DUNIACACAMARBA |
- Guru Didakwa Terkam & Noda Rakan Sekerja
- [Video] Khairy Setuju dengan Soalan Kereta Import Murah Akan "Membunuh" Proton
- [Gambar] "Oh, isteriku yang sendat...ketat..."
- Pasangan Kantoi Khalwat, Nafsu Tidak Kira Masa
- [PANAS] Polis Tutup Kes Dakwaan Penyelewengan KGT/Dinar Emas Kelantan
- [PANAS] 7 Tahun Tiada AIR di Kawasan Parlimen Perdana Menteri
- KEADILAN Cadang Turun Harga Kereta dalam Manifesto Pakatan Rakyat
- Mahkamah Putuskan BERSIH Entiti yang SAH
- UMNO Melaka Jawab Tuduhan Blogger Upahan Mereka
Guru Didakwa Terkam & Noda Rakan Sekerja Posted: 25 Jul 2012 05:38 AM PDT [SH] SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu. "Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah. "Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa. "Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya. "Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya, Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat. "Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah. "Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke atas penjenayah," katanya. | ||
[Video] Khairy Setuju dengan Soalan Kereta Import Murah Akan "Membunuh" Proton Posted: 25 Jul 2012 03:03 AM PDT Saya tidak pasti sama ada Rafizi ada mengatakan bahawa Pakatan akan MENGHAPUSKAN secara keseluruhan cukai yang disebut oleh KJ. Cuba baca di sini. Rasanya dalam petikan berita itu tidak dinyatakan bahawa Pakatan akan MEMANSUHKAN cukai yang dikenakan terhadap kereta import. Lupakan bab ekonomi, janji, dan sebagainya. Pada TM, hujah mengaitkan penurunan cukai dan duti import akan memusnahkan Proton, Perodua adalah hujah yang menakut-nakutkan masyarakat Malaysia dan memainkan sentimen patriotisme untuk tujuan tertentu. Malah hujah ini diguna pakai sejak dahulu untuk menghalalkan tindakan kerajaan menaikkan cukai terhadap kereta import sehingga menjejaskan peluang rakyat Malaysia membeli produk alternatif pilihan mereka. Persoalannya di sini bukan isu patriotisme atau ekonomi semata-mata. Persoalan yang penting ialah kemampuan Proton dan Perodua menghasilkan produk yang berkualiti. Logik akal, jika Proton dan Perodua dapat menghasilkan kereta yang original, berkualiti, dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, maka importlah kereta dari negara manapun, orang ramai akan tetap memilih produk Proton dan Perodua. Hal ini demikian kerana sudah menjadi tabiat manusia yang waras untuk membeli sesuatu yang berkualiti. Kata orang, alah membeli, menang memakai. Sudah 27 tahun Proton beroperasi, cuba senaraikan produk syarikat tersebut yang dihasilkan 100% daripada idea atau bahan tempatan. Begitu juga Perodua. Jika di dunia ini ada lagu saduran, dalam industri automobil pun ada istilah itu. Mengapa hal ini berlaku? Semuanya gara-gara produk syarikat automobil tempatan dilindungi oleh dasar yang "tidak membolehkan", "tidak menggalakkan" syarikat dan kepakaran anak tempatan benar-benar bersaing dengan syarikat dan produk luar. Dalam hal ini, jika cukai diturunkan sudah tentu syarikat automobil tempatan akan bertungkus lumus memastikan produk mereka lebih baik daripada produk import. Betul? Oleh sebab tiada saingan yang hebat daripada pihak luar, maka lahirlah pelbagai rungutan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan produk automobil tempatan. Contohnya, di sini. (Kalau masih belum dipadamkan) Jika tidak pun, cuba baca kenyataan pelanggan Proton Preve di bawah ini. Pihak Proton mungkin boleh mendakwa kelemahan-kelemahan ini hanya kes terpencil, namun ratusan, ribuan, mungkin puluh ribu pengguna yang menghadapi masalah dengan kelemahan produk Proton tahu hakikat sebenar. Kalau begitu pendirian BN, sampai bila-bila pun syarikat tempatan tidak dapat menghasilkan produk yang original dan hasil buatan 100% anak tempatan. Apabila KJ menyebut bukan tujuan mereka untuk melindungi Proton sampai selama-lamanya, cuba fikir logiknya adakah pemuda berusia 27 tahun masih mahu dilindungi oleh ibu bapanya, masih mahu tidur di bawah ketiak ibunya? | ||
[Gambar] "Oh, isteriku yang sendat...ketat..." Posted: 25 Jul 2012 12:52 AM PDT
DCM sudah dua kali menyiarkan kiriman tentang iklan yang sewaktu dengan iklan di atas. Rasanya, kedua-dua iklan tersebut juga mempromosikan produk dari syarikat yang sama. TM tidak pasti sama ada ayat yang mengandungi kata "sendat" dan "ketat" di bahagian atas iklan tersebut memang sedia ada atau rekayasa pengguna internet. Jika memang disertakan dalam iklan, maka sudah tentu banyak orang yang bertanya: Terdesak sangatkah pihak syarikat sehingga terpaksa menggunakan frasa yang berbaur lucah dan gatal itu? Namun, ayat "Saya kekal bergetah, ketat, dan awet muda walaupun sudah melahirkan anak ke-4." memang tertera pada iklan tersebut. Biarpun begitu, kata-kata tersebut juga tidak sesuai untuk paparan umum. Apa tafsiran remaja dan kanak-kanak apabila membaca ayat atau frasa tersebut? Tidakkah penggunaan sesetengah kata itu akan memprovokasi imaginasi mereka? Paling penting, adakah orang Melayu yang dicanang memiliki sifat sopan santun terlibat dalam hal-hal sebegini? P/s: Cuba bayangkan anda menjaedi model iklan di atas? Malu atau bangga? | ||
Pasangan Kantoi Khalwat, Nafsu Tidak Kira Masa Posted: 24 Jul 2012 11:00 PM PDT [SH] AMPANG - Seorang wanita sanggup menyorok di dalam almari bagi mengelakkan diri dicekup dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sebuah apartmen, di sini awal pagi semalam. Wanita yang hanya berkemban itu ditahan bersama pasangannya pada jam 1.40 pagi. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan. Menurutnya, selepas mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang lelaki hanya berseluar pendek membuka pintu. "Lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berusia 23 tahun menyorok di dalam almari pakaian," katanya. Beliau berkata, ketika ditahan wanita itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik teman lelakinya selepas berbuka puasa. "Wanita berkenaan bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota, manakala lelaki terbabit bekerja di sebuah syarikat pembasmi serangga," katanya. Dalam operasi yang berasingan, sepasang kekasih dicekup khalwat di apartmen sama. Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka. "Wanita yang berpakaian lengkap itu menyorok di belakang pintu bilik air ketika serbuan dijalankan, manakala pasangannya hanya berseluar pendek sedang baring di dalam bilik tersebut," katanya. Kedua-dua pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan. Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29 (1) (a) (b), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. | ||
[PANAS] Polis Tutup Kes Dakwaan Penyelewengan KGT/Dinar Emas Kelantan Posted: 24 Jul 2012 09:39 PM PDT [SH] KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT). Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sebelum ini, akhbar tempatan mendedahkan skandal KGT yang dikatakan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat berkenaan. Pada 6 Julai lalu, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog membuat empat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam KGT. Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan KGT dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. Tindakan tersebut dibuat setelah pihak polis mengkaji ke semua fakta dalam ketiga-tiga laporan berkenaan. P/s: Husam sudah menganmbil tindakan menyaman pihak yang menyebar fitnah berkaitan dengan KGT dan dinar emas. Kickdefella masih meroyan di sini. Kenyataan Husam tentang tindakan undang-undang terhadap Utusan dan Nik Mahani. Tohmahan mereka: Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai hari ini kepada kerajaan Pas Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT). Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat. "Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan (siasatan) itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini, hari ini. Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.
Awang Adek berkata pihaknya tidak mahu mengarahkan kedua-dua badan kerajaan itu membuat siasatan sekarang, untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri membuat siasatan sendiri dan hasilnya hendaklah dibentangkan kepada rakyat dengan segera. Beliau berkata, kementerian tidak mahu isu itu terus berlarutan kerana ia boleh mencemarkan imej Islam yang kini sudah mendapat perhatian ramai termasuk yang bukan beragama Islam. Katanya, isu itu tidak seharusnya dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia membabitkan kepentingan awam yang banyak membuat pelaburan. "Saya sendiri percaya kerajaan negeri tidak mahu perkara itu berlaku atau menyokong penipuan itu dan tidak mahu menyembunyikannya kerana lambat laun orang akan tahu juga," kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BadanPerhubungan Umno Kelantan. | ||
[PANAS] 7 Tahun Tiada AIR di Kawasan Parlimen Perdana Menteri Posted: 24 Jul 2012 08:05 PM PDT
[HD] PEKAN-"Kami hidup macam zaman sebelum merdeka, malu rasanya berada dalam parlimen dua orang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib dan Tun Razak). "Nak disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan." Begitulah bunyinya rungutan Hasni Omar, seorang penduduk Taman Sepekan Makmur dekat sini, yang kecewa dengan Ahli Parlimen mereka yang juga Presiden Umno serta pemimpin tempatan yang gagal membela nasib mereka mengatasi masalah ketiadaan bekalan air. Dalam aduannya kepada media, beberapa orang penduduk di taman perumahan yang mempunyai 248 buah rumah itu telah mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu. Menurut mereka, meskipun sudah berkali-kali masalah itu diajukan kepada pelbagai pihak berkaitan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini masih belum diselesaikan. "Pada awalnya kami bersabar, namun selepas pinjaman perumahan mula dipotong daripada gaji kami maka terpaksalah berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah lain. "Banyak kali kami adukan masalah ini kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang kini dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) namun tiada tindakan dibuat. "Sampai bila kami harus terus jadi mangsa keadaan. Mujurlah setakat ini belum ada lagi mana-mana penghuni yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya. "Bayangkan jika ada, sudah pasti keadaan akan lebih merumitkan. Kami terpaksa memunggah air dari sungai berdekatan atau dari rumah saudara mara setiap hari. Teruk kami, tujuh tahun hidup begini. "Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli berpendapatan rendah dan sederhana. "Kami terpaksa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan ada pembeli yang tak sanggup tinggal di sini terpaksa menanggung rumah sewa diduduki sekarang," kata beliau lagi. Sementara itu tinjauan mendapati segala kelengkapan untuk pengurusan bekalan air sudah disediakan. Menara tangki, pam dan kipas juga sudah pun disiapkan sejak sekian lamanya oleh pemaju, namun air tetap tidak dibekalkan kepada penduduk hingga menyusahkan mereka. Menurut penduduk, mereka difahamkan masalah timbul apabila pemaju taman perumahan terbabit iaitu Sepekan Sdn Bhd didakwa telah melanggar syarat dan membuat pembinaan tangki tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PAIP. "Tangki air taman perumahan terbabit didakwa tidak mengikut piawaian yang ditetapkan maka itu kebenaran tidak diberikan. "Kini struktur semuanya sudah disiapkan, saluran paip pun sudah siap, tangki bawah dan pam semua sudah ada cuma kelulusan sahaja tidak diperolehi," katanya. Ada pula yang berkata ia berpunca apabila pemaju dikatakan membeli tangki sedangkan kos berkaitan tidak dibayar sepenuhnya kepada pembekal. Justeru, pembekal tidak mengeluarkan surat kepada pemaju sedangkan dalam masa yang sama PAIP perlukan surat tersebut untuk proses kelulusan. Penduduk mengatakan, masalah mereka telahpun acap kali diadukan kepada Pegawai Daerah Pekan, Adun Peramu Jaya dan setiausaha politik Najib di Pekan. Mereka berjanji untuk selesaikan, namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian dilakukan. "Apa lagi yang dapat kami lakukan jika tidak mendedahkannya kepada media? Cuba bayangkan jika masalah seperti kami ini berlaku dalam negeri Pakatan Rakyat," tegasnya. P/s: Janji ditepati? | ||
KEADILAN Cadang Turun Harga Kereta dalam Manifesto Pakatan Rakyat Posted: 24 Jul 2012 06:43 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR 25 Julai: KEADILAN bercadang memasukkan penurunan harga kenderaan sebagai salah satu manifesto Pakatan Rakyat. Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai import, jualan dan duti eksais. "Kereta bersaiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus, cukai jualan 10 peratus jika dikilang di Malaysia, dan akan meningkat 100 peratus jika kenderaan itu diimport. "Ini bermakna kereta yang berharga RM40,000, rakyat (perlu) membayar cukai RM16,500 akibat dasar Umno BN," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Hadir sama, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Tzin. Menurut Rafizi, cadangan tersebut sudah dibincang di peringkat parti dan akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Dasar Umno BN punca kenderaan mahal Rafizi berkata, harga kenderaan melambung tinggi disebabkan 'dasar automotif Umno BN' yang lebih mementingkan kroni daripada mengambil kira penderitaan rakyat. Katanya, harga kenderaan tempatan dinaikkan agak tinggi disebabkan pentadbiran kerajaan tidak mahu rakyat menggunakan kereta import. Tambahnya, Umno BN turut menaikkan duti import kenderan luar dengan alasan untuk menggalakkan penggunaan kereta tempatan. Bagaimanapun, setelah Zon Perdagangan Bebas Asean (Afta) ditandatangani, kerajaan berhadapan dilema untuk menurunkan duti kenderaan yang diimport kerana takut permintaan kenderaan tempatan terjejas. "Justeru Umno BN memperkenalkan duti eksais kononnya untuk mengimbangi pengurangan cukai import. "Tindakan itu dibuat setelah kerajaan menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin," katanya. Kereta mahal jadi beban Rafizi berkata, kajian oleh Jabatan Statistik mengenai pendapatan dan kemudahan isi rumah pada 2009 mendapati, hutang kenderaan kedua terbesar selepas rumah iaitu berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei lalu. Katanya, jumlah hutang kenderaan meningkat RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010. Tambah beliau, 71.9 peratus keluarga di negara ini menggunakan kenderaan sedangkan 53 peratus daripada keseluruhan keluarga berpendapatan kurang RM3,000. "Keadaan ini membayangkan harga kenderaan yang mahal menjadi beban hutang utama rakyat pada ketika sebahagian besar rakyat berpendapatan di bawah RM3,000," katanya. | ||
Mahkamah Putuskan BERSIH Entiti yang SAH Posted: 24 Jul 2012 06:35 PM PDT [MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos. Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden. Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram. Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH. "Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya. "Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan." Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya. Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan). Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang. "... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga. Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara. Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am. "Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi "Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar. Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan. "Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya. Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari. "Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya. Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan. Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa. Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya. Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan. "Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara. Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram. | ||
UMNO Melaka Jawab Tuduhan Blogger Upahan Mereka Posted: 24 Jul 2012 06:08 PM PDT [SH] BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai 'tiada isu'. Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka. Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011. Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja. "Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330. "Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya. Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui. "Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai," katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam. Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya. Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan. Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008. Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan. "Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan. "Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya," katanya. Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera. "Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya. P/s: Kes ini membuktikan memang wujud blogger upahan yang menerima gaji daripada UMNO. Jika blogger kurang ternama ini menerima jumlah gaji yang agak banyak, cuba bayangkan imbuhan yang diterima blogger ternama. Cerita awal di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan