Tempayan Retak |
Kartunis Zunar menang kes saman kerajaan Posted: 31 Jul 2012 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu. Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar. Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu. Dalam pada itu, salah seorang peguam Zunar, N. Surendran berkata, kemenangan ini membuktikan kerajaan tidak munasabah dengan merampas dan menyimpan koleksi buku kartun beliau selama lebih dua tahun. "Kami terima baik keputusan mahkamah. Itu jelas menunjukkan kerajaan berniat jahat sebelum ini berhubung penangkapan dan rampasan buku sewaktu Zunar sedang melancarkannya. "Mereka cuba menghentikan karya Zunar yang mengandungi kritikan terhadap kerajaan," kata Surendran. Zunar turut diwakili oleh Fadiah Nadwa Fikri. Dipetik Keadilan Daily, Surendran berkata, rayuan akan dibuat berhubung keputusan mahkamah yang memutuskan penangkapan Zunar adalah sah. |
Polis tahan suami eksekutif TV9 Posted: 30 Jul 2012 05:32 PM PDT SHAH ALAM 30 Julai - Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat. Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas. "Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini. |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan