Ahad, 26 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nak Perjuangkan Islam Atau Melayu?

Posted: 26 Aug 2012 06:19 AM PDT

Mayat Piter Sampe Sambara, seorang lelaki yang telah
meninggal 80 tahun lalubersama sanak saudaranya

Di sebuah daerah bernama Toraja, Indonesia, pada 23 Ogos 2012 lalu, telah berlansung satu adat yang pelik. Adat ini dinamakan 'Mak Nenek' – satu acara turun temurun masyarakat daerah ini untuk menghormati mayat keluarga mereka.

Pihak keluarga akan menggali kubur keluarga yang telah mati dan mayat tersebut dipakaikan dengan pakain yang baru! Mereka mahu mayat juga kelihatan segak dan bergaya di alam kubur!

Dengan pakaian barunya ,nampak segak dan bergaya!

Selepas siap dipakaikan dengan pakaian baru, mayat-mayat tersebut pun dikembalikan kedalam keranda yang telah dibersihkan dan dikuburkan semula.

Tak tahu apa agama nih! Ada juga yg pakai songkok ...
biasalah bagi orang Melayu, betul tak?

Selepas genap 3 tahun, mayat tersebut akan dikeluarkan semula untuk menjalani adat tersebut sekali lagi dan begitulah seterusnya.....

Beginilah satu adat kebudayaan satu masyarakat yang ada di Indonesia. Indonesia adalah rumpun Melayu juga macam kita. Jadi nampak tak? Nak pejuangkan Melayu ke atau Islam? Kalau nak perjuangkan Melayu korang ikutlah macam depa ni!


Masalah Karpal Tak Pelik, Yang Pelik ....

Posted: 25 Aug 2012 09:49 PM PDT


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pas yang menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam bukan sahaja gagal menyatakan pendirian tegas mengenai isu hudud sebaliknya terus berdolak-dalik dalam usaha yang dilihat mahu menjaga hati DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh.

Meskipun dihina Pengerusi DAP dalam isu hudud, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar hari ini tetap berkata, Pas tidak pelik dengan penentangan Karpal dan beliau memberi alasan DAP hanya sebuah parti pembangkang bukan kerajaan yang memerintah.

Beliau juga secara berterusan cuba berdalih mengenai kegagalan Pas bangkit menjawab kritikan pedas Karpal dan seperti dijangka sebagaimana yang lepas-lepas, Abdul Hadi menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula.- UTUSAN MELOYA

Umno pura-pura lupa bahawa Umno/BN yang halang Hudud sewaktu PAS mahu dilaksanakan di Kelantan. Betullah apa yang Apek Porno Chuah Soi Lek tu kata , Umno Hilang Akal bila nak laksanakan Hudud!

Tiada ulasan: