti yang difitnah dalam blog gelagatanwar.wordpress.com.

Malah, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, "tidak ada Mesyuarat Strategik Parti sepertimana yang dilaporkan" dalam blog anti Pakatan Rakyat itu.

"Apa yang didakwa sebagai Mesyuarat Strategik Parti sebenarnya adalah suatu perjumpaan antara sekumpulan ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri, iaitu saya...jadi tidak ada minit untuk mesyuarat itu.

"Yang pasti, perjumpaan ini telah dirakam dan kemudiannya diposkan dalam blog anti-PR (Pakatan Rakyat) dengan niat jahat untuk pertamanya merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihan raya.

"Keduanya, untuk mengeruhkan hubungan baik antara YAB Ketua Menteri dan saya," ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Guan Eng di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Datuk Mohd. Salleh Man (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (PKR).

Mansor yang juga Naib Presiden PKR turut menjelaskan semula mengenai kontroversi Guan Eng dituduh "angkuh, sombong dan tokong" semasa disoal balas oleh wartawan yang hadir.

"Pertama, saya kagum dengan kesungguhan dan kerja keras Y.A.B Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam usaha membawa kemajuan kepada negeri ini dan kebajikan serta kesejahteraan kehidupan rakyat Pulau Pinang.

"Saya menyokong penuh visi ini dan yakin dengan kepimpinan, kebolehan serta keupayaan YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam merealisasikan matlamat ini," jelas beliau.

Beliau bagaimanapun dilihat tidak pula merakamkan ucapan kemaafan secara terbuka kepada Guan Eng di sebalik kontrioversi tersebut.

Beliau berkata, beliau yakin bahawa hubungan PKR dan DAP serta hubungan beliau dengan Guan Eng akan lebih akrab di sebalik kontroversi yang dicetuskan oleh pihak anti-PR berkenaan.

Semalam, Kon Yeow menuntut Mansor memberi penjelasan mengenai kontriversi yang dilaporkan dalam sesawang Malaysiakini.com - Faqar
Ini pula sebahangian dari laporan Sinar Harian..

GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.

Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.

Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.

"Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya. - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Sebenarnya apa yang menjadi masaalah sekarang ialah apa yang diucapkan dalam perjumpaan itu bukannya siapa yang membocorkan apa yang terjadi dalam mesyuarat itu..

Bagi aku.. kenyataan ini pasti akan mengundang 'backfire' dari Blogger Pro UMNO yang dimaksudkan kerana dari apa yang disiarkannya.. itu adalah transkrip dari satu rakaman.. sila lihat di ( SINI )..

Jika transkrip mampu ditulis sudah pasti rakaman akan diupload kemudiannya..

Tapi apa yang aku nampak.. blog itu bukan ditulis oleh Blogger Pro UMNO sebab kebanyakkan info yang disiarnya menunjukkan admin blog tersebut seorang yang rapat dengan pihak atasan PKR..

Mohon maaf dari Guan Eng sebagaimana yang diharapkan oleh banyak pihak dari PKR Pulau Pinang, itu yang sepatutnya dilakukan bukannya terus menuding jari terhadap UMNO..

Bahagialah hidup kalau semua kesalahan diletakkan kepada UMNO... tapi takkanlah semuanya kita nak salahkan UMNO??

Siapa draft Press Statement ni?? Statement cari penyakit!!

'Janji ditepati' bagaikan kerajaan yang dah nak mati kata Dr. Asri

Posted: 23 Aug 2012 09:46 PM PDT


Lagu tema bagi sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 55 telah disaksikan oleh hampir 600,000 orang di You Tube.

Lirik lagu ciptaan Rais Yatim yang diibaratkan macam gampang ( baca di SINI ) oleh seorang Blogger Pro UMNO itu telah mencipta sejarah bilamana ianya telah menerima lebih dari 50,000 'dislikes'.

Dimana video pertama yang dimuat naik ke laman You Tube telah dilihat oleh 400,578 penonton dan menerima hanya 661 'likes' berbanding 37,106 'dislikes.

Manakala video yang kedua pula dengan hanya menggunakan tajuk 'Janji ditepati' telah ditonton oleh 163,578 penonton dan menerima 347 'likes' dan 16,577 'dislikes'.. lihat print screen di bawah..


Boleh dikatakan kesemua yang menonton video yang punya lirik macam gampang itu adalah dari kalangan rakyat Malaysia yang tidak punya nama ataupun tidak punya populariti..

Bagaiman pula dengan pendapat individu yang punya nama dan pengaruh??

Lihatlah sendiri apa ulasan Dr. Asri tentang lirik lagu ciptaan Rais yang macam gampang ini...


Lirik ciptaan Rais Yatim tu... sudahlah macam gampang.. bagaikan kerajaan yang nazak pula...

Buat yang tak faham apa itu nazak.. Nazak ialah perkataan yang digunakan untuk 'dah nak mati.. '

Najib ambil RM2.71 Billion duit rakyat untuk bagi kepada UMNO Selangor..

Posted: 23 Aug 2012 06:44 PM PDT


RM2.7 bilion ringgit diambil dari rakyat Malaysia dan diserahkan kepada Umno Selangor. oleh Najib.

Jika disalurkan melalui saluran betul, RM2.7 bilion barangkali lebih dari cukup untuk menaik taraf bantuan kesihatan dan pendidikan untuk 27 juta rakyat Malaysia.

Sebaliknya PM Najib Abdul Razak mengagihkan wang tersebut kepada ketua-ketua negeri, bahagian dan cawangan Umno.

Tragedi 13 Mei.. Kita diperbodohkan oleh pemimpin UMNO rupanya..

Posted: 23 Aug 2012 10:44 AM PDT


Laporan yang mendedahkan punca sebenar tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei 2007..

"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai � parang, kayu, batang besi dan botol�

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar�

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ�"

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

'Semuanya karut'

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu � yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini � mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu � yang disokong oleh polis dan tentera � untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

Plot menumbangkan Tunku
Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara � satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak � 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa�saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

Jumlah korban tidak diketahui

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja".

Malaysiakini

Tiada ulasan: