Selasa, 17 Julai 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERANG UMNO-MCA BUAT NAJIB TAMBAH PENING ANGKARA MUHYIDDIN

Posted: 17 Jul 2012 09:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

KENYATAAN Muhyiddin baru-baru ini yang menunjukkan rasa kecewa beliau terhadap MCA dan MIC akan membuatkan Najib bertambah pening memikirkan bilakah saat untuk membubarkan Parlimen.  Kenyataan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai kenyataan yang sengaja untuk menyusahkan Najib kerana bukan Muhyiddin tidak tahu betapa pentingnya sokongan MCA dan MIC terhadap Bn, tetapi apa tujuan Muhyiddin membuat kenyataan sedemikian?

Kenyataan Muhyiddin yang kemudiannya dibalas oleh Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai boleh dibaca di akhbar Sin Chew Daily dan Oriental Daily.  Muhyiddin merungut kerana sokongan kaum Cina terhadap Bn semakin menjunam. "Adakah orang Cina begitu rumit? Tidak bolehkah sikap mereka difahami?," soalnya.

Paling menjelekkan buat Presiden MCA adalah apabila Muhyiddin memuji kawasannya sendiri di Pagoh.
Beliau memberi contoh kawasan yang diwakilinya di Pagoh, di mana bahagian Umno dan MIC berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi 1,744 pengundi India dalam masa sebulan.  Beliau mahu MCA dan MIC mencontohi kawasannya.  Sedarkah Muhyiddin Pagoh belum tentu selamat di dalam PRU akan datang?
 
Dalam satu kenyataan balas, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai mendakwa Timbalan Perdana Menteri itu gagal memahami rakyat Malaysia secara keseluruhannya.  "Beliau kata MIC dan MCA tidak memahami suara rakyat. Pada pendapat saya, Timbalan Perdana Menteri mesti memahami suara semua rakyat dan bukan mendengar kepada orang Melayu?," katanya.

Liow berkata apa yang orang Cina mahu ialah dasar yang adil dan bukan berat sebelah.  Katanya, Muhyiddin tidak boleh hanya menjaga keperluan orang Melayu tetapi keperluan semua rakyat Malaysia.  Muhyiddin tidak akan membuat kenyataan seperti itu sekiranya beliau memahami perkara itu, kata Liow lagi seperti dipetik Oriental Daily.
 
Maka, bergaduh lagi Umno dengan MCA.  Sebenarnya MCA sedar selagi mereka berkawan dengan Umno, selagi itulah kaum Cina tidak akan mendapat keadilan kerana usahkan kaum Cina, kaum Melayu di dalam Umno sendiri pun tidak merasa keadilan.  Ambil satu contoh sahaja, siapa orang Melayu yang dapat projek ternak lembu dengan peruntukan RM 250 Juta yang kemudiannya lembu tidak dibela tetapi wang digunakan untuk membeli kondo, tanah dan kereta mewah?  Melayu mana?  Melayu terlatih di dalam bidang ternakan kah?
 
Ertinya, jika dengan kaum Melayu sendiri Umno boleh kelentong begitu sahaja, apakah yang MCA atau MIC boleh harapkan?  MCA dan MIC tiada pilihan lain, mereka perlu mencuba berada di dalam Pakatan Rakyat kerana di dalam Pakatan Rakyat tidak perlu tunggu PAS atau PKR memperjuangkan nasib orang-orang Melayu, cukup hanya dengan DAP sahaja orang-orang Melayu tidak pernah dianiayai.  Boleh lihat bukti dan fakta di P.Pinang.  Bukan sahaja Melayu terjamin, bahkan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng amat mengambil berat tentang kemajuan dan perkembangan Islam di negeri tersebut.  Cuba tanya Guru-Guru KAFA, Imam dan Bilal serta Penghafaz-Penghafaz Al-Quran di P.Pinang, berapakah elaun mereka sekarang berbanding dengan sewaktu di bawah Gerakan dahulu?  Peruntukan untuk Majlis Ugama Islam P.Pinang sahaja jauh berganda dari kerajaan terdahulu di mana sekarang mencapai RM60 Juta setahun. 

Di Negeri Sembilan, di kampong saya Imam Masjid Jamek hanya dibayar RM 800 sahaja.  Negeri Sembilan bukan DAP, PAS atau PKR yang perintah tetapi Umno.  Itulah Umno kalau mahu kenal./wfauzdin.blogspot.com

YB NIZAR DERHAKA ATAU TIDAK? 83 % TIDAK ANGGAP NIZAR DERHAKA

Posted: 17 Jul 2012 11:05 AM PDT


Get your own Poll!

Oleh:  WFAUZDIN NS

BLOG ini telah mengadakan satu Poll untuk pengunjung memberikan pendapat mereka berkaitan isu samada YB Nizar telah menderhaka kepada Raja-Raja atau tidak.  Poll ini diadakan berlanjutan dengan perbagai tohmahan dari pihak-pihak tertentu yang menyifatkan YB Nizar seorang penderhaka.

Soalan Poll berbunyi, "YB NIZAR DIKATAKAN DERHAKA KEPADA RAJA-RAJA, ADAKAH ANDA SETUJU?".

Seramai 2, 586 pengunjung Blog ini telah mengambil bahagian di dalam Poll yang diadakan.  Daripada jumlah tersebut, keputusannya adalah seperti berikut:

TIDAK SETUJU bahawa YB Nizar derhaka - 83 %

TIDAK TAHU samada YB Nizar derhaka atau tidak - 11 %

SETUJU bahawa YB Nizar Penderhaka - 6 %





Tiada ulasan: