Telok Bakong Online |
Program Bersama Dato Seri Nizar Jamaluddin Di Layang Kiri Posted: 23 Jul 2012 08:35 AM PDT |
Hutan Hujan Kita Terancam Oleh Manusia Yang Rakus Posted: 23 Jul 2012 08:30 AM PDT Kepentingan hutan kepada kehidupan manusia adalah tinggi.Hutan mempunyai kesinambungan kewujudan manusia diatas muka bumi ini.Ekosistem adalah berkait langsung dengan hutan.Musnah hutan bermakna telah musnah lah ekosistem sesuatu kawasan.Apabila suatu ekosistem musnah secara tidak langsung akan merubah habitat suatu tempat.Hutan mestilah dipelihara untuk menjamin kelangsungan ekosistem.Ianya adalah bertujuan untuk kengekalkan habitat dan iklim sesuatu kawasan.Penebangan hutan yang tidak terkawal boleh membawa bencana darisegi kawasan tadahan hujan,saliran,suhu dan lain lain. Sesungguhnya penebangan balak ini haruslah dibuat secara berhati hati dan mempunyai suatu sebab dan alasan yang kukuh.Penebangan yang disebabkan untuk mengaut keuntungan peribadi dan didasarkan dari perasaan tamak dan haloba adalah di larang.Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Parit, Tuan Haji Usailli Alias dalam salah satu siri ceramahnya telah mendedahkan kepincangan Umno Parit diperingkat tempatan.Menurutnya Umno Parit telah bertindak menceroboh dan membelakangkan sifat sifat memelihara khazanah alam sekitar apabila telah meneroka Tanah Hutan Rezab Melayu sebanyak 400 ekar daripada 2000 ekar keseluruhan.Hutan Rezab Melayu tersebut dipercayai sebagai kawasan hutan antara yang tertua di dunia. 300 ekar telah diberikan untuk penternakan kambing Boer.Penternakan kambing yang sepatutnya diberi pada penduduk tempatan akhirnya terlepas ke tangan orang lain dan cuma 2 orang penduduk tempatan diambil bekerja.Manakala 100 ekar selebihnya diberikan kepada Yayasan Parit.Ianya dijual kepada taukeh taukeh dengan nilai RM 900,000.Persoalannya kemanakah perginya duit ini.Duit dari penjualan tanah tersebut sepatutnya dapat dinikmat oleh semua penduduk tempatan tanpa mengira parti untuk tujuan pendidikan,kemasyarakatan,ekonomi dan sebagainya.Tanah Hutan Simpan Rezab Melayu telah tergadai.Tanah Rezab ini sepatutnya digantikan dengan tanah seluas mana yang diambil.Adakah tanah ini diganti?.Sepatutnya perkara ini disiasat kerana dikhuatiri berlakunya menyelewengkan duit dari penjualan tanah tersebut. Masih ingatkah anda tentang Lapangan Terbang Baru yang hendak dibina di Seri Iskandar.Projek Lapangan Terbang ini dirancang untuk mengantikan peranan Lapangan Terbang Sultan Azlan di Ipoh berikutan kesesakan disana.Projek ini telah dirancang seawal tahun 1990 lagi.Penduduk daerah Perak Tengah telah digembar gemburkan tentang projek tersebut terutamanya di musim pilihanraya.Kononnya dengan adanya projek lapangan terbang ini akan meletuskan lonjakan ekonomi bagi penduduk tempatan.Kesan tirisan kebawah ekonomi dijangkakan akan berlaku apabila penduduk mendapat kerja dari kewujudan lapangan terbang tersebut dan kegiatan ekonomi akan bertambah rancak akibat wujud perniagaan perniagaan disekitar projek tersebut.Penduduk terbuai dengan mimpi mimpi indah ditambah lagi ada khabar khabar angin yang menyatakan terdapat tanah tanah penduduk yang akan dibayar dengan pampas an yang tinggi akibat pengambilalih tanah .Namun setelah bertahun tahun berlalu tiada bayangan bahawa projek itu akan diteruskan.Dimana janji janji yang ditaburkan oleh pemimpin,mana janji janji yang perlu ditepati itu.Kenapa semua nya tinggal sepi tanpa ada sebarang kenyataan hitam putih mengenai projek bekenaan.Kenapa projek yang pernah dianggap begitu penting kepada kemajuan pengangkutan udara negeri Perak ini begitu mudah dibatalkan. Sekiranya anda menginap di sekitar tapak projek atau pun Bandar Seri Iskandar beberapa tahun yang dulu.Anda akan mendapati banyak balak balak dikeluarkan dari kawasan ini,maklumlah hendak mengadakan satu satu projek,tapak mustilah disediakan.Ini bermakna hutan mustilah diterang.Balak perlu dibuang dari kawasan tersebut.Maka berpuluhan lori keluar masuk mengangkut balak ini.Setelah bertahun berlalu tiada batu bata yang diikat,tiada cerucuk pun yang ditanam,tiada jalan tar yang diturap.Tapak projek tinggal sepi tanpa ada apa apa aktiviti.Yang pastinya seseorang atau sekumpulan telah berjaya mengaut keuntungan daripada balak balak yang ditebang.Manakala projek yang dijanjikan tinggal kenangan.Bukannya susah nak cari keuntungan segera.Laungkan projek projek untuk rakyat,kemudian tebang balak buat keuntungan dan biarkan rakyat terkebil kebil biji mata menanti buah yang tidak gugur gugur.Buat iklan dalam TV bahawa kami menepati janji.Rakyat yang tidak celik minda tertipu hidup hidup.Keluarlah dalam iklan TV dan radio yang melaungkan "kami memperjuangankan nasib dan mertabat bangsa". Dimana BN kuat disitulah ramai Melayu yang merempat. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan