Tukar Tiub |
- SOALAN YANG PALING POPULIS - SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH
- SURAT KEPADA ISTERI MAZNAH MUHAMAD
- SELAMAT BERBUKA PUASA HARI KE LIMA
- SELAGI SISTEM EKONOMI KAPITALIS WUJUD - SELAGI ITU PERANG AKAN BERTERUSAN
- HOT PANAS TERKINI TERNOW - TERIMA KASEH KETUA PEMUDA PAS
- SYABAS CUBA SABOTAJ TAPI SUDAH MAKAN BADAN SENDIRI
SOALAN YANG PALING POPULIS - SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH Posted: 25 Jul 2012 06:11 PM PDT HANYA MAKAN UPAH - SIAPA BERI UPAH? KERAJAAN BN TIDAK MEMERINTAH SECARA POPULIS : NAJIB - meloya AMPANG 25 Julai - Kerajaan tidak akan mampu meletakkan asas kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan jika mengamalkan pemerintahan yang bersifat populis, kata Najib Razak. Beliau berkata kegagalan menyediakan asas berkenaan dan hanya mengejar sokongan serta populariti rakyat akan menyebabkan segala bantuan tidak dapat disalurkan secara berterusan. "Untuk janjikan sesuatu sangat mudah. Tabur janji bukan sukar tetapi yang mencabar ialah sama ada pemberian kepada rakyat tidak jejaskan ekonomi, sebaliknya dapat menjamin ekonomi terus berkembang di samping boleh terus bantu dan bela rakyat secara berpanjangan. "Inilah falsafah di sebalik pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya. Najib berkata tanpa mengamalkan sifat populis, kerajaan BN mampu mengolah dasar yang boleh menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara mampan dan sihat. Katanya dengan mencetuskan punca serta menambah kekayaan kepada negara, pelbagai sumbangan boleh terus diberi kepada rakyat termasuklah Bantuan Rakyat saatu Malaysia. TIEWNAMA LANGKAH TANGKAP NAJIB POPULIS KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...POPULIS INI DI MINATI RAMAI... kah kah kah.. kah kah kah...MACAM PENYANYI POP.... kah kah kah.. woit... TAK PAYAH CAKAP TENTANG GEROMBOLAN TAK POPULIS... kah kah kah.. kah kah kah.... SEMUA ORANG TAHU GEROMBOLAN TAK POPULIS.... kah kah kah... kah kah kah...DI SEMENANJUNG KIRAAN UNDI PAKATAN YANG MENANG.... kah kah kah.. woit... YANG MEMBOLEHKAN GEROMBOLAN MEMERENTAH BUKAN KUASA POPULIS...kah kah kah.. kah kah kah.... GEROMBOLAN MEMERINTAH DENGAN KUASA POLIS... kah kah kah...... radio bangsar ialah radio punk rock yang populis: |
SURAT KEPADA ISTERI MAZNAH MUHAMAD Posted: 25 Jul 2012 11:47 AM PDT |
SELAMAT BERBUKA PUASA HARI KE LIMA Posted: 25 Jul 2012 03:26 AM PDT PASAR CHOW KIT YANG AMAT TERKENAL PASAR CHOW KIT petang ni aku pergi ke pasar chow kit udang sotong lala terong bendir dan tomato hanya 2rm sekilo tak lupa beli belacan yang tidak berjenama satu masa dulu aku seorang belacan kolektor dah pencen dg hobi ini BUAH DAN BUAH BUAH ini tempat terbaik membeli buah kawasan ini agak kotor tapi inilah wilayah dimana boleh membeli dengan harga yang murah 3 kilo manga 9rm 3 kilo manggis 10 rm 18 biji apple 10rm 2 biji buah naga 6rm PASAR BUAH CHOW KIT BERBUKA PETANG INI untuk mengingati perjuangan anak muda arab untuk mengingati perjuangan bouazizi aku beli kurma dari tunisia aku juga mendapat sekotak kueh melayu hadiah kawan yang anaknya meniaga kueh melayu HANYA MELIHAT GAMBAR - AKAN DICARI PALING SPESIAL ialah gulai itik ini masakan acheh telah hampir 4 tahun aku megikuti masakan itik ini aku tidak makan ayam tapi aku suka itik itik yang dipanggang itik yang disula itik yang di rendang itik oh itik ini masakan oleh ali tuan empunya kedai itik aku telah lama kenal ali ini kerana aku telah pernah kenalkan ali kepada pembaca tapai dalam off the edge BURUNG YANG BERNAMA ITIK KENAPA ITIK itik ini adalah burung yang tidak mungkin dapat dibodohkan macam ayam itik bebas berlari dan bermandi tak mungkin itik duduk dalam sangkar malah di peranchis di china untuk mengemokan itik dilakukan dengan ganas sekali mulut itik dibuka dan dipam dengan makanan di malaysia itik masih lagi lari berkeliaran NOTA: sesiapa tahu makanan spesial untuk bulan puasa ini sila hantar ke radio bangsar utama mari kita berkongsi mari kita bertukar rasa mari kita sama sama merayakan pesta kehidupan hantar : radiobangsarutama@gmail.com |
SELAGI SISTEM EKONOMI KAPITALIS WUJUD - SELAGI ITU PERANG AKAN BERTERUSAN Posted: 24 Jul 2012 10:04 PM PDT AKHIRNYA KE SINI JUGA Ada satu pekara yang wajib diluruskan dahulu untuk memahami kesemua apa yang telah saya tulis tentang politik dunia dan khususnya tentang politik Timur Tengah. Pekara ialah cara kita membaca agar dapat memahami makna yang tersirat dari berita yang dibaca. Dan bagaimana untuk menghubung kaitkan semua berita-berita ini ke dalam satu peta untuk kita dapat memahami keadaan keseluruhan duduk pekara. Adalah satu kesilapan besar jika membaca satu-satu berita itu secara terpencil - bersendirian. Misalnya, hanya membaca berita tentang Libya atau hanya membaca berita tentang Iran atau Iraq. Jika kita membaca secara terpencil dan terpisah-pisah maka kita akan gagal untuk memahami keseluruhan gambaran politik yang sedang berlaku. Berita tentang kematian Gadaffy di Libya berkait dengan berita pemberian dana oleh Raja Saudi kepada rakyatnya, juga berkait rapat dengan berita pertemuan penjanjian baru antara Nato dengan Turki, juga berkait rapat dengan pertemuan putera Raja Saudi dengan Menteri Pertahanan Malaysia, juga berkait dengan berita tunjuk perasaan di Manama, juga berkait rapat dengan serangan bom oleh kapal terbang drones di Wazirtan, dan berkait rapat dengan tindakan Najib menjualkan tanah Felda kepada pemodal asing. ANAK MUDA BANGUN MELAWAN Semua berita-berita ini ada hubung kait. Keupayaan fikrah kita ialah untuk menghubung kaitkan semua berita ini ke dalam sebuah peta untuk kita berupaya melihat apa sebenarnya sedang berlaku. Berita-berita ini adalah menifestasi dari satu induk berita yang lebih besar. Untuk memahami apa yang tersirat dalam berita-berita ini kita wajib mengetahui apa dia politik dunia hari ini. Apa jenis politik yang dominan dalam dunia hari ini. Tanpa memahami politik dunia kita akan gagal untuk memahami apa yang sedang belaku dalam politik Malaysia. Sesudah tamatnya Perang Dingin politik dunia yang dominan ialah politik kuasa imperialis Amerika. Dengan sistem ekonomi kapitalis, Amerika telah meluaskan empirenya ke seluruh dunia. Mengikut laporan Pentagon tahun 2003 : Amerika pada hari ini memiliki 702 pengkalan tentera di 140 buah buah negara. Dalam negara Amerika sendiri terdapat 6,000 pengkalan tentera. Inilah empire yang terbesar sekali dalam sejarah dunia – berpuluh kali ganda besarnya dari Empire Iskandar Zulkarnain, dari Empire Napoleon, dari Empire Kublai Khan atau dari Empire Melaka. Ekonomi dan politik dunia telah ikat mengikat. Tidak ada lagi wilayah dalam dunia ini yang terpencil. Dengan teknoloji yang wujud dan ilmu pengetahuan yang ada kita boleh menganggap dunia ini semakin mengecil. Pergerakan manusia dan penyebaran maklumat bagitu pantas sekali, justeru secara nisbah persepsi kita telah mengecilkan dunia ini. Justeru ibu kepada politik dunia hari ini ialah politik Empire Amerika. Hegemoni politik dunia hari ini lahir dari kuasa imperial Amerika. Kuasa imperial Amerika ini ialah kuasa bala tentera Amerika yang berselirat di sekeliling dunia. Kuasa ketenteraan ini bertujuan untuk memastikan kaum pemodal multinasional akan mendapat keuntungan maksima melalui pelaburan dan pemasaran. Empire Amerika akan memastikan melalui bala tenteranya yang sistem ekonomi kapitalis ini akan terus dipertahankan. Kuasa imperial Amerika yang ingin mempertahan sistem ekonomi kapitalis telah dan sedang melahirkan gerakan politik diseluruh dunia hari ini. Sistema ekonomi kapitalis yang berkiblatkan keuntungan maksima sedang melahirkan krisis yang maha hebat diserata dunia. Sistem kapitalis ini sedang dilawan oleh rakyat dunia dalam pelbagi bentuk. Ada yang mengangkat senjata melawan sistem kapitalis, ada buruh yang bangun melawan dengan mogok, ada yang melancarkan 'occupy' dan ramai warga Eropah Barat sedang turun bertempur dijalan raya untuk menentang sistem kapitalis. Penentangan terhadp sistem ekonomi kapitalis ialah kerana sistem ini bertujuan untuk memusatkan keuntungan dan kekayaan dunia ini kepada satu kumpulan kecil. Kumpulan kecil ini akhirnya memiliki kuasa ekonomi dan kuasa politik. Dari laporan dan statistik resmi kerajaan Amerika kita mengetahui bahawa hari ini 10% warga Amerika memiliki 75% harta kekayaan manakala 25% lagi dibahagikan kepada 90% warga Amerika. Mereka yang 10% ini jugalah yang memiliki harta kekayaan dunia ini. Justeru, kumpulan yang kecil inilah yang sedang mendominasi dunia. Kumpulan ini memiliki kuasa untuk menaik dan menurunkan Presiden di Rumah Puteh. Kumpulan ini ialah kaum pemodal tuan-tuan empunya industri persenjataan. Tuan empunya perniagaan industri senjata inilah yang sedang merancang dan mengarahkan gaya, lenggok dan wacana politik dunia hari ini. Tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini yang akan dapat membebaskan diri dari pengaruh dan campur tangan industri senjata ini. Dengan ini kita sedar bahawa Gadaffy dibunuh kerana keperluan kaum pemodal industri senjata ini. Kita juga wajib sedar bahawa sekatan ekonomi keatas Iran juga adalah sebahagian dari strateji industri senjata. Industri senjata memerlukan perang. Tanpa perang kilang senjata ini akan ditutup. Jika tidak ada perang maka kapal terbang pengebom, kapal selam, kereta kebal, drones, roket berpandu , bom , peluru – tidak akan dibuat. Kilang senjata akan ditutup. SELURUH SENJATA KE DADA ZIONIS Mustahil ini akan berlaku. Sistem ekonomi kapitalis memerlukan perang untuk terus berkembang. Dengan adanya perang senjata akan dapat dimusnahkan dan yang baru akan dibuat. Justeru Israel berperang dengan Arab adalah baik. Saudi membeli senjata dan memberikan pada gerila untuk membunuh rakyat Syria adalah baik. Saudi menyerang Iran adalah baik. Semua bentuk perang dan kacau bilau akan membawa keuntungan kepada industri senjata. Meniaga menjual senjata adalah perniagaan yang paling menguntungkan dalam dunia ini selain dari menjual agama. Kedua-dua perniagaan ini berasaskan ketakutan dan keselamatan. Arab ditakut-takut kan dengan senjata Israel. Maka negara-negara Arab akan berlumba-lumba membeli senjata dari tuan punya kilang senjata. Sabentar! Disini ingin membuka satu wacana yang mungkin dilihat jauh panggang dari api. Wacana yang ingin saya timbulkan disini ialah peranan industri perang dalam politik Malaysia. Ini bukan tentang Najib mendapat komisen kapal selam. Atau tentang berbilion ringgit yang akan dibelanjakan oleh Malaysia untuk terus menerus membeli senjata. Walau pun Malaysia semenjak wujud tidak pernah masuk perang. BANGUN LAWAN IMPERIALIS AMERIKA Wacana yang ingin saya beritahu pembaca ialah tentang 22,500 ekar tanah yang akan diambil alih dari 18 buah kampong dengan jumlah penduduk seramai 30,000 orang di Pengerang. Pada pembacaan saya Pengerang sedang dijadikan wilayah geo-politik oleh industri senjata imperial Amerika. Mustahil? Apakah saya membuat lawak seram? Atau saya telah hilang akal? Jawabnya tidak. Tanah seluas ini akan dijadikan wilayah terbesar di Asia untuk menyimpan dan menapis minyak. Simpanan minyak ini bertujuan untuk bekalan bala tentera Amerika. Mustahil? Ini fitnah. Ini tohmah dan khabar angin yang tidak bertanggung jawab? Untuk memahami apa yang saya nyatakan diatas kita diwajibkan memiliki keupayaan untuk membaca dan mengkaitkan semua berita-berita yang baru dilaporkan beberapa bulan yang lalu. Berita-berita ini kita jadikan peta agar kita dapat melihat gambar yang lebih besar. Pada 30 May NST telah melaporkan dengan bangganya Najib Razak telah didatangi oleh Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman. Apa yang dibincangkan tidak diketahui. Tetapi dunia tahu bahawa Lieberman ialah seorang pimimpin gerakan Zionis. Sebagai saorang senator Lieberman sentiasa siap mempertahan kepentingan Israel. NST memberitahu bahawa dua orang senator ini dalam perjalan ke Persidangan Pucak Keselamatan Asia di Singapura. NYANYIKAN LAGU INTERNATIONALE Sebelum persidangan berlangsung Hillary Clinton telah pernah menulis dalam majalah Foreign Affairs – majalah garis politik, dasar dan idealoji imperial Amerika. Hillary mengatakan bahawa bala tentera Amerika – darat, laut dan udara – akan berpindah ke Pasik. Hillary juga meminta negara-negara di Asia Tenggara jangan risau tentang berkembangan ini. Setiausaha Pertahanan Amerika Leon Panetta turut sama dalam persidangan di Singapura ini. Ini satu persidangan yang amat penting untuk warga Asia. Kerana ini saya ingin memaklumkan kepada para pembaca bahawa telah ada perjanjian senjata antara Amerika/Singapura semenjak tahun 1990. Lapangan Terbang Paya Lebar boleh digunakan oleh Amerika. Pada tahun 1999 satu lagi perjanjian telah membolehkan Amerika menggunakan Pengkalan Tentera Laut Changi untuk kapal perang Amerika berlabuh. Tentera Amerika akan melatih tentera Singapura bermula pada tahun 2013. Kuasa imperial Amerika sekali lagi telah dibenarkan oleh Siam dan Filipina untuk membuka pengkalan tentera dalam negara mereka. Pada hemat saya semua ini adalah persediaan Amerika untuk mengepong China. Dalam pembacaan imperialis Amerika China adalah negara yang berpotensi untuk menandingi dan melawan Amerika. China memiliki ekonomi kedua tebesar dalam dunia. Tidak lama akan dapat menundukkan kekuatan ekonomi Amerika. Justeeru, dalam geo-poltik politik hari ini tanah di Pengerang - yang terbuka ke Laut China Selatan - cukup stratejik untuk menjadi wilayah pembekal minyak untuk bala tentera Amerika. Persoalan hari ini bukan lagi apa yang saya tulis ini saheh atau tidak. Persoalannya ialah apakah dasar Pakatan Rakyat dalam hal ini? (TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru - sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45 |
HOT PANAS TERKINI TERNOW - TERIMA KASEH KETUA PEMUDA PAS Posted: 24 Jul 2012 08:49 PM PDT KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... HEBAT KETUA PEMUDA PAS INI.... kah kah kah.. kah kah kah...PADAI BUAT SPIN.... kah kah kah... kah kah kah.... INI DINAMAKAN SAIKOLOJI PUSING... kah kah kah.. kah kah kah... SUDAH PUTAR... SUDAH REVERSE.... kah kah kah... SUDAH KANTOI WAH MANTOI NOTA: kalau tak ada berita ini tak ada siapa yang tahu sekrang semua blog sudah mainkan berita ini kah kah kah kah kah kah kah kah kah TOLONG PADAM GAMBAR FATHUL BARI SEDANG BERSOLEK - harakah daily KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita. Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu. Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini. INI GAMBAR NYA KAH KAH KAH "Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan. "Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. "Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin. MALAM INI LAPORAN LANGSUNG radio bangsar malam ini akan membuat laporan langsung forum menghasut dari dewan china sila layari radio punk rock ini |
SYABAS CUBA SABOTAJ TAPI SUDAH MAKAN BADAN SENDIRI Posted: 24 Jul 2012 07:46 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB umum mengetahui sekarang najib amat penakut malah rejim ini lebih tidoo dari rejim pak laaa maka anak anak muda anank anak muda selangor patut mula menyusun satu demo besar untuk menakut-nakutkan lagi najib isu air ini adalah paling afdal isu air ini paling dirasakan mandikan najib dengan politik jalan raya! SATU LAGI DEMO AIR WAJIB APA BERLALU KELMARIN DI IBU PEJABAT sekali di perhatikan rancangan cukup molek: kacau air di selangor kerajaan pakatan akan dilihat hodoh akan dilihat gagal maka rakyat selangor akan undi gerombolan kembali kah kah kah kah kah kah kah kah kah PERJANJIAN tapi dalam perjanjian ada tertera jika syarikat tidak menjalankan tugas maka syarikat ini akan dilupuiskan kah kah kah kerana itu tetiba malikul sembab kata tak ada catuan air tetiba malikul batalkan racangan jahat untuk catu air kerana inilah yang sedang dinanti oleh kerajaan selangor kah kah kah KRONI GELABAH petnag kelmarin ceo syarikat kroni ini telah memberi taklimat kepada semua pekerja ini kerana ramai dari pekrja sayabas amat bersimpati dengan kerajaan selangor hingga maklumat paling intum pun dapat contohnya beriat ini telah di beritahu kepada tt untuk buktikan bahawa para kroni sedang risau tak tahu apa lagi yang telah sampai ke tangan kerajaan selangor! laporan terus menerus malam ini: SIARAN LANGSUNG FORUM DARI DEWAN CHINA malam ini tim radio bangsar utama akan membuat siaran secara langsung ini untuk memboleh kan warga di luar kl sama sama mendapat pencerahan politik juga agar warga diluar kuala lumpur dapat di hasut sama untuk menumbangkan kerajaan united malays natiobnal organisation! |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan