Khamis, 23 Ogos 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


NON MUSLIM JADI PEMIMPIN?

Posted: 23 Aug 2012 11:08 AM PDT


Allah swt sebut dalam al-Quran;
jangan kamu cela mereka menyembah selain dari Allah, nanti mereka akan cela Allah dengan permusuhan dan tanpa ilmu'

ayat ini bersifat sad al-zaraie, iaitu larangan itu berfaktorkan bimbang kepada implikasi celaan mereka terhadap Allah SWT. Dengan maksud, hukum mencela sembahan selain Allah pada asalnya adalah boleh, tp jika memungkinkan ada implikasi celaan balas kpd Allah, maka hukumnya haram. Inilah yang dikatakan ayat ini bersifat sad al-zaraie.

Kaedah sad al-zaraie, bukan dengan mengharamkan terus, tetapi ia sudah cukup capai maksud sad al-zaraie dengan adanya syarat2 ketat yang ditetapkan. Ia sama seperti hukum melantik perempuan menjadi pemimpin. Qaradawi mengizinkan itu berdasarkan syarat2 yang ketat. Dengan maksud, sekiranya syarat tidak disempurnakan, maka hukumnya adalah haram. Namun, jika ikut dgn syarat2nya, hukumnya adalah harus.

Serupa juga ayat yang melarang melantik orang kafir menjadi pemimpin. Ayat itu perlu ditengok kpd ayat lain yang merujuk larangan berfaktorkan kebimbangan rahsia-rahsia negara akan dibongkarkan kepada negara musuh.

Dalam kerangka demokrasi, seseorang yang menjadi pemimpin tertakluk kepada undaang2. Dengan maksud, kalau mereka melanggar undang2 tersebut, mereka dikenakan tindakan hukuman, tidak kira pemimpin itu beragama islam atau tidak beragama islam.

Dengan maksud, melantik non muslim yang adil sebagai pemimpin adalah harus sekiranya mereka akur dengan syarat2. Sekiranya mereka langgar syarat, maka hukumnya boleh jadi haram. 

Dalam kes kebimbangan rahsia-rahsia negara akan dibongkarkan kepada negara musuh, masakan non muslim, kadangkala muslim juga boleh buat. 

Ekoran itu, tidak hairan islam letakkan asas amanah amat penting bagi seseorang pemimpin. Ini krn, kalau pemimpin bukan islam itu amanah, sudah pasti kebimbangan rahsia-rahsia negara akan dibongkarkan kepada negara musuh tidak akan berlaku..

KAFIR ZIMMI, MUAHID DALAM NEGARA DEMOKRASI

Posted: 23 Aug 2012 10:38 AM PDT


[1]

Akad zimmah adalah pengakuan non muslim dalam sesebuah kerajaan islam dengan keadaan mereka perlu dikenakan membayar jizyah.

Menurut ibn Al-Qayyim dalam kitab ahkam ahl al-Zimmah, beliau meletakkan ahl al-Zimmah sebagai salah satu dari maksud kafir mu'ahid. Pada Ibn al-Qayyim, selain ahl al-Zimmah, antara termasuk dibawah maksud kafir Mu'ahid adalah Ahl al-Hudnah dan ahl aman. (jld 2, hlmn 837)

maksud ahl al-Hudnah adalah golongan kafir yang memerangi kerajaan islam pada asalnya, kemudian mereka genjatan senjata dan berdamai dalam kerajaan islam. Adapun kafir zimmi pula adalah non muslim yang menjadi rakyat sesebuah negara yang semenjak awal lagi berdamai dengan kerajaan Islam dengan membayar jizyah.

Perbedaan antara kafir hudnah dengan zimmah adalah, zimmah sememangnya sudah ditetapkan kepada mereka membayar jizyah, sedangkan hudnah adalah terpulang kepada kerajaan untuk meletakkan pembayaran yang perlu mereka tunaikan atau tidak.

Di sana terdapat satu lagi jenis disebut sebagai musta'man. Mereka adalah non muslim yang datang dari negara luar, sama ada dengan tujuan berniaga, melawat, merantau dan seumpamanya dalam kerajaan Islam. Bagi musta'man ini, tidak boleh dikenakan jizyah.

Ulama-ulama terdahulu berbeda pendapat dalam mendefinisikan maksud bagi kafir mu'ahid ini. Menurut Ibn Athir, 'mu'ahid banyak disebut dalam hadis merujuk kepada ahl zimmah. Kadangkala digunakan untuk selain ahl zimmah, seperti digunakan untuk non muslim yang melakukan perdamaian atau genjatan senjata dengan orang islam (ahl Hudnah) dalam jangka masa tertentu'

dari definisi Ibn Athir, kita dapati maksud kafir Mu'ahid ini merujuk kepada; 1- kafir zimmi yang membayar jizyah; 2- kafir hudnah yang bergenjatan senjata dengan pemerintahan islam.

Adapun menurut al-Syaukani pula, beliau mendefinisikan Mu'ahid ini adalah lelaki dari kalangan ahl harb (yang asalnya menyerang kerajaan Islam) yang masuk dalam kerajaan Islam dengan aman. Haram bagi pemerintahan Islam membunuhnya'

dengan definisi al-Syaukani pula, kita dapati maksud dengan mu'ahid adalah tertumpu kepada kafir hudnah.

[2]

Fiqh Politik, sifatnya sentiasa berubah berdasarkan perubahan masa dan tempat. Perubahan itu hendaklah tertakluk kepada masih menjaga perinsip, iaitu memberi kemaslahatan kepada rakyat.

Al-Qaradawi menyatakan; 
'politik adalah melaksanakan sesuatu berdasarkan kemaslahatan kepada rakyat' (al-siyasah al-Syariyyah, hlmn    ).

Al-Tufi pula menyatakan;
'adapun maslahah siyasah mukallaf pada hak-hak mereka, maka ia diketahui bagi mereka berdasarkan hukum adat dan akal. Apabila kita dapati dalil syarak mendiamkan diri dari memberi faedah, maka kita ketahui bahawa kita dihalalkan pada penghasilan maslahah terhadap rakyatnya' (Dr Mustafa Zaid, al-Maslahah fi al-Tasyrik al-Islami, hlmn 233, nazariyyah al-Muwazanat, hlmn 305)

dan lagi, sifat politik yang termaktub dalam nas bersifat wasail, bukan maqasid. Dengan maksud, ia adalah mekanisma yang sesuai di zaman dan penurunan wahyu, tetapi di zaman yang lain, mekanisma itu boleh dirobah selama tidak menafikan maqasid dalam politik, iaitu memberi keadilan dan kemaslahatan kepada rakyat.

Ia diumapamakan seperti firman Allah;
'perangilah orang kafir itu hingga tidak berlaku fitnah'

ayat ini, Allah SWT menyatakan bahawa berperang itu sebagai mekanisma untuk menghilangkan fitnah. Dalam beberapa tempat seperti Malaysia, berperang itu wajar dielak, waima disuruh berperang oleh nas, kerana di Malaysia, berperang itu sendiri boleh mendatangkan fitnah.

Makanya, di malaysia, untuk mengelak fitnah, bukan dengan berperang, tetapi dengan menggunakan mekanisma yang lain, seperti mengundi, demokrasi dan sebagainya; selama tidak menyanggahi nas secara saheh dan sareh.

Maka begitujuga dalam fiqh politik. Sifatnya adalah adalah wasail, atau mekanisma. Sedangkan semuanya bertujuan untuk mencapai kemaslahatan dan keadilan kepada rakyat.

[3]

mengklasifikasikan kafir itu kepada muahid, zimmi, musta'man, hudnah, harbi dan sebagainya merupakan pengamalan yang layak berlaku di zaman berperang. Sepertimana yang diketahui, dalam sejarah umat Islam, pemerintahan ketika itu sentiasa berperang, perebutan dan sebagainya. Makanya berlakulah pemerintahan monarki yang lahirnya dinasti umawiyyah, kemudian abbasiyyah dan akhirnya osmaniyyah.

Namun begitu, keadaan politik dunia islam sudah berubah. Ekoran itu, ijtihad-ijtihad politik pada ketika itu tidak wajar diguna pakai di era ini. Lebih-lebih lagi, era ini adalah pemerintahan yang menggunakan sistem demokrasi yang sudah pasti sesuatu pemerintahan itu tertakluk dengan rujukan yang disepakati secara majoriti bernama perlembagaan.

Sifat bagi perlembagaan tersebut wajar ditaati, sehingga dikira sebagai bersalah yang boleh dikenakan hukuman bagi mereka yang melanggarinya.

Non muslim dalam negara umat Islam yang mengamalkan sistem demokrasi mempunyai darjat yang sama dengan muslim atas nama warganegara atau al-Muwatinun. 



Makanya, jika mereka melanggar perlembagaan, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sepertimana muslim dalam sesebuah negara melanggar perlembagaan‏.‏

[4]

penggunaan istilah mu'ahid, musta'man dan sebagainya adalah sekadar istilah, sedangkan yang paling penting adalah kandungannya.

Ketika saidina Umar memerintah, ada satu golongan nasrani berbangsa arab duduk bawah pemerintahan beliau. Golongan itu dikenali sebagai Bani Tughlub.

Memandangkan ketika itu, pemerintahan menetapkan pembayaran jizyah, menyebabkan Saidina umar didatangi wakil mereka menyatakan bahawa bangsa bani tughlub ini mempunyai perangai tersendiri yang tidak boleh merasakan mereka sebagai golongan kedua dalam sesebuah negara. Ia akan mengakibatkan mereka akan memberontak di masa akan datang. Tindakan menyuruh mereka membayar jizyah, sedikit sebanyak memberikan pemahaman bahawa mereka seperti golongan kedua. Mengenangkan hal itu, Omar telah menetapkan bahawa bani tughlub dikenakan bayaran jizyah, tetapi tidak menggunakan istilah jizyah sebaliknya ditukar kepada istilah zakat.

Menurut fiqh, tidak ada orang bukan islam membayar zakat. Namun, melihat kepentingan menjaga keamanan negara, disamping tidak pentingnya istilah atau nama, menyebabkan bani tughlub membayar jizyah tetapi atas nama zakat.

Ekoran itu, dalam fiqh keluar satu kaedah yang berbunyi, 'hukum berlegar pada perkara yang diberi nama, bukan kepada nama'.

Maka begitulah dalam hal mu'ahid, musta'man dan sebagainya. Pengistilahan ini semuanya hendaklah dalam kerangka tidak mendatangkan implikasi yang buruk. Lebih-lebih lagi, pengistilahan itu diberikan dalam kerangka negara yang jauh tidak sama dengan kerangka negara terdahulu.

Ini kerana, pengistilahan muahid, akan melibatkan jangka tempoh atau keadaan tertentu, mereka akan menjadi tidak muahid, iaitu apabila mereka tidak membayar jizyah dan seumpamanya. Apabila ini berlaku, implikasi yang lebih buruk adalah halal dibunuh dan sebagainya.

Makanya dengan itu, dalam kerangka negara demokrasi, penggunaan muahid tidak digunakan, tetapi menggunakan istilah sedia ada, iaitu al-Muwatinun atau warganegara.

Tiada ulasan: