Isnin, 23 Julai 2012

Addin

Addin


MB Terengganu Tiada Hak Saman Adun PAS

Posted: 23 Jul 2012 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk meneruskan saman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari parti PAS dan tiga lagi berhubung sebuah artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di negeri itu. Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan bantahan awal Syed Azman dan tiga defendan lain bagi membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman tersebut.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin memaklumkan media hakim itu memutuskan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai locus standi bagi meneruskan saman tersebut. Pada 15 Dis tahun lepas, kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said, serta dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform  sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan. 

Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah iaitu Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, sebagai defendan.    Keputusan itu menyaksikan tiga lagi plaintif kekal dalam saman tersebut. Bagaimanapun, Mohamed Hanipa berkata Hakim Yeoh mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan pada 30 Julai berhubung isu sama ada defendan kedua memfailkan saman itu dalam kapasiti peribadinya, atau sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata hakim itu akan memutuskan isu tersebut pada 28 Ogos ini. Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk "Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 Nov 2011.

reka juga mendakwa artikel itu membawa maksud kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak telus dalam pemberian kontrak di bawah program bantuan sekolah di Terengganu.Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah tersebut. - Bernama

Gambar-Gambar Pemimpin Umno Bersama Puak-Puak Komunis

Posted: 22 Jul 2012 11:24 PM PDT














Tiada ulasan: