Senyum Tangis Sendu |
- Sami Dibakar
- Wanita Lapar Gigit Gadis
- Mati Kerana Bunyi Radio
- Bengang Kena Patuk, Gigit Ular Hingga Mati
Posted: 23 Aug 2012 11:00 PM PDT BANGKOK: Seorang lelaki memakai pakaian sami dibakar seorang lelaki yang dipercayai sakit mental di tempat menunggu bas di Tugu Kejayaan pada awal pagi, semalam. Mangsa, Yanyong Ithikul, 60, melecur teruk apabila polis menemuinya dan terus dibawa ke hospital. Seorang pembersih jalan yang menyaksikan kejadian itu pada jam 5.30 pagi itu memberitahu polis, sami itu tidur bersebelahan seorang lelaki di tempat menunggu bas. "Tidak lama selepas itu, lelaki itu bangun lalu membakar kain sami itu dan terus melarikan diri," katanya. Polis berkata, mereka kini melakukan siasatan sama ada mangsa benar-benar sami kerana kenyataan yang diberikannya kepada pegawai penyiasat menimbulkan keraguan. "Lelaki itu berkata dia dalam perjalanan ke Bangkok dari sebuah kuil di Yala. "Dia juga mendakwa kad pengenalannya terbakar," kata polis. - BP |
Posted: 23 Aug 2012 09:00 PM PDT LONDON: Seorang wanita tidak siuman menyebabkan dua gadis mengalami kecederaan di tangan selepas dia menggigit mereka kerana lapar. Victoria Smith, 27, yang bagaikan anjing gila menerkam dan menggigit tangan dua mangsa terbabit. Dia menyerang Jamie Montgomery, 27, di kelab malam dan turut menggigit muka mangsa. Jamie yang dirawat selama 29 hari di hospital dan perlu menjalani pembedahan plastik, tidak lagi dapat menggunakan ibu jarinya. Jamie berkata: "Dia menggigit dan terus menggigit saya. Saya hanya lihat darah berlumuran. Ia betul-betul menyakitkan," katanya. Victoria menggigit ibu jari mangsa kedua, Charlotte Forde, 21, di kediaman mangsa di Blackpool. Pendakwa raya, Jon Close, memberitahu mahkamah Preston, apabila dia bertanya Victoria mengapa dia menggigit Jamie, Victoria menjawab: "Saya lapar dan terus jadi gila." Victoria terlepas daripada hukuman penjara walaupun disabitkan menyerang Charlotte dan Jamie. - TS |
Posted: 23 Aug 2012 07:00 PM PDT NAAHA (Indonesia): Disebabkan perkara kecil, Aidit, 34, penduduk Kampung Teteona, Kacamatan Wonggeduku, daerah Konawe ditikam oleh adiknya Jasmin, 24, semalam. Aidit meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Awam Daerah Sultra. Kedua-dua beradik itu bertengkar selepas mangsa merasa tersinggung apabila si adik menegur abangnya supaya memperlahankan bunyi radio kerana sudah lewat malam. Ketua Bahagian Jenayah Polis Konawe, AKP Turuman Marani berkata, kejadian berlaku di rumah ibu bapa mereka. Walaupun kedua-dua beradik itu sudah berumahtangga, mereka masih tinggal di rumah ibu bapa mereka di Kampung Teteona. Jasmin memberitahu polis, Aidit pulang kira-kira jam 10 malam dalam keadaan mabuk. Dia lalu memainkan radio dengan kuat hingga mengganggu ketenteraman jiran, lebih-lebih lagi waktu sudah lewat malam. "Jasmin menegur abangnya tetapi tidak diterima baik oleh Aidit yang masih mabuk. Mereka kemudian bertengkar," kata Turuman. Melihat situasi yang tegang itu, Ketua Kampung Teteona meleraikan kedua-dua beradik itu. Apabila suasana tenang tiba-tiba bekalan elektrik dimatikan. Aidit menyangka adiknya mematikan fius supaya bekalan elektrik terputus dan dia tidak dapat memainkan radionya. Aidit menuduh Jasmin mematikan bekalan elektrik lalu kedua-duanya bertumbuk. Jasmin melarikan diri ke dalam bilik tetapi dikejar oleh Aidit yang terus memukulnya. Dengan pantas, Jasmin menikam perut abangnya dengan pisau menyebabkan Aidit rebah. Ketua kampung yang masih di tempat kejadian membantu membawa Aidit ke hospital tetapi mangsa mati dalam perjalanan. - JPNN |
Bengang Kena Patuk, Gigit Ular Hingga Mati Posted: 23 Aug 2012 05:00 PM PDT KATHMANDU: Seorang lelaki Nepal yang dipatuk ular tedung menggigit semula haiwan itu dan membunuhnya dalam serangan balas, lapor akhbar semalam. Akhbar harian Nepal, Annapurna Post melaporkan, Mohamed Salmo Miya, 55, mengejar ular yang mematuknya di sawah padi Selasa lalu, menangkap dan menggigit haiwan itu hingga mati. "Saya boleh membunuhnya dengan kayu, tetapi saya menggigitnya kerana sangat marah," katanya yang tinggal di sebuah desa kira-kira 200 kilometer di tenggara Kathmandu. Ular itu yang dipanggil 'goman' di Nepal turut dikenali sebagai tedung biasa. Pegawai polis, Niraj Shahi berkata, Mohamed Salmo yang dirawat di pusat kesihatan di desa terbabit tidak akan didakwa kerana membunuh ular kerana reptilia itu tidak termasuk dalam senarai spesies terancam di Nepal. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan