SIASAH |
Resolusi bersama sidang meja bulat isu-isu antarabangsa parti Islam dan NGO Islam Nusantara Posted: 11 Jul 2012 08:32 PM PDT Kami, mewakili suara umat Islam Nusantara yang diwakili oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Perwakilan Malaysia - Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Thai Muslim Students Society - Young Muslim Association of Thailand (YMAT), Keluarga Besar Pelajar Islam Indonesia (KBPII) Malaysia, telah bersidang dan membuat resolusi berikut; 1. Kami bersama-sama umat Islam seluruh dunia dan umat Islam di Syria mengutuk sekeras- kerasnya kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad. 2. Justeru, kami menggesa kerajaan Syria menghentikan serta-merta kezaliman tersebut jika tidak al-Assad akan menerima nasib yang sama sebagaimana Hosni Mubarak, Zine el-Abidine Ben Ali dan Muammar Ghaddafi. 3. Dalam masa sama, umat Islam mengharapkan agar Pertubuhan Negara-Negara Islam atau Organization of the Islamic Conference (OIC) yang dianggotai oleh negara-negara umat Islam seluruh dunia segera memanggil anggotanya untuk mengadakan persidangan tergempar untuk membincangkan isu ini sekaligus menghentikan kezaliman yang berlaku. 4. Selain itu, kami menolak sebarang campur tangan luar terutama Amerika Syarikat, Barat dan konco-konconya daripada terlibat dalam isu ini yang dilihat cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dalam persitiwa yang berlaku di Syria. 5. Tidak lupa juga kepada krisis keganasan yang berlaku di Myanmar [Burma] yang melibatkan pembunuhan berama-ramai umat Islam Rohingya, kami turut mengecam kejadian ganas ini dan mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan segera untuk menghentikannya dan menggesa OIC turut membincangkan isu ini untuk mencari titik penyelesaian. 6. Akhir sekali, kami berharap agar umat Islam seluruh dunia dan di Nusantara khususnya untuk tidak putus-putus berdoa kepada Allah terutama dalam bulan Ramadhan kelak agar Allah memberi kemenangan kepada umat Islam di Syria, Myanmar dan di seluruh dunia umumnya. Sekian, terima kasih. Ustaz Nasrudin Hassan - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merangkap Pengerusi Bertindak, Dr Raja Ahmad al-Hiss - Lajnah Antarabangsa DPPM merangkap Koordinator, Dr Mohd Fauzi Zakaria - Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Sdra Mohamad Raimi Ab Rahim - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Sdra Eikhwan Ali - Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Sdra Teddy S Gunawan - Perwakilan Malaysia - Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Sdra Abdulhalim Naha - Thai Muslim Students Society - Young Muslim Association of Thailand (YMAT), Sdra Mu'min Effendi - Keluarga Besar Pelajar Islam Indonesia (KBPII) Malaysia. 12 Julai 2012 Kuala Lumpur, Malaysia. |
You are subscribed to email updates from SiasahDaily To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan