Anak Sungai Derhaka |
- Siling Hospital Serdang Runtuh lagi.. 4 Cedera
- Gambar Ali Rustam belajar demo tersebar..
- Kes Anwar saman Utusan: Hasan Ali gelabah diasak peguam
- Jamal Ikan Bakar ancam belasah semua peserta Himpunan Janji BERSIH.
- 48% Pengikut Twitter Najib adalah akaun palsu?
- Khairy kata Pemimpin BN yang lompat parti tu memang tak diperlukan lagi oleh BN..
Siling Hospital Serdang Runtuh lagi.. 4 Cedera Posted: 13 Aug 2012 09:19 AM PDT Ini merupakan kejadian kedua di Hospital Serdang, yang beroperasi sejak Disember 2005, selepas insiden siling di kawasan lobi utama runtuh pada Januari tahun lepas. SERDANG – Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita Jabatan Kecemasan Hospital Serdang cedera selepas 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi Isnin. Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak. "Ketika kejadian, terdapat tiga jururawat wanita dan seorang pegawai perubatan wanita berusia 20-an sedang betugas di bahagian kaunter meja jururawat manakala pesakit berada di bilik masing-masing. "Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian. Beliau berkata semua mangsa yang cedera menerima rawatan pesakit luar dan kembali menjalankan tugas masing-masing. Dr Ardi berkata kerja pembaikan siling dijalankan sejak 8 pagi dan berakhir 4 petang tadi tanpa menjejaskan urusan pentadbiran hospital itu. Beliau berkata barang yang rosak dalam kejadian itu ialah sebuah peralatan melihat salinan sinar-X. "Kita masih mengkaji punca sebenar kejadian dan memantau keseluruhan kawasan itu… pemeriksaan yang lebih rapi selepas ini akan memastikan tidak ada lagi runtuhan siling berlaku," katanya.
Projek kroni siapa agaknya ini?? takkan Kroni AnwarIbrahim kot?? |
Gambar Ali Rustam belajar demo tersebar.. Posted: 13 Aug 2012 08:05 AM PDT Ingat tak lagi apa kata Mahathir bila mengulas tentang demonstrasi oleh penyokong Pakatan Rakyat ketika upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru setelah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas oleh Najib? Kata Mahathir "Ia (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri. "Jika anda bertindak di jalan raya setiap kali ada masalah, maka jika dan bila anda membentuk kerajaan, orang lain akan melakukan yang sama," Kini semakin jelas kata-kata Mahathir itu tidak dipedulikan oleh baik pencacai mahupun pemimpin UMNO.. da tak ada nilai kata orang.. Gambar-gambar nih di ambil oleh sahabat ketika selesai solat Jumaat di Masjid Al-Alami, MITC Ayer Keroh, Melaka pada 10 Ogos. Cuba perhatikan betul-betul muka yang menyertai demo nih.. antaranya ialah Ali Rustam, Idris Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu. Tujuan demo nih dikatakan membantah seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika pada tahun lepas. Namun selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur. Bagus tujuan demo yang diadakan ini sebenarnya... tapi bukankah Demonstrasi Bukan Budaya Kita? Itulah sikap sebenar pemimpin dan juga pencacai UMNO.. apa saja yang menguntungkan mereka tidak menjadi kesalahan jika ianya dilakukan.. Sumber gambar : Addin |
Kes Anwar saman Utusan: Hasan Ali gelabah diasak peguam Posted: 13 Aug 2012 05:52 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual. Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk "Tolak Anwar – Hasan". Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan: Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual? Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima. Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic law' adalah undang-undang lapuk? Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu? Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam? Hasan: Ya, tidak ada. Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan? Hasan: Ya setuju. Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual? Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya). Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu? Hasan: Ya! Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan. Hasan: Saya tak setuju! Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan. Latheefa:Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah. Hasan: Saya tak pasti. Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju? Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan. http://www.keadilandaily.com/?p=34519 |
Jamal Ikan Bakar ancam belasah semua peserta Himpunan Janji BERSIH. Posted: 13 Aug 2012 12:09 AM PDT Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos. Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai". "Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil. "Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut. Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu". Sementara itu, A Samad ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan. Katanya, gabungan NGO tersebut akan mengadakan satu mesyuarat pada malam ini - yang dijangka akan membincangkan mengenai ugutan berkenaan. A Samad Said sebelum ini berkata, perhimpunan berpakaian kuning pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dirancang untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil. Samad bagaimanapun menegaskan, acara itu tidak dianjurkan oleh BERSIH kerana hanya 26 daripada 80 badan gabungan menyertai acara itu. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian. Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu. Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk. Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu. Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam. Malaysiakini |
48% Pengikut Twitter Najib adalah akaun palsu? Posted: 12 Aug 2012 05:00 PM PDT Fakers Statuspeople ialah laman sesawang yang membenarkan anda menyemak sama ada pengikut anda di Twitter adalah manusia betul atau tidak. Kerana perasaan ingin tahu kami yang tinggi, kami melakukan ujian dibawah terhadap akaun Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak iaitu @NajibRazak. Umum mengetahui Perdana Menteri kita mempunyai lebih dari 800 000 pengikut twitter dan telah disenaraikan sebagai antara 25 pemimpin negara yang paling ramai pengikut. Tetapi..... lihat sahajalah apa terjadi apabila akaun @NajibRazak dianalis menggunakan WWW.Fakers.StatusPeople.com Dan jangan lupa nemesis kepada Pak Najib sendiri iaitu @AnwarIbrahim (182 575 followers) dan anak beliau Nuruzl Izzah @n_Izzah (64 289 followers) Bagaimana pula dengan dua orang kuat geng Cyber Barisan nasional iaitu @TunFaisal (84 936 followers) dan Menteri Dalam Negeri Hishammudin Tun Hussein @HishamuddinH20 ? (145 814 Followers) Di alam maya pun nak pakai pengikut hantu ke? Sumber : Blog Serius |
Khairy kata Pemimpin BN yang lompat parti tu memang tak diperlukan lagi oleh BN.. Posted: 12 Aug 2012 09:44 AM PDT Kata Khairy pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang meninggalkan UMNO/BN kebelakangan ini adalah terdiri dari mereka-mereka yang sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN. Antara yang sudah mengumumkan meninggalkan UMNO/BN ialah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukim, Senator Datuk Maijol Mahap kesemuanya dari Sabah dan semalam Tamrin juga mengistiharkan dirinya keluar UMNO/BN. Mereka -mereka itu hanya dianggap sebagai tidak diperlukan lagi dalam UMNO/BN setelah mereka mengumumkan keluar dari BN. Jika benar mereka tidak lagi diperlukan dalam BN kenapa agaknya mereka masih dikekalkan bersama BN sehingga mereka mengumumkan keluar BN? Jika tidak diperlukan lagi oleh BN.. sepatutnya mereka disingkirkan dari BN sebelum mereka umum keluar BN.. Sebenarnya ini adalah kenyataan 'sour grapes' dari Ketua Pemuda UMNO.. 'Sour Grapes' means Denial of the desirability of something after one has found out that it cannot be reached or acquired. Lagi satu bila pemimpin-pemimpin BN dah mula lompat keluar dari BN barulah terhegeh-hegeh Khairy minta akta lompat parti digubal. Sedangkan suatu masa dulu bila 'Akta Lompat Parti' ini disuarakan oleh beberapa pemimpin PR ketika pemimpin-pemimpin PR lompat menyertai BN, ianya dipandang remeh oleh pihak UMNO/BN. Ianya dianggap tidak penting dan hanya agenda politik pembangkang..
Bila dah kena batang hidung sendiri baru gelabah... tapi tidak mustahil pemimpin-pemimpin UMNO akan turut menyokong akta ini digubal kerana akan ada lagi dari Sabah akan keluar BN.. bukan Sabah saja malah Sarawak pun sama... Kalau digubal sekarang... maka mampuslah katak-katak yang dah lompat keluar dari PR dulu tu... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan