Selasa, 17 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Polis pula mengamuk ........

Posted: 17 Jul 2012 11:18 PM PDT

SEREMBAN - Seorang inspektor polis berusia 32 tahun telah mengamuk dengan mencederakan dua pekerja hotel serta merosakkan beberapa kereta di Seremban 2.

Difahamkan pegawai polis yang bertugas di Bahagian Jenayah Komersial ini telah pergi ke hotel pada malam Isnin lalu untuk menempah bilik sebelum keluar mengamuk beberapa jam kemudian.

Menurut sumber yang menceritakan kejadian yang berlaku, pegawai itu telah menyerang kakitangan hotel berkenaan dipercayai berpunca daripada pertengkaran berkaitan penggunaan senjata.

Suspek kemudiannya berlari keluar dan merosakkan beberapa kereta yang diparkir berhampiran.

"Dua pekerja hotel telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang teruk," kata sumber.

Pihak berkuasa juga sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi senjata kepunyaan anggota polis lain padanya.

Pegawai polis tersebut telah menyerahkan senjata miliknya pada awal bulan ini, dipercayai berada di bawah pengaruh dadah

Gadis jual tubuh kerana BlackBerry, iPad ......

Posted: 17 Jul 2012 04:56 PM PDT

JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.

Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.


Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.




"Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal - Metro

Mirzan, arak itu haram jadi duit yang diperolehi dari syarikat arak juga haram.- Dr Mohd Nor Manuty

Posted: 17 Jul 2012 06:23 AM PDT

Mirzan digesa tinggalkan bisnes 'arak' sempena Ramadhan


(Oleh Aliff Fikri)


KUALA LUMPUR 17 Julai: Sempena Ramadhan ini, Mirzan Mahathir digesa meninggalkan sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan perkara haram di sisi agama, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty.
"Sempena bulan puasa yang semakin menjelang beberapa hari lagi, saya menggesa Mirzan supaya muhasabah diri dan meninggalkan perkara yang jelas sekali bertentangan dengan Islam.
"Arak ini haram, jadi duit yang diperolehi dari syarikat arak juga haram. Beliau tidak sepatutnya melibatkan diri dengan perdagangan yang melibatkan perkara yang sudah tentu haram," katanya dihubungi.
Mirzan membeli syarikat pembuat arak terbesar di Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion. Wang dari keuntungan syarikat arak tersebut digunakan untuk membeli Esso Malaysia dengan RM1.7 bilion, lalu ditukar nama kepada Petron.
Penasihat MAS, Dr Mahathir Mohamd dengan bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah meluluskan kontrak enam bulan untuk membeli minyak dari syarikat anak Mahathir, Petron.
Tindakan Mirzan mengabaikan kepentingan agama demi keuntungan peribadi semata-mata turut dibidas.
"Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang sering bercakap soal agama, tapi sayang anak beliau pula menggadaikan maruah diri dengan terlibat dengan syarikat arak," kata Mohd Nor.
Beliau juga menempelak tindakan Mahathir yang mementingkan poket keluarganya dengan menyalahguna kepentingan rakyat.
"Tindakan Mahathir yang berdiam diri dan tidak memberi sebarang jawapan berkenaan isu duit arak anak beliau jelas membuktikan amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan beliau sejak dari dulu tidak pernah terpadam.
"Nepotisme adalah amalan mengabaikan kepentingan rakyat untuk mengisi poket sendiri dan mengaut keuntungan sebesar-besarnya ke dalam institusi keluarga sendiri dengan menggunakan wang rakyat.
"Ini juga merupakan salah satu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama," tegas Mohd Nor.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32917

FITNAH LIWAT 3 : SAH PAPAGOMO PEMBOHONG BESAQ - :

Posted: 17 Jul 2012 01:31 AM PDT

Shah Alam - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.



Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya. -SH 


AWAS !! Pengguna Lebuhraya LEKAS ... SAYA HAMPIR KENA SAMUN SEMALAM .

Posted: 16 Jul 2012 11:46 PM PDT

Salam,

Nak SHARE story dgn rakan2 kat dlm CG. Semlm sy g KL sebab ade keje2 yg perlu diuruskan. Sy ditemani oleh isteri sy. Dlm perjalanan blk ke rmh (seremban) sy ikut highway LEKAS. Disebabkan terlalu penat (sy tgh demam) mse drive sy stop kt R&R Beranang dlm pkl 3pg. Sy dan isteri park kereta (myvi), off engine & buka sedikit tingkap utk pengudaraan lps tu tido. Dlm pkl 3.10 pg isteri sy kejutkan sy bila sy bgn ade 4 org lelaki berbangsa india (Penyamun) mengepung kereta sy dan cube umpil pintu kereta. Sy terkejut terus hidupkan kereta & cube beredar dr situ. Salah seorng dr mereka cube cederakan sy dgn menjolok pembuka tayar kereta kat tingkap yg terbuka sedikit tp sy sempat pegang dan terlps dr tangan dia. Sy terus drive tp laluan R&R keluar ke highway diaorg block dgn kereta diaorg (Waja Kelabu/Coklat)
sy terpaksa lawan arus keluar ikut jln msk ke R&R. Sy terus pecut kereta sambil call 999 utk bantuan dlm mase sama diaorg kejar sy dan cube langgar kereta sy dr belakang. Plg best mase ckp dgn operator kecemasan sy bgtau dia situasi sy dia ckp "Encik sila pergi ke balai berdekatan" padahal time tu mmg tgh pecut & penyamun tu tgh kejar (mcm dlm movie pun ade) siap sy bgtau operator tu "diaorg tgh kejar sy & cube langgar kereta sy" dgn nada selambe dia ulang ayat sama. Sy letak hp trus pecut dlm 140-160kmj penyamun tu kejar sy dari R&R Beranang smp Exit Tol Setul (Seremban) antara R&R Beranang dan Tol Setul ade 2 exit lg (Nilai/Pajam & Mantin) nk bgtau yg diaorg ni nekad nk samun sy sanggup kejar smp ke Tol Setul (dlm 20km). Smp kat Tol sy perlahankan keta sebab kat situ dh ade org (mase kene kejar ade selisih dgn sebuah kereta je punye sunyi Highway ni)diaorg trus potong dan kluar dr tol sy msk laluan sama tanya budak jaga tol td "dik kereta dpn tu india 4 org kan" utk dptkan kepastian. Dia ckp ye lps tu sy ckp la sy hamper kene samun kebetulan kt situ ade peronda LEKAS sy btau diaorg psl kejadian td trus escort ke Balai Mantin buat Repot Polis. Polis ckp sy bernasib baik sebab bertindak cepat kalau x xtau la ape akan jd kt sy & isteri.

Sy nk nasihatkan pemandu2 yg gune highway LEKAS lps pkl 12 mlm jgn la berhenti kat kwsn R&R sebab bahaya walaupun diaorg ckp ade guard tp sy x nampak pun batang hidung mse berhenti.



Nnt sy upload senjata yg diaorg gune utk serang sy.



Minta maaf sebab x pandai sgt nk story tp nak share pengalaman supaya org lain x terkene. 


Tiada ulasan: