Ahad, 26 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


Tawar Khidmat Urut Kepada Bawah Umur

Posted: 26 Aug 2012 03:00 PM PDT


Salah seorang daripada tukang urut begelut ketika cuba melarikan diri daripada diberkas anggota polis

SUBANG JAYA –Terdesak mendapatkan pelanggan, wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat membeli-belah di USJ di sini bertindak berani menawarkan khidmat mereka kepada pengunjung bawah umur.

Taktiknya mudah, menghalang mana-mana pengunjung lelaki yang melalui kaki lima unit kedai pusat urut dan kecantikan tersebut sebelum memujuk mereka mendapatkan khidmat urutan ditawarkan.

Malah, wanita ini juga dilihat rakus dan sanggup bertindak agresif menarik tangan pengunjung lelaki masuk ke premis urut meskipun ada di antara mereka yang memberitahu masih di bawah umur.

Bagaimanapun, aksi mereka tidak bertahan lama apabila ada kalangan ibu bapa mangsa membuat laporan kepada pihak polis berhubung gangguan diterima anak mereka.

Susulan aduan itu, sepasukan polis ke tempat kejadian dan berjaya memberkas empat wanita warga China ketika sibuk menarik pelanggan untuk ke premis mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa yang mendakwa anak mereka didekati tukang urut yang terdesak menawarkan khidmat urutan ketika melalui deretan kedai dalam pusat membeli-belah itu.

Katanya, bertindak atas aduan, sepasukan anggota diketuai beliau sendiri menyerbu dua premis pusat kecantikan dan urutan yang masing-masing didapati tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

Jelasnya, ketika serbuan salah seorang daripada wanita warga China terbabit cuba melarikan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara anggota dengan wanita terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka hanya mempunyai pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit bekerja.

"Kesemua ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya yang memberitahu ketika serbuan ke atas premis, seorang pelanggan berada dalam kedai.

Beliau dalam pada itu menggesa pengunjung yang mendapati kewujudan aktiviti negatif supaya memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat membeli-belah dan pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil.

SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

UMNGOK SESAK NAFAS

Posted: 26 Aug 2012 05:00 AM PDT



DEY MACHA!!!!
UMNGOK MAKIN TERDESAK
NAK TARIK SOKONGAN ANAK MUDA
SAMPAI KENA BUAT CABUTAN HADIAH MISTERI
KAH! KAH! KAH!

PASAI PA TAK BAGI HADIAH LEMBUGHINI?
MACAM JAMAL IKAN TONGKOL KAKI KELENTONG TU
SAMPAI LA NI TAK BAGIPUN HADIAH
KAH! KAH! KAH!


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya

Posted: 26 Aug 2012 12:00 AM PDT


Oleh Mohd Farhan Darwis
PETALING JAYA — PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.

Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu "bread and butter" menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.
"Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.

"Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (ProgramTransformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik … tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan
Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut.

"Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka.

"Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center," katanya.

"Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan," tambahnya lagi.

Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai "presiden" dan berkempen secara individu.

"Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center … kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.

"Ia bukannya semangat berkumpulan, bukan team effort, tapi personal strenght," kata Rafizi lagi dan menambah,"PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR)."

Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu.

Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.

Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.

Penerimaan terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013.
Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya.

Kaji selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka "gembira" dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012.

Kaji selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012. – The Malaysian Insider


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: TENGKORAK BETOI

Posted: 25 Aug 2012 07:13 PM PDT



Di sebuah muzium di Kaherah.

Pelancong : Ini tengkorak siapa ? ( sambil menunjukkan kearah sebuah kotak berkaca.)

Pemandu pelancong : Ini tengkorak Queen Cleopatra II

Pelancong : Tapi guard di luar kata, tengkorak kecil di pintu masuk tu tengkorak Queen Cleopatra II.

Pemandu pelancong : Oo... itu tengkorak semasa dia budak..( DGN KONFIDEN )

Pelancong : ????????????


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: