Rabu, 1 Ogos 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


DAMAI KASIH

Posted: 01 Aug 2012 12:49 PM PDT


berjalan sendiri memandang hutan,
sunyi sepi mendamaikan,
mengenangkan kasih sayangnya,
tanpa kasihnya hidup menderita,
dunia hancur, jiwa lara,

Kau kekasih pemberi harapan,
sumber utuh dan kekuatan,

tanpamu, hidupku sunyi
hadirmu, sunyi jadi seri

sungguh kau kekasih,
kekasih sejati....
jiwa dan raga, hanya padamu kekasih.

BERSERAH

Posted: 01 Aug 2012 12:48 PM PDT


Cerah bertukar pudar, 
Kabur bertukar gelap.
Di hujung langit, kemerah-merahan berdakap,
Awan biru semakin bertukar wajah,
Terdengar Suara, memanggil berserah.

Hati menguncup, kembali mekar,
Cinta bersemai, jiwa gementar,
Oooo… gementar…

Sayangnya tidak pernah pudar, 
Kasihnya sentiasa tersebar,
Walau ghaib di mata, hadirnya tanpa disedar,

Ooooo… tersedarkah….




Tiada ulasan: