Anak Sungai Derhaka |
- Janji ditepati.. Najib anugerah projek buat kroni lagi..
- Najib pecat Lajim tapi berselindung disebalik nama Agong..
- Eksekutif TV9 dijerut : Suami mangsa ditahan Polis semalam
- Setiausaha Agung UMNO ni.. tak faham bahasa ke?
Janji ditepati.. Najib anugerah projek buat kroni lagi.. Posted: 31 Jul 2012 08:02 AM PDT Sebelum ini Rafizi pernah mendakwa, laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan. Menurut Rafizi Konsortium George Kent Bhd yang telah gagal penilaian teknikal dan kewangan telah membida pada harga jauh lebih mahal dari dari Balfour Beatty, tetapi Najib tetap menganugerahkan projek LRT ini kepadanya... Konsortium George Kent Bhd. menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion perbezaannya ialah RM167 juta. Selain lebih rendah harga yang ditawarnya Balfour Beatty punya pengalaman dalam bidang ini tetapi Konsortium George Kent Bhd tidak punya pengalaman dalam bidang ini.. Tidak berpengalaman dan harganya juga lebih RM167 Juta.. Dan dari laporan Malaysiakini di bawah.. George Kent-Lion Pasific Venture (JV) tidak dinyatakan punya kepakaran dalam bidang ini tetapi yang punya kepakaran ialah rakan kongsinya..
Projek yang bernilai RM7 billion itu merangkumi laluan baru dari laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang yang akan bersambung di stesen baru di Putra Heights. Projek tambahan LRT Ampang ini akan merangkumi sepanjang 17.7 kilometer dari Stesen Sri Petaling dan akan mempunyai 11 stesen baru dengan dua stesen tambahan untuk masa hadapan. Projek tambahan LRT Ampang ini juga tersenarai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Percayalah selagi UMNO/BN kekal berkuasa kita akan terus menyaksikan projek-projek Mega dianugerahkan kepada kroni mereka yang tak punya kelayakkan.. dan hasilnya projek terpaksa di 'Bail Out' lagi.. Tapi... orang UMNO kata kat aku jangan tulis kroni UMNO tapi tulis kroni Najib dan Rosmah.. pasal yang dapat projek dari Najib ni semuanya kroni dia dan Rosmah saja.. Pendedahan oleh Rafizi tentang projek ini, sila baca di ( SINI ) | ||
Najib pecat Lajim tapi berselindung disebalik nama Agong.. Posted: 31 Jul 2012 01:52 AM PDT Petang ini kebanyakkan media menyiarkan laporan yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tidak langsung disebutkan nama Najib dalam hal pemecatan Datuk Seri Lajim ini, padahal Agong hanya bertindak begitu atas nasihat Najib.. Ini laporan dari Sinar Harian..
Ini laporan dari Malaysiakini juga tidak menyebutkan nama Najib sebagai dalang pemecatan Datuk Seri Lajim Ukin..
Ini adalah Perkara 43A yang terdapat dalamPerlembagaan Persekutuan Malaysia (1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidaklah boleh memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara. (2) Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri. (3) Peruntukan Fasal (5) dan (6) Perkara 43 hendaklah terpakai bagi Timbalan Menteri sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Menteri. Ini pula adalah sebahagian dari Perkara 43. (4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. (5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya. Keseluruhan perlembagaan si la baca di ( SINI ) Tujuan tidak disebut nama Najib sebenarnya bagi mengelakkan publisiti kurang baik terhadapnya berikutan pemecatan itu.. oleh itu nama Agong telah diberikan penekanan oleh Pejabat Perdana Menteri. Hakikatnya Agong hanya memperkenankan atas nasihat Najib.. kalau Najib tak nasihat tak akan dipecatnya.. Untuk menjaga popularitinya,, Najib menggunakan nama Agong bagi melindungi pemecatan Lajim oleh nya... | ||
Eksekutif TV9 dijerut : Suami mangsa ditahan Polis semalam Posted: 30 Jul 2012 08:36 PM PDT Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut. Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat. Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas. "Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini. Kronologi Kematian Syaleza Jaffar Berikut adalah krologi penuh kematian Ekesekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar bermula dari penerimaan status Blackberry Messenger terakhir Syaleza sehingga penahanan suami mangsa iaitu Norazman Bashah. -Status Blackberry Messenger terakhir Syaleza yang sempat ditulis berbunyi 'sabar duhai hati' kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu. -Beberapa jam kemudian, Syaleza didakwa bertengkar dengan suaminya, Norazman Bashah, di rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sungai Buloh. -Syaleza dipercayai mula mengurung diri dalam bilik selepas bertengkar. -Jiran rumahnya memaklumkan turut mendengar pertengkaran yang terjadi antara Syaleza dan Norazman yang dikatakan puncanya adalah kerana suaminya pulang kerja lewat. -Norazman mendakwa dia bertindak memecah masuk pintu bilik selepas terdengar bunyi dentuman dari dalam bilik ketika hendak memanggil isterinya berbuka puasa. -Norazman kemudian mendakwa melihat isterinya tergantung pada siling dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira pukul 7 malam. -Abang sulung Syaleza didakwa menerima berita kematian arwah pada pukul 9.30 malam selepas dimaklumkan oleh Norazman. -Pasukan bantuan perubatan tiba pada pukul 10.30 malam. -Norazman kemudian ditahan sebaik upacara pengebumian Syaleza di Segamat, Johor selesai pada pukul 10.15 malam kelmarin. Sumber : Greenboc | ||
Setiausaha Agung UMNO ni.. tak faham bahasa ke? Posted: 30 Jul 2012 05:30 PM PDT Walaupun Sabtu lalu, Datuk Seri Lajim Ukin telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort,Ibu Pejabat UMNO masih menghantar surat tunjuk sebab kepadanya, meminta beliau menjelaskan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pihak media. Menurutnya "Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno" Takkan Setiausaha Agung UMNO ni tak faham bahasa kot?? Dia faham sebenarnya.. samada surat tunjuk sebab dihantar atau tidak ianya tidak membawa sebarang makna kerana Lajim dah umum letak jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort. Tujuan sebenarnya ialah apabila cukup tempoh 14 hari, Najib akan mengeluarkan kenyataan bahawa Lajim dipecat dari UMNO. Mungkin Najib akan berkata macam ni.. "Berikutan kegagalan Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat dari UMNO maka dengan ini saya mengumumkan bahawa beliau dipecat dari UMNO". "Ini membuktikan saya tidak akan bertolak ansur terhadap pemimpin biarpun ianya seorang Timbalan Menteri sekalipun, jika mereka melanggar Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 yang menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti, saya tidak akan teragak-agak memecatnya". Rentetan dari pengumuman Najib itu.. media-media cetak tunggangan UMNO akan menjadikannya sebagai headline berita mereka dan tajuknya ialah "LAJIM DIPECAT" ataupun "NAJIB PECAT TIMBALAN MENTERI!".. Jadi... kuranglah sikit kemaluan yang Najib tanggung kerana Timbalan Menterinya sendiri letak jawatan sebab janji tak ditepati.. Kemudiannya pula akan muncullah pemimpin-pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan mereka pula dan mereka sudah pasti akan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap tindakan Najib itu. Mungkin mereka akan berkata.. "Tindakan Najib itu membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang tegas dan punya integriti" Mungkin akan ada yang menambah "Ini juga adalah bukti UMNO/BN tak akan goyah dengan kehilangan seorang dua pemimpin yang kecewa dengan parti dan juga membuktikan UMNO/BN masih teguh" Mungkin juga begini.. "Mereka ini sebenarnya jenis pemimpin tak sedar diri, tamak haloba dan apabila kepentingan peribadi tidak dipenuhi, pantas keluar parti dan ikut pembangkang." Seterusnya pula maka tiga hari tiga malam media tunggangan UMNO termasuk Blogger Upahan UMNO akan menyiarkan kisah kegagalan Lajim dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk memburukkan beliau.. Ha..ha..ha... segalanya mugkin.. bersamalah kita tunggu lagi 14 hari.. Ini laporan dari Media UMNO..
|
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan