Rabu, 1 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tak sudah-sudah di timpa malang

Posted: 01 Aug 2012 12:51 AM PDT


Nampaknya nasib malang sering menimpa dirinya. 5 bulan lalu, dia telah dilanggar oleh keretanya sendiri kerana cuai, terlupa nak tarik brek tangan!

Beliau terpaksa direhatkan kerana terpaksa menjalani pembedahan buku lali.

Baru saja pulih dan memandu kereta yang baru dibelinya itu buat pertama kalinya ke tempat berlatih.

Tetapi tiba-tiba sahaja kereta Ferrari 360 Modena itu terbakar. Kebakaran bermula di bawah bonetnya , lalu dia berlari ke tempat latihan berdekatan meminta satu baldi air.

Sekembalinya ke keretanya, api telah marak sepenuhnya – tidak ada apa yang boleh dilakukan dengan sebaldi air yang dibawanya itu.

Kebakaran itu dipercayai disebabkan oleh litar pintas dalam pendawaiannya.

Itulah yang berlaku kepada Ever Banega , pemain tengah bola sepak Argentina. Kesian, malang datang menimpa-nimpa keatasnya.

Rafizi Ditangkap kerana bongkar penyelewengan NFC & George Kent

Posted: 31 Jul 2012 07:42 PM PDT

KUALA LUMPUR 1 Ogos : Sebagai usaha yang terdesak oleh pihak kerajaan Umno/BN dalam usaha melindingi penyelewengan yang didedahkannya, pagi ini Rafizi Ramli , Pengarah Strategi KEADILAN, ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli ini dipercayai kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent . Baca lagi di sini

Tiada ulasan: