Rabu, 1 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pusat Tuisyen Mohon Maaf Karikatur Hina Sahabat Nabi, Adakah Ini Gambar Karikatur Tersebut? Wajah Khinzir?

Posted: 31 Jul 2012 11:00 PM PDT

Mohd Nor (kanan) menegur Lee Yee (kiri) dan Chong Yong.
[SH] JOHOR BAHRU: Pusat tuisyen di daerah Ledang yang mencetuskan kontroversi kerana menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW tampil membuat permohonan maaf, semalam.

Pengusaha pusat tuisyen, Lim Lee Yee, 26, hadir di Jabatan Pelajaran Johor di sini bersama guru terbabit, Ku Chong Yoong, 22, dan membuat permohonan maaf secara terbuka sambil disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Nor A Ghani.

Lee Yee berkata, segala alat bantu belajar serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan oleh setiap tenaga pengajar di pusat tuisyen itu akan dipantau dengan lebih teliti bagi mengelak berulang kejadian sama.

"Guru berkenaan (Chong Yoong) mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Subjek Sejarah hanya subjek tambahan yang diajar kepada pelajar tanpa mengambil yuran," katanya.

Bagi Chong Yoong, dia sudah meminta semua pelajar memulangkan kembali nota ringkas yang diberikan bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh.

"Saya meminta maaf kepada umat Islam terhadap tindakan saya yang tidak matang.

"Saya benar-benar ikhlas memohon maaf kepada semua umat Islam di Johor, Malaysia dan seluruh dunia," katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, Jabatan Pelajaran Negeri akan memberi surat peringatan dan amaran kepada pusat tuisyen serta guru terbabit.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.
Berita Berkaitan:
Adakah ini karikatur yang dimaksudkan? TM peroleh gambar ini di sebuah blog pencacai UMNO.
[HM] LEDANG – Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.
P/s: Sudah banyak kali berlaku kes penghinaan terhadap Islam, namun semuanya diselesaikan dengan cara yang begitu mudah. Minta maaf. Cukupkah dengan hanya sekadar meminta maaf? Walhal perlakuan itu dilakukan dengan penuh kewarasan!


Skandal Seks untuk Gred Tinggi di Singapura

Posted: 31 Jul 2012 09:17 PM PDT

Darinne Ko Wen Hui dan Tey Tsun Hang,

[HM] SINGAPURA: Wanita yang dikaitkan dengan kes seks untuk gred tinggi membabitkan profesor undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) telah ditahan April lalu dan kini dibebaskan dengan ikat jamin, lapor akhbar The New Paper.

Bekas pelajar undang-undang, Darinne Ko Wen Hui dikatakan tidur bersama profesor undang-undang NUS, Tey Tsun Hang, 41, sebanyak dua kali dan memberinya hadiah pen Mont Blanc bernilai Sg$740 (RM1,872), kemeja bernilai $236.20 (RM597.40) dan iPod. 

Dia juga menjelaskan bayaran bil $1,278.60 (RM3,234). Darinne dilaporkan ditahan pada waktu hampir sama ketika pihak berkuasa menahan Tey untuk soal siasat.

Ketika ditemui wartawan, seorang daripada peguam Darinne, Subhas Anandan, berkata, dia tidak menyedari Darrinne telah ditahan, tetapi mengatakan wanita itu kini dibebaskan dengan ikat jamin polis bagi memastikan dia tidak meninggalkan negara itu.

Bagaimanapun, peguam yang bercakap dengan akhbar terbabit berkata, ikat jamin hanya dibuat jika seseorang itu ditahan.

Peguamnya mengeluarkan kenyataan mewakilinya minggu lalu, menyatakan Darinne "dengan tegas menafikan sebarang salah laku rasuah" sambil menambah dia belum didakwa. - The New Paper 


[Gambar] Bahana Bogelkan Penyelewengan NFC & Keluarga Sharizat, Rafizi Digari dan Didakwa di Bawah BAFIA

Posted: 31 Jul 2012 08:20 PM PDT

Sewaktu pemimpin BN dibawa ke mahkamah, adakah anda melihat mereka digari?
 
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.

Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.

Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.

Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu sebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.

Dalam reaksi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

"Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi," kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.

Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.

Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.

Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.

Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.

Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya.





P/s: Inilah Malaysia. Orang yang membongkar penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat ditekan dan didakwa. Orang yang terbukti menyeleweng belum tentu akan menerima hukuman. Jika pun dikenakan hukuman, adakah hukuman itu setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan?


Yang menarik perhatian ramai ialah keperluan polis menggari tangan Rafizi dan pemberi maklumat, Johari? Mengapa perlu menggari tangan mereka? Sedangkan kedua-duanya tidak terlibat dalam aktiviti menyeleweng dana awam? Bukan mereka yang menibai RM250 juta! Mereka bukan pembunuh berbahaya! Mereka juga bukan pengedar dadah! Mengapa polis menggari tangan mereka? Mereka hanya mendedahkan penyelewengan kroni UMNO.


Mengapa polis tidak menggari tangan Pengerusi NFC ketika didakwa di mahkamah sebelum ini? Walhal suami Sharizat ini didakwa atas kesalahan pecah amanah melibatkan dana awam sebanyak RM250 juta.







Mengapa kroni UMNO tidak digari? Mengapa orang yang membongkar penyelewengan digari?

Juruhebah Radio Tutup Aurat Sejak 1 Ramadan

Posted: 31 Jul 2012 06:54 PM PDT



[Mstar] PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut.

Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.

"Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.

"Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik," katanya.

Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.
P/s: Harap penghijarahan yang dibuat berkekalan.

Dua Lagi Lelaki Terlibat Kes Rogol Beramai-ramai pada Bulan Ramadan Terima Hukuman

Posted: 31 Jul 2012 06:10 PM PDT


[SH] SHAH ALAM - Susulan kejadian rogol beramai-ramai pada bulan Ramadan dua tahun lalu terhadap seorang pelajar berusua 16 tahun, dua lagi dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Kedua-duanya yang bekerja di kilang membaiki piano merogol remaja itu ketika mangsa tidak sedarkan diri selepas diberikan dadah dan alkohol ke dalam minumannya, tanpa disedari.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan terhadap Majirin Masungkit, 31, manakala rakannya, Saladin Ajim, 33, dikenakan 10 tahun penjara dan tiga sebatan kerana bersubahat dengan Majirin.

Saladin merupakan bapa kepada empat anak.

Hakim turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkap kedua-dua tertuduh iaitu pada 28 Ogos 2010.

Majirin mengaku salah merogol mangsa di tingkat atas rumah kedai di sebuah taman perumahan di Serendah, antara jam 4 pagi dan 10.30 malam pada 27 Ogos 2010.

Saladin pula mengaku salah bersubahat dengan Majirin dan dua lagi rakan mereka merogol pelajar itu di tempat dan pada masa sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mereka yang berasal dari Sabah menukar pengakuan selepas selepas 11 saksi pendakwaan tampil memberi keterangan.

Sebelum ini, Slamat menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan masing-masing terhadap dua lagi rakan tertuduh, Mohamad Yasar Wandi Modin, 22, dan Suhimin Tius, 21 yang mengaku salah merogol remaja sama.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.

Fakta kes menyebut mangsa dihubungi teman lelakinya, Mohamad Yasar untuk bertemu di warung bersama-sama Suhimin.

Selepas minum mangsa pitam dan apabila tersedar dia dalam keadaan bogel dikelilingi lima lelaki juga bogel, yang sedang tidur.

Mangsa cuba melarikan diri, tetapi terlanggar botol arak menyebabkan rakan teman lelakinya tersedar.

Mereka kemudian mengikat remaja itu dan dan menindih kakinya dengan batu, sebelum merogolnya beberapa kali pada pagi, tengah hari dan malam.

Salah seorang daripada mereka mentertawakan mangsa yang melawan sebelum merogol remaja itu secara bergilir-gilir.

Mangsa dibiarkan keletihan tanpa diberi makan atau minum sehingga dia berjaya melepaskan diri.


P/s: Gila kejam! Hukuman yang dikenakan pula tidak setimpal dengan jenayah kejam yang telah dilakukan penjenayah-penjenayah tersebut. Sekurang-kurangnya, syaitan bertopeng manusia ini perlu dikenakan hukuman maksimum. 


Dua Lelaki Menyamar Polis Mengaku Rogol Remaja 14 Tahun

Posted: 31 Jul 2012 05:35 PM PDT

Mohd Harmozi (kiri) dan Rizal Azlie (kanan) memarahi petugas media merakamkan gambar mereka di Mahkamah Sesyen, semalam.

[SH] AYER KEROH - Dua sahabat dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan akibat melakukan perbuatan keji dengan merogol seorang remaja sejurus menyamun dan menyamar sebagai anggota polis, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, selepas Mohd Harmozi Abdul Ghani, 28, dan Rizal Azlie Abdullah, 34, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan pada hari ditetapkan perbicaraan, semalam.

Hukuman itu selepas mengambil kira kelakuan jenayah berat dan kejam dilakukan secara bersama-sama tertuduh dalam satu transaksi.

"Walaupun kamu sudah insaf terutama bersempena Ramadan ini, kamu harus terima hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan," katanya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berpura-pura sebagai penjawat awam memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada pasangan remaja berusia 14 dan 17 tahun di sekitar Pantai Puteri, Tanjung Keling, kira-kira jam 11 malam pada 23 Disember 2010.

Kedua-duanya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta seorang daripada mangsa dengan mengambil sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan dua telefon bimbit di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Atas kesalahan itu, kedua-duanya yang tidak mempunyai pekerjaan dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mereka juga didakwa merogol seorang daripada mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Tanah Wakaf, Taman Bukit Rambai Jaya di sini, antara jam 11.30 malam dan 1.30 pagi, tarikh sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan, kedua-duanya yang telah menyesal atas perbuatan dilakukan memohon hukuman ringan, selain hukuman penjara dijalankan serentak daripada tarikh ditangkap serta meminta untuk ditempatkan di Penjara Sungai Udang.

Bagaimanapun, Rebecca meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang berhadapan tiga pertuduhan termasuk melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 14 tahun.

"Perbuatan mereka telah menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan trauma," katanya.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara  dua tahun bagi kesalahan menyamar, lapan tahun dan dua sebatan (rompakan berkumpulan) dan 15 tahun dan lapan sebatan (merogol).

Beliau turut mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh ditangkap pada 15 Januari 2011 dan tertuduh dipenjarakan di Sungai Udang. 





Tiada ulasan: