Isnin, 13 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


BACA: Amaran kita pada Pakatan Rakyat...

Posted: 13 Aug 2012 09:00 AM PDT

"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak."
Tajuk berita cukup best. VIP yang hadir juga cukup best. Tapi macam mana dengan layanan yang diberikan?

Aku bagi warning kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat. Kalau aku nampak..gerenti hangpa naya aku katok.

Jangan sekali-kali hangpa buat benda macam ni. Dibawah ni adalah budaya Melayu Umno. Sapa-sapa juga dari Pakatan Rakyat yang buat benda macam kat bawah ni, depa juga tergolong didalam puak-puak Umno.

Meja Anak Yatim (Sebelum berbuka)


Meja untuk VIP (sebelum berbuka)


Meja Anak Yatim (Nak berbuka)



Meja VIP sewaktu berbuka.


Aku setuju dengan blogger APA. Tolong tunjukkan gambar anak-anak yatim sedang makan. Tak kan depa makan kuih dalam bekas plastik dan air mineral saja.

Sumber Mediaperak


Mangkok neh yang terima RM50 ribu tuh...

Posted: 13 Aug 2012 05:55 AM PDT

RM50,000 untuk keluarkan fatwa haram sokong DAP

Pada 7 Ogos lalu, Utusan melaporkan tentang seorang tokoh ulama di Kelantan yang mengeluarkan fatwa tentang haram menyokong DAP. Dalam laporan tersebut, Abdullah Saamah dikatakan berkata,
"Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP."
ADUN Kelaboran, YB Mohd Zaki Ibrahim menjelaskan siapa sebenarnya Abdullah Saamah. Mohd Zaki mendedahkan bagaimana Abdullah Saamah menerima cek bernilai RM50,000 dari Muhyidin Yasin untuk bantuan kepada Pondok Geting. Mohd Zaki juga mendedahkan bahawa Pondok Geting sebenarnya tidak wujud dan gelaran Tuan Guru yang diberikan kepada Abullah Saamah hanyalah dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.
Tontoni video dibawah.


Sumber: Mediaperak


Apa pulak alasan CACAI Umno kali neh... hehe...

Posted: 12 Aug 2012 11:30 PM PDT

Senator BN berpaling tadah, sokong Pakatan

Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap secara rasmi mengumumkan keluar parti.

Maijol membuat pengumuman itu di kediamannya di Kampung, Goshen, Kota Marudu petang ini.

Katanya, pemimpin bahagian Upko juga akan mengikut jejak langkahnya.

Dalam ucapannya, Maijol berkata beliau hilang keyakinan dengan pengumuman "saat akhir" Najib utnuk membentuk suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat berhubung pemberian taraf kerakyatan kepada imigran di negeri itu.

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu.

Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.

MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.

Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah.- Malaysiakini


RAYA TERHOT: Najib KENA beraya kat Sabah...

Posted: 12 Aug 2012 09:49 PM PDT

Najib terpaksa berulang-alik ke Sabah dan Sarawak untuk meredakan keadaan

TERKINI! Lebih Ramai Akan Keluar BN - Anwar Ibrahim

Lebih ramai ahli parlimen dari Sabah akan mengikuti jejak Lajim Ukin dan Wilfred Mojilip Bumburing keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menjajarkan diri mereka kepada Pakatan Rakyat?

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim hari ini di Kuching membayangkan bahawa "pengumuman menarik" boleh dijangka kerana beliau percaya "mereka (ahli parlimen Sabah) mempunyai sebab untuk meninggalkan BN."
"Harapkan pengumuman yang menarik. Tetapi anda tahu gaya saya, bahawa mereka mengumumkan, dan pengumuman itu tidak datang dari saya. 
"Saya akan berangkat esok (hari ini) Sabah dan kemudian Kota Bharu, jadi anda menunggu. Lajim dan Wilfred menyertai kami kerana mereka komited kepada reformasi kami dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, "katanya kepada sidang akhbar di sebuah hotel di sini.

Lajim, yang turut hadir, berkata peluang adalah tinggi bahawa beberapa bekas rakan sejawat beliau akan meninggalkan BN tidak lama lagi.

Apabila ditekan sama ada apa-apa pengumuman akan dibuat pada hari ini, beliau berkata: "Mungkin esok atau selepas Hari Raya."

Lajim, yang merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum dia berhenti BN baru-baru ini, berkata ia adalah "tidak begitu sukar keputusan" untuk berhenti BN, yang beliau sifatkan sebagai gabungan politik yang dibenarkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
"Kami mahu kerajaan persekutuan untuk mengambil maklum dan menyelesaikan masalah di Sabah, tetapi selepas 18 tahun banyak isu kekal tidak diselesaikan
"Jika satu pihak tidak dapat menyelesaikan masalah, apa yang untuk kita menunggu lagi? Oleh itu, kita beralih kepada pihak lain, yang boleh membantu rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi saya."
Beliau menambah bahawa dia melepaskan beberapa portfolio dalam BN demi rakyat Sabah.
"Bagi saya, orang kira lagi, dan saya perlu menjawab kepada rakyat Sabah."
Lajim keluar semua jawatan parti dalam Umno, tetapi beliau masih ahli parti walaupun ini mungkin tidak lama kerana beliau baru-baru ini telah diberi dengan surat tunjuk sebab mengapa dia tidak patut dipecat.

Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) baru-baru ini yang ditubuhkan di Sabah, Lajim menjawab: "Kami menunggu pengumuman oleh (Perdana Menteri) Najib."

Sementara itu, Anwar menyatakan dengan jelas bahawa parti-parti komponen Pakatan PKR, DAP dan PAS telah bersetuju untuk menerima Lajim dan Wilfred untuk bertanding di bawah tiket Pakatan datang pilihan raya umum ke-13.
"Mereka telah menerangkan mengapa mereka mahu meninggalkan BN, dan kami mengalu-alukan mereka. Pada dasarnya, kita, bersama-sama dengan PAS dan DAP, telah mencapai persetujuan tentang mereka bertanding di bawah tiket Pakatan. "


PETUA jadi kaya kat Malaysia [TENGOK]

Posted: 12 Aug 2012 08:06 PM PDT

Nak kaya sebagai jutawan?
Nak harta berkoyan-koyan?


Hanya di Malaysia saja tercipta...
Pi kat tempat lain tak boleh jumpa...
Paksa bapak kita jadi menteri Umno...
Kaya meliana tak payah pakai bomo...


Apa yang RAFIZI seronok sangat neh... [BACA]

Posted: 12 Aug 2012 05:28 PM PDT

Dia bukan bingung, dah memang BENGONG...


Shahrizat bingung, tertekan, bicara disambung 18 Sept

KUALA LUMPUR 10 Ogos: Bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil didapati tertekan ketika berhadapan peguam bela, Ranjit Singh.
"Saya rasa situasi tadi telah meletakkan Shahrizat dalam keadaan tertekan," kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin ketika ditemui.
Shahrizat juga dilihat bingung untuk menjawab soalan hingga terserlah perwatakan beliau sebagai seorang ibu yang tidak peka terhadap kehidupan suami dan anak-anak.
"Saya tahu anak saya bekerja dengan suami saya, tapi apa yang mereka buat dan ke mana (mereka pergi) saya tidak tahu," kata Shahrizat.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, situasi kes berlangsung tadi merupakan satu permulaan yang baik bagi perjalanan kes itu.
"Peguam telah melakukan kerja yang baik, seronok melihat prosiding tadi," katanya.
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes disambung 18 September depan.

19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Rafizi sebanyak RM100 juta berhubung projek kontroversi NFC.

Ia berikutan pendedahan KEADILAN berhubung dana RM250 juta untuk penternakan lembu itu disalah guna keluarga Shahrizat.

Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan.

Shahrizat dalam samannya mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia.- KD


Tiada ulasan: