Rabu, 25 Julai 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Setiausaha politik MB Kedah rasuah?

Posted: 25 Jul 2012 05:26 PM PDT


 Bercakap pasal Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melantik peguam untuk mengendalikan kes fitnah mengaitkan dirinya dengan tuduhan rasuah bernilai RM1.3 juta, teringat saya dengan bekas pengarah Yayasan pembangunan Keluarga Terengganu..

Beliau (Ustaz Ismail Dagang) difitnah  dengan tuduahan memakan rasuah bernilai RM 2 juta dan telah diberhentikan menjawat jawatan tersebut secara mengejut, sedangkan belum pasti sama ada terbabit dan sebaliknya.

Datuk Seri Ustaz Azizan Razak sedia maklum dengan kes bekas pengarah Yayasan pembangunan keluarga Terengganu, kerana MB dan Exco Kanan Terengganu kawan arkabnya dan pucuk kepimpinan PAS Pusat.

Yang mengecewakan Ustaz Ismail Dagang yang nekad melantikkan jawatan guru hilangan mata pencarian dan punca ketidak bertanggungjawaban exco kanan kerajaan Terengganu waktu itu.

Saya bimbang takut kalau kalau kes Setiausaha politik menteri Besar Kedah akan senasib dengan bekas pengarah yayasan pembangunan keluarga Terengganu kerana terlalu cepat percaya dengan fitnah yang dilakukan umno.

Pas Kedah kelihatan kedepan berbanding dengan PAS Terengganu dalam kes menghadap fitnah dan tuduhan umno, kerana Ketua Dewan  pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya menyokong  Mohammad Sanusi mengambil tindakan undang undang.

Kita percaya, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri.

Menteri Besar dan barisan Exco Kedah kena hati hati agar ia tidak berlaku dengan apa yang berlaku pada kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) bahawa dia adalah fitnah umno untuk mecemar reputasi kerajaan yang bermenterikan ulamak.

Oleh kerana  beliau (Muhamad Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam kerajaan dan parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, jangan ambil mudah dan tindakan terburu buru nanti kesannya akan menyesal kemudian hari.

Kita juga kena ingat bahawa  budaya fitnah-menfitnah adalah amalan yang sangat lazim dilakukan umno terhadap pas musuhnya dan amat tidak  patut berlaku pada bulan mulia ramadhan ini.

Ingat, jangan mudah percaya dengan musuh kita kerana ia boleh membuat reputasi parti dan kerajaan lebih buruk. Lebih lebih lagi kes pembelian saham Felda oleh kerajaan sedang jadi isu besar.


Tiada ulasan: