Isnin, 23 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


EKSKLUSIF! S/U Agong UMNO dedahkan UMNO tandatangani MOu dengan Parti Komunis China (Video Inside)

Posted: 23 Jul 2012 08:21 AM PDT


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

Nampaknya kenyataan Zahid Hamidi itu telah menyerlahkan kebenaran dari apa yang Tun Mahathir kata " Hanya orang-orang bodoh bersama UMNO kini.."

Mungkin Zahid yakin bahawa semua rakyat Malaysia adalah sebodoh pencacai-pencacai UMNO yang dengan mudah boleh diperbodohkannya..

Atau mungkin juga Zahid Hamidi sendiri yang bodoh hinggakan sebagai juga Menteri Pertahanan Malaysia beliau gagal menyedari bahawa UMNO sendiri telah menandatangani Mou dengan Parti Komunis China (CPC).


Menurut Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, memorandum Persefahaman antara UMNO dan Parti Komunis China (CPC) sepatutnya ditandatangani lebih awal lagi tetapi bencana alam yang melanda China telah melewatkannya.

Tujuan Memorandum ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara kedua-dua buah parti iaitu CPC dan UMNO.

Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beliau difahamkan bukan semua parti dalam dunia ini ada menandatangani memorandum seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dan CPC.

Ini kerana Communist Party China memilih parti-parti yang mereka hendak adakan memorandum persefahaman.

SAKSIKAN!!



Jika UMNO Online dah removed video ini.. sila lihat di SINI

110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa dihalang berniaga oleh DBKL..

Posted: 23 Jul 2012 07:20 AM PDT


Apabila tersiarnya berita di atas, maka sepantas kilat ianya dimainkan oleh beberapa Blogger Pro UMNO, kononnya ini adalah berita yang telah menjadi kebiasaan di Pulau Pinang kebelakangan ini.

Dengan tujuan membangkitkan kemarahan Melayu Pulau Pinang terhadap pemerintahan Guan Eng Blogger tersebut menulis..

Hari ini sudah 3 hari kita mengerjakan ibadah berpuasa dibulan ramadhan. Seperti setiap tahun semenjak regim DAP memerintah Pulau Pinang kita tidak dapat lari daripada mendengar cerita para peniaga dilayan double standart oleh regim negeri.

Rata ratanya yang dihalau dan diperlakukan bagai rakyat asing adalah peniaga umat Islam. Kes menghalau peniaga bukanlah baru dan 2-3 hari lepas kita mendengar bantahan daripada para peniaga di Jalan Pinang.

Lebih dari 20 peniaga bumiputera itu hanya dipindahkan bukannya dihalau seperti yang Blogger Pro UMNO itu tulis..

Dan peluang untuk mereka berniaga masih ada..

Cuba bandingkan pula dengan nasib kira-kira 110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa  yang tidak diluluskan perniagaan atas alasan mengganggu lalu lintas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Alasan  Dewan Bandaraya Kuala Lumpuradalah sama dengan alasan yang diberikan oleh Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) iaitu akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika mereka terus berniaga di kawasan itu..


Peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa 'naik angin'


KUALA LUMPUR: Kira-kira 110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa hari ini berang dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan meluluskan tapak perniagaan atas alasan mengganggu lalu lintas.

Wujud kira-kira 15 tahun lalu, DBKL pada tahun ini tidak lagi membenarkan bazar itu dibuka di Jalan Setiawangsa 9, malah tidak pula menyediakan tapak alternatif untuk peniaga terbabit.

Keadaan itu menyebabkan peniaga bingung dengan tindakan DBKL yang turut menghalang mereka membuka gerai walaupun memiliki lesen sah.

Peniaga terbabit mula memasang khemah gerai sejak 2.30 petang tadi di sebuah kawasan lapang milik persendirian di Jalan Setiawangsa 13 dalam keadaan sempit dan tidak selesa.

Cuba rampas meja 

Keadaan menjadi tegang apabila pegawai DBKL mula cuba merampas meja peniaga namun dihalang selain menghadapi beberapa provokasi daripada kumpulan peniaga.


Keadaan menjadi tegang apabila pegawai DBKL mula cuba merampas meja peniaga namun dihalang selain menghadapi beberapa provokasi daripada kumpulan peniaga.

Difahamkan, ketegangan ini sudah berlarutan sejak tiga hari lalu apabila peniaga dan DBKL gagal mencapai kata sepakat mengenai tapak sebenar bazar Setiawangsa.

Peniaga lauk-pauk, Sulaiman Mahmud berkata, beliau kesal kerana DBKL seperti menindas peniaga Melayu sedangkan warga asing diberi kelonggaran berniaga dengan bebas di pasar borong tempatan dan di Jalan Chow Kit.

Beliau berkata, masalah ini terjadi disebabkan wujudnya 'orang atas' yang berpengaruh di Taman Setiawangsa yang mengadu tidak selesa dengan bazaar tersebut dan mempengaruhi DBKL supaya tidak membenarkan lagi tapak bazar itu wujud.

"Selama ini kami tidak ada masalah dengan penduduk malah orang ramai berpusu datang membeli juadah setiap kali tibanya Ramadhan.

"Kami bukan berniaga di sini tiap-tiap hari, cuma sebulan dalam setahun…Kami mahukan jawapan DBKL kerana sehingga sekarang mereka masih membisu," katanya.

Peniaga asam pedas, Zaiton Baba, 52, yang juga penduduk asal Setiawangsa tetap bertegas akan meneruskan perniagaanya seperti biasa walaupun mendapat tekanan daripada DBKL.

"Kami kesal kerana masalah ini tidak mendapat perhatian wakil Umno Bahagian, Datuk Bandar, mahupun Menteri Wilayah kerana ia membabitkan peniaga Melayu," katanya.

Warga asing 


Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berkata, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique merupakan individu yang memberi 'kelulusan' kepada DBKL menghalang kewujudan bazar terbabit.

"Masjid India, Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) banyak warga asing tapi kenapa tak dihalang?

"Datuk Zulhasnan, Datuk Bandar perlu bertanggungjawab selesaikan isu ini," tegasnya.

Difahamkan, Zulhasnan gagal dihubungi buat masa ini kerana mengerjakan Umrah di Mekah - Free Malaysia Today..


Dasar pencacai UMNO!! 20 Peniaga yang dipindahkan di Pulau Pinang dijadikan isu.. tapi 110 peniaga yang tak diberikan kebenaran untuk berniaga tu apa cerita?

Bukan RM1.5 Juta setahun rupanya gaji CEO SYABAS.. tetapi RM...

Posted: 23 Jul 2012 01:51 AM PDT


Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan Lembaga Pengarah SYABAS untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif nya, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil penelitian dan penyiasatan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS selama tiga hari.

"Mereka gagal hadir memberi penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi kerana gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah RM5.1juta setahun.

"Berdasarkan penelitian Jawatankuasa, kita juga bersedia membelanjakan peruntukan untuk membina loji rawatan air baru bagi meningkatkan kapasiti air terawat.

"(Jadi) tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225juta akan dipanggil serta-merta," katanya lagi dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatan Kuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ia bertanggungjawab memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan, kedudukan semasa pembekalan air dan meninjau sendiri tapak yang ada masalah kekurangan bekalan air seperti yang dicanang SYABAS.

SYABAS juga diminta untuk membentangkan beberapa perkara kepada Jawatankuasa, antaranya pengeluaran air harian bagi setiap loji, permintaan air berdasarkan bil dari Januari 2012, kawasan mengalami masalah gangguan air dan cadangan penyelesaian yang dirancang SYABAS untuk mengatasi masalah tersebut.

Dalam pada itu, Khalid menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Pusat tidak akan cuba menyulitkan usaha ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

"Langkah ini diambil bagi melindungi pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekal air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi," katanya lagi - Keadilandaily


Sementara itu, Muhyiddin dilaporkan memberitahu media bahawa kerajaan pusat akan menghalang kerajaan negeri Selangor mengambil alih SYABAS dan akan mempercepatkan pemberian tender untuk Projek Langat 2 yang dilihat oleh banyak pihak bakal mengenyangkan kroni dan merugikan rakyat Selangor.

Muhyiddin seperti dijangka menggunakan alasan "kekurangan bekalan air" yang sedang dimainkan oleh media mesra UMNO. Baca di ( SINI )

Mengapa Muhyiddin tergesa-gesa menguar-uarkan hal itu dan mempercepatkan proses penyerahan tender sedangkan banyak lagi isu tertangguh termasuk kes mahkamah masih belum diselesaikan?

Ironi apabila kerajaan pusat enggan mendengar cadangan dan memihak kepada kerajaan negeri tetapi menuruti kehendak syarikat swasta yang berpaksikan keuntungan!

Jika difikirkan sudah tentu ada udang di balik batu. Apa hujah Dr Xaxier Jayakumar bahawa Projek Langat 2 akan merugikan rakyat Selangor? Sila baca di ( SINI )

Harussani kata Haram jadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik.. ini jawapan Pencacai UMNO buatnya..

Posted: 22 Jul 2012 09:30 PM PDT


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang' berpolitik sepanjang bulan Ramadan ini kerana hukumnya haram.

Katanya, sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik disepanjang bulan suci dan barokah ini.

Beliau juga tidak menafikan akan ada pihak-pihak yang tetap meneruskan usaha mengadakan ceramah berbaur politik menerusi tazkirah yang di celahkan di antara Terawih sepanjang bulan Ramadan.

"Ini sebenarnya berlaku kerana kepartian. Sebelum ini tidak pernah berlakupun begini. Tidak semua yang hadir di dalam masjid itu sama politiknya jadi sekiranya ada pihak yang cuba berceramah politik di masjid, saya pasti inaya hanya akan menimbulkan perbalahan dan kebencian,'' katanya kepada Peraknews di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Sehubungan itu Harussani meminta agar tazkirah tidak dibuat ditengah-tengah Terawih sebaliknya dibuat selesai solat tarawih.

"Tazkirah tidak ada dalam bulan Ramadan, kalau dia orang kata wajib, wajib itu bila-bila masa...dan kenapa tidak dibuat pagi, petang selepas asar kenapa mesti dicelahkan di antara tarawih jadi itu menganggu khusyuk apatah lagi apabila kita bercakap tentang politik,'' katanya.

Harussani seterusnya menasihati umat Islam perbanyakkan amalan di bulan Ramadan ini dengan melaksanaan amal ibadat yang dianjurkan oleh Rasullullah iaitu bertadarus dan melakukan tarawih.

Ini jawapan pencacai UMNO.. sama saja sikap mereka dengan Najib.. meskipun sudah ditegur berulang kali oleh Harussani supaya jangan ke Kuil untuk bersama meraikan Thaipusam.. baca di ( SINI ) sikitpun dia tak peduli..


Banner di atas telah ditemui digantung oleh penyokong UMNO di Masjid Nur Al Islah, Mulong yang terletak di Kota Baharu, Kelantan

Sumber gambar : Batu Vs Kayu

UMNO tiada hubungan dengan komunis kata Zahid Hamidi memperbodohkan dirinya..

Posted: 22 Jul 2012 08:00 PM PDT


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.


"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md  Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - Bernama

Bukti! Pemimpin UMNO Pulau Pinang halau Melayu keluar dari Pulau Pinang..

Posted: 22 Jul 2012 05:30 PM PDT

Setelah UMNO yang diperkudakan GERAKAN dalam memerintah Pulau Pinang gagal mempertahankan kuasanya selepas PRU12 lalu, media tunggangan UMNO sering memainkan isu kononnya Melayu Pulau Pinang kini terpinggir.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menakutkan Melayu Pulau Pinang yang mereka jangkakan sebodoh penyokong-penyokong UMNO Pulau Pinang.

Menurut pemimpin UMNO yang kenyataan mereka disiarkan oleh media tunggangan UMNO/BN, setelah DAP/PR berkuasa di Pulau Pinang, Melayu terpinggir dan tersingkir dari Pulau tersebut.

Adakah benar dakwaan mereka itu??

Pada 31 Januari 2012, seramai 31 orang Melayu pemilik tanah warisan (tanah melayu), di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang, telah menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd (849163-W) dengan harga RM8,563,983.12.


Ini berlaku apabila tanah milik mereka telah dijual kepada oleh mereka sendiri kepada Maison Heights Sdn. Bhd. Pada harga RM8.563 Juta.

Tanah mereka telah dibeli pada harga RM21 setiap kaki persegi dan tanah tersebut kemudiannya telah dijual semula dengan harga RM33 setiap kaki persegi oleh Maison Height kepada Kay Pride Sdn. Bhd.


Transaksi ini telah memberikan keuntungan mencecah RM5Juta dalam masa yang singkat kepada Maison Height Sdn. Bhd.

Menariknya dalam hal ini Masion Height Sdn. Bhd. yang menjadi agen atau orang tengah transaksi tersebut dikuasai oleh Pemimpin UMNO sendiri.

Dalam melaungkan isu kononnya angkara DAP/PR, Bangsa Melayu di Pulau Pinang mula tersingkir dan terpinggir dari Pulau Pinang mereka sendiri yang menjadi barua dalam menyebabkan hal tersebut berlaku.

Masion Height Sdn. Bhd. (849163-W) didaftarkan pada 06 Mac 2009 dan dialamatkan di 56-I, 3rd Floor Perak Plaza, Perak Road, Georgetown, Pulau Pinang.


Pengarah Syarikat tersebut ialah Dato Musa Bin Haji Sheikh Fadzir dari Bukit Mertajam dan Dato Omar Bin Haji Faudzar dari Gelugor.


Dato Musa Bin Haji Sheikh Fadzir  merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang dan juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

Manakala Dato Omar Bin Haji Faudzar pula ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor yang juga Pengarah Pilihanraya BN Pulau Pinang.

Perkataan 'haram jadah' sangat sesuai buat mereka kerana bijak bermuka-muka atau bersikap 'Hipokrit' , dalam media ditunggang UMNO mereka membela nasib Melayu di Pulau Pinang kononnya tapi hakikat sebenar merekalah yang menyebabkan Melayu tersingkir dari Pulau Pinang.

Tapi nak disalahkan mereka 100% pun tak patut.. sebab dalam perniagaan ini mesti ada pembeli dan penjual kalau tak mana boleh dikatakan perniagaan..

Jadi punca Melayu terpinggir dan tersingkir dari tanah mereka di Pulau Pinang ini bukanlah kerana dihalau dari Pulau Pinang seperti yang Pemimpin dan juga Pencacai UMNO sering suarakan.

Tetapi sikap tamak haloba yang wujud dalam diri pemilik tanah dan keinginan mereka untuk menjual tanah mereka membuak-buak setelah diperbodohkan oleh Pemimpin UMNO yang ada..

Dengan fakta ini terbukti bahawa selama ini Pimpinan UMNO Pulau Pinang yang 'menghalau' orang Melayu keluar dari Pulau Pinang.

Baca juga kisah 1072 Peniaga Melayu yang mendakwa ditipu  Dato Musa di ( SharpShooter )

Tiada ulasan: