Kelab Greenboc |
- Bersemangat Naikkan Bendera PAS
- 8 Cedera Masjid Utara Rusia Diserang 2 Lelaki Bertopeng
- [BERGAMBAR] Sambutan Aidilfitri Tuan Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka
- Institusi Penguatkuasa, Kehakiman Bebas Jika Pakatan Menang
- Pemuda UMNO Tuduh Sokong Pakatan Rakyat Jika Mahu Kristian Dijadikan Agama Rasmi
- [VIDEO] Anwar Jamin PKR Bukan ‘Satu Lagi Umno’ Jika Menang PRU-13
Bersemangat Naikkan Bendera PAS Posted: 20 Aug 2012 12:18 AM PDT |
8 Cedera Masjid Utara Rusia Diserang 2 Lelaki Bertopeng Posted: 19 Aug 2012 10:26 PM PDT Moscow - Dua lelaki bertopeng melepaskan tembakan di sebuah masjid di Dagestan, wilayah utara Rusia yang bermasalah, menyebabkan lapan orang cedera. Kejadian letupan juga disaksikan beberapa jam selepas serangan itu. "Bilangan mereka yang cedera akibat tembakan di masjid di bandar Khasavyurt telah meningkat kepada lapan," kata Kementerian Dalam Negeri. Tembakan ke atas masjid itu, yang jemaahnya terdiri daripada puak Syiah berlaku lewat semalam ketika umat Islam bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Umat Islam Rusia menyambut Aidilfitri hari ini, yang turut dikenali sebagai "Uraz-Bairam" di negara itu. Dagestan menyaksikan kejadian tembakan dan letupan bom hampir setiap hari. Pihak berkuasa mengaitkannya dengan jenayah tempatan dan kumpulan yang ada hubungan dengan Chechnya. Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut. Laporan juga menyebut satu letupan kedengaran di masjid yang sama beberapa jam selepas serangan, menyebabkan ramai lagi cedera. Kira-kira 70 orang berada di dalam masjid ketika penyerang melepaskan tembakan. "Satu letupan berlaku. Terdapat dua alat letupan. Satu meletup, satu lagi dapat digagalkan," kata polis kepada agensi berita RIA Novosti. AFP memetik agensi berita Interfax melaporkan bahawa pihak berkuasa menafikan ada mangsa yang cedera ekoran letupan. "Kami tidak ada maklumat mengenai letupan atau mereka yang cedera ketika kerja-kerja menggagalkan bahan letupan dilakukan," kata jurucakap polis kepada agensi itu. |
[BERGAMBAR] Sambutan Aidilfitri Tuan Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka Posted: 19 Aug 2012 08:39 PM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'. Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia."Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt. "Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya. Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam."Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari. '"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya. Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah. Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini. Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain. Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'. "Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab. Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'. "Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat."Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya. Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak. Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia. -Hrkh < |
Institusi Penguatkuasa, Kehakiman Bebas Jika Pakatan Menang Posted: 19 Aug 2012 07:04 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi 'satu lagi Umno'. Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara. Dipetik Selangorku, Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program 'Borak Bersama Anwar' yang disiarkan secara langsung melalui portal video web 'You Tube'. Soalan yang dikemukakan oleh seorang yang dikenali sebagai "Gunanaiker" melahirkan kebimbangan sekiranya KEADILAN menjadi 'satu lagi Umno' selepas menakluki Putrajaya. "Gunanaiker" berkata kerisauan itu berdasarkan kehadiran ramai bekas pemimpin Umno-BN di dalam KEADILAN. "Tanpa mengira sama ada mereka pernah menyertai mana-mana NGO, Umno, MCA atau atau MIC, mereka yang sertai KEADILAN perlu terima budaya politi baru bagi menjayakan agenda reformasi dan menyokong polisi Pakatan Rakyat," kata Anwar. KEADILAN merupakan sebuah parti berbilang kaum dan mempunyai ahli dari pelbagai latar belakang termasuk bekas anggota Umno, MCA, MIC dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan. Anwar berkata peranan institusi tersebut dipesongkan pada masa kini di bawah Umno-BN sehingga tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap sesetengah pihak. "Sekiranya badan-badan ini dibebaskan dari cengkaman politik kita tak perlu bimbang, kerana sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan. "Kita tidak boleh mengambil sikap selektif dalam mengambil tindakan seperti yang berlaku terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan penyelewengan, tetapi membiarkan 'perompak' begitu sahaja," kata Anwar lagi. Sebelum ini Rafizi, yang merupakan Pengarah Strategik KEADILAN, didakwa di bawah satu akta kewangan setelah beliau mendedahkan dokumen-dokumen bank berhubung dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan. Pada masa yang sama, Anwar melahirkan keyakinan yang intergriti institusi polis di negara ini dapat diperbaiki. Seperti institusi yang lain, kepercayaan rakyat terhadap polis hanya dapat dikembalikan sekiranya ia bebas dari pengaruh politik. Anwar merujuk kepada kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melakukan keganasan terhadap beliau di dalam tahanan polis pada tahun 1998, sebagai contoh bagaimana polis digunakan oleh pentadbiran sekarang. "Menteri patut fokus untuk baiki imej polis dan bagaimana hendak mengurangkan jenayah, bukanya campuri tugas polis," kata Anwar. Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program 'Google Hangout' yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara. Antara pemimpin dunia lain yang pernah ditampilkan dalam program sama adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Dalam program tersebut, selain menjawab soalan dari laman sosial, beliau turut menjawab soalan-soalan dari enam panelis terpilih dari pelbagai latar belakang. -KD |
Pemuda UMNO Tuduh Sokong Pakatan Rakyat Jika Mahu Kristian Dijadikan Agama Rasmi Posted: 19 Aug 2012 08:33 AM PDT SSatu gambar yang diletak di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan. Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan. Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu). " Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu. Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia. "Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je...(Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja)" kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu. "Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter(jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius) ...boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud," kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele. Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu. "Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia (Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia," beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno. Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR. "Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman. DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud. Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hokum hudud. Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan. Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno teringat tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu. Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia. Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut. Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu. "That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this (Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini," Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi. Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu. "Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama)," kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah. -TMI |
[VIDEO] Anwar Jamin PKR Bukan ‘Satu Lagi Umno’ Jika Menang PRU-13 Posted: 19 Aug 2012 05:31 AM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi 'satu lagi Umno'. Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara. Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program 'Borak Bersama Anwar' yang disiarkan secara langsung melalui portal video web 'You Tube' sebentar tadi. Soalan yang dikemukakan oleh seorang yang dikenali sebagai "Gunanaiker" melahirkan kebimbangan sekiranya PKR menjadi 'satu lagi Umno' selepas menakluki Putrajaya. "Gunanaiker" berkata kerisauan itu berdasarkan kehadiran ramai bekas pemimpin Umno-BN di dalam PKR. "Tanpa mengira samada mereka pernah menyertai mana-mana NGO, Umno, MCA atau atau MIC, mereka yang sertai PKR perlu terima budaya politi baru bagi menjayakan agenda reformasi dan menyokong polisi Pakatan Rakyat," kata Anwar. PKR merupakan sebuah parti berbilang kaum dan mempunyai ahli dari pelbagai latar belakang termasuk bekas anggota Umno, MCA, MIC dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan. Anwar berkata peranan institusi tersebut dipesongkan pada masa kini di bawah Umno-BN sehingga tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap sesetengah pihak. "Sekiranya badan-badan ini dibebaskan dari cengkaman politik kita tak perlu bimbang, kerana sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan. "Kita tidak boleh mengambil sikap selektif dalam mengambil tindakan seperti yang berlaku terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan penyelewengan, tetapi membiarkan 'perompak' begitu sahaja," kata Anwar lagi. Sebelum ini Rafizi, yang merupakan pengarah strategik PKR, di dakwa di bawah satu akta kewangan setelah beliau mendedahkan dokumen-dokumen bank berhubung dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan. Pada masa yang sama, Anwar melahirkan keyakinan yang intergriti institusi polis di negara ini dapat diperbaiki. Seperti institusi yang lain, kepercayaan rakyat terhadap polis hanya dapat dikembalikan sekiranya ia bebas dari pengaruh politik. Anwar merujuk kepada kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melakukan keganasan terhadap beliau di dalam tahanan polis pada tahun 1998, sebagai contoh bagaimana polis digunakan oleh pentadbiran sekarang. "Menteri patut fokus untuk baiki imej polis dan bagaimana hendak mengurangkan jenayah, bukanya campuri tugas polis," kata Anwar. Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program 'Google Hangout' yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara. Antara pemimpin dunia lain yang pernah ditampilkan dalam program sama adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Dalam program tersebut, selain menjawab soalan dari laman sosial, beliau turut menjawab soalan-soalan dari enam panelis terpilih dari pelbagai latar belakang. -selangorku |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan