Jumaat, 13 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Lompat Parti - PKR Kena Kencing Dengan Lajim Dan Bumburing

Posted: 12 Jul 2012 09:21 PM PDT

Timbalan Pengerusi UPKO Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dan Ahli Parliamen Umno Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin membatalkan hasrat mereka untuk melompat keluar Barisan Nasional (BN).

Para pemimpin PKR dan para pegawai penganjur majlis-majlis perjumpaan pada 15 Julai ini di Beaufort (untuk Lajim) dan di Tuaran (untuk Bumburing) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk pengumuman rasmi mereka berdua mahu melompat keluar BN telah dibatalkan atau 'ditunda'.

Perkembangan ini telah menimbulkan seribu pertanyaan di kalangan para pemerhati.


Para pemimpin atasan PKR, yang kecewa dengan perkembangan itu, nampaknya telah memberikan pelbagai alasan kenapa majlis-majlis pengumuman itu telah dibatalkan.

Menurut sumber, Bumburing menyalahkan bekas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Kalakau Untol kerana terburu-buru mengatur majlis pengumuman itu sedangkan beliau belum bersedia berbuat demikian.

Kalakau, yang selama ini menjadi penyokong kuat Bumburing dalam banyak ceramah-ceramah Amanah, kini sangat memerlukan Bumburing dalam PKR, terutama Cabang Tuaran, untuk meningkatkan keupayaannya menyaingi Ketua Cabang PKR Tuaran, Hj. Ansari Abdullah.

Kalakau selama ini telah tidak sehaluan dengan Ansari sejak pemilihan parti tahun lalu di mana Kalakau telah menyebelahi Edward Linggu yang bertanding melawan Ansari untuk merebut jawatan Ketua Cabang.

Selepas itu Linggu menyertai kumpulan yang keluar beramai-ramai dari PKR untuk menyertai UBF dan STAR yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan sekarang menjadi Ketua Bahagian STAR Tuaran.

Satu lagi sumber lain menyatakan bahawa Bumburing memberi alasan yang lemah bahawa beliau perlu menunggu Lajim yang telah mengambil keputusan untuk menunaikan fardhu Haji.

Sebab itulah kononnya majlis pengumuman yang baru akan diadakan pada penghujung Ogos.

Permainan Bumburing?

Tetapi satu sebab yang lebih meyakinkan telah diberikan oleh seorang pemimpin atasan STAR. Beliau percaya bahawa kedua-dua pemimpin itu telah 'menunda' majlis-majlis itu kerana mereka sebenarnya bermain tarik tali dengan kepimpinan BN, malah mungkin juga dengan Perdana Menteri sendiri.

Pemimpin STAR itu, yang mahu namanya tidak disebut, percaya bahawa dua orang yang diharapkan oleh PKR menjadi 'katak-katak' terbaru dalam politik Sabah itu telah dihubungi oleh para pemimpin atasan BN untuk berbincang dan berunding agar mereka terus tinggal dalam BN.

Ini memandangkan kesan yang boleh membawa bencana besar jika mereka meninggalkan BN dan menyertai pembangkang pada ketika ini di mana pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa.

"Ini semuanya permainan wayang kulit dalam bentuk yang paling klasik," kata Ketua Bahagian STAR itu.

- freemalaysiatoday.com/


Skandal Tanah Noh Omar Makin Panas..

Posted: 12 Jul 2012 06:50 PM PDT

Noh Omar beli 30 ekar tanah pada harga RM100,000 saja? (Video Inside)


Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.





Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.


Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

"Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.


Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

"Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

"Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?" soalnya.

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas - Selangorku

Untuk pengetahuan semua tanah seluas 30 ekar ialah kira-kira seluas 15 padang bola.. dan berikut adalah jawapan Noh Omar.. dengar betul-betul apa yang dia kata..


Noh Omar dituduh mendapatkan tanah seluas 30 ekar pada harga RM100,000 pada 13 Jun 1995 tapi dia jawab "Kalau dia (Swee Lim) tuduh salah guna kuasa, suruh dia lapor SPRM lah kalau kita ada salah guna kuasa, kita ada undang-undang.

"Kemudian dia dakwa ada satu tanah RM3 juta, saya nak suruh dia beli tanah RM3 juta, dia dah tak ada isulah, saya belum jadi ketua bahagian (Umno) lagi (pada) tahun 2002... dah lama... bila tiada isu dia ungkit," katanya.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/noh-omar-beli-30-ekar-tanah-pada-harga.html


Ustaz Azhar Idrus Bakal Calon PRU13

Posted: 12 Jul 2012 06:21 PM PDT

IDOLA anak muda khususnya, Ustaz Azhar Idrus kini semakin popular di seluruh negara. Tanyalah kepada sesiapa anak muda hatta mat rempit sekalipun mereka pasti mengenali ustaz yang berusia 40-an ini. Perkataan "Boh" (boss) atau "JKK" menjadi sebutan di bibir anak-anak muda sekarang.

Perlukah Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU?

Tidak pelik sekiranya Mashita, yang digelar Ustazah Umno yang pernah "mendharuratkan' hukum melacur itu menggelar Ustaz Azhar Idrus ini sebagai "Ustaz Raja Lawak". Begitu juga dengan Ularmak Muda Umno, Fathul Bari yang sering mempersendakan idola anak muda tersebut. Semenjak bila Umno suka kepada Ulamak? Ulamak mereka pun suka menendang peti undi seperti Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara yang kalah teruk kepada DS Wan Azizah dahulu.


Kehebatan Ustaz Azhar Idrus membuatkan mereka sakit hati dan dengki. Ceramah mereka yang tidak henti-henti mengampu pemimpin kerajaan itu tidak mendapat sambutan, sebaliknya ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus yang penuh pengisian dan berani itu amat diminati masyarakat bahkan diminati oleh ahli-ahli Umno yang ada sedikit kemahuan untuk belajar mendapatkan ilmu.

Baru-baru ini dikhabarkan kepimpinan KEADILAN Pahang menyuarakan keinginan mahu meletakkan Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU akan datang. Orang kuat KEADILAN Pahang ini sanggup menawarkan kerusi KEADILAN untuk ditandingi oleh Ustaz Azhar Idrus. Khabarnya, orang kuat KEADILAN Pahang ini amat meminati kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Terdapat respon yang bersetuju agar Ustaz Azhar bertanding di dalam PRU akan datang. Tetapi banyak juga yang tidak bersetuju kerana mereka mahukan agar Ustaz Azhar terus berdakwah seperti sekarang kerana peminat-peminat beliau bukan hanya di kalangan orang-orang PAS atau KEADILAN. Ustaz Azhar di dalam pendekatan dakwah beliau sekarang memberikan banyak kesan di dalam menguntungkan perjuangan PAS terutamanya. Boleh dikatakan golongan artis yang kini telah mula berubah dan condong kepada perjuangan Islam adalah hasil dakwah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Secara peribadinya, saya juga lebih suka Uztaz Azhar Idrus meneruskan pendekatan dakwah beliau sekarang. Politik secara khusus tidak sesuai buat beliau tetapi beliau boleh memperkenalkan apakah itu politik menurut Islam kerana politik dan Islam tidak terpisah. Bahkan, cara beliau sekarang ternyata lebih efisyen dan menakutkan pemimpin Umno khususnya kerana bagi mereka jika tiada lagi umat Islam yang jahil ertinya hayat Umno berakhir.

- wfauzdin.blogspot.com


Kerana Fitnah Bodoh Ini Akhirnya Finaz Yusuf Akui Kesilapan

Posted: 12 Jul 2012 05:00 PM PDT










Mahathir Kini Berada Dalam Keadaan Takut Yang Teramat Sangat

Posted: 12 Jul 2012 05:14 AM PDT

Sakit kepala Mahathir memikirkan jika Anwar jadi PM.
KUALA LUMPUR 12 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

"Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus.

"Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani.


"Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron," kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam di Dewan SJKC San Yuk, Kampung Kenanga, Rawang, baru-baru ini.

Ketua Umum KEADILAN itu menambah, Mahathir adalah penggerak utama dan pencetus kepada kronisme yang semakin membiak dan telah menjadi darah daging Umno Barisan Nasional.

"Sebab utama Mahathir takut saya akan menjadi Perdana Menteri kerana saya akan membasmi dan menghapuskan segala bentuk kronisme, mengaut keuntungan untuk kepentingan anak-beranaknya…," kata Anwar.

Beliau turut membidas tindakan Najib Razak kerana meluluskan kontrak pembelian minyak dengan Petron.

"MAS di bawah telunjuk penasihat mereka, Mahathir Mohamad dengan bantuan Datuk Seri Najib telah meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari syarikat anak Mahathir sendiri iaitu Petron.

"MAS dipaksa untuk tidak membeli minyak lain selama enam bulan selain minyak dari syarikat Mirzan dan tindakan ini telah menyebabkan kerugian berkali ganda untuk MAS sendiri.

"Apa puncanya mereka rugi? Puncanya adalah perangai pemimpin Umno yang dibawa oleh Mahathir yang mengalakkan pemberian keuntungan untuk kroni dan anak-beranak," tegas beliau.

Anwar turut mengulas mengenai Tol Lebuh Raya Utara Selatan yang masih belum dihapuskan untuk BN terus meraih keuntungan.

"Tol Lebuh Raya Utara Selatan adalah milik syarikat Umno iaitu syarikat Hati Budi dan duit keuntungan daripada tol itu dikaut bersama oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Selepas mengaut keuntungan lebih 30 tahun, tol tersebut masih tetap ada.

"Ia sangat berbeza sekali dengan Washington, setelah cukup mendapatkan keuntungan selama 20 tahun, mereka tutup terus tol tersebut untuk tidak mahu terus memberi beban kepada rakyat," kata Anwar.

"Sekarang, Najib pula meneruskan prinsip kronisme ini dengan mengaut keuntungan dari kroninya, Syed Mokhtar (Bukhary). Inilah dia (perangai) Umno kaut untung dan biarkan rakyat menderita," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32684


Noh Omar Menggeletar Bila Isu Pembelian Tanah Dibangkitkan

Posted: 12 Jul 2012 02:33 AM PDT

"Ini standard isu tempatan, tak payahlah (jawab)... Ini isu tempatan, tak payahlah," katanya.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya akan membuat pendedahan balas terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ng Suee Lim sekitar isu rumah kondominium yang dibinanya.

"Suruh dia bersedia dengan isu rumah kondo yang dia buat di Sekinchan. Tunggu, kita akan tanya dia pula," katanya dalam media sidang selepas menyampaikan ucap utama dalam Konferen Antarabangsa Bisnes Agro-Bio 2012 di ibu negara petang ini.


Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan, bila pendedahan tersebut akan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu.

Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang memberi amaran demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan Ng mengenai dakwaan pemimpin Umno bahagian itu membeli tanah dengan harga sangat murah pada tahun 2001.

Diminta mengulas berhubung dakwaan Ng tersebut, Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani bagaimanapun enggan menjawabnya.

"Ini standard isu tempatan, tak payahlah (jawab)... Ini isu tempatan, tak payahlah," katanya.


Banyak pengiktirafan Unisel di bawah Pakatan

Posted: 12 Jul 2012 01:31 AM PDT

SHAH ALAM: Semenjak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor pada 2008, Universiti Industri Selangor (Unisel) menerima pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Demikian dinyatakan oleh pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali ketika menjawab pertanyaan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) berhubung kejayaan Unisel yang boleh dibanggakan.

Jelasnya lagi, kedudukan Unisel adalah setaraf dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) apabila menerima pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 2009.


Beliau memberitahu, Unisel juga dikenali Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), berbanding dengan universiti di bawah pentadbiran Umno BN.

"Suka saya khabarkan dalam sidang Dun yang mulia ini, bahawa di akhbar-akhbar pro kerajaan menceritakan tentang pencapaian Unisel di bawah pengurusan Pakatan Rakyat antaranya menjadi juara mencipta model satelit nano dan pertukaran pelajar ke Jepun.

Selain itu, ada juga akhbar melaporkan tentang kejayaan Unisel melahirkan pelajar terbaik dalam bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan Institut Kejuruteraan Malaysia," katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini.

Tambah beliau lagi, jumlah kemasukan pelajar pada tahun ini juga meningkat sebanyak 13,528 sehingga Jun lalu, berbanding ketika Umno BN mentadbir Selangor.


Tiada ulasan: