Rabu, 29 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sambutan Hari Merdeka di Bukit Jalil: Untuk jemputan BN sahaja?

Posted: 28 Aug 2012 05:27 PM PDT

 Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Kerajaan Najib Razak dibidas untuk sambutan perayaan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil yang bakal menggunakan dana rakyat, namun pada masa yang sama melayan rakyat sebagai orang luar dan hanya mengutamakan jemputan dari kalangan pro-UMNO dan Barisan Nasional sahaja.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini menyelar sikap kerajaan tersebut yang dilihat membelakangkan rakyat dan menjadikan perayaan Hari Merdeka sebagai perayaan milik UMNO-BN sahaja.

Kit Siang berkata demikian berikutan laporan Malaysiakini semalam yang mendedahkan bahawa susun atur kerusi di dalam stadium tersebut telah diatur khusus untuk jemputan BN sahaja, termasuk pelajar sekolah, kakitangan kerajaan, dan kumpulan-kumpulan terpilih, termasuk parti politik mesra BN – Indian Progressive Front (IPF) dan Kongres India-Muslim Malaysia (KIMMA).

Menurut laporan itu juga, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kamaruddin Siaraf dipetik sebagai berkata bahawa orang umum boleh mengikuti sambutan itu melalui skrin gergasi yang akan dipasang di luar stadium.

Apabila disoal kenapa wakil Pakatan Rakyat tidak dijemput sama, beliau berkata bahawa 'mereka' boleh turut serta bersama 'rakyat lain' di luar bangunan stadium. "Mereka boleh datang atas 'tiket rakyat'," katanya.

Kit Siang menambah bahawa ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib Razak tidak memahami apa sebenarnya konsep rakyat sebagai 'bos' dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Berapa kos sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil? Adakah Barisan Nasional akan membayarnya dengan wang parti itu sendiri?" soal beliau.

"Sambutan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil adalah langkah ke belakang dalam pembinaan negara selama 55 tahun, apabila rakyat diasingkan daripada stadium berkapasiti 100,000 tempat duduk yang hanya dikhaskan untuk 'jemputan BN' sahaja," ujar beliau. – Roketkini.com

Adun Umno sertai rumah terbuka Saleh Man

Posted: 28 Aug 2012 05:24 PM PDT

Mohd Sabri Said,
PERMATANG PAUH: Kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah ke rumah terbuka Adun Permatang Pasir  Datuk Saleh Man pada 26 Ogos lalu memberi petanda baru iklim politik di Pulau Pinang.
(Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen bersalaman dengan salah seorang pengunjung rumah terbuka dengan diperhatikan Saleh Man)

Walaupun beliau datang sebagai tetamu atau rakan dalam arena politik di negeri ini namun sedikit sebanyak ianya mencuit perasaan orang ramai yang hadir sehingga menimbul tanda tanya kemungkinan beliau akan bersama Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Ini ekoran dari adanya tangan ghaib dalaman Umno yang mahu mencantas politik mesranya yang asyik turun padang menghidu permasalahan  masyarakat tanpa mengira latar belakang fahaman politik.

Bagi sesetengah pihak dalam Umno kunjunganya ke rumah terbuka Aidil Fitri Adun Permatang Pasir yang menang atas tiket PAS membawa erti yang negetif sekaligus membuka peluang untuk golongan yang menentangnya mencari fasal menolak beliau dari pesada  politik di Pulau Pinang.

Tambahan lagi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid sedang mengintai peluang bertanding di kawasan yang dianggap selamat bagi Umno.

Kawasan yang dimaksudkan ialah N13 Seberang Jaya yang dimenangi Datuk Arif Shah sejak 2004.

Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyaksikan perlawanan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Arif Shah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Dun Seberang Jaya, Umno kalah teruk.

Cuma di peringkat Dun sahaja Umno nampak masih bertaring mungkin disebabkan PKR gagal meletakan calon yang berwibawa dan disenangi ramai.

Ramai yang beranggapan sekiranya Umno meletakkan lain dari Ariff  Shah di Seberang Jaya kerusi tersebut akan terbang kepada Pakatan Rakyat.

Beliau yang datang dengan rombongan tiba pukul 2.30 petang sempat bertemu orang ramai yang masih tidak pulang kerana berbual dengan rakan taulan serta berbaris panjang menanti giliran mendapatkan semangkuk cendol yang didatangkan khas dari Alma, Bukit Mertajam.

Sambutan hebat dengan kedatangan hampir 4000 orang menyaksikan rakyat Permatang Pasir terus memberikan sokongan padu Datuk Saleh Man yang mengantikan Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat masalah jantung.

Petugas cawangan seluruh Dun Permatang Pasir dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang menyajikan 15 menu kali ini terpaksa tutup kedai awal kerana kehabisan makanan.

Selain Adun Seberang Jaya hadir ke majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir itu ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, Adun Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong, Adun Padang Lalang, Tan Cheong Heng, Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Haji Abdul Halim Husain, Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kasim, Yang DiPertua Pas Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.

Setiausaha PAS Negeri, Mohd Noor Harun, mantan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Fauzi Naim dan Pengerusi Pemenang, Datuk Yusuf Latif juga hadir.

PAS tubuh taskforce isu Rapid di Pengerang

Posted: 28 Aug 2012 05:22 PM PDT

Salmiyah Harun,
KUALA LUMPUR: PAS akan mewujudkan 'task force' bagi menangani isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor yang telah menimbulkan ketidakpuasan penduduk setempat ekoran tindakan rakus kerajaan mengambil tanah tanpa mempedulikan hak mereka.

Menurut Pengerusi Gabungan Tanah Johor dan Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat Mazlan Aliman,  isu Rapid semakin bercelaru apabila soal pampasan tanah yang diambil kerajaan, perumahan, tanah kubur, alam sekitar dan masa depan penduduk setempat masih terawang-awang.

"Saya kian bimbang dengan perkembangan projek ini terutamanya cara kerajaan menangani protes penduduk. Adalah tidak bijak jika kerajaan hanya tahu menggunakan pendekatan ugut kepada penduduk yang membuat bantahan," katanya di laman Facebooknya.

Dakwanya, dengan memperalatkan polis untuk menghalang perjumpaan penduduk, mengancam tokoh-tokoh NGO dengan taktik kasar bukanlah formula yang betul.

Beliau tidak menafikan, pembangunan sangat penting untuk menjana ekonomi domestik dan masa depan rakyat.

Namun, katanya,  rakyat bukan 'tunggul' tetapi mereka adalah tuan tanah yang telah mendiami kampung halaman mereka puluhan tahun.

"Perasaan dan hak mereka mesti diraikan. Pendekatan diplomasi di meja rundingan harus didahulukan. Semakin ramai penduduk Pengerang yang menghubungi saya melaporkan situasi terkini projek dan siri-siri protes yang dilakukan.

"Saya dan pimpinan PAS telah beberapa kali turun padang ke sana meninjau tapak projek dan tanah-tanah yang digazetkan.  Sudah hampir setahun dikemukakan pandangan pada kerajaan melalui beberapa memorandum dari berbagai pihak. Nampaknya kenyataan Kerajaan semakin angkuh. Sikap pemimpin BN sama macam isu Lynas," katanya.

Tegasya, tindakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Harun yang sangat membela pemaju projek terbabit mencurigakan semacam ada kepentingan.

Justeru, katanya setelah berbincang bersama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Pengerusi Gabungan Ngo Pengerang Cik Anis Azli, akan mencadangkan agar isu ini dijadikan agenda khusus PAS Pusat seperti mana isu Lynas dan Felda Global Ventur Holding (FGVH).

"Gerakan yang tersusun, penyatuan ngo-ngo sedia ada, dialog penduduk, perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan, semakan perundangan dan kempen-kempen, lebih aktif akan dijayakan.  Kerjasama PAS dan Pakatan Rakyat bersama Ngo dalam menangani isu projek RAPID di Pengerang sangat penting," katanya. 

Samad: Saya pernah undi, akan undi PRU13

Posted: 28 Aug 2012 05:19 PM PDT

JAMILAH HAMZAH

samad said

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mengaku beliau pernah mengundi dalam pilihan raya umum dan akan berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sasterawan Negara ini berkata, sebelum ini ramai yang mempersoalkan statusnya sama ada pernah mendaftar sebagai pengundi ataupun sebaliknya, tetapi tidak memberi sebarang ulasan bagi memberi ruang kepada pihak terlibat memeriksa statusnya.

"Ya, saya sudah daftar sebagai pengundi. Sebelum ini saya sengaja tak jawab kerana mahu pihak yang meragui itu buat semakan sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkatam beliau akan menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi pada PRU13.

"Sudah tentu saya akan turut serta mengundi seperti yang saya perjuangkan dalam Bersih. Tidak ada sebab saya tidak turun mengundi," katanya yang dilantik sebagai Pengerusi Bersama Bersih 2.0 selepas perhimpunan tahun lalu.

Samad menjadi sasaran beberapa pihak tentang statusnya sejak menyertai perhimpunan Bersih Julai 2011 dan menjadi 'ikon politik' generasi muda.

Bersih 2.0 menuntut sistem pilihan raya bebas dan adil, antara lain berkenaan dengan daftar pemilih dan pendaftaran pengundi termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat

Posted: 28 Aug 2012 05:17 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
KOTA BHARU - "Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

"Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.

PRU13: Nasha tidak tercalon pertahan kerusi Bachok?

Posted: 28 Aug 2012 05:16 PM PDT

NURRUL HUDA AHMAD LUTFI

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
 
KOTA BHARU - Tarikh 9 September ini menjadi titik tolak kepada masa depan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu.

Sekiranya dilucutkan keanggotaan parti, ini bermakna Nasharudin harus mencari arah politik yang baru.

Sementara ramai berpandangan bahawa beliau akan kekal dalam parti, adakah Nasharudin akan terus bersinar sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Malah di peringkat akar umbi, masa depan Nasharudin semakin 'terhakis' kerana Pas kawasan Bachok dikatakan tidak menamakan beliau sebagai calon untuk diangkat bertanding mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Mengulas itu perkara tersebut, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau mendapat maklumat nama Nasharudin tidak diangkat sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

"Saya difahamkan namanya (Nasharudin) tidak disebut-sebut oleh Pas cawangan Bachok bagi menjadi calon PRU13 kelak, tetapi saya tidak pasti (perkara) selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Mesra Aidilfitri di sini, semalam.

Bagaimanapun Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, Pas negeri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kelangsungan kepimpinan Nasharudin di Bachok.

"Kita terserah kepada pengundi di Bachok untuk memilih dia (Nasha) ataupun tidak. Mereka yang sebenarnya berkuasa 'mencalonkannya' dan kemudiannya Pas negeri membuat penilaian. Sekarang ini saya tidak pasti keperluan masyarakat Bachok ini terhadap kepimpinan dia," katanya.

Pada PRU12, Nasharudin menewaskan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin dengan majoriti 2,896 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok, Hasan Mahmod ketika ditanya enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada Pas negeri untuk membuat keputusan.

"Memandangkan isu ini agak kontroversi, cukup Mohd Amar sahaja yang memberi kenyataan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tawang.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Bachok, Ahmad Marzuk Shaari berkata, pemimpin peringkat akar umbi menyerahkan nasib Nasharudin kepada kepimpinan parti untuk menentukan masa depan politiknya.

"Pas sudah berpengalaman menangani pelbagai isu yang lebih besar dari isu Nasharudin, oleh itu saya percaya isu ini akan reda dan selesai apabila sampai masanya," katanya.

Janji Ditepati: Tak perlu arah penjawat awam hadir

Posted: 28 Aug 2012 05:14 PM PDT

Harakahdaily,   
 
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah tindakan kerajaan mengerahkan penjawat awam untuk menghadiri program yang dianjurkannya.

Ini berikutan surat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengerahkan kakitangannya menghadiri program Himpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"DPPM menganggap tindakan kerajaan sebagai menyalahgunakan kuasa terhadap penjawat awam bagi menghadiri acara keraian negara," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, dalam keadaan penjawat awam diperah untuk bekerja di siang harinya, mereka pula dipaksa untuk menghadiri program yang di luar daripada bidang tugas mereka.

"Apakah dengan cara ini sebagai menyemai semangat patriotik terhadap rakyat khususnya penjawat awam terhadap negara?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

DPPM, ujarnya bimbang dengan tindakan ini bukan dapat menyemai semangat cintakan negara, sebaliknya akan menambah kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Katanya, kerajaan dianggap hipokrit kerana berusaha membuktikan kepada dunia rakyat cintakan negara dengan kehadiran yang ramai pada malam tersebut, walhal sebahagiannya adalah mereka yang dipaksa untuk hadir.

Beliau berkata, rakyat juga akan merasa tertipu dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang kononnya gilang gemilang dan dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum, hakikatnya sebahagiannya diisi oleh kakitangan yang dikerah hadir.

"Sepatutnya program ini dianjurkan secara terbuka dengan penyertaan daripada orang awam," ujarnya.

Menurutnya, dengan promosi besar-besaran daripada semua media sepatutnya kerajaan tidak perlu mengerah tenaga tambahan daripada kakitangan awam untuk menghadiri program tersebut.

Katanya lagi, kakitangan awam digalakkan untuk hadir, dan terpulang kepada mereka untuk hadir atau tidak dan tidak perlu mewajibkan mereka hadir dengan rekod kehadiran dicatatkan.

Justeru itu, ujarnya DPPM menggesa kerajaan menghentikan tindakan mengerahkan kehadiran penjawat awam untuk hadir himpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012.

"DPPM menegaskan patriotik perlu disemai secara pendidikan, kempen serta promosi terhadap rakyat, bukan secara paksaan seperti ini," katanya.

Wanita Malaysia diseru sertai Janji Demokrasi

Posted: 28 Aug 2012 05:10 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru semua wanita Malaysia perihatin untuk bersama-sama mereka turun ke Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos sempena program Janji Demokrasi.

Ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, sebagai rakyat yang cintakan negara, wanita juga perlu menunjukkan sikap dan komitmen mereka.

"Malam itu nanti akan menjadi simbol kesetiaan tidak berbelah bahagi kita terhadap Malaysia. Hatta sebagai manifestasi komitmen kita untuk terus memastikan Malaysia dalam keadaan  aman, harmoni berdaya maju serta berdaya saing di peringkat lokal mahupun global.

"Jika anda adalah seorang rakyat prihatin terhadap masa depaan negara ini, jom bersama kami," katanya dalam satu kenyataan.

Program Janji Demokrasi adalah anjuran gabungan beberapa NGO termasuk Bersih.

Ianya akan bermula pada jam 10 malam 30 Ogos ini dan lebih berbentuk temu santai dan sembang-sembang bermaklumat.

"Ia wajar dilihat sebagai sebuah acara yang menjulang keamanan, perpaduan, kasih sayang yang menebal dengan semangat kekitaan rakyat daripada pelbagai kaum, latar belakang, agama dan kepercayaan politik.

"Ia bukan suatu yang mencabar hati budi sesiapa jua hatta termasuk pemerintah. Ia adalah impian rakyat," katanya.

Keputusan penuh saingan Piala Malaysia

Posted: 28 Aug 2012 05:08 PM PDT

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI

kelanta atm
Aksi pertemuan antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia di Selayang. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
 
Piala Malaysia
Piala Malaysia
 
BERIKUT keputusan penuh perlawanan ketiga saingan Piala Malaysia 2012 yang berlangsung malam ini. Empat perlawanan menyaksikan keputusan berakhir dengan seri.
Pahang mencatatkan kemenangan besar dengan jaringan enam gol tanpa balas.


KUMPULAN A

Johor FA (0)  (0) Lions
(Stadium TSDH Hassan Yunos)  

PKNS (1)  (1) Johor FC
(Stadium MBPJ)


KUMPULAN B

ATM (1) (1) Kelantan
(Stadium MPS, Selayang)  

Kedah (2)  (1) Terengganu  
(Stadium Darul Aman)


KUMPULAN C

Negeri Sembilan (0)  (0) Perak
(Stadium Tunku Abd Rahman)

Felda (2)  (3) Sime Darby
(Stadium Hang Jebat)


KUMPULAN D

T-Team (0)  (1) Selangor  
(Stadium Sultan Ismail)  

Pahang (6)  (0) Sarawak
(Stadium Darul Makmur)

Sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan

Posted: 28 Aug 2012 05:07 PM PDT

SINAR HARIAN

JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes sumbang mahram.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim berkata, pemimpin bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Zakaria berkata, anak perempuan suspek dikatakan melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lalu di sebuah pusat bersalin swasta di Kajang, Selangor.

"Polis juga telah mengambil sampel DNA kedua-dua suspek yang dibuat di Hospital Jerantut untuk siasatan lanjut.

"Bagaimanapun, suspek dan anak lelakinya dibebaskan dengan jaminan polis semalam, sementara menunggu keputusan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu," kata Zakaria.

Suspek pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 tetapi tewas kepada lawannya dalam pilihan raya itu.

Menurut sumber lain, kejadian tersebut terbongkar apabila jururawat di pusat perubatan berkenaan membuat laporan polis akibat curiga dengan keadaan remaja perempuan tersebut yang bersalin tanpa kehadiran suami.

Mahathir: 'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'

Posted: 28 Aug 2012 05:05 PM PDT

SINAR HARIAN

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
 
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
 
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
 
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
 
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama

Hudud: Pas nafi laporan media pinda Perlembagaan

Posted: 28 Aug 2012 05:02 PM PDT

RUZY ADILA IDRIS

Hatta Ramli
Dr Hatta Ramli
 
PETALING JAYA - Pas menafikan parti itu akan membawa usul meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, Sin Chew Daily melaporkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan itu dalam satu wawancara eksklusif, yang disiarkan dalam versi atas taliannya semalam dan muka depan edisi cetaknya hari ini.

"Laporan tersebut mengatakan Pas berhasrat mengusulkan pindaan Perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

"Itu tidak benar kerana laporan berita berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan rakyat dan pengundi keliru terhadap pendirian Pas dalam Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan", kata beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Majlis Pakatan Rakyat disini, hari ini.

Menyentuh mengenai pelaksanaan hudud dalam negara, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pagi tadi berkata, PR perlu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terlebih dahulu sebelum ia boleh dibincangkan.

Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata,  sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan Pas akan bekerjasama dengan Umno sekiranya menang pada PRU13.

"Dakwaan itu sememangnya tidak akan berlaku dan walau apa pun yang terjadi, Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno.

"Hal ini jelas kerana Umno sering memainkan isu perkauman dan agama," dakwa Hatta lagi.

Hormati ‘kesucian’ kampus, kelab penyokong bukan tempatnya

Posted: 28 Aug 2012 05:00 PM PDT

Muhd Syahid Mohd Zaini

RENTETAN dari pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) baru-baru ini, yang membenarkan mahasiswa untuk terlibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan termasuk parti politik, telah mendapat respon dari beberapa parti politik yang ingin menubuhkan kelab penyokong parti mereka di dalam kampus.

Justeru itu, kita tidak menyokong mana-mana parti sama ada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kelab penyokong mereka di kampus kerana ia seumpama terus menjinakkan mahasiswa dengan dunia politik luar yang sering dibudayakan politik fitnah, pertelingkahan, permusuhan dan rasuah.

Sedangkan kita mahu mahasiswa dibudayakan dengan budaya ilmu politik dengan membawa ahli politik dari kedua-dua pihak ke dalam kampus untuk berforum dan berdebat agar melahirkan mahasiswa yang celik dan cerdik untuk menilai. Keaslian mahasiswa sebagai 'third force' dan 'check and balance' kepada kedua-dua pihak perlu diteruskan bukannya menjadi 'check and back up' kepada parti politik.

Mahasiswa perlu mempunyai fokus untuk mengkaji ilmu bagi jurusan mereka masing-masing di samping tidak meninggalkan ilmu dan perkembangan politik semasa. Kesan daripada penubuhan Auku sebelum ini telah melahirkan mahasiswa yang lesu dan gagal berperanan sebagai agen perubahan dan jurubicara masyarakat.

Perkara ini lebih penting untuk kita fikirkan bersama bagaimana membebaskan pemikiran mahasiswa dari terlalu menjadi hamba buku dan kesedaran mereka terhadap permasalahan masyarakat umum. Mahasiswa perlukan corak politik baru yang lebih intelek bukan seperti budaya politik sekarang yang sering memfitnah, menzalimi dan tidak bersih.

Semua badan dan ahli politik perlu menghormati kampus sebagai pusat keilmuwan. Mahasiswa mahukan politik nilai dan politik keadilan untuk dijadikan contoh kepada generasi baru.

Selain itu, dalam membentuk kepimpinan mahasiswa di kampus kita mendesak agar pihak pentadbiran kampus untuk mengadakan pilihan raya kampus  dengan segera. Tindakan menangguhkan pilihan raya kampus  dalam masa yang lama ibarat seperti kapal hilang nakhoda.
Ini adalah satu kezaliman kepada mahasiswa apabila hak untuk memilih pemimpin mereka di kampus dinafikan.

Muhd Syahid Mohd Zaini
Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional

Ku Li anggota jawatankuasa khas royalti?

Posted: 28 Aug 2012 04:56 PM PDT

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengenal pasti beberapa nama untuk pertimbangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai anggota jawatankuasa khas royalti yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun berkata, perkara tersebut belum boleh diumumkan kerana masih diperbincangkan diperingkat Kerajaan Negeri.

"Ada dua tiga nama, saya sudah kemukakan kepada pegawai saya untuk diserah kepada Tuanku (Sultan Muhammad V),"katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Graduan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias)  di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Gua Musang, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berada dalam salah satu nama yang disenaraikan berada dalam jawatankuasa itu, Nik Aziz hanya tersenyum.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas royalti yang mengkaji secara adil isu bayaran tunai petroleum yang melibatkan Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Dalam pada itu merujuk  kenyataan Ketua Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan Ahli Parlimen Bachok Nasharudin  Mat Isa masih  relevan dalam Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama 9 September ini.

"Doakan kesihatan supaya saya boleh  hadir dalam mesyuarat itu,"katanya.

Pilihan raya kampus: SMM mahu Bersih 2.0 jadi orang tengah

Posted: 28 Aug 2012 04:55 PM PDT

Jamilah Hamzah

KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Bersih 2.0 agar menjadi orang tengah antara mahasiswa dan kerajaan dalam menilai semula sistem pilihan raya kampus.

Pengerusinya, Mohd Safuan Anang berkata, memorandum lima perkara itu mahu usaha diambil untuk mengatasi sekatan ke atas mahasiswa dalam menyertai pilihan raya tersebut.

Menurutnya, keraguan mengenai pilihan raya itu telah dibawa kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan balas sehingga kini.

"Kami minta supaya Bersih 2.0 mengkaji lima tuntutan yang dimasukkan ke dalam memorandum ini supaya jadikannya lebih telus dan adil.

"Kita kesal dan kecewa apabila kita rujuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri namun tiada respons.

"Oleh itu kita harap melalui ini, Bersih sendiri dapat gesa pihak kerajaan," katan pada sidang media di sini, hari ini.

Memorandum itu menuntut penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa dipilih menganggotai jawatankuasa urus pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem undi lebih telus dan dana calon bertanding.

Justeru, Safuan menimbulkan persoalan mengapa sehingga kini tarikh sebenar pilihan raya kampus tidak ditetapkan.

"Apakah isu sebenar sampai tarikh pilihan raya belum diumumkan lagi sehingga hari ini?

"Tahun lepas tarikh pilihan raya pada bulan Februari, sekarang hampir setahun, namun belum ada pengumuman. Oleh itu kami tertanya apa sebenarnya berlaku," katanya lagi.

Dompok umum habuan bagi pekebun kecil Sarawak

Posted: 28 Aug 2012 04:46 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 JULAU, — Kerajaan telah memperuntukkan RM194.7 juta di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk program penanaman dan penanaman semula getah (2011-2012) di negara itu
 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok (gambar) berkata dengan jumlah itu, kerajaan akan menanam getah di atas 53,222 hektar di mana 36,824 hektar adalah untuk penanaman semula dan 16,398 hektar untuk penanaman baharu.

Bercakap pada sesi bertemu rakyat di Rh. Mauwa di Sungai Masit, Ulu Kanowit di Julau, Sarawak hari ini, beliau berkata RM53 juta telah diberikan kepada Jabatan Pertanian untuk aktiviti penanaman baharu di atas 8,520 hektar sementara RISDA telah diberikan RM112.7 juta bagi penanaman dan penanaman semula tambahan di atas 4,200 hektar.

Dompok berkata di bawah program ini, pekebun kecil akan diberikan bantuan berjumlah RM13,500 sehektar, yang termasuk klon getah berkualiti tinggi dan baja serta racun serangga.

Bagi lada hitam pula, kerajaan memberikan dana khas sebanyak RM3.1 juta untuk membuka lebih banyak kawasan penanaman, katanya.

Dompok berkata peladang lada hitam akan mendapat insentif sehingga RM18,000 sehektar termasuk bahan tanaman dan pancang untuk tiga tahun.

Beliau berkata pengusaha perladangan baharu juga layak mendapat bantuan yang sama.

Di bawah program pemulihan penanaman lada hitam itu, beliau berkata peladang boleh menerima bantuan dalam bentuk baja dan racun serangga bernilai RM8,000 sehektar.

Beliau juga mengumumkan bantuan berjumlah RM4.4 juta untuk penanam lada hitam Sungai Masit, yang mana RM2.2 juta daripadanya adalah untuk pembinaan jalan sepanjang 9 km menuju ladang-ladang mereka
 Sementara itu, Dompok juga berkata pekebun kecil kelapa sawit juga akan mendapat insentif berjumlah RM9,000 sehektar untuk pembersihan kawasan, anak pokok dan lain-lain bahan untuk kedua-dua penanaman baharu dan penanaman semula.

"Kami telah meluluskan permohonan melibatkan 19,136 hektar untuk penanaman baharu dan 267.7 hektar untuk penanaman semula," katanya. — Bernama

Penggali kubur maut tertimbus liang lahad di Mentakab

Posted: 28 Aug 2012 04:43 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUANTAN — Seorang penggali kubur maut selepas liang lahad yang sedang digali runtuh dan menimbusnya.

Dalam insiden pada 10.15 pagi tadi di tanah perkuburan Kampung Penak dekat Mentakab, mangsa, Zailan Hamid, 40, sedang menggali kubur bersama seorang lagi rakan, Mohd Nasir Musa, 40.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Superintenden Zundin Mahmood berkatamangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan patah leher.

Liang lahad itu digali mangsa dan rakannya bagi mengebumikan jenazah seorangwarga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua.

  "Ketika menyiapkan bahagian akhir liang lahad itu, tiba-tiba ia runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa.
 
"Mangsa tertimbus lebih setengah meter, hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar.

"Rakan mangsa dan beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan menggali dengan tangan dan berjaya mengeluarkan mangsa kemudiannya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Zailan meninggal dunia sejurus selepas itu.

Zundin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. — Bernama

Bekas KPN mahu statistik jenayah dikaji semula

Posted: 28 Aug 2012 04:37 PM PDT


 
KUALA LUMPUR — Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini meminta kerajaan supaya mengkaji semula statistic kadar jenayah atau membuktikan dakwaan mengatakan statistik tersebut dimanipulasi adalah tidak benar untuk menunjukkan kadar kejayaan polis di tengah-tengah penelitian awam terhadap keselamatan.

Bekas KPN itu menambah, langkah ini adalah penting kerana dapat membantu mengurangkan kebimbangan awam terhadap peningkatan dalam kadar jenayah walaupun terdapat inisiatif kerajaan untuk menjadikan negara ini lebih selamat.

Pihak polis merespon semalam atas dakwaan yang disiarkan minggu lepas dalam surat yang kononnya daripada pegawai polis yang berkhidmat.

"Lebih baik kerajaan kaji semula statistik kadar jenayah.

"Kalau tak betul seperti yang didakwa, buktikan.

"Jangan diam saja kerana ini akan membuka ruang kepada orang untuk buat spekulasi," katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Pada 22 Ogos satu surat tanpa nama dikatakan ditulis oleh seorang polis menggunakan nama Sumun Osram mendakwa kes-kes jenayah dimanipulasi dengan menggunakan metodologi "jenayah bukan indeks" dan tidak dimasukkan dalam statistik kadar jenayah yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Di Malaysia polis mengelaskan jenayah kepada dua kategori: indeks dan bukan indeks.
Jenayah indeks dianggap jenayah serius manakala jenayah bukan indeks dianggap tidak begitu serius.

Musa mengesahkan dakwaan surat tulisan Sumun Osram tentang pengelasan indeks jenayah.
"Memang kita (PDRM) kelaskan jenayah kepada indeks dan bukan indeks.

"Ini adalah guideline dari Interpol," katanya lagi merujuk kepada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa dengan menggunakan nama singkatan Interpol.

Agensi global tersebut berfungsi untuk memerangi jenayah merentasi sempadan di kalangan 190 negara-negara ahli.

Musa telah berkhidmat bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) lebih empat dekad sebelum ini pernah meminta kerajaan agar tidak menyorokkan fakta jenayah dan mengatakan rakyat bimbang tentang keselamatan mereka.

Musa, yang menjawat jawatan KPN selama empat tahun semenjak 2006 sebelum beliau digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September, 2010, menyokong desakan ahli parlimen pembangkang yang meminta kerajaan untuk membersihkan diri dari pertuduhan bahawa agensi kerajaan memanipulasi statistik untuk memberikan gambaran salah tentang kadar jenayah dan memberikan imej baik tentang pencapaian pasukan polis.

Walaupun terdapat desakan berulang meminta penjelasan, PEMANDU dan polis berdiam diri sehingga semalam.

"Semua jenayah yang dilaporkan, tanpa mengira seksyen Kanun Keseksaan atau di bawah kategori jenayah mereka berada, akan menyumbang kepada statistik jenayah. Dan ini akan terus dipertingkatkan oleh Sistem Laporan Penjejakan Online yang sedang mengalami ujian Beta pada masa ini dan akan dilancarkan pada penghujung 2012.

"Pencapaian PDRM dan penambahbaikan melalui NKRA adalah benar, seperti inisiatif Program Bandar Selamat, Peningkatan Penyiasatan, Perkhidmat Barisan Hadapan ," kata ACP Ramli Mohamed Yusuf dari Jabatan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam sebuah kenyataan.

Takrif Indeks dan Jenayah Bukan Indeks, serta proses Siasatan dan Pendakwaan telah dimulakan lama sebelum pengenalan program NKRA. Tiada asas fakta atau bukti untuk dakwaan bahawa statistik jenayah dimanipulasi atau diubah.

Beliau merujuk kepada pertuduhan oleh 'Sumun Osram'.

"Penulis, jika benar-benar seorang anggota polis, mungkin telah lama tidak bersama pasukan dan jelas tidak memahami bagaimana proses kepolisan dan siasatan jenayah dijalankan. Untuk mengelakkan keraguan dan salah faham kerana salah tafsir seperti yang digambarkan oleh penulis, PDRM mahu menjemput kepada mana-mana orang awam untuk tampil ke hadapan dan berkongsi kebimbangan mereka dengan kami, "kata Ramli.

Bulan lepas, PEMANDU mempertahankan diri mereka daripada kritikan awam selepas peristiwa insiden jenayah yang seolah-olah bercanggah dengan imej dikeluarkan oleh statistik jenayah.

Agensi tersebut, bersama-sama dengan polis dan Kementerian Dalam Negeri, telah terus dengan dakwaan mereka bahawa kadar jenayah di negara ini telah merosot dengan ketara sejak inisiatif di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pengurangan jenayah bagi PEMANDU, Eugene Teh Julai lalu mengeluarkan statistik menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Tiada ulasan: