Isnin, 13 Ogos 2012

Addin

Addin


Terlepas Hukuman W'pun Mengaku Salah Merogol Gadis Bawah Umur

Posted: 13 Aug 2012 11:21 AM PDT

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin. ~bernama

Hassan Akidah Tubuh Yayasan Murni Akidah

Posted: 13 Aug 2012 09:53 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas  perlu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR). Ini kerana menurut Hasan, Pas sehingga kini berdiam diri dan gagal dengan pendirian mereka sebelum ini dalam menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.Hasan berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sebelum ini, yang jelas  satu ketika dahulu mengatakan, Pas perlu laksanakan hudud dan tidak akan ketepikan undang-undang Islam.

Harun Taib pernah katakan bahawa Pas akan pilih rakan baru sekiranya undang-undang Islam gagal ditegakkan.Katanya, dalam format kini, Pas telah gagal melaksanakannya apa yang dikatakan oleh Harun Taib itu, bahawa  Pas kini perlu memilih  rakan baru dalam perjuangannya."Pemimpin Pas dan Dewan Ulama perlu mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan.

"Tidak boleh biarkan bersetuju untuk tidak bersetuju. Pas kena yakin dan menegakkan konsep dan objektif mereka sebelum ini untuk  menegakkan negara Islam," katanya.Menurut Hasan, tindakan Pas yang terus berdiam diri itu kerana takut akan ditolak oleh pengundi bukan Islam."DAP sangat konsisten bahawa Malaysia  menyatakan Islam adalah agama rasmi dan bukannya agama Persekutuan.

"Implikasinya sangat besar dan DAP tidak pernah gunakan agama Persekutuan dan menggunakan Islam sebagai agama rasmi," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia berkata,  menyatakan rasa sedihnya dengan kepimpinan Pas yang berdiam diri, dan sehingga kini tidak bersuara."Amat malang pemimpin Pas tidak berani bersuara. Semakin lantang penolakan negara Islam  dan hudud oleh DAP, pemimpin Pas hanya berdiam diri."Mereka tidak mahu menjejaskan undi orang  bukan Islam terhadap mereka seterusnya menjejaskan peluang mereka ke Putrajaya." katanya.

Katanya, Majlis Syura seharusnya memainkan peranan dengan membawa perkara penting  dibawa bersama ke mesyuarat Pakatan dan bukan peringkat Pas Pusat sahaja.Dalam pada itu, Hasan yang juga Presiden Jati mengumumkan penubuhan  sebuah  unit di bawah badan itu, yang diberi nama Yayasan Murni Akidah akan menjadi platform dalam menangani masalah permasalahan akidah.Jelasnya,penubuhan Yayasan itu lebih menyeluruh rangkumannya dan tidak terhad seperti asalnya Unit Selamatkan Akidah,  sewaktu beliau menyandang  jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor sebelum ini."Dengan penubuhan Yayasan, skopnya lebih  luas dan tidak terbatas sepertimana unit," katanya kepada pemberita pada sidang media pada majlis berbuka puasa bersama 100 masyarakat Islam yang pernah menerima bantuan pihak gereja sebelum ini.Menurutnya, Yayasan Murni Akidah akan mengkaji punca permasalahan akidah yang dialami masyarakat Islam daripada pelbagai sudut dengan melibatkan pelbagai individu termasuk golongan akademik.Seterusnya, kata Hasan, Yayasan akan mengemukakan pandangan daripada hasil kajian tersebut dalam bentuk proposal ke peringkat pentadbiran Kerajaan untuk tindakan selanjutnya selain usaha bersama Jati dan pihak lain."Jati telah mengenal pasti gerakan kritianisasi ini juga semakin menular ke sekolah,hospital selain golongan miskin dan memerlukan bantuan."Justeru, Yayasan Murni Akidah akan mengkaji punca dan langkah menanganinya supaya ianya dapat dibendung," katanya.Hasan berkata, Yayasan kini dalam proses pendaftaran dan  ditubuhkan secara rasminya selepas Aidilfitri.

Kantoi!! Hassan Ali Gelabah Bila Di Asak Peguam Anwar

Posted: 13 Aug 2012 07:00 AM PDT

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual.Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk "Tolak Anwar – Hasan".

Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan:Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic law' adalah undang-undang lapuk?Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu?Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam.Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam?Hasan: Ya, tidak ada.Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan?Hasan: Ya setuju.Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya).Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu?Hasan: Ya!Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan.Hasan: Saya tak setuju!Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum.Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.Latheefa: Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah.Hasan: Saya tak pasti.Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju?Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan Putuskan Abdullah Saamah Tidak Bersalah

Posted: 13 Aug 2012 04:21 AM PDT

SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

"Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP," katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP. ~sinarharian


Gambar Ali Rustam And The Geng Buat Kecoh Di Masjid?

Posted: 13 Aug 2012 12:03 AM PDT


Gambar-gambar nih di ambil oleh sahabat Addin ketika selesai solat Jumaat di Masjid Al-Alami, MITC Ayer Keroh, Melaka pada 10 Ogos. Cuba perhatikan betul-betul muka yang menyertai demo nih.. antaranya ialah Ali Rustam, Idris Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu.

Tujuan demo nih dikatakan membantah seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika pada tahun lepas.

Namun selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur. 

Bagi Addin baguslah buat demo nih, bagi rakyat alert dengan isu nih. Tetapi yang peliknya, dulu Umno beria-ia mengatakan demo bukan budaya kita tetapi sekarang apa sudah jadi.. Lain kali sebelum bercakap fikir-fikir dulu, jangan ikut sedap mulut je.. Kan sekarang dah malu..

Jom ramai-ramai pakat turun demo "JANJI BERSIH"..
 







Tiada ulasan: