Addin |
- Setelah Keluar PAS, Hassan Ali Kini Kembali Menjadi Pengacara Forum Hal Ehwal Islam
- Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Upacara Pembukaan Olimpik 2012
- Cara Mengenali Barang Diperbuat Daripada Kulit Babi
- Gempar!! Peristiwa Aneh Berlaku Di Malaysia Malam Awal Ramadhan
- (Gambar) Fenomena Pelik Cara Berbuka Puasa Di Bandar Kuantan
Setelah Keluar PAS, Hassan Ali Kini Kembali Menjadi Pengacara Forum Hal Ehwal Islam Posted: 31 Jul 2012 09:29 AM PDT Setelah keluar dari PAS, kini Hassan Ali di tawar kembali menjadi sebagai Pengacara sebuah Forum berkaitan Islam menerusi Forum Khas : Ehya' Ramadhan yang telah disiarkan di TV1. Tempat yang hanya menjadi angan-angan sekiranya Hassan Ali masih bersama dengan PAS. Forum yang dipaparkan pada setiap hari Khamis jam 10 malam itu bakal berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Ramadhan dengan tajuk perbincangan berkaitan Islam. Rancangan ini telah membuka tirai pada malam 27 Julai 2012 di PWTC itu telah menjemput 2 panel khas iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi & Prof. Dr. Muhaya Hj Mohammed membincangkan tajuk 'Ramadhan Pembinaan Sahsiah'. Presiden JATI ini pernah mengendalikan program Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan di TV1 sekitar pertengahan era 1990an. |
Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Upacara Pembukaan Olimpik 2012 Posted: 31 Jul 2012 07:36 AM PDT Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam. Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya. Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta. 1 HASTA = 45.72 CM 40 HASTA = 1828.8 CM 1828.8 CM = 18.2 M Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu'alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Sama ada baik ataupun yang buruk. Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya. InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua.. Amin, Assalamu'alaikum. |
Cara Mengenali Barang Diperbuat Daripada Kulit Babi Posted: 31 Jul 2012 12:34 AM PDT Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA. Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi: 1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya. 2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain. 3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki. Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya. |
Gempar!! Peristiwa Aneh Berlaku Di Malaysia Malam Awal Ramadhan Posted: 31 Jul 2012 12:02 AM PDT Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi. "Saya terkejut!" kata seorang saksi memulakan ceritanya. "Semalam, masjid ini, besar dan luas," sambungnya. "Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi." Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini. Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu. AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini. Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang. ~jomberita.com |
(Gambar) Fenomena Pelik Cara Berbuka Puasa Di Bandar Kuantan Posted: 30 Jul 2012 07:01 PM PDT Fenomena pelik cara berbuka puasa di bandar Kuantan.. di katakan begitu kerana fenemona ini berlaku di awal Ramadhan pada pada tahun ini. Sebelum nih mungkin berlaku tapi tak semeriah tahun ini. Macam berpesta.. Cara berbuka macam nih memanglah bagus bagi mengeratkan ukhwah sesama kita akan tetapi.. ada tetapinya.. Dari pemerhatian Addin melalui gambar-gambar dari blog nih, ada unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.. itu yang tak berapa bagusnya. Seperkara lagi.. alangkah baiknya jikalau semua yang berbuka di padang tersebut dapat menunaikan solat berjemaah Maghrib dan terus solat berjemaah Isyak dan solat sunat Terawih di Masjid Negeri yang berdekatan. Addin andaikan semua yang berada di situ pergi menunaikan solat berjemaah di Masjid selepas berbuka. Ye lah.. kita di bulan Ramadhan nih hendak mengejar amal ibadat yang Allah SWT janjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Jikalau tidak.. rugilah kita semua. Insya Allah.. balik cuti beraya nanti Addin akan membuat tinjauan sendiri untuk mendapat kepastian berkenaan fenomena pelik ini. Kepada sesiapa yang ada info berkenaan isu ini bolehlah e-mel terus ke Addin. Dan juga kepada alim ulamak dan pihak berkuasa mohon membuat pencerahan berkenaan isu ini.. Lihatlah gambar-gambar nih.. Lagi gambar di sini. Kredit gambar ~ lunalanun.blogspot |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan