AdukaTaruna |
Bila SB nak bawa gua ke belakang kedai. Posted: 05 Aug 2012 04:09 AM PDT Usaha menyerah memorandum kepada PM di Bachok disekat SB. Gua mula2 kena pegang. Pastu nak bawak gua ke belakang kedai. Gua enggan. Jap lagi kot2 kena belasah takda saksi. Kena tuduh belasah diri sendiri plak. Kena cop samseng lagi. ASP tu jawab dia tak mahu kasi orang (penyokong UMNO) nampak. SB dlm gmbr ni tak kasi apa2 aktiviti R pun. Berunding punya berunding, dia kasi tempat 50 meter dari kawasan tersebut. Gua cakap sebelum kami semua chow, kami nak bergambar dulu. Dia kasi syarat jgn buka banner. Dan jgn spin. Gambar dia kompom masuk internet. Kami ke lokasi yang dibenarkan. Bergambar dan membuat sidang media di situ dengan kawalan polis. Memo kami ialah mengenai bantahan tempoh 6 bulan dan tambahan 80 hari yang diumumkan PM. Ayah PM sudah berjanji puluhan tahun yang dulu. Bayar segera ke perbendaharaan kerajaan negeri supaya duit itu boleh dibentangkan dan dibahas dalam Dewan Undangan Negeri. Supaya anak2 kami mengetahui perjalanan haknya sendiri. Bagaimana ianya diuruskan dan dibelanjakan. Kami akan terus berjuang kerana Allah. Maruah anak2 kami. Gambar2 akan diupload oleh sahabat2 R di FB masing2. Insyaallah. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan