Rabu, 18 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PANAS - Mangsa Terbaru Mengaku Diliwat Anwar

Posted: 18 Jul 2012 12:37 AM PDT


Bukit Mertajam - Setelah sebuah laman Blog menyiarkan seorang Mahasiswa telah membuat laporan Polis mengatakan dirinya diliwat oleh Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, muncul seorang lagi Mahasiwa mendakwa dirinya juga diliwat oleh Ketua Pembangkang itu.

Mahasiswa tersebut yang kini dipercayai sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang 'Bussines Study' di UBP, Bukit Mertajam telah membuat pengakuan di laman Face Book miliknya beberapa hari lalu.




Dari gambar yang tersebar dilaman-laman Face Book dan juga Blog, Mahasiswa tersebut dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau pernah dilihat makan bersama Anwar Ibrahim di sebuah Restaurant tahun lalu.


Berikutan dengan pengakuannya itu, beliau telah dinasihati oleh teman yang rapat dengannya supaya menyimpan semua bukti untuk dibawa ke mahkamah.

Mahasiswa tersebut juga telah mengaku sudah tiga hari tidak buang air besar dan mandi demi untuk mengekalkan bukti.

Beliau juga telah disarankan supaya bersumpah laknat di Masjid dan menurut Mahasiswa itu beliau akan mengadakan sumpah laknat di Masjid Sentul kerana menurut beliau itu tempat yang lebih afdal.

Disamping itu atas faktor keselamatan beliau juga mohon agar disediakan jaket kalis peluru untuk tujuan bersumpah laknat tersebut.



Pengakuannya itu telah membuatkan rakan-rakannya yang pernah berada di dalam UMNO melahirkan rasa cemburu mereka terhadapnya.

Ini kerana dengan mengaku dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim populariti Mahasiswa tersebut dijangka melonjak dan perubahan drastik dari segi kewangan akan kelihatan pada dirinya.


Bagaimanapun beliau melahirkan kekesalan kerana tidak membuat pengakuan diliwat oleh Anwar Ibrahim itu sebelum ianya dilakukan oleh Saiful.

Kepada wartawan TV3 dan Utusan yang berminat untuk mewawancara Mahasiswa tersebut bolehlah tinggalkan pesanan dalam Face Book Mahasiswa tersebut di ( SINI )

UPB ialah singkatan kepada Up Town Bandar Perda..

Ha..ha..ha.. semoga dengan tersiarnya laporan ini.. Rangking Blog aku akan berjaya mengalahkan Blog GreenBoc, MiLo SuaM dan juga AmenoWorld bagi membolehkan aku menjadi Top Blogger Pro PR...

Anak Sungai Derhaka


SAMM Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Malam Ini di Jalan Kebun!!

Posted: 17 Jul 2012 11:58 PM PDT



Kenyataan Terbuka
18 Julai 2012

AYUH HADIR KE SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT JALAN KEBUN

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjemput anda semua yang berada di lokasi Klang, Pandamaran dan kawasan berhampiran bagi mendengar amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat yang akan berlangsung malam ini di Jalan Kebun, Klang.

Istimewa malam ini, kita dapat mendengar apakah jawapan DSAI mengenai fitnah terbaru sebuah blog pedoman paling top di kalangan blog pro-Umno, di mana pihak polis sendiri mengesahkan tiada laporan polis dibuat ke atas DSAI. SAMM dengan keras menolak 'gutter politics' yang diamalkan oleh Umno dan Bn.

Malam ini juga tidak kurang panasnya kerna ia berlangsung di Jalan Kebun sepertimana yang kita maklum samseng Jalan Kebun berkemungkinan berlegar-legar membuat kekacauan. Tanda-tanda berlakunya kekacauan telah dikenalpasti SAMM apabila semua banner yang dipasang malam kelmarin telah didapati koyak/hilang dan salah satunya diconteng oleh samseng Jalan Kebun. Setakat 17 siri Jelajah Merdeka Rakyat sebelum ini berjaya mencapat matlamat di mana program berlangsung hingga ke detik akhir dan semua yang hadir mendapat input penting dari penceramah pimpinan Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini kekacauan di program yang melibatkan DSAI berlaku di Langkawi di mana Penyelaras SAMM Kedah bersama beberapa komradenya yang bertugas ketika itu telah berjaya menangkap si pengacau majlis. Si pengganggu majlis ini telah disoal-siasat dan mendapati kerjanya untuk membuat kacau telah dibayar RM50 oleh gerombolan Umno. Setelah selesai disoal-siasat, si pengganggu ini di bawa ke balai polis untuk siasatan selanjutnya.

Malam ini juga di Jalan Kebun, SAMM dan pasukan besar tuan rumah telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. SAMM juga seperti biasa akan membawakan siaran LIVE sepanjang pesta Merdeka Rakyat berlangsung. Jika bernasib baik, apa jua bentuk gangguan oleh Umno akan menjadi tontonan secara langsung ke seluruh dunia. Pautan siaran langsung adalah seperti berikut : http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat

SAMM sekali lagi menjemput kehadiran semua tanpa mengira warna kepartian demi sebuah kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat. Kehadiran anda semua membuktikan anda pencinta demokrasi dan bertindak adil dalam soal menilai maklumat.

Sekian


Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

http://edyesdotcom.blogspot.com/



Apa Bukti Saya Diktator?

Posted: 17 Jul 2012 11:05 PM PDT


MB Kedah arah jual saham Felda Global dibeli PKNK

Posted: 17 Jul 2012 08:00 PM PDT

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual saham milik perbadanan itu dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH), yang dibeli tanpa pengetahuan beliau sehingga menimbulkan isu seolah-olah pendirian Kerajaan Negeri berhubung penyenaraian syarikat Felda itu di bursa saham bertentangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi meredakan salah faham dalam kalangan penyokong pembangkang seolah-olah Kerajaan Kedah tidak sensitif dengan isu berkenaan.


"Jika ada mana-mana pihak yang anggap begitu (tidak sensitif) sebenarnya tidak betul. Walaupun MB (Azizan) Pengerusi PKNK, namun dalam isu pembelian saham FGVH, beliau tidak dimaklum langsung. Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri. MB hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan PR Kedah," katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, pendirian Azizan dalam isu berkenaan adalah selari dengan kepimpinan Pas yang lain iaitu menentang penyenaraian syarikat Felda di bursa saham.

"Ini terbukti apabila beliau menolak cadangan Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang juga mahu membeli saham FGVH," katanya.

Namun kata Muhammad Sanusi, situasinya berbeza apabila setiap keputusan yang membabitkan kewangan PKB perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar tetapi tidak begitu dalam peraturan operasi PKNK.

Menteri Besar adalah pengerusi dalam kedua-dua syarikat milik kerajaan negeri itu.

"PKNK dalam pembentangan belanjawannya sebelum ini memang ada menyatakan cadangan mahu membeli saham tetapi tidak dinyatakan saham apa dan cadangan itu diluluskan oleh lembaga pengarahnya,"katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyalahkan pengurusan PKNK ataupun menjadikan pihak berkenaan sebagai 'kambing hitam'.

- Sinar Harian


Kerajaan Selangor 'serang balas'

Posted: 17 Jul 2012 07:34 PM PDT

SHAH ALAM, 17 Julai -- Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah pertama untuk mengambil alih pengurusan air di negeri itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau Syabas apabila ia mengambil keputusan untuk mengenepikan kuasa Syabas dalam memberikan kuasa kelulusan pembangunan kepada projek baru dan juga kilang.

Menurut MStar, Menteri Besar,Tan Sri KhalidIbrahim berkata, berdasarkan perjanjian konsesi, Pengawal Air Negeri Selangor yang juga Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, mempunyai kuasa untuk mengenepikan ataupun menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh Syabas.


Kata Khalid, setakat ini Syabas telah menolak 60 permohonan daripada pekilang.

"Dalam proses untuk memperolehi kelulusan pembangunan, setiap jabatan kerajaan yang berkaitan diperlukan memberi keputusan sama ada setuju, tidak setuju atau wajar dipertimbangkan.

"Syabas akan memberi komen sama ada cadangan itu tidak disyorkan atau disyorkan. Kini kita telah mengarahkan supaya pengawal air Selangor melihat akan keputusan yang dibuat oleh Syabas kerana Syabas bukanlah pihak berkuasa terakhir yang menentukan keputusan muktamad," katanya kepada para pemberita hari ini.

Semalam Khalid telah mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas dengan syarat ia diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Keputusan untuk mengambil alih peranan dan tanggungjawab Syabas itu memerlukan persetujuan daripada pusat.

Selama ini kata Khalid, kerajaan negeri telah mendelegasikan tanggungjawab dan kelulusan arahan pembangunan kepada Syabas di bawah perjanjian konsesi.

Bagaimanapun tegasnya, kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan delegasi kuasa itu ekoran perkhidmatan Syabas yang mereka dakwa sebagai tidak memuaskan.

"Kini mereka tidak dibenarkan lagi membuat keputusan akhir atau muktamad. Keputusan akhir kini akan ditentukan oleh pengawal air negeri Selangor," ujarnya lagi.

Mengenai langkah untuk mengambil alih pengurusan Syabas, Khalid berkata kerajaan negeri telahpun menulis kepada kerajaan pusat dan juga Syabas mengenai hasrat mereka itu.

Keputusan untuk mengambil alih pengurusan Syabas itu dibuat setelah syarikat konsesi air itu membuat keputusan untuk mencatu penggunaan air di Lembah Klang.

"Kami telah memerhati dan melakukan penilaian mengenai prestasi Syabas sejak enam bulan yang lalu dan kami dapati mereka bertindak tidak profesional dan cuba mencetuskan perasaan bimbang dan panik kepada masyarakat," tegas Khalid.

Dalam perkembangan yang lain, Khalid berkata pejabatnya masih belum lagi menerima surat perletakan jawatan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Latheefa Koya yang diumumkan semalam.

http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/Breaking-News/Kerajaan-Selangor-serang-balas.html


Panas - Bloggers Umno Diingatkan Supaya 'Kaitkan Semua Yang Buruk Dengan PAS'

Posted: 17 Jul 2012 04:46 PM PDT

Oleh: Bekas CT UMNO


'Kaitkan semua yang buruk dengan Pakatan Rakyat atau PAS.' Itu pesanan seorang pakar strategi yang didatangkan khas dari APCO (sebuah badan perunding imej milik Yahudi) sewaktu saya menghadiri Seminar Intensif cyber trooper UMNO di Janda Baik selama tiga hari tiga malam.

Pesanan itu lebih mendalam diingatan saya setiap kali terbaca cerita-cerita sensasi dari blog UMNO, yang semuanya dikaitkan untuk memburukkan PAS atau PR.





Laporan di atas adalah contoh bagaimana kisah sedih anak yatim dimanipulate untuk mengaitkan dengan PAS. Kononnya pusat anak yatim itu milik PAS atau orang PAS, walhal setelah saya melakukan siasatan di Kuala Nerang tidak ada asrama anak yatim yang dikendalikan oleh PAS atau individu PAS. Ternyata ia sengaja diada-adakan untuk memburukkan PAS.

Jika anda rajin meneliti blog-blog UMNO, strategi ini digunakan di hampir kesemua blog mereka saban hari walau pun kadang-kadang bahan atau program yang hendak dikaitkan dengan PAS itu ternyata dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO sendiri.

InsyaAllah, saya akan terus membongkar strategi yang digunakan oleh CT UMNO, lebih-lebih lagi yang diajar oleh Dr. Norvandri.

Harakahdaily


Air Percuma : Noh Tabur Janji Kosong

Posted: 17 Jul 2012 06:56 AM PDT

SHAH ALAM, 17 JUL : Datuk Seri Noh Omar sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor berhubung pemberian air percuma sekiranya Umno-BN menawan semula negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Demikian selar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan media.

Sambil menyifatkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sebagai tidak berasas, Dr Xavier turut mengatakan ia adalah retorik politik yang dicetuskan Umno-BN.


Ini kerana menurutnya, Kerajaan Pusat melalui Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan menaikkan kadar tarif air sehingga 70 peratus kepada pengguna sebagai bayaran balik kepada dana yang diperolehi melalui pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (JICA).

"Ekoran daripada pembinaan Langat 2 yang bernilai RM8.65 bilion, Kerajaan Negeri terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi mendapatkan air mentah tersebut.

"Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat, tetapi sumber dana itu adalah melalui pinjaman syarikat JICA. Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku, di mana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain?" soalnya.

Tambahnya, Syabas juga dilihat tidak mampu mengorbankan keuntungannya sebagai syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' bagi melaksanakan tujuan tersebut.

Katanya lagi, Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air.

"Dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini, maka adalah sukar untuk Syabas memberikan air percuma. Jadi berdasarkan fakta-fakta ini, jelaslah Noh hanya bercakap kosong dan sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor," ujarnya.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor sebelum ini mendakwa Umno-BN tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat.

Beliau mendakwa, jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.


Noh Omar Cabar MB Khalid Dan Exco Selangor

Posted: 17 Jul 2012 06:00 AM PDT

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata rancangan kerajaan Selangor untuk mengambil alih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) adalah satu taktik supaya rakyat menyalahkan syarikat pengedar tunggal air bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai penyebab krisis air.

"Air tak ada kena mengena dengan SYABAS. SYABAS hanya jual air yang terawat," katanya selepas menyampaikan sumbangan moreh kepada surau-surau dan masjid-masjid kawasan Parlimen Tanjong Karang hari ini.

Anggota Parlimen Tanjong Karang itu berkata kerajaan tadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mempolitikkan isu air dan menyalahkan SYABAS.


Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas tani itu mencabar Abdul Khalid dan Exco Kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar supaya turun bersama-sama beliau untuk melawat paras air di loji-loji rawatan air di Selangor yang paras rizabnya berada pada tahap 2.4 peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan yang menyedari keperluan bekalan air bagi menampung keperluan air yang meningkat di Lembah Klang dan tanpa mengira kepentingan politik telah menyediakan pelan mitigasi bekalan air berjumlah RM600 juta memandangkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih belum mendapat kelulusan pembinaan daripada kerajaan negeri.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu bekalan air yang semakin meruncing di Selangor perlu lebih diutamakan berbanding cuba mempolitikkan isu dengan mengumumkan pengambilalihan SYABAS.

"Saya turut terkesan dengan situasi air di Selangor kerana ia melibatkan seluruh penduduk di Lembah Klang.

"Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sudah beberapa kali berunding dengan Tan Sri Abdul Khalid (mengenai isu air), dan saya dimaklumkan persetujuan telah diperoleh daripada beliau secara lisan, tetapi apabila dibawa ke mesyuarat Exco ia dibatalkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis tamat latihan Kursus asas Perajurit Muda Sukarela Siri Khas.

Ahmad Zahid berkata kerajaan negeri seharusnya tidak menjadikan Selangor sebagai sebuah badan korporat.

Abdul Khalid harus mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kehendak parti yang diwakilinya, kata beliau.

"Sebagai tokoh politik (Abdul Khalid) diharap tidak jadikan ia satu keutamaan peribadi tetapi kepentingan rakyat (Selangor) sebagaimana dijanjikan dalam manifesto (pilihan raya) harus diberikan keutamaan," kata Ahmad Zahid.

- Bernama


Ketua Polis Kelantan Berniat Jahat?

Posted: 17 Jul 2012 03:56 AM PDT

Juvana Kelantan: PAS bidas polis

PAS membidas kenyataan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang menuding jari kepada ibu bapa dalam isu tahap jenayah juvana di negeri pimpinan parti Islam itu yang dikatakan membimbangkan.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membuat laporan, pihak polis tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana ia berlaku bawah pengetahuan mereka.

"Kalau sudah tahu (wujud jenayah), polis boleh ambil tindakan, kenapa nak salahkan (ibu bapa).


"Betullah, ibu bapa (kena buat aduan), tetapi polis dah tahu (menjadi) pihak berkuasa untuk menguatkuasa undang-undang, dia boleh ambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

"Polis tak boleh kata, 'kami tidak dapat nak selesaikan kerana ibu bapa tak buat laporan," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Jalaludin kelmarin yang dilaporkan berkata, pihaknya kecewa dengan sikap ibu bapa dan sekolah yang tidak melaporkan kesalahan melibatkan remaja walaupun tahap jenayah juvana negeri itu membimbangkan.

Katanya, banyak kesalahan juvana melibatkan kes rogol, perbuatan sumbang dan kecurian dalam keluarga tidak dilaporkan bagi menjaga air muka dan nama baik keluarga.|

Menurut Jalaluddin, sebanyak 186 kes juvana dilaporkan pada 2010 dengan 305 pelajar ditahan kerana melakukan kesalahan itu.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat penurunan sebanyak 151 kes tahun lalu, dengan seramai 229 pelajar ditahan. Manakala tahun ini terdapat 68 kes juvana.

http://www.malaysiakini.com/news/203929


SYABAS Gagal Urus Air, Kerajaan Selangor Ambil Alih Tepat Pada Masanya

Posted: 17 Jul 2012 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Senator Pakatan Rakyat menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Senator Syed Hussein Ali daripada PKR berkata, keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tepat pada masanya kerana Syabas gagal menguruskan air di negeri itu.

"Apa yang dikatakan krisis air di Selangor boleh dipertikai kerana bekalan air di kawasan simpanan air masih mencukupi.


"Kerajaan Pusat sengaja menjadikan isu air ini sebagai alat politik untuk merampas Selangor," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pusat untuk meneruskan pembinaan Langat 2 yang menyediakan air mentah daripada Pahang.

Ini kerana katanya, kos pembinaan loji tersebut akan menggunakan wang rakyat.

"Walaupun kerajaan kata mereka akan biayai kosnya, tapi kerajaan negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut. Ini melibatkan wang rakyat.

"Bagaimana kerajaa negeri mahu beri air percuma jika terpaksa tanggung kos ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi senator daripada PKR, Syed Shahrir menegaskan, masalah sebenar bukan kekurangan air mentah sebaliknya Syabas gagal merawat air mentah menyebabkan air bersih tidak dapat dibekalkan kepada penduduk negeri itu.

"Syabas yang bertanggungjawab kerana bersikap acuh tak acuh dalam operasi merawat air. Air mentah ada tapi tak diselenggara.

Menurutnya juga, Syabas didapati menanggung hutang sebanyak RM2.8 bilion.

Angka ini merupakan jumlah yang harus dibayar kepada kepada operator rawatan air.

Syabas sebelum ini bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Namun perkara itu belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/11732-syabas-gagal-selangor-ambil-alih-tepat-pada-masa


Pukimak Papagomo!

Posted: 17 Jul 2012 01:44 AM PDT

Shah Alam - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Tiada ulasan: